|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
Polis jamin kawal jenayah warga asing
BANDARAYA MELAKA - Sebanyak 72 kes jenayah melibatkan warga asing di sekitar negeri ini dikesan pada tahun 2009 menurut Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka.
Manakala pada Januari hingga Mac tahun ini, 33 kes dikenal pasti dan semua kes kini sedang dalam siasatan dan pendakwaan di mahkamah.
:Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Hamdan Majid berkata dari jumlah kes pada tahun lalu, 35 penjenayah adalah warga Indonesia, enam Bangladesh, 13 Vietnam, enam dari Pakistan, empat dari Myanmar, dua masing-masing dari Peru dan India, manakala dari Nepal, Singapura, Kemboja dan Cina masing-masing melibatkan seorang penjenayah.
“Manakala dari segi pecahan kes pula pada 2009, lapan kes melibatkan pembunuhan, samun berkawan tanpa senjata, 5 kes, dua kes rogol, mencabul kehormatan 7 kes, mendatangkan kecederaan 8 kes, ugutan jenayah sebanyak 4 kes, lain-lain kecurian/pecah rumah 37 kes, dan curi di malam hari dua kes,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Menurut Hamdan, bagi tahun 2010 pula iaitu dari Januari hingga Mac sahaja, IPK merekodkan 33 kes iaitu tiga kes bunuh, enam kes samun berkawan tanpa senjata, 1 kes cabul kehormatan, lapan kes ugutan jenayah, 18 kes lain-lain kecurian/pecah rumah dan curi malam hari melibatkan 5 kes.
Manakala pada tahun dan tempoh sama, seramai 12 penjenayah adalah warga Indonesia, enam Pakistan, empat Vietnam, dua Myanmar, dua dari India, tiga dari Nepal, satu Nigeria, satu Amerika dan satu lagi dari Kemboja.
“Selain dari jenayah di atas kita juga memantau warga asing yang terlibat dengan jenayah seks seperti pelacuran.
“Mereka ini kita pantau melalui operasi bersepadu yang kita kerap adakan dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lain-lain agensi,” katanya.
Menurutnya, pada tahun 2009, sebanyak 29 warga asing ditahan kerana terlibat dalam kes pelacuran di negeri ini.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 orang warga republik China, lima dari Thailand, lima Vietnam, dua dari Kazakhstan dan masing-masing seorang dari Indonesia dan Uzbekistan.
Manakala bagi Januari hingga April 2010 pula, 34 kes dikenal pasti melibatkan 19 orang dari republik China, 10 dari Thailand, empat dari Indonesia dan seorang dari Vietnam.
“Kita sebagai pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negeri, akan terus menjalankan gerak kerja mengesan dan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan warga asing yang kita lihat agak serius.
“Dari statistik kita dapat lihat terdapat peningkatan kes jenayah di kalangan mereka, namun dengan kerjasama erat dari egensi dan masyarakat yang menjadi mata dan telinga kita, kita yakin kegiatan jenayah mereka dapat dikawal,” katanya.
kredit sinar harian |
|
|
|
|
|
|
|
Lubuk rezeki warga asing
MELAKA - Kepesatan ekonomi di negara ini membangkitkan keinginan ramai pekerja asing yang tampil untuk mencurahkan tenaga berikutan peluang kerja yang terbuka luas.
Bagaimanapun, fenomena itu mengundang pelbagai persepsi masyarakat, baik negatif atau positif kerana kebanjiran pekerja asing di negara ini.
Daripada sudut positifnya, ia mengisi kekosongan peluang pekerjaan yang selama ini kurang diminati anak watan, di samping melonjakkan perkembangan pelbagai sektor terutama perindustrian, pembinaan dan perladangan.
Namun, kesannya mengakibatkan proses lambakan pekerja asing yang tidak terkawal.
Dalam kenyataan Tim-balan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof baru-baru ini, terdapat seramai 1,918,146 pekerja asing di negara ini secara sah berdasarkan rekod Jabatan Imigresen sehingga 31 Disember lalu.
Menurutnya, tidak kurang juga, jumlah pendatang tanpa izin yang dianggarkan terdapat seramai 1.9 juta orang di negara ini.
