CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
Post time 9-12-2005 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 9-12-2005 12:24 PM
my block akan dirobohkan tak lama lagi

2007 - kalau dpt yang baru kat depan mrt kallang (670 jer unit tinggal 4&5 bilik inclusive)
2010 -  tak dapat kat MRT kallang kena tunggu lagi utk dpt ...


V, kenapa tak pergi aje HDB punya website to check whether ada walk-in selection?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2005 02:28 PM | Show all posts
V,

meh tukar angin kat north area...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 02:55 PM | Show all posts
Yup..., betul tu V....
jom lah tukar angin ke north...
lagipon dekat ngan tempat keje laki kau....


Originally posted by sal_bole at 9-12-2005 02:28 PM
V,

meh tukar angin kat north area...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 9-12-2005 02:55 PM
Yup..., betul tu V....
jom lah tukar angin ke north...
lagipon dekat ngan tempat keje laki kau....





V,

ko jgn pindah ke west tau! nanti geng
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 04:09 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by gadis_aries at 9-12-2005 02:58 PM



V,

ko jgn pindah ke west tau! nanti geng
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 9-12-2005 12:24 PM
my block akan dirobohkan tak lama lagi

2007 - kalau dpt yang baru kat depan mrt kallang (670 jer unit tinggal 4&5 bilik inclusive)
2010 -  tak dapat kat MRT kallang kena tunggu lagi utk dpt ...

Cik jum ke ah ke west.. dekat dgn ur keje.. & bleh balik sama2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2005 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 9-12-2005 04:09 PM

Aries.. i lagi suka kalo dia tinggal daerah West.. bukan dpt ramas aje.. bleh dpt kek free.. hehehehe..


hahha...btol tu...kek free...aries pun nak jugak ler:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 9-12-2005 04:10 PM

Cik jum ke ah ke west.. dekat dgn ur keje.. & bleh balik sama2..



Cik jum ke ah ke west.. dekat dgn ur keje.. & bleh balik sama2=> PART 2


V, kat daerah rumah SC & rumah aku banyak rumah kosong....kalau ko walk-in terus boleh dapat kunci tau :cak::cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2005 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 9-12-2005 12:24 PM
my block akan dirobohkan tak lama lagi

2007 - kalau dpt yang baru kat depan mrt kallang (670 jer unit tinggal 4&5 bilik inclusive)
2010 -  tak dapat kat MRT kallang kena tunggu lagi utk dpt ...


V, kalau tukar angin pun, biar rumah dekat ngan mrt....senang....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 9-12-2005 04:33 PM


V, kalau tukar angin pun, biar rumah dekat ngan mrt....senang....


Btol cakap chic tu...

In future in between street 65 (rumah SC) & street 61 (rumah Aries) akan ada PIONEER MRT station :cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 9-12-2005 04:32 PM



Cik jum ke ah ke west.. dekat dgn ur keje.. & bleh balik sama2=> PART 2


V, kat daerah rumah SC & rumah aku banyak rumah kosong....kalau ko walk-in terus boleh dapat kunci tau  ...

ha'ah.. kat kawasan i & aries.. memang bnyk kosang.. confirm kalo u apply kat kawasan sini.. confirm.. kita berjiran tetangga..hehehehe:love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 9-12-2005 04:38 PM

ha'ah.. kat kawasan i & aries.. memang bnyk kosang.. confirm kalo u apply kat kawasan sini.. confirm.. kita berjiran tetangga..hehehehe:love::love:


kosang tu apa SC?? hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 9-12-2005 02:18 PM


V, kenapa tak pergi aje HDB punya website to check whether ada walk-in selection?

muakakakakakaka.. dah  ah
latest blom kuar
yang ada sekarang lokasi dia ok
tingkat 2-3 banyak...
tingkat 6 ke atas elek


insya Allah ada kesempatan nak terus ke HDB buat pertanyaan

ni lah... kalau ada open utk lokasi baru ok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 9-12-2005 04:33 PM


V, kalau tukar angin pun, biar rumah dekat ngan mrt....senang....

ah.. tu lah aku tgh aim kat depan mrt commonwealth ni.. kat depan redhill  mrt pon
ada appear kat website memang ada.. cuma tingkat rendah sangat

uish.. latest semalam MIL aku majuk pasal aku takder pon mention
nak ajak dia sama..wakakakaka.. i mean ajak dia duduk dgn aku


:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 10:25 AM | Show all posts
DBS PERKENAL SKIM PINJAMAN RUMAH BARU
Oleh
Rosebi Mohd Sah

DBS Bank semalam memperkenalkan skim pinjaman rumah baru yang menggabungkan ciri kadar faedah terapung dan kadar tetap.

Dikenali sebagai Pinjaman Terurus DBS, ia bertujuan memudahkan para pelanggan membuat pilihan fleksibel antara kedua-dua jenis kadar faedah itu.

