CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highlander07

Iblis dan godaan

[Copy link]
Post time 6-10-2008 02:20 PM | Show all posts

Reply #573 aizverus's post

benar sekali aiz..cari benar2 suram sekarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 09:36 AM | Show all posts
sesungguhnya  nabi SAW itu lebih mendlm pengetahuannya tentang HAKIKAT ....

namun pengajaran & sabdaan baginda SAW itu lebih mudah di fahami dan di hayati serta mempunyai HAKIKAT KEBENARAN & UNSUR2 KESELAMATAN berbanding dari perkataan org2 sufi yg setengah2nya boleh mengelirukan org2 awam, org2 yg jahil serta org2 yg lemah cara berfikirnya ..

jika ada org yg menganggap MENGKAJI ILMU HAKIKAT, KASYAF, INSPIRASI KETUHANAN DLL AMAT PERLU UTK KESEJAHTERAAN  & KESEMPURNAAN IMAN ,  MAKA IA TELAH MEWAJIBKAN PERKARA YG HARUS ....  

apa shj yg diketahui melalui kasyaf dll adalah semata2 hanya pandangan atau pengalaman diri seseorg itu shj ( subjektif ) dan tidak ada kebenaran langsung dari segi pandangan luar dari diri ( objektif ) .  

pendek kata, ALLAH SWT dan perkara2 ghaib itu tidak dapat diketahui melalui pengalaman atau pandangan kerohanian.  

oleh yg demikian, BERIMAN KPD YG GHAIB  itu tidak boleh dielakkan. iman itu wajib di ada kan.  keimanan seperti itu hanya mungkin bila fikiran dan khayalan telah penat dlm usahanya utk mencari ALLAH SWT atau utk menjangkau rahsia2 perkara ghaib.  maka timbullah KESEDARAN bahawa ALLAH SWT dan perkara2 ghaib itu tidak dapat di capai, di alami dan diketahui . itulah yg sebenar2nya kerana jangkauan fikiran dan kasyaf kita ini adalah TERHAD dan TERBATAS. sedangkan ALLAH itu MAHA TINGGI dan MAHA SUCI.  

jika ada kemungkinan bagi kita utk mengetahui apa shj di samping itu berkenaan ALLAH SWT dan perkara2 yg ghaib,  maka itu adalah melalui WAHYU ILAHI ( ALQURAN ) AS SUNNAH .  

oleh itu, kita mestilah mengikut pendapat ulamak kerana mereka mendapat PENGETAHUAN tentang ALLAH SWT dan perkara2 ghaib itu melalui WAHYU ILAHI & AS SUNNAH.

KASYAF YG SOHEH SEBENARNYA ADALAH KASYAF YG YG BERSESUAIAN WAHYU ILAHI & AS SUNNAH.

WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 7-10-2008 09:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 10:00 AM | Show all posts
menurut MUJADDID ALF THANIY ( pembaharu milenium/abad ke2 dlm islam yaitu yg berkaitan masaalah sufi/kerohanian) yaitu imam robbaniy syaikh ahmad al faruqi as sirhindi ( salah seorg masyaikh dari silsilah thoriqoh an naqsybandiyy dan salah seorg ulamak sufi/kerohanian yg besar di zmn nya ) mengatakan :

( saya ringkaskan mafhumnya )

punca dan pengalaman ( kerohanian )  pandangan ini berlainan2 dgn berlainan2 kelas manusia itu.

ada yg berasal dari pandangan rohani dan ada juga yg berasal dari perasaan ( dlm istilah sufi dipanggil MAJZUB ).  

yg berasal dari rohani itu adalah bermula dgn melampau2 dlm bermeditasi .  

yg berasal dari perasaan ( majzub ) itu bermula dgn melampau2 dlm menghayati CINTA ( yg x soheh @ tidak berdasarkan ALQURAN & ASSUNNAH ) ..


tetapi ada juga di antara mereka itu yg melampaui peringkat ini dan terus ke peringkat yg lebih tinggi dlm perjalanan mistik ( tasauf ) mereka dan dgn itu pengalaman dan pandangan  "  wahdatul wujud  "   terus hilang langsung dari mereka  ( yaitu mencapai ke peringkat  "  A'BDIYYAT  " / kehambaan ),  dan mereka tidak kembali ke peringkat itu lagi ( yaitu wahdatul wujud ).

kemudiian mereka bertaubat.  mereka bertaubat dari kepercayaan  wahdatul wujud itu.  


