CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

kawin kawin corner : any thing pasal kawin

 Close [Copy link]
Post time 12-9-2004 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 12-9-2004 08:01 AM:

deaf...
tak silap ni sokabar hari ahad kan?
kang aku dapat aku paste kan..... tak janji eh

maklumlah... aku kena amik kat rumah mak aku.....



hah kalo boleh tampal ah, chic belum tengok ah...



and then carik pix haji $ahak....   nak berkenalan...me$ti loaded :love::love::hug:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2004 03:44 PM | Show all posts

hahahahahaha

bak kata mak aku :

NI NAK KAWINKAN ANAK KE JUAL ANAK??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 12-9-2004 11:43 AM:



hah kalo boleh tampal ah, chic belum tengok ah...



and then carik pix haji $ahak....   nak berkenalan...me$ti loaded :love::love::hug:


Takper takper....Chic dah tengok dah. Memang nampak very the nice but also very the unnecessary....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 12-9-2004 11:43:
hah kalo boleh tampal ah, chic belum tengok ah...
and then carik pix haji $ahak....   nak berkenalan...me$ti loaded :love::love::hug:

...kalau pix haji $ahak takde...dekni punya pix bley tak...???:bgrin::bgrin:
TERUNA IDAMAN

...bley per...dekni pon masih single and available...hensem and sek....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 14-9-2004 11:32 PM:

...kalau pix haji $ahak takde...dekni punya pix bley tak...???:bgrin::bgrin:
[url=http://www.geocities.com/SunsetStrip/Balcony/5275/pelakon/j/jaafar_onn.html][ ...




aku suka woo jaapar onn ni....:bgrin:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 16-9-2004 09:07 AM | Show all posts
this guy must be real loaded....nanti kalau ada cerita james bond boleh suruh dia acting....the man with the golden gun...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2004 10:25 AM | Show all posts
Kenkadang sekadar keeping up appearances....
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 19-9-2004 09:55 AM | Show all posts
tadi paper papers ,ni prince in europe dia nak split ngan bini dia...

ada duit,kaya raya...bini cantik....you have all you want....but still they split ?

to some people life ni........tak pernah cukup .......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2004 11:58 AM | Show all posts
weeiiii.....kawan2...

sokkabar semalam aku baca ketawa lepak ah....

Haji $ahak dapat banyak lagi $urat cinta wooo
:love::love::love::love::love::love:

Haji $ahak, I love you too...!!!!:hug:



Forum : 18 September 2004   
  Mudah cetak  | E-mel
JANGAN JADIKAN MAJLIS SEPERTI PERNIAGAAN
SAYA prihatin terhadap teguran Haji Sahak Jumaat mengenai adanya kes sampul surat kosong di majlis perkahwinan. Saya sendiri pernah mengalaminya, tetapi saya tidak berkecil hati.

Sebaliknya saya fikir mungkin orang seperti ini tidak mempunyai wang yang cukup pada masa itu kerana ada di antara mereka perlu menghadiri beberapa jemputan pada hari yang sama.

Sebaiknya, kita anggap sebarang sumbangan sebagai ikhlas dan menerimanya juga secara ikhlas.

Bagi saya, saranan sumbangan minimum $10 itu adalah kurang wajar walaupun beliau sebenarnya simpati kepada keluarga yang menganjurkan majlis kahwin itu, khususnya yang kurang berkemampuan.

Namun, biarlah keputusan untuk memberi seberapa banyak sumbangan kita serahkan kepada jemputan sendiri.

Seperkara lagi, kita tidak boleh bandingkan nasi beriani majlis kahwin dengan di kedai. Ini seperti berniaga dan mahukan keuntungan.



A. Salim Basri, Kallang Bahru.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 11:59 AM | Show all posts
$urat cinta #2

BUKAN SATU PELABURAN
ISU sumbangan minimum $10 untuk majlis perkahwinan bagi saya bukanlah baru dan saranan itu juga kurang wajar.

Tujuan mengadakan majlis perkahwinan ialah agar tetamu memeriahkan majlis tersebut.

Merapatkan silaturahim tidak harus dikaitkan dengan sumbangan wang, dan majlis itu harus diadakan secara ikhlas. Janganlah jadikan majlis perkahwinan sebagai satu pelaburan.



Nur Bashirah, Ang Mo Kio.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:01 PM | Show all posts
$urat cinta #3



USAH NIAT NAK CARI UNTUNG
SAYA tidak setuju dengan saranan Haji Sahak Jumaat mengenai sumbangan minimum $10 untuk majlis kahwin. Tidak semua orang yang mampu memberi sebanyak itu.

Majlis perkahwinan bukanlah kegiatan mencari untung dan terimalah apa jua rezeki yang disumbang secara ikhlas.

Yang penting silaturahim antara saudara dan teman dapat dieratkan.


Haryani Ismail, Woodlands Drive 14.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:02 PM | Show all posts
bagu$ $urat cinta tuli$an cik Senah ni :ah:


BIAR IKHLAS BUAT MAJLIS
MERUJUK kepada saranan untuk memberi sumbangan minimum $10 bagi majlis perkahwinan, saya terkejut membacanya.

Apakah niat utama mengadakan majlis perkahwinan dan mengundang saudara-mara dan kenalan? Untuk bertemu dan rapatkan silaturahim atau dapatkan wang sumbangan?