Sikap pelabur, pekilang atau peladang yang mengharapkan pemberian gaji rendah menggalakkan pertambahan pekerja asing di sini.
kredit sianr harian |
|
|
|
|
|
|
|
Berhijrah mencari rezeki halal
:ALOR GAJAH- :Fenomena kebanjiran pekerja asing di Melaka bukan perkara asing kerana kebanyakan mereka datang ke negara ini dengan tujuan mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung halaman, sekali gus mengubah corak kehidupan daripada terus dibelenggu kemiskinan.
Salah seorang daripada mereka adalah Sutoto, 35, yang datang ke negara ini sejak dua tahun lalu.
:Menurutnya, pengalaman banyak mengajarnya mengenai kehidupan di negara orang berbanding tempat asalnya di Jawa.
"Keadaan amat berbeza kerana di sana, mahu makan pun susah berikutan pendapatan diperoleh sekadar cukup-cukup sahaja.
:"Alhamdulillah, keputusan datang ke Malaysia banyak membantu mengubah kehidupan yang susah. Di sini rezeki melimpah ruah walaupun hanya bekerja sebagai buruh binaan di Syarikat Sunpower Manufacturing Sdn Bhd di Rembia, di sini," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Kelemak Jaya.
Justeru, Sutoto amat bersyukur kerana hasrat dan impiannya mahu meningkatkan taraf ekonomi keluarga menjadi kenyataan.
"Di sini banyak peluang pekerjaan bagi mencari rezeki yang halal, berbeza di Indonesia. Tidak banyak pekerjaan boleh dilakukan dan gaji diterima pula amat rendah.
"Sejak bekerja di negara ini, saya berusaha gigih dan tidak mensia-siakan kepercayaan majikan demi masa depan," katanya.
:Sutoto tidak menafikan, dia sering teringatkan keluarga di kampung dan merindui isteri serta dua anaknya berumur 10 dan 3 tahun.
"Namun keputusan saya meninggalkan mereka adalah semata-mata mahu mengubah nasib keluarga.
:"Di sana (Indonesia), jika tiada pendidikan dan sijil yang tinggi, memang sukar mendapat pekerjaan kerana majikan mengutamakan pekerja berkemahiran terutama dalam bidang binaan," katanya.
:Menurutnya, bekerja di syarikat terbesar di negara ini memberikan pengalaman berharga buat dirinya dan gaji diterima pula setimpal dengan skop kerjaya dipertanggungjawabkan kepadanya.
kredit to sinar harian |
|
|
|
|
|
|
|
Aeon mahu buka satu lagi cawangan di Melaka
2010/05/06
MELAKA: Syarikat peruncitan utama di negara ini, Aeon Co (M) Bhd (Aeon), merancang membuka satu lagi cawangan pusat beli belah di negeri ini dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang, bagi memenuhi keperluan pengguna di sini.
Pengarah Urusannya, Nagashima Oyama, berkata cadangan itu adalah susulan daripada kejayaan menggalakkan menerusi pembukaan dua cawangan pusat beli belah sebelum ini iaitu masing-masing di Ayer Keroh pada 1992 dan terbaru di pusat bandaraya awal tahun ini.
Katanya, kajian lanjut sedang dilakukan membabitkan pelbagai aspek termasuk kesesuaian lokasi bagi cawangan baru berkenaan.
"Kita tidak perlu terburu-buru kerana cawangan kedua baru saja dibuka. Bagaimanapun kajian mengenainya sedang dilakukan dan sudah pasti ia akan mengambil masa. Mungkin tiga atau empat tahun akan datang, barulah ia dapat direalisasikan," katanya selepas perasmian Pusat Beli Belah Aeon Bandaraya Melaka oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub di sini, kelmarin.
Pusat beli belah itu yang dibangunkan dengan kos RM250 juta, di tanah seluas 73.375 hektar bersebelahan Pasaraya Besar Tesco, adalah cawangan ke-22 syarikat berkenaan di negara ini dan kedua di Melaka, selepas di Ayer Keroh.
Ia beroperasi sejak 5 Februari lalu selepas ditangguhkan kira-kira tiga bulan akibat kejadian letupan gas yang memusnahkan kawasan medan selera di situ pada 14 Disember lalu. Insiden berkenaan menyebabkan dua pekerja di situ maut manakala hampir 20 lagi cedera termasuk beberapa parah.