WALLAHU A'LAM ....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 6-10-2008 12:31 AM
idup lagi thread nih....

jap...

bila plak h07 dah 'balik'...kenapa si p_a je kat 'sana'?

ke p_a yang guna nick h07 nih...


Salam...dalam board HML cari..nich h07 dikongsi oleh 4 empunya..H07 sebenar dikira 'pergi tak kembali'..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 01:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by highlander07 at 14-11-2009 13:05

semua dr buku tu..kmungkinan besar sesat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:05 AM | Show all posts

Reply #576 sirri_khafi's post

terima kasih.. sebelum ni pun aku sebenarnya rasa sangsi dengan wahdatul wujud ni. bahaya (bagi kefahaman aku)...peringkat A'BDIYYAT itulah yang paling baik.  

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2008 01:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by highlander07 at 14-11-2009 13:06

tak faham sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 01:11 AM | Show all posts
Itu sahaja...Takkan terhina walaupun seluruh makhluk menghina orang-orang yg dimuliakan Allah dan takkan mulia jika selruh makhluk memuliakan orang-orang yg dihina oleh Allah...

Kami nak kembali ke gua baru kami..salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 10:39 AM | Show all posts
menurut mujaddid alf thaniy RAH ... peringkat perjalanan kerohanian/mistik itu ada 3 ..

1)  wujudiyat (  kewujudan ... bagi ibnu arabiy, konsep ini di panggil wahdatul wujud )

2) zilliyyat ( bayangan ... bagi golongan wahdatul wujud, konsep ini di panggil tajalli @ manifestasi )   

3) abdiyyat ( kehambaan yaitu tujuan sebenar manusia di ciptakan )  


menurut pengalaman beliau ( termasuk saya ), beliau ada mengalami suasana wahdatul wujud itu ...     matlamat tasauf di dlm peringkat ini ialah menjadikan iman, hati dan akal si salik itu berdasarkan pengalaman, perasaan dan perhubungan si salik itu yg tenggelam ( zauq ) dalam menghayati perhubungan antara manusia dan alam ini dgn ALLAH SWT ...

peringkat ini telah menetap lama pd si mujaddid RAH dan beliau faham secara panjang lebar tentang konsep wahdatul wujud itu ...


kemudian mujaddid RAH meningkat kpd peringkat zilliyyat dan peringkat ini adalah peringkat perubahan maqom ( transition ) ..   

dlm peringkat ini, beliau dapati manusia, makhluk dan alam ini mempunyai kewujudannya sendiri meskipun wujud itu bersifat YG DIJADIKAN/DICIPTAKAN ( menurut konsep wahdatul wujud ia di panggil  BAYANGAN HAKIKAT ) ....

beliau pun mulalah syak wasangka ( juga menurut pengalaman peribadi saya ) tentang konsep wahdatul wujud itu ...  namun beliau maseh belum yakin utk menolak konsep wahdatulwujud ini kerana konsep ini sedikit sebanyak maseh sama dgn peringkat wujudiyyat itu  ...  

lama kelamaan beliau terus meningkat ke peringkat A'BDIYYAT ( kehambaan yg sebenar ) yaitu peringkat dan matlamat yg sebenar dan yg tertinggi di dlm tasauf itu  ...

maka semakin jelas dan bertambah yakin lah beliau tentang KE DUA AN WUJUD antara ALLAH SWT dgn manusia, makhluk dan seluruh alam ini dan alam2 yg akan dtg ( barzakh, akhirat, surga dan neraka dll ) ...

pd peringkat a'bdiyyat ini,  beliau nampak dgn jelas dan terang tentang kesilapan, kesalahan & kebathilan yg ada dlm peringkat wujudiyyat dan zilliyyat itu lantas beliau membuang dan meninggalkan pendapat2 wujudiyyat ( wahdatul wujud ) dan zilliyyat ( tajalli/manifestasi ) itu ...  

pd peringkat a'bdiyyat ini, sedarlah beliau bahawa pengalaman kerohanian/mistiknya dahulu adalah pandangan diri sendiri shj ( subjektif ) dan tidak boleh di pegangi lagi ...  

pd segi objektif nya ( luar pandangan diri ) pula, ianya adalah tidak benar dan bathil serta berlawanan dgn ALQURAN & ASSUNNAH ...   