Memanglah tidak patut memberi sampul wang kosong, tetapi tidak patut juga tetapkan sumbangan minimum $10 sebagai standard.

Tidak semua orang berkemampuan dan boleh menyumbang sebanyak itu. Niat adakan majlis mestilah ikhlas dan jangan harapkan balasan atau sumbangan tetamu.

Jika tidak mampu membuatnya secara besar-besaran, buat ala kadar dan jangan berhutang.


Senah, Yishun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:05 PM | Show all posts
ini $urat cinta & $urat kutuk joint muehehehehe....:love::love::love::love:



BAK PEMINTA SEDEKAH TERHORMAT

IBU bapa pengantin harus bersyukur kerana jemputan sudi hadir ke majlis perkahwinan anak mereka. Janganlah pula bersikap marah dan mengharapkan sangat sumbangan undangan.

Kita juga perlu fikirkan keadaan ekonomi jemputan yang mungkin tidak bercukupan.

Bagi saya, mereka yang mengharapkan sangat wang sumbangan undangan adalah bak peminta sedekah yang terhormat kerana mereka menjamu tetamu, namun pada masa sama mengharapkan wang sumbangan diberikan.


Hajah Kamaliah Mohamed, Fajar Road.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:08 PM | Show all posts
ooohhh Melati :love::love::love::love::love



RISAU YANG TIDAK MAMPU AKAN MALU HADIR KE MAJLIS SESEORANG yang datang ke majlis perkahwinan seharusnya dibenarkan menyumbang seikhlas hatinya. Tidak kiralah sama ada $2, $3, $5 atau lebih daripada itu.

Sekiranya kita anjurkan majlis perkahwinan, biarlah mengikut kemampuan dan tidak harapkan sangat sumbangan tetamu untuk mendapatkan balik modal untuk membayar kos menganjurkan majlis itu.

Jika sumbangan minimum $10 ditetapkan, saya khuatir ramai yang akan memilih untuk tidak hadir ke majlis itu kerana tidak berkemampuan atau seperti terpaksa membayar jumlah tertentu.

Jika ibu bapa pengantin tidak membazir dalam menganjurkan majlis itu, pasti kosnya tidak akan terlalu tinggi dan tidaklah menyebabkan hutang keliling pinggang. Justeru, carilah pakej perkahwinan yang dalam kemampuan masing-masing.

Yang penting pengantin selamat dinikahkan dan tidak perlu berlagak dengan menghiasi kolong blok bagai istana sehingga menyebabkan kita papa di belakang hari.


Melati Bawri, Tampines Street 34.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:11 PM | Show all posts
Editor: Kami akan hentikan bahas mengenai isu sumbangan minimum $10 bagi majlis kahwin kerana fakta-fakta telah pun dibentangkan.


ala...weak la..... wa suka baca la....surat2 cinta pasal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 19-9-2004 12:11 PM:
Editor: Kami akan hentikan bahas mengenai isu sumbangan minimum $10 bagi majlis kahwin kerana fakta-fakta telah pun dibentangkan.


ala...weak la..... wa suka baca la....surat2 cinta pasa ...


Citer dia balik2 sama aje Deaf....tu pasal dia nak hentikan agaknya....:ah:

[ Last edited by chicsee on 20-9-2004 at 09:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2004 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 16-9-2004 12:22:
cis... seber lombap..
tak dapek nak lihat mamat ni
hampeh tul......

...V...dah dapat tengok ke blom si mamat ni...pi arr try skali lagi...tak tengok..rugi besar siot...lollol:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 11:05 AM | Show all posts
tadi one of my cousins kol me up & kata dia ngah stress nak kawen. sc tanya dia kenapa& dia critakan pasal nanti dah kawen semua kena tahu masak. terus sc kata dgn dia, "gerl, u jgn stress, nanti bila u dah kawen & tinggal sendiri, dgn sendiri u tahu mcm nak masak". skrg ni apa yg u cna belajar just belajar, me pun dulu sebelum kawen pun tak pandai masak & bila dah kawen ni, baru semua tahu:ah:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 20-9-2004 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 20-9-2004 11:05 AM:
tadi one of my cousins kol me up & kata dia ngah stress nak kawen. sc tanya dia kenapa& dia critakan pasal nanti dah kawen semua kena tahu masak. terus sc kata dgn dia, "gerl, u jgn st ...



husband dia ni demanding ??? ada some husband asik nak di serve aja ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 20-9-2004 11:05 AM:
tadi one of my cousins kol me up & kata dia ngah stress nak kawen. sc tanya dia kenapa& dia critakan pasal nanti dah kawen semua kena tahu masak. terus sc kata dgn dia, "gerl, u jgn st ...


Betul cakap SC tu...nanti dah kawin insyaAllah everything will fall into place. Itu pun kalau nak belajar lah. Some pple, dah kawin pun tak nak belajar masak gak....

Chic pulak, last week my mum punya best fren sibuk ngadu pasal anak dara dia tak tau masak dan malas mengemas. Dia risau sebab umur anak dia dah menjangkau 27 tahun dan bila kawin nanti mak mertua akan tinggal bersama. Anak dia rilek aje, mak dia yang takut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064032 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list