Pada masa ini, pusat beli belah setinggi tiga tingkat dan menyediakan ruang letak kenderaan sebanyak 2,075 itu disewa 200 peruncit yang menjual pelbagai produk.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad dan Pengerusi Aeon, Datuk Abdullah Mohd Yusof. |
|
|
|
|
|
|
|
nak pergi ke tak, nak pergi ke tak
ermm... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa Sukan Kementerian Kesihatan juga kat Melaka 2010
masros Post at 4-4-2009 03:06
sukan KKM dipindahkan ke terengganu.............kalau bumbung runtuh ada ramai dr ngan messi tolong rawat |
|
|
|
|
|
|
|
sesak la lg negeri melaka nih |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by masuco at 22-5-2010 19:16
Jasa Ibu Tidak Dapat Dibalas Dengan Wang Ringgit
Hargai Pengorbanan Ibu - Md Sirat
BANDARAYA MELAKA, 14 Mei - Hari ibu merupakan pengiktirafan kaum ibu yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di merata dunia.
Ahli Parlimen Kawasan Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu berkata, peranannya amat penting dalam melahirkan ketenteraman, kediaman, kemampuan, kekuatan dan kebesaran dalam jiwa anak-anak.
Menurutnya, ibu adalah orang paling penting dan mulia dalam sesebuah negara dan ibulah yang paling banyak menghabiskan masa dengan anak dan mengandungkannya selama sembilan bulan 10 hari dengan penuh tabah.
"Ibulah yang menanggung keperitan dan kesakitan waktu melahirkan, dan ibulah yang menyusukan anak memelihara dan melindunginya.
"Pada saya ibulah segala-segalanya,"katanya ketika menyampaikan amanat di majlis perasmian "Buatmu Ibu Tersayang" sempena sambutan Hari Ibu Anjuran Parlimen Bukit Katil di Dewan Taming Sari MBMB Ayer Keroh, di sini, malam tadi.
Hadir sama dalam majlis makan malam itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Abd Rahman; isteri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Chiw Tiang Chai dan isteri Ahli Parlimen Bukit Katil serta para ibu dalam parlimen berkenaan.
Menurut Md Sirat, Napeleon Bonaparate berkata, apa yang kuperolehi kini semata-mata berasal dari siis ibu dan dia juga pernah berkata, di sebalik setiap tokoh besat dunia terdapat seorang perempuan iaitu ibu.
Katanya, gelaran ibu sememangnya sesuatu yang amat didambakan oleh setiap wanita. Nilainya tiada galang ganti dengan wang ringgit mahupun intan permata.
"Begitu besarnya sanjungan terhadap seorang ibu sehinggakan dipilih satu hari khas untuk menghargai jasa dan pengorbanan dalam melahir, membesar dan mendidik anak-anak,"katanya lagi.
Ujarnya, Hari Ibu lazimnya pada minggu kedua bulan Mei dan tahun ini, tarikh keramat itu jatuh pada Ahad lepas iaitu 9 Mei 2010.
"Begitu juga sambutan Hari Ibu antara sebuah negara dengan negara lain yang berbeza dan mempunyai tarikh tertentu bagi menyambut hari berkenaan.
"Di negara ini, Hari Ibu disambut meriah sama ada dirasmikan oleh agensi -agensi kerajan seperti Lembaga Pembangunan Penduuduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mahupun badan-badan berkanun.
Hari ibu ibarat, di mana golongan itu sepatutnya dimanjakan dan dibebaskan dari tugas domestik mereka.
"Sambutan hari ibu setahun sekali itu tidak akan dapat membalas jasa ibu yang begitu banyak berkorban untuk anak-anak. Justeru, balaslah jasa ibu dan jagalah ibu serta hormatilah ibu selagi hayat mereka ada," katanya.
kredit to: melakaHariIni.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Promosi Sukan Malaysia XIII Melaka 2010
INISIATIF MELAKA MENAKJUBKAN- JALIL
PORT DICKSON, 14 Mei- Melaka merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif cukup menakjubkan dengan menganjurkan Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII 2010 bagi mempromosikan sukan dwi-tahunan berprestij itu yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun, ini.
Pengarah Bahagian Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Ab Jalil Abdullah menyifatkan ia merupakan satu aktiviti atau program yang cukup baik yang mana kita dapat menguar-uarkan perkembangan Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 termasuk ke kelab-kelab golf yang memiliki jumlah keahlian yang cukup besar di seluruh negara serta Brunei Darussalam.
"Promosi begini merupakan yang pertama kali dilaksanakan di mana Melaka telah mengambil inisiatif untuk menjalankan promosi dengan cara begini.
"Sebelum ini tidak pernah berlaku promosi Sukan Malaysia dilakukan secara begini, tetapi selaku tuan rumah Sukan Malaysia XIII 2010, Melaka bukan sahaja berkerja keras mempromosi sukan itu sendiri, tetapi turut mempromosikan negeri Melaka itu sendiri khususnya dari segi pelancongan. Ini satu inisiatif yang cukup baik," ujar Ab Jalil ketika ditemui selepas menyertai Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 di Port Dickson Golf & Country Club, semalam.
Sebanyak 120 pemain mewakili beberapa kelab dari seluruh negara menyertai pusingan kedua separuh akhir Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.00.
Beliau memberitahu, MSN berkemungkinan besar akan memanjangkan perkara ini untuk tahun-tahun akan datang supaya Sukan Malaysia itu menjadi satu program yang cukup glamor di seluruh negara dan dimaklumi oleh semua pihak.
"Sekarang ini saya tak fikir semua orang tahu, tapi kalau kita boleh bawa hingga ke kelab-kelab golf termasuk di kawasan pedalaman di Sabah misalnya, ini merupakan satu perkembangan yang cukup menakjubkan dan Melaka telah buktikan," ujar beliau.
Beliau memberitahu, lebih 7,000 peserta menyertai Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang diadakan di 62 venue di seluruh negara yang dikelolakan oleh MS3 Golf Sdn Bhd.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MS3 Golf Sdn Bhd, Nor Afendi Mohd Razlan berkata, Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 kini sudah memasuki pusingan kedua separuh akhir bagi memilih peserta terbaik ke pusingan akhir yang akan diadakan di Tiara Golf & Country Club, Melaka.
"Esok pemain akan beraksi di Johor Bahru, diikuti Kota Kinabalu dan Damai Laut, Pangkor Perak dan berakhir di Melaka. Sambutan cukup memberangsangkan di mana lebih 7,000 pemain telah mengambil bahagian dan mengikut data yang dikumpulkan lebih 900,000 orang mengikuti kejuaraan golf ini menerusi promosi yang dibuat di setiap kelab golf yang dipilih sebagai venue pertandingan," ujarnya.
Nor Afendi juga memberitahu, RTM1 selaku penyiar rasmi Golf Challenge Trophy Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 turut menyediakan 26 slot liputan khas selama 30 minit setiap Sabtu dan Ahad sepanjang kejohanan ini berlangsung.
kredit to: melakaHariIni.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Dua beranak hilang tempat tinggal
Dua beranak hilang tempat tinggal
2010/05/24 MELAKA: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran, awal dan tengah hari semalam.
Dalam kejadian di Melaka, rumah papan dua tingkat milik sepasangwarga emas dan seorang anak perempuannya, di Lorong Kapten Nekmat,Semabok, terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Turut musnah, sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal yang diletakkan di bahagian dapur rumah.
Ketika kejadian, mangsa, Wong Pak, 80, dan isterinya, Pang LiangMoi, 78, mengikut anaknya, Wong Mei Yun, 37, ke sebuah kedai ubat Cinadi Taman Melaka Raya, di sini, untuk merawat kaki.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya nampak asap hitam dan hatitidak sedap apabila melihat banyak jentera bomba berhampiran lorongmasuk ke rumah. Apabila hampir, kami dapati api sedang marak dan rumahkami musnah,” katanya.
Ketua Operasi Bomba dari Balai Jalan Kubu, Pegawai Kanan II, MohdShahrin Zauni berkata, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapurdan kini menyiasat punca kebakaran, yang menyebabkan kerugian sekitarRM200,000.
Beliau bagaimanapun lega apabila sebuah kereta Perodua Kenari yangdiletak di ruang hadapan berjaya diselamatkan jiran mereka, yangbertindak pantas mengalihkan kereta itu sejurus terlihat api mula marakke bahagian utama rumah itu.
Ketua Operasi Bomba dari Balai Jalan Kubu, Pegawai Kanan II, MohdShahrin Zauni berkata, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapurdan kini menyiasat punca kebakaran, yang menyebabkan kerugian sekitarRM200,000.
Di KUANTAN, sebuah rumah di Felda Bukit Sagu Satu, yang dihuni seorang warga emas dan dua anak, musnah awal pagi semalam.
