CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 29-1-2011 12:13 AM | Show all posts
Salaam
Putus ubat ni sepertinya satu persetujuan yang disepakati di antara pesakit dan perawat...
Jika pesakit tidak memperlakukan seperti apa yang disarankan oleh perawat setelah dia pulih maka si perawat akan mendapat sakit pula ( semacam petunjuk yang diberikan ).
Contohnya jika seorang pesakit itu berniat akan memberikan sesuatu kepada seseorang andainya dia pulih maka bila sembuh dia tidak berbuat begitu maka petunjuk yang ada kena pada perawat adalah seperti sakit kaki ( bahagian dalaman )dan lain pesakit lain pula bahagian tubuh yang perawat kena.Kalau di himpunkan .......Pikirla sendiri....

Jadi bila perawat dah sakit susahlah macam tu...
Maka 'kebah' adalah satu ritual di mana sakit yang di sembuhkan oleh perawat di kembalikan semula kepada pesakit dengan imbalan tertunggak akan sakit itu selama mana ia sembuh sehinggalah kepada masa ia dikebah.

Pengeras adalah mahar yang ditetapkan oleh perawat kerana sesuatu pengubatan itu ingin dilakukan.
Ini mungkin perawat juga harus membayar fee atau yuran pembelajaran atau membeli peralatan yang lainnya untuk merawat pesakit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 12:22 AM | Show all posts
Salaam
Putus ubat ni sepertinya satu persetujuan yang disepakati di antara pesakit dan perawat...
...
rdzaccess Post at 29-1-2011 00:13



  salam bro...lama tak nampak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 12:25 AM | Show all posts
adakah putus ubat ni sesuatu yang wajib dalam perubatan? setau aku hanya perawat alternatif je selalu akan putus ubat. bukan tu saja, pesakit tidak boleh berubat dgn org lain selagi masih berubat dgnnya...apakah kaitannya yer?

bagi perawat islam pula, biasanya darul darul ni....tidak ada pulak putus ubat dan boleh pulak berubat dgn sesiapa walaupun masih dlm proses berubat dgnnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 10:24 PM | Show all posts
Apabila sesuatu sesi perubatan itu sampai ke kemuncaknya dan segala pantang larang dan saranan di turutkan maka akan pulihlah seseorang itu dari penyakit yang dideritainya maka putus ubat itu sepertinya tamatlah tanggungjawab perawat tersebut dan juga dengan pemberian sesuatu yang merangkumi dalam 'putus ubat' ini akan digunakan untuk cebisan cebisan penyakit oleh perawat dan juga sebagai persediaan 'pendinding' buat perawat andainya ada tempias dari penyakit tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 10:29 PM | Show all posts
Putus ubat ini selalunya diamalkan oleh perawat yang menuntut dalam ilmu ghaib atau keturunan mereka sendiri di mana amalan mereka adalah dari pembacaan mentera dan juga ayat ruqyah dan ada yang dari ayat quran.
Ianya menunjukkan bahawa mereka mempelajari perawatan dengan cara perguruan dari segi perbuatan sehinggalah kepada pembacaan.
Perawat ini juga tidak laridari pantang larang sepanjang melakukan perawatan atau selagi masih hidup untuk melakukan perawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 06:30 AM | Show all posts
ceritalah lagi TT,sy dah jadi SR dlm benang TT ni.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2011 11:52 AM | Show all posts
Malam itu sepi seperti kebanyakkan malam malam yang ku lalui.
Namun ada seerti yg tidak kena.Pulang saja dari pekan aku lansung mandi.Nescafe 3 in 1 ku bancuh.Perlahan ku hirup sambil mmbaca nota yg tertera di skrin komputer. setelah sudah aku pun melayari internet dan membuka jaringan Cariforum.
Nukilan lamaku di baca kembali.Tiada kejadian baru yg berlaku sejak 4 bln kebelakangan ini.Alhamdulillah.
Setelah solat Maghrib,aku mengambil tasbih dan berzikir sambil mataku mmbaca penulisanku di kaca monitor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 11:53 AM | Show all posts
Aaah,,...jam sudah menunjukkan jam 3 pagi
Aku menutup komputer lalu menuju ke katil besarku.
Seronoknya dapat baring di tilam empuk.
Aku terlena..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2011 11:54 AM | Show all posts
Assalmualaikum,assalamualaikum...
Waalaikumsalaam...
Aaah..Pak cik ada tak?
Tak de org di sini lagi kecuali saya...
Dia tergamam.mungkin kerana ingatnya yg di cari adalah lebih berusia lagi.
Sebenarnya awak nak cari sapa?
Saya nk jumpa dengan (nama samaranku)
Aaa.sayalah tu.ada apa..marilah masuk dulu...pelawaku.
tak payahlah pak cik,saya buruan ni.seeloknya pak cik ikut saya...kami butu*kan bantuan pak cik.