[ Last edited by  sirri_khafi at 8-10-2008 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 11:37 AM | Show all posts
menurut mujaddid alf thaniyy RAH ...  ibnu arabiy dan golongan wahdatulwujud mengatakan tidak ada KEWUJUDAN yg lain kecuali ALLAH SWT ...  ALLAH SWT shj lah yg WUJUD/ADA ...

mujaddid RAH berpendapat bahawa ibnu arabiyy mengatakan hal ini dlm keadaan FANA' YG TAK SEMPURNA ( @ tidak sampai ke tahap BAQO' ) ...  

sekiranya seorg sufi itu naik ke peringkat maqom/peringkat yg lebih atas lagi, akan mengetahuilah si sufi itu akan kesalahan, kesilapan dan kebathilan peringkat wujudiyyat @ wahdatulwujud itu ...  

dlm keadaan fana' yg x sempurna, si sufi telah zauq ( tenggelam ) dlm menghayati kewujudan ALLAH SWT itu secara tidak soheh dan tidak benar menurut ALQURAN & AS SUNNAH ....

ibarat matahari yg bersinar di siang hari ... tentu shj bulan, bintang dan objek2 di langit itu tidak kelihatan meskipun bulan, bintang dan objek2 di langit itu WUJUD/ADA ...  

sebenarnya, menurut mujaddid RAH ...  ibnu arabiyy dan golongan wahdatul wujud tidak mengetahui MAQOM/PERINGKAT FANA' SECUKUPNYA ....   kerana ia maseh mengetahui dan menyedari ALAM INI ...

JIKA TIDAK, BAGAIMANA BELIAU DAN GOLONGAN WAHDATUL WUJUD MENYAMAKAN KEWUJUDAN MANUSIA, MAKHLUK DAN ALAM INI SAMA DGN KEWUJUDAN ALLAH SWT ?    

ibnu arabiy dan golongan wahdatul wujud tidak mendapat KASYAF YG SOHEH ...  kerana pendapat beliau dan golongan wahdatul wujud itu tidak bersesuaian dgn ALQURAN & AS SUNNAH ...

ALQURAN menerangkan bahawa ALLAH SWT itu berlainan/tidak sama dgn makhluk dan alam ciptaan NYA walaupun  ALLAH SWT itu WUJUD YG HAKIKI dan makhluk dan alam ciptaan NYA ITU WUJUD YG DI JADIKAN/DICIPTAKAN OLEH   NYA  YG BERSIFAT MENCIPTA A.K.A  AL KHOLIIIEQ ....   

jika tidak demikian, hukum larangan dan perintah NYA tidak bererti apa2 .. ( perkara ini berlaku pd golongan zindiq yg suka mengkaji akan ilmu2 hakikat2 @ ilmu metafizik )

perintah dan larangan NYA hanya akan BERERTI bila ALAM INI BENAR2 WUJUD ...

jika tidak, tidaklah ada ganjaran dan hukuman, dan hari akhirat itu tidaklah bererti apa2 ...  

tidaklah benar jika dinafikan HAKIKAT OBJEKTIF ( pandangan dari luar diri )  yaitu mengatakan alam ini KOSONG @ ILUSI @ MATRIX ...

bahkan pendapat ini bererti MENAFIKAN SIFAT2 ALLAH SWT YG MAHA MENJADIKAN/MENCIPTAKAN ....  

bahkan ALQURAN sendiri yg menjelaskan bahawa alam ini wujud dan di ciptakan oleh ALLAH SWT ...

bahkan sains moden dan hukum fizik telah membuktikan FAKTA2 tentang kewujudan manusia, makhluk dan alam ini YG SEMEMANG NYA DIJADIKAN/DICIPTAKAN OLEH ALLAH SWT ( pdhal org2 beriman itu sudah cukup dgn adanya bukti dari ALQURAN & AS SUNNAH ... x perlu bukti dari sains moden dan hukum fizik utk membuktikan FAKTA ini ..  )     

[ Last edited by  sirri_khafi at 8-10-2008 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:53 PM | Show all posts
dlm satu pengertian dari konsep wahdatul wujud ... MAWHUM itu boleh bererti alam ini adalah semata2 rekaan khayalan kita shj ( ilusi, matrix dll ) yaitu kosong @ tidak ada apa2 melainkan idea @ sangkaan dan khayalan manusia semata2 ( ilusi, matrix dll )

jika begini, alam ini juga akan hilang dan lenyap jika khayalan/ilusi/matrix itu hilang dan lenyap  ...

ini tidaklah benar dan ini menafikan SIFAT ALLAH YG MAHA MENCIPTA LAGI MAHA MENJADIKAN  ....


satu aspek lagi berkenaan konsep wahdatul wujud yg dikemukakan oleh ibnu arabiyy ialah FARQ BA'DAL JAM'I ( berbeza2 selepas bersama )yaitu membawa maksud bahawa penyembahan kpd sebarang benda dan berhala sebenarnya adalah penyembahan kpd ALLAH jua ...

