CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wes_12

FAZURA HOTZ & GOJES

[Copy link]
Post time 22-11-2008 11:26 PM | Show all posts
nk join club nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by dujuan at 22-11-2008 10:41 PM



ko jgn sebut. .aku rasa dia tak tau,...kelmarin jek baru aku basuh dia kaw2 nyer..




aku rindu plak nk tengok MW meraban
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #542 britney_sapiah's post

jgn dimintak..choiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 22-11-2008 11:30 PM




aku rindu plak nk tengok MW meraban


ko pi la umah meroyan kat gossip..
kelmarin kiterowam basuh dia.. dia gatal nak menjolok sgt kan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:42 AM | Show all posts
ellooo girlz..
plz put me in ur list ya..
i luv fazura..
muaahhh!!!
:kiss:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 05:48 AM | Show all posts

Balas #541 koshikoshi\ & ayumi_takashi catat

orait done updated

welkam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2008 09:33 AM | Show all posts
Mengenali Si Pisau Cukur



KESEMPATAN melihat penggambaran filem Pisau Cukur arahan pengarah muda, Bernard Chauly membuatkan VAZZ terpanggil menemu bual ketiga-tiga pelakon utamanya tentang topik pisau cukur.
Sementelah ramai juga selebriti dikaitkan dengan isu 'mengikis harta' atau mudah dipanggil si pisau cukur.
Fazura, Aaron Aziz dan Maya Karin mempunyai pendapat dan komentar sendiri tentang keperibadian seorang pisau cukur.
Memahami situasi dengan lebih dekat lagi dengan penglibatan mereka dalam filem kedua arahan Bernard ini, mereka memberi pendapat masing-masing tanpa menuding jari mahupun menilai sesiapa.
Kalau kita sebut tentang pisau cukur, selalunya ia dikaitkan dengan kaum wanita. Komen kamu?
A: Saya rasa kedua-duanya. Walaupun namanya pisau cukur tetapi kadangkala tidak semestinya perempuan sahaja. Padan juga dengan muka kaum lelaki yang dicukur.
Kita kena faham bukan semua benda percuma di dunia ini. Dalam istilah pisau cukur ini ada yang kena tipu dan ada juga yang menipu diri sendiri.
F: Secara umumnya orang selalu cakap pasal perempuan yang menjadi pisau cukur. Hakikatnya lelaki juga ada cuma tidak ramai yang tahu. Ini kerana lelaki suka labelkan dan beritahu tentang perempuan pisau cukur manakala perempuan yang dicukur oleh lelaki akan diam sahaja.

DARI kiri: Aaron, Fazura, Maya dan pengarah Bernard Chauly memberi sebuah intepretasi tentang dunia sebenar pengikis dalam Pisau Cukur.

Dan selalunya cerita hal perempuan pisau cukur ini diceritakan oleh pihak isteri-isteri. Kerana kebanyakan perempuan pisau cukur ada hubungan sulit dengan suami orang.
M: Ya, betul. Tapi itu kerana sudah semula jadi memandangkan ekspektasi yang lelaki merupakan provider dan kaum perempuan berharap pada lelaki. Tapi saya rasa menarik juga kalau terjumpa dengan pisau cukur lelaki.
Kewujudan lelaki pisau cukur dan apa reaksi kamu?
A: Ada cuma tak ketara sangat. Bagi saya tidak gentleman dan tidak elok apabila seorang lelaki itu pisau cukur. Untuk berbelanja besar dia harus kerja kuat.
F: Lelaki jenis ini mahu ditanggung oleh perempuan sama ada isteri atau teman wanita. Mereka tidak ada wawasan dalam hidup. Tidak mahu bekerja, berfikiran teman wanita atau isteri aku kaya jadi hanya goyang kaki. Pakai kereta perempuan malah beli rokok pun duit perempuan. Mereka malas kerja sekali gus ambil kesempatan.
M: Iyalah kalau perempuan tidak bekerja, ia tidak menjadi masalah tetapi kalau lelaki goyang kaki tanpa kerja, dia akan dipandang rendah. Pisau cukur daripada kaum adam ini jika ada dan mereka menjadi begitu kerana hobi atau tabiat, mereka ini mungkin menarik.
Tapi kalau pisau cukur lelaki yang hanya goyang kaki dan lepak sahaja tanpa kerja dan dalam masa yang sama harap duit perempuan, ini tidak menarik.



