|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: NEVER LET THE THINGS YOU WANT, MAKE YOU FORGET THE THINGS YOU HAVE
[Copy link]
|
|
Malbatt 850-11 kekal di Lebonan, tidak akan berundur – PAT
Mohammad ketika berucap pada sambutan HUT ATM Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting di Port Dickson, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!
PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat untuk memanggil pulang pasukan Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) yang ketika ini sedang menjalankan misi di Lebanon. Ini kerana kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman, sebarang keputusan penarikan semula pasukan itu akan diputuskan oleh
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). “Walaupun keadaan di sana (Lebanon) sangat getir ketika ini, tetapi anggota-anggota kita akan kekal bersama UNIFIL sehingga arahan untuk berundur. “Kita tidak akan berundur dengan keputusan sendiri, tetapi akan berundur sekiranya diperintahkan oleh United Nation (UN). Buat masa ini kita masih kekal dengan UN sehinggalah arahan seterusnya dikeluarkan kepada kita,”katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Segenting di sini hari ini. Mengulas lanjut, Mohammad berkata, semua 854 anggota termasuk pegawai yang bertugas di Lebanon kini selamat. Bagaimanapun katanya, sekiranya berlaku serangan pihak bertelagah akan memaklumkan kepada pihak UNIFIL beberapa jam sebelum peperangan berlaku. “Jadi dengan itu anggota-anggota kita akan berlindung dalam ‘bunker’ masing-masing dan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala mereka akan keluar,”katanya. Pada masa sama, Mohamad turut memaklumkan bahawa UN membekukan dahulu penggantian untuk pasukan Malbatt 850-11 buat masa ini. “Sekiranya ada penggantian selepas ini pasukan yang akan ke sana adalah Malbatt 850-12 dan penggantian ini biasanya akan dilaksanakan pada bulan November,”katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -akan-berundur-pat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mamanoni replied at 5-10-2024 03:58 PM
Puasa kdg2 masak kdg2 tak, ikut mood juga
Siang kalau dh mkn kat office mlm x mkn |
|
|
|
|
|
|
|
nona84 replied at 5-10-2024 03:58 PM
semoga semuanya selamat
Aamiiin3 |
|
|
|
|
|
|
|
nona84 replied at 5-10-2024 03:54 PM
hi mamanoni
bertemu kembali
Hi Nona |
|
|
|
|
|
|
|
‘Dalam galeri telefon saya pun tak banyak gambar suami’
KUALA LUMPUR – Jarang berkongsi foto bersama suami dalam media sosial, pelakon jelita Hannah Delisha mendedahkan suaminya, Imam Shah kurang gemar bergambar. Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, sejak sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suami jarang berkongsi foto masing-masing dlaam media sosial.
“Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat kami. Dari sebelum kahwin lagi kami tak kongsi gambar masing-masing. “Sebenarnya susah untuk kami bergambar bersama. Kalau tengok galeri gambar dