kalau ko nak aku xkesah.... jom arr.... tapi kat mid valley sebab aku mmg nak pegi makan kepsi dengan bini aku petang ni kat mid valley pastu gi tengok wayang.
tula..esok boleh puasa x?
Encik_Hubby Post at 7/7/2011 14:36
Soalan
Apakah hukum berpuasa pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja?
Jawapan
Makruh puasa yang bukan wajib pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja dan tiada menjadi makruh jika didahului atau disambung dengan hari yang dahulu atau berikutnya dan juga tiada makruh jika hari jumaat atau sabtu atau ahad itu terjatuh pada hari yang ia biasa berpuasa umpamanya ia berpuasa berbilang-bilang sehari puasa dan sehari buka, dan terjatuh hari puasanya pada hari jumaat atau sabtu atau ahad, demikian juga kalau hari-hari tersebut jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah, hari yang kesembilan Muharam dan hari yang kesepuluhnya ( Asyura ).
Ada mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari jumaat, hendaklah berpuasa pada hari khamis @ sabtu pada minggu yang sama
Jawapan
Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW iaitu jika puasa itu dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.