|
sambung utk mlm ni>>>cosign where are u?
"Esok kita scan, just to make sure, dah berapa bulan agaknya, 2 bulan rasanya" Azam bagai mengira-ngira sendiri umur anak di dalam rahimku. Malam itu kami berdua seperti tdk mengantuk langsung, teruja dn bersyukur bila bertahun menunggu detik itu datang juga. Kali ini aku sudah bersedia, tiada lagi perasaan berbelah bagi, bangga sebenarnya bila sudah menjd ibu, seakan sempurna kejadian Tuhan ke atas diriku. Kalau selama ini aku bahagia bersama Azam sebagai suami isteri tapi bila menjadi ibu perhatiannya mmg istimewa, aku pernah melaluinya dulu. Tanyalah kpd sesiapapun, masa berbadan dua itulah suami akan melakukan apa saja yg tak pernah dibuat mrk termasuk kerja2 rumah yg selama ini menjadi tugas isteri, tak kisahlah apa pangkatnya sekalipun!
"Bila yg abg mula syak ni?" tanyaku bila kami masih lagi bergolek-golek di katil itu ketika mata masih belum mengantuk.
"I noticed you dah lama tak cuti, physically bentuk badan ada sikit lari dari acuan" katanya bersahaja tp tergelak bila aku mula berpaling merenungnya. Aku membiarkannya meneruskan kata-kata tadi tanpa menyampuk.
"Rasa-rasanya masa masa kat K.L dulu dah ada" Azam seperti mengingati sesuatu.
"Anak ni anak yg masa kat K.L?" aku pula yg terkejut mendengar.
"Tak, anak Sabah ni" jwbnya tersengih.
"Ijah rasa mcm berdebar-debar, lepas2 ni abg jgnlah pergi outstation lama-lama sgt" kataku tiba-tiba bila teringat musibah dulu. Dia tidak menjawab tp terus mengusap tubuhku perlahan, belaiannya lembut. Beberapa ketika kemudian terdengar kembali suaranya, bagai terbayang saat-saat bahagia ketika berkasih sayang di Bali.
"I love to see your body with that bikini, mmg seksi" kucupannya singgah dibahuku. Sengaja aku pakai pakaian itu bila berada di villa yg berkolam renang khusus untuk kami berdua. Sesekali begitu mmg tak salah, lagipun hanya dia yg bersamaku ketika itu. Teringat pula kpd perlakuannya yg sentiasa panas di Bali.
"Abang ni cakap tak boleh itulah, inilah, itu bahaya, ini bahaya, tp selera abang bukan main lagi, tak ada pulak nak sekat-sekat" aku menempelaknya. Dia tersengih-sengih memandang ke wajahku.
"Tak sure lagi, cuma manalah tahu kalau dah lekat nanti susah pulak. Sayang ni bila dah berisi, nampak mcm seksi sgt, dulu pun sama, masa mana lagi nak bermanja? Tak suka ka?" soalan nakalnya bagai mengusikku.
"Tak payah nak lebih2 nanti bahaya, kesian kat anak abg ni" aku menjeling ke wajahnya.
"Ok, kita tengok berapa hari boleh tahan, entah2 tak sampai seminggu dah nangis agaknya" katanya seakan mengejekku.
"Sapa cakap, tgk orglah" kataku tak mengaku kalah.
"Oh, siapa tu yg telefon tgh2 malam menangis-nangis dari K.L, sampai abg kena turun weekend tu?" pandai dia mengungkit.
"Itu lain, belum ada apa-apa lagi, sekarang tak bolehlah, abang sedar tak abg tu kadang-kadang terlebih kasar, nanti bahaya pulak" seronoknya bila boleh bertengkar dgnnya begitu walaupun aku pasti dia tentu lebih tahu apa yg dilakukannya, bila masanya dia perlu mengorbankan perasaan utk anak dan isterinya. Sewaktu anak yg pertama dulu, kami tak punya banyak masalah, anak kami sihat dan kuat, hanya setelah hampir dua bulan dia tiada di sisi baharulah peristiwa malang itu berlaku. Suaranya masih kedengaran bagaikan masih tak puas hati.
"Kita tengok siapa yg cari siapa, nak?" katanya, macam saja tahu kelemahan diriku.
"Wah, ni main ugut ni?" aku bergerak jauh sedikit drnya. Dia tak menjwb tp tersenyum meleret seakan ada sandiwara di minda. Ketika mataku hampir terpejam telingaku masih mendengar suaranya.
"Sayang, agak-agak anak kita lelaki ke perempuan" aku hanya berdiam diri membiarkan tgnnya yg sedang menarikku dekat padanya semula.
"Agaknya bra sekarang saiz berapa? Nampak subur je?" cepat2 aku berpaling merenung wajahnya.
"Itu pun nak tahu?" dia tersenyum lagi.
"You look really seksi" bisikan itu menggoda bila bibirnya hampir sekali ke cuping telingaku.
"Sabar ya, sabar" kataku, mahunya aku tergelak ketika itu. Dia mmg tak dpt mengawal diri, sanggup dia merayu sepanjang malam.
[ Last edited by blingblings at 12-2-2009 11:34 PM ] |
|