Ada pengalaman berkaitan dengan seorang pisau cukur. Mungkin kenalan?
A: Ada. Ada teman saya yang tidak mahu bekerja dan hanya mengharapkan duit perempuan. Tapi dalam masa yang sama suka mengadu kepada saya tentang perempuan tersebut. Saya tidak sampai hati nak cakap atau nasihatkan dia. Entahlah, mungkin mahu dia sedar sendiri.
F: Ada rakan-rakan di sekeliling yang saya kenal dan di kalangan kawan-kawan. Tapi saya tidak boleh menghakimi mereka sebab tidak tahu punca kenapa jadi begini.
Bagi saya pisau cukur ini tidak jahat tapi mereka lebih bercita-cita untuk hidup senang dengan cara mudah. Bagi saya, ini berbalik pada pilihan hidup. Jika ada yang tidak kisah sama ada dia mahu memberi atau menerima, ini terpulang. Kalau ada yang rela nak habiskan duit untuk orang lain, ini juga pilihan hidup mereka. Dan kita tidak boleh nilai mereka.
M: Tidak, saya tidak ada kawan rapat yang bersikap pisau cukur. Setakat kenal itu ada. Subjek pisau cukur ini sebenarnya sensitif sebab boleh jadi sedikit kontroversi. Tapi saya pernah kenal orang yang mencukur dan dicukur. Ada yang boleh terima realiti yang mereka dikikis tapi ada yang begitu sakit hati apabila perasan mereka telah dikikis dan ia sudah terlambat. Tetapi ada teman yang tidak kisah dengan hal ini (dikikis) kerana pada pandangan mereka itu adalah sikap semula jadi perempuan.