Baiklah,tp apa halnya..
jelangkong...pendek jawapannya.
ku ulangi semula akan sebutannya dgn tambahan...
Jelangkong ke Jerangkong?
2 keadaan brbeza yg di tidak samakan dengan satu huruf cuma...
Dia mengulangi...Jelangkong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 11:56 AM | Show all posts
Aku kaget.
Seorang pemuda indon yg tidak ku kenali inginkan prtolonganku.
Aku tahu bahawa ini mesti ada kena mengena dgn mistik sebabnya lain.
Aku akan selalunya akan membantu walaupun dlm waktu terhad.Ada juga perawat yang kini yg tinggal di kwsn prumahanku namun cut off time mrk cuma hingga jam 1 pg aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 11:57 AM | Show all posts
Sorry....credit prepaid abis...
Gi cari top up dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 07:27 PM | Show all posts
Assalmualaikum,assalamualaikum...
Waalaikumsalaam...
Aaah..Pak cik ada tak?
Tak de org di sini la ...
rdzaccess Post at 3-2-2011 11:54



kes ni berlaku dimana TT.....
jelangkong ni biasanya sihir orang asli kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:21 AM | Show all posts
mana TT ni,sambunglah karya anda
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 11:52 PM | Show all posts
Lama dah tak baca coretan dr rdzaccess. Ingatkan terus senyap je. Tak sangka lak, masih bersambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply 552# Saat

Bukan sihir orang asli tapi satu permainan untuk mendapatkan sesuatu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 10:59 PM | Show all posts
Maaflah....saya dalam kesempitan hidup.
terpaksa berpuasa.....
Tapi itu dugaan yang diberikan olehnya...agar dapat iman itu dipadukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 8-2-2011 23:06
Maaflah....saya dalam kesempitan hidup.
terpaksa berpuasa.....
Tapi itu dugaan yang diberikan oleh ...
rdzaccess Post at 8-2-2011 22:59



    w'salam.......samalah kita...aku pun dalam kesempitan idup gak akibat sihir. rupanya dalam kesempitan itulah Allah mengajar kita banyak perkara.

bro skang kat mana, kalau dekat Kl bolelah perkena teh tarik segelas dua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 11:32 PM | Show all posts
Sambungan
Aku menaiki motorsikal yang berusia kurang lebih 13 tahun membontoti motosikal Mat Indon tadi.Sesekali aku membrek memperlahankan motosikalku lantaran pandangan ke hadapan aku terkabur dek asap motosikalnya yang berkepul kepul dari ekzos bak berunggun bara api.

Setelah beberapa kilometer jauhnya , kami membelok ke persimpangan jalan kanan.
Jalanraya mengecil sehinggakan jika ada kereta yang berselisih , maka salah satu harus berhenti untuk memberi laluan kepada yang satu lagi.

Sesekali motosikal terpaksa di lencongkan dengan tajam untuk mengelak dari terjerumus ke dalam lubang yang ada.

Kemudiannya kami membelok lagi dan kali ini melalui jalan tanah pula. Di kiri kanan sesamar kelibat pohonan getah .Pengendalian permotoran terpksa dicekapkan.Sesekali aku terbabas kerana melanggar banir yang tinggi.

Beberapa meter dariku kemudian kelihatan cahaya lampu kalimantang berada tinggi .Lampu yang diikat pada sebatang pohon hutan cukup dapat menerangi kawasan setempat yang berdekatan.

Sebuah rumah kongsi di perbuat dari papan dan kayu berada tidak jauh dari dari situ , kemas buatannya dan dua tingkat lagi pula.
Aku menuruti perbuatan Mat Indon yang memakir motosikalnya dan kemudiannya meluru masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:19 PM | Show all posts
ini kesah benar ke atau hanye coretan novel??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 02:50 AM | Show all posts
Salaam
Kalau novel,.... saya tak perlu berforum kat sini.Bukukan aja novel tu dan jual ngan hakcipta sekali lagi bagus.
Tapi kejadian berlaku maka dicarilah ilmu untuk menanganinya dan dikongsi bersama pengalaman agar teman yang lain mendapat iktibar dan pengajaran dari situasi yang tidak di duga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.678123 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list