SUBHANALLAH ! ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIIIM ... NA'UU ZU BILLAHI MIN ZALIKA ....     

pendapat ini berlawanan dgn pendapat ALQURAN dan ASSUNNAH ...  

mereka yg mencampurkan tauhid dan taqdis ( mensucikan ) itu  dgn tasybih ( menyerupakan ) sebenarnya  tidak sedar dan tidak mengetahui bahawa ALLAH SWT itu tidak tercapai oleh akal fikiran dan pengetahuan manusia yg terbatas ...

dan apa yg di anggap tasybih  oleh golongan wahdatul wujud itu SEBENARNYA ADALAH KHAYALAN MEREKA SENDIRI SHJ ....  

menurut mujaddid alf thaniyy RAH .. peringkat FARQ BA'DAL JAM'I hanya akan di capai apabila si sufi itu dapat membezakan antara manusia, makhluq, alam ini dgn ALLAH SWT ...

sebenarnya, ibnu arabiyy dan golongan wahdatul wujud itu tidak pernah mencapai peringkat ini ..  itulah sebabnya ibnu arabiyy mengatakan  bahawa ALLAH SWT itu sama dgn makhluk dan alam ini dlm kewujudan/kesatuan yg sama ...  ASTAGHFIRULLAHAL AZIIIEM ....  

dlm konsep wahdatul wujud itu, ada konsep ZILL ( bayangan hakikat ) ...

menurut mujaddid RAH, bayangan itu tidak serupa dgn benda ... misalnya jika bayang seseorg memanjang ... tidak semestinya org itu pun ikut memanjang ...

contoh yg paling mudah ialah tukang masak yg memasak makanan ... adalah salah jika kita mengatakan yg dimasak itu serupa dgn tukang masak ...  

YG DICIPTA DAN DI JADIKAN ITU TETAP TIDAK AKAN SAMA DGN PENCIPTA  ...  


banyak lagi kepincangan, kekeliruan, kesalahan, kesilapan serta kebathilan konsep wahdatul wujud, konsep ilusi dan matrix dll  ....  

apa yg menjadi matlamat mujaddid RAH ( termasuk matlamat saya .. beliau juga termasuk dari silsilah guru2 saya )  ialah :  bukannya hendak MENGALAMI @ MENCAPAI HAKIKAT MAKRIFAT ITU,  TETAPI ADALAH MENUJU KPD PEMBERSIHAN MORAL & AKHLAQ MENURUT ALQURAN & ASSUNNAH ....  HANYA BERIMAN KPD YG GHAIB ITU LAH SHJ YG BENAR DAN BETUL ....

adapun  usaha2 perjuangan beliau itu ialah mengajak kembali kpd ALQURAN & AS SUNNAH ...

mengajak kembali MENGIMARAH KAN MASJID ( seperti jamaah tabligh yakni 5 amal masjid ), BERPEGANG TEGUH DGN HUKUM2 SYARIAT ...

serta meREVOLUSIkan kan kembali ajaran TASAUF @ TAZKIYYAH menurut ALQURAN & AS SUNNAH ...  

beliau memperluaskan lagi bidang pengalaman agama dan kesufian dgn memberi kesedaran dan pengajaran tentang kesufian yg lebih tinggi dan yg belum pernah di tempuh oleh sufi2 sebelum beliau ..  

beliau juga membezakan antara NUBUWWAH ( kenabian ) dan WILAYAH ( kewalian ) ...


menurut mujaddid RAH,  YG PERLU UTK  MUSLIMIN DAN MUSLIMAT IALAH IALAH DEEN ( AGAMA ) & SYARIAT,  BUKAN SULUK ( MEDITASI ) TASAUF @ ILMU2 HAKIKAT @ ILMU METAFIZIK ...


kerana reformasi dan revolusi inilah yg menyebabkan beliau terkenal sebaga IMAM ROBBANIYY MUJADDID ALF THANIYY ( PEMBAHARU MILENIUM/ABAD KEDUA DLM ISLAM ) YAITU SYAIKH AHMAD AL FARUQI AS SIRHINDIYY RAH ....  

AL FATIHAH ....   



WALLAHU A'LAMU BISSOWAB .....   