Sebahaya mana pisau cukur ini?
A: Bukan pada si pisau cukur tetapi pada orang yang dikenakan itu. Kita tidak tahu sejauh mana tindakan orang yang dicukur itu kelak. Ini semua merosakkan diri sendiri. Adalah sangat bahaya apabila seseorang itu menjadi sangat kecewa dan kemudian barulah si pencukur tahu akibatnya.
F: Terpulang. Ada pisau cukur yang tidak jahat pun. Tapi seperti yang saya katakan terpulang kepada hidup masing-masing. Ada perempuan yang tidak kisah menanggung lelaki. Dari segi emosi, okey mungkin sebab ia dikira seperti 'menderma'. Ia bukan satu jenayah tapi lebih kepada hal peribadi.
M: Bahayanya dari sudut emosi sahaja. Sebab setahu saya biasanya yang dicukur itu setakat jumlah yang manja-manja sahaja. Jadi tidaklah berbahaya.
Kerapkali juga seorang pisau cukur ini juga dikaitkan dengan faktor object of desire. Komen kamu?
A: Saya bolehkan ia bersifat nafsu tetapi bukan kepada nafsu secara seksual. Ia lebih kepada mahukan perhatian. Nafsu untuk mendapat cahaya sosiol atau glamor. Nafsu untuk panggilan dan pangkat. Ia lebih kepada keinginan.
F: Ini semua pilihan. Ada yang mempunyai keinginan tapi tidak mampu dan harus tumpang pada orang lain. Tapi pisau cukur biasanya ada keinginan, sama ada untuk hidup senang atau untuk berada dalam kehidupan yang glamor. Ini berbalik kepada keinginan juga.
M: Ya, sebab kita kena tahu bahawa tiada yang percuma di dunia ini. Tiada siapa akan bagi kita duit secara 'percuma' kecuali bagi yang betul-betul memerlukan seperti anak-anak yatim atau orang kurang upaya. Yang lainnya tidak.
Mesti mereka mahukan balasan. kalau dilihat sebenarnya kedua-dua pihak ada keinginan. Yang kikis untuk wang ringgit itu memang mahukan material seperti baju atau kasut baru mahupun melakukan aktiviti glamor. Yang beri duit itu pula mengharap sesuatu seperti balasan yang saya rasa saya tidak perlu sebut di sini.
Pernah dituduh sebagai pisau cukur?
A: Tidak pernah. Saya datang daripada keluarga yang susah, jadi saya percaya dengan berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang saya mahu.
F: Ramai artis dicop sebagai pisau cukur. Tapi ingin saya katakan bahawa artis tidak sesengkek mana dan mampu beli apa yang mereka mahu. Bagi saya, kalau saya mahukan sesuatu saya akan dapatkan sendiri dan itu lebih memuaskan.
M: Langsung tidak pernah. Sebenarnya dahulu saya seorang yang sangat judgemental terhadap kes pisau cukur ini. Saya sangat tidak bersetuju dengan cara pisau cukur ini mendapat kesenangan. Tapi sekarang saya atas faktor kedewasaan saya rasa lebih memahami kenapa ia terjadi.
Pernah kena cukur? Dan setakat mana pengalaman itu?
A: Pernah. Tapi masa dululah. Masa saya kerja di hotel sebagai pengurus. Jadi ada orang ingat saya ini banyak duit dengan pangkat sebegitu. Ada yang berani sampai buka wallet saya dan periksa kredit kad dan tunai yang saya bawa.
F: Tidak pernah.
M: Sedikitlah. Masa awal 20 an, ada kawan yang saya rasa saya boleh bantu dia tapi lama-kelamaan semuanya saya yang bayarkan dan membuatkan saya terfikir, 'Ini tidak boleh jadi'. Dia jenis pisau cukur yang sorok-sorok, bila bil sampai ke meja dia akan pandang tempat lain atau buat-buat mahu ke tandas.
Filem yang kamu dapat fikirkan tentang watak seorang pisau cukur yang baik?
A: Pisau cukur yang saya lihat dari sudut positif adalah watak Julia Roberts dalam Pretty Woman. Saya sedih tengok kehidupan watak yang diberikan. Melihatkan watak itu, kita kena fikir bahawa kita tidak boleh menilai orang daripada luaran sahaja.
F: Banyak. Julia Roberts dalam Pretty Woman dan Marilyn Monroe dalam How To Marry A Millionaire. Watak saya dalam drama Datin Diari dulu pun pisau cukur.
M: Watak yang dibawakan oleh Marilyn Monroe dalam salah sebuah filemnya. Perihal seorang wanita yang naik kapal juga. Tapi cara dia bercakap secara terus terang yang dia adalah pisau cukur membuatkan saya tertarik. Dia begitu berterus terang tanpa sikap manipulatif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 09:34 AM | Show all posts


sempoinya faz...pakai selipar jer....tp tetap gojes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 09:36 AM | Show all posts
morning gojes2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #548 britney_sapiah's post

gojes .... kalau ada gambar fazura sorang lagi comey
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:00 PM | Show all posts

Balas #547 britney_sapiah\ catat

mak aii.... cepatnya berita nie ko tepek kat sini.baru aje baca kat paper tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #551 hans78's post

mesti la pantas...all about FAz kan hotz
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #552 britney_sapiah's post

naib pres aktif gilos dan hotzs
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 06:29 PM | Show all posts
evening gojessss... rase mcm lame je i x jejak jari kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 06:40 PM | Show all posts
halow gojezz.....

jom pi lepak pelita~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 10:17 PM | Show all posts
tqvm pd momod yg encem kerana bg pinat pd ahli2 fazura gojes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 01:57 AM | Show all posts
thanks...coz sky dah dpt pinat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:20 AM | Show all posts
taken from Mr Sam Kassim's FB (mintak ijinn ye bang)



hot n gojessss

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 08:53 AM | Show all posts

Reply #558 tomatomam2222's post

sweeetnyaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 10:12 AM | Show all posts
is register...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.203489 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list