Di bawah skim pinjaman itu, 11 pakej pinjaman yang terdiri daripada kadar faedah terapung dan kadar faedah tetap dari satu hingga 10 tahun ditawarkan kepada para pengguna mulai semalam.

Pemilik rumah boleh memilih hingga empat pakej pinjaman daripada 11 pakej pinjaman rumah yang ditawarkan.

Buat masa ini, bank-bank di pasaran menawarkan kadar faedah terapung dan kadar faedah tetap bagi tempoh dua tahun, tiga tahun dan lima tahun bagi skim pinjaman rumah.

'Dengan skim pinjaman rumah baru ini, para pelanggan juga boleh melaksanakan kepelbagaian dalam menguruskan pinjaman mereka berdasarkan pergerakan kadar faedah serta mengurangkan risiko terlalu bergantung sama ada pada kadar terapung atau kadar tetap, justeru meraih penjimatan,' kata Naib Presiden Kanan, DBS Bank, Encik Koh Kar Siong, dalam taklimat akhbar semalam.

Memberikan contoh, beliau berkata bagi pinjaman kadar faedah tetap tiga tahun yang ditawarkan oleh bank-bank lain (dengan kadar faedah tetap 3.5 peratus bagi tahun pertama dan 3.75 peratus bagi tahun kedua dan ketiga), jumlah keseluruhan kadar faedah tetap bagi tempoh tiga tahun itu adalah 11 peratus.

Jumlah kadar faedah tetap itu lebih tinggi berbanding jumlah kadar faedah Pinjaman Rumah Terurus DBS bagi tempoh sama (3.13 peratus bagi tahun pertama, 3.44 peratus bagi tahun kedua dan 3.5 peratus bagi tahun ketiga, dengan jumlah keseluruhan kadar faedah bagi tempoh tiga tahun itu adalah 10.07 peratus).

Bagi pinjaman rumah $500,000 bagi tempoh 25 tahun pula, misalnya, kadar faedah tetap pengguna bagi tiga tahun adalah $52,918.45 berbanding tempoh yang sama bagi kadar faedah Pinjaman Terurus DBS iaitu $48,301.75, yang bermakna penjimatan sebanyak $4,616.70.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-12-2005 08:02 AM

ah.. tu lah aku tgh aim kat depan mrt commonwealth ni.. kat depan redhill  mrt pon
ada appear kat website memang ada.. cuma tingkat rendah sangat

uish.. latest semalam MIL aku majuk pasal ak ...

biarkan dia majuk lelama... :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2005 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-12-2005 08:02 AM

ah.. tu lah aku tgh aim kat depan mrt commonwealth ni.. kat depan redhill  mrt pon
ada appear kat website memang ada.. cuma tingkat rendah sangat

uish.. latest semalam MIL aku majuk pasal ak ...



stress eh ko v ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2005 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-12-2005 08:02 AM

ah.. tu lah aku tgh aim kat depan mrt commonwealth ni.. kat depan redhill  mrt pon
ada appear kat website memang ada.. cuma tingkat rendah sangat

uish.. latest semalam MIL aku majuk pasal ak ...


Sabar aja Kak V cubaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 10-12-2005 07:59 AM

muakakakakakaka.. dah  ah
latest blom kuar
yang ada sekarang lokasi dia ok
tingkat 2-3 banyak...
tingkat 6 ke atas elek


insya Allah ada kesempatan nak terus ke HDB buat pertanyaan

...


V, ko prefer rumah tingkat 6 ke atas eh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2005 12:48 AM | Show all posts
ISTANA 'RAJA' SEMBAWANG
Lambang kejayaan pengusaha sate

Sembawang mempunyai seorang 'Raja' yang bukan sahaja memiliki sebuah 'istana', tetapi juga satu perniagaan sate yang berjaya. Ikuti laporan wartawan BH, Suryani Omar, yang mengunjungi beliau baru-baru ini.

RUMAHKU, istanaku.

Begitulah gambarannya sebaik sahaja memasuki rumah banglo 'Raja' Sembawang di nombor 44, Jalan Malu-Malu.

Banglo bak istana sultan itu milik pasangan usahawan sate, Encik Mohamed Raffi Bashir, 44 tahun, dan Cik Jalilah Surip, 42 tahun.

Berharga $1.8 juta, ia dihias dengan pelbagai perabot ala istana diraja bernilai lebih $300,000.

Namun, kejayaan mereka tidak datang bergolek.

Perniagaan sate mereka bermula sederhana - daripada sebuah kampung di Jalan Mata Ayer pada 1982, sebelum pasangan suami isteri itu menjadikan flat tiga bilik mereka di Yishun Avenue 6 sebagai 'kilang' mini sate dengan modal $300.

Di situ mereka mengembangkan niaga dengan memenuhi tempahan sate dan mengen dalikan beberapa gerai, sebelum menggunakan wang $86,000 hasil penjualan flat itu untuk memajukan lagi perniagaan.