Kejadian itu disedari warga emas terbabit, Zanib Idris, 60, ketikabangun untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.
Zanib berkata, dia terhidu bau asap ketika berjalan menuju kebilik air untuk mengambil wuduk dan melihat kepulan asap hitam dariarah bilik tidur.
Beliau berkata, dalam tempoh tidak sampai sejam, api sudah marak dan memusnahkan seluruh rumahnya
Berita Harian
p/s : Mari kita pakat2 menderma...
Jom ke sana! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dekat kg. sy tuh................mcm mane tak perasan aaaaa.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka boleh....
Jom2 pi Melaka...
saksikan sukan dan travel Melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya @ Teluk Gong, Pengkalan Balak
Post Last Edit by Syd at 25-5-2010 15:38
Melaka & Negeri Sembilan: Gempar buaya
Oleh Arifin Salleh
BUAYA berukuran 3.5 meter panjang muncul di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak.
Penduduk bimbang reptilia muncul di pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak
MASJIDTANAH: Orang ramai khususnya penduduk di Kampung Sungai Tuang TelukGong, kembali gempar apabila seekor buaya tembaga muncul secara tiba-tiba di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, di situ selepas sekian lama tidak kelihatan.
Reptilia yang sepanjang 3.5 meter dan berwarna kuning keemasan itu dipercayai adalah buaya kedua muncul di situ selepas kali pertama, beberapa bulan lalu. Kehadirannya pada kira-kira jam 10.45 pagi itu menyebabkan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai.
Sidang Kampung Sungai Tuang, Yahya Zakaria yang turut menyaksikan kemunculan reptilia itu berkata, sebelum ini beliau sendiri pernah mendengar mengenai perkara itu namun kurang mempercayainya.
“Sebelum ini, saya memang tidak percaya dengan cerita penduduk. Sudah banyak kali mereka memberitahu tapi hari ini (minggu lalu) saya sendiri sudah melihat sendiri itu. Memang panjang dan agak menakutkan.
“Saya harap ia tidak akan mengganggu penduduk di sini dan pada masa sama, penduduk juga tidak mengganggu buaya ini. Tidak dapat dipastikan dari mana ia datang, yang pasti ia menimbulkan kebimbangan penduduk,”katanya.
Yahya berkata, kejadian penemuan buaya itu berlaku secara kebetulan ketika beliau dan beberapa penduduk kampung itu berada di pantai Sungai Tuang untuk melihat kerja pembinaan jalan di sepanjang kaki lima yang rosak akibat hakisan.
“Pada mulanya saya sangkakan sebatang kayu hanyut di tengah laut sebab jarang ada benda lain di permukaan pantai ini.
“Tapi lama-kelamaan hati saya rasa tak sedap dan selepas beberapa minit tiba-tiba benda panjang tadi menghampiri bibir pantai dan menampakkan rupa bentuknya yang sebenar kepada kami semua di sini,”katanya.
Yahya berharap pihak berkuasa, khususnya Perhilitanakan dapat mengambil tindakan segera bagi mengesan aktiviti reptilia terbabit di kawasan berkenaan.
Katanya, kehadiran buayas ememangnya sentiasa menarik perhatian ramai, namun ia mungkin boleh menimbulkan bahaya jika tidak ditangani dengan baik.
Penduduk, Faizal Khairuddin, 27, berkata, beliau pada mulanya melihat reptilia itu bergerak perlahan menyusur pantai dari arah pantai Telok Gong menuju ke Sungai Tuang, tidak jauh dari situ.
Katanya, kehadiran buaya ini memang menarik perhatian ramai seperti sebelum ini juga.
“Cuma kebimbangan kita, jika buaya ini tiba-tiba naik angin ia, boleh membahayakan orang ramai. Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu bagi menangani perkara ini,” katannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tepek ler kt keratan akhbar nun.............. |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah tengok buaya tu...............
glamer betul buayer tu skarang...
dah mcm pesta kat pengkalan balak...
pesta tengok buaya... |
|
|
|
|
|
|
|
buaye pn dh pandai p piknik |
|
|
|
|
|
|
|
takutnye..kat laut pon ada boya..ingat kat darat ngan sungai jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tunggu boya tu kekah orang dulu ker |
|
|
|
|
|
|
|
Itu menandakan ekosistem kat sana ada something wrong....................dulu ada khin*** nak dimakan, skg susah mau cari makannn.......................... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|