[ Last edited by  sirri_khafi at 8-10-2008 02:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 05:50 PM | Show all posts
sesiapa yg mengkaji buku2 tulisan HARUN YAHYA, pasti akan terjumpa dgn konsep ILUSI & MATRIX nih ...

so, berhati2lah bila membaca tentang teori ILUSI & MATRIX nih yg sebenarnya berpunca dari teori WAHDATUL WUJUD ....


teori wahdatul wujud belum muncul di zmn imam ghazali RAH ... teori yg wujud di zmn beliau ialah HULUL & ITTIHAD ...

HULUL & ITTIHAD ITU KONSEPNYA SAMA DGN KONSEP WAHDATUL WUJUD ...

dan imam ghazali RAH menafikan serta mengkritik TEORI ITTIHAD & HULUL itu ...

nampaknya, org yg menuduh kafir terhadap beliau tuh sebenarnya tidak tahu langsung tentang imam ghazali RAH ...

beliau adalah sufi yg berpegang teguh dgn ALQURAN & AS SUNNAH ...

WALLAHU A'LAM ....   
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 01:56 AM | Show all posts
pasal iblis ni teringat plak kat buku MATHNAWI yang dialihbahasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:16 AM | Show all posts

Balas #223 ketualanun\ catat

iblis tak tahu apa yang ada dalam ADAM...tu yg Tuhan marah...bukan sembah ADAM tp sembah yg ada didalam ADAM....entahlah saya pun dengar citer org jer....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply #587 musangbotak's post

maksud kau Tuhan suruh iblis dan malaikat sembah 'dlm' badan ADAM ke? bukan ADAM. mcm tu ke...

aku ada lagi satu soalan ni buat pakar forumers. apakah hakikat sebenar penciptaan manusia? adakah hanya utk menghadapi cubaan2 dari iblis dan syaitan kemudian di akhirat akan hidup di syurga buat selama2nya. ntahlah, aku rasa mcm semua perjalanan ni x semudah itu. pasti ada sesuatu rahsia di sebalik semua ini. tak gitu?

[ Last edited by  Navarrus at 7-12-2008 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:22 AM | Show all posts

Reply #588 Navarrus's post

mudah sgt solan ko ni. tujuan penciptaan manusia ialah untuk mengabdi diri kpd allah. bukan sbb iblis setan. apa sgt la iblis setan tu. mereka cuma ciptaan allah yg pasti masuk neraka. mereka bukanlah cabaran sbnr manusia.cabaran sbnr manusia ialah diri sendiri. kalo x caya...dlm bln puasa pon maksiat terus berleluasa spt bulan xpuasa. nk salahkan setan lagi??? iblis is nothing guys...dont bother too much on something that surely destined themselves in the torment of hell
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 01:04 AM | Show all posts
terlalu lama berada 'bersama' dgn Tuhan yg akhirnya ditakdirkan masuk ke neraka.. hakikat penciptaan begitu mudah. ya, encik JFK?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 8-10-2008 05:50 PM
sesiapa yg mengkaji buku2 tulisan HARUN YAHYA, pasti akan terjumpa dgn konsep ILUSI & MATRIX nih ...

so, berhati2lah bila membaca tentang teori ILUSI & MATRIX nih yg sebenarnya berpunca dari  ...



bagus post anda...pandangan berbeza dari ho7..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by Navarrus at 7-12-2008 12:01 AM
maksud kau Tuhan suruh iblis dan malaikat sembah 'dlm' badan ADAM ke? bukan ADAM. mcm tu ke...



Bila kau pakai konsep ini (sembah 'dlm' badan ADAM), maka lahirlah fahaman, "Aku pon tuhan"
Maka jadilah macam ayah Pin
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by JFK at 7-12-2008 12:22 AM
mudah sgt solan ko ni. tujuan penciptaan manusia ialah untuk mengabdi diri kpd allah. bukan sbb iblis setan. apa sgt la iblis setan tu. mereka cuma ciptaan allah yg pasti masuk neraka. mereka buk ...


mudah sgt solan ko ni. tujuan penciptaan manusia ialah untuk mengabdi diri kpd allah. bukan sbb iblis setan


Salah Encik JFK.


Sesungguhnya tuhan dengan angkuhnya telah berkata " Sesungguhnya aku maha agung dan maha berdiri sendiri tanpa perlu penyaksian daripada makhluk ciptaan aku sendiri. "

Jawapan nya ringkas sahaja, " Sesungguhnya Aku maha mengetahui dan maha mengampuni" ............. hanya dia sahaja yang tahu kenapa, why.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.270388 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list