Hasilnya, sejak 2000, mereka berjaya mengendalikan sebuah pusat makanan Singapore Satay Club di Sembawang Shopping Centre dan memiliki kilang sate, Jalilah's Sate Solo.

Setiap tahun, mereka meraih keuntungan purata $500,000 hingga $700,000, manakala setiap hari mereka menghasilkan 7,000 hingga 10,000 cucuk sate.

Sekitar dua bulan lalu pula, mereka berpindah ke 'rumahku, istanaku' itu.

Kini, selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia sate, mereka kini boleh mendabik dada sebagai 'Raja' sate di Sembawang.

'Istana' mereka menjadi tanda mercu usaha keras mereka selama ini.

Menyambut tetamu di pekarangan banglo itu, tersergam dua kereta mewah kelabu Mercedes-Benz.

Satu jenis E240 untuk si ayah berharga $238,000, dan satu lagi jenis SLK untuk si anak lelaki tunggal berharga $204,000.

Ia sebagai hadiah hari lahirnya yang ke-21.

Untuk memenuhi cita rasa mereka pula, suami isteri itu membelanjakan sekitar $150,000 untuk kerja ubah elok.

Antara ciri menarik yang dibinanya ialah studio muzik seluas 37 meter persegi, ruang makan luar di taman dan kolam ikan.

Melambangkan bidang niaga yang diceburinya pula, bumbung hijau di anjung rumah dibentuk seperti kipas sate.

Namun, apa yang menjadikan banglo itu bak istana sultan ialah pelbagai jenis perabot mewah ala kerabat diraja yang menghiasi setiap ruangnya.

Dengan belanja $300,000 (cukup bagi seseorang untuk membeli sebuah flat eksekutif jual semula di Bukit Panjang), ia menjadi tarikan utama banglo tiga tingkat itu.

Antaranya ialah beberapa candelier kristal berjenama Bohemian berharga antara $2,000 dengan $13,000 setiap satu.

Ia digantung untuk menerangi beberapa sudut penting, termasuk ruang tamu, yang dihiasi satu set sofa Silik dari Italy berharga $18,000.

Satu set meja makan Silik berharga $38,000 dan bercirikan fesyen klasik kurun ke-16 pula boleh menampung 10 tetamu.

Ia merupakan perabot termahal dalam banglo tersebut.

Terdapat juga empat bilah pedang di satu sudut ruang tamu - seolah-seolah menjadi 'pengawal' banglo seluas 446 meter persegi dan keluasan tanah 606 meter persegi itu.

Dua daripadanya pedang asli dari China dan Ireland manakala dua lagi pedang replika Conan The Barbarian.

Encik Mohamed Raffi membelanjakan sekitar beberapa ribu dolar untuk mendapatkan koleksi tersebut.

'Zaman dulu, kalau kita mahu menakluki dunia, kita mesti ada pedang.

'Bukanlah saya mahu takluk dunia, tapi ia sebagai simbol kepada tekad untuk bekerja keras dan berjaya,' katanya.

Sejumlah 18 jam besar berdiri berharga antara $400 dengan $8,000 turut dipamerkan di beberapa sudut, dengan tujuan menunjukkan waktu beberapa kota dunia, seperti New York, London, Tokyo dan Dubai - bandar idaman mereka untuk meluaskan perniagaan.

Lebih 50 perhiasan porselin berupa pasu dan lampu dengan setiap satu berharga sekitar beberapa ratus dolar juga mengindahkan lagi suasana.

Di bilik tidur utama pula, sebuah katil buatan Amerika Syarikat berharga $16,000 dan katil kecil atau day bed juga dari Amerika berharga $8,000 menanti 'Raja' Sembawang untuk beradu.

'Di bilik inilah saya berehat, membaca atau sekadar menenangkan fikiran. Namun, perniagaan kami bukan sesuatu yang memenatkan,' kata Cik Jalilah.

Tetapi, mengapakah mengeluarkan wang begitu banyak untuk menghiasi rumah?

Encik Mohamed Raffi berkata:

'Bagi orang biasa, untuk menjadi 'raja' mungkin satu angan-angan sahaja. Tapi bagi saya, jika anda mempunyai cita-cita untuk menjadi 'raja' dan berjaya dalam sesuatu bidang, anda boleh mencapainya.

'Banglo ini membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh berjaya jika ada kemahuan dan sanggup bekerja keras. Tapi perjalanan kami masih belum berakhir,' katanya.

Sememangnya, Encik Mohamed Raffi dan isteri gigih memajukan niaganya hingga sanggup membeli banglo yang dekat dengan kilang sate dan pusat makanannya - masing-masing sekitar 20 langkah dan 10 minit berjalan kaki daripada 'istana' mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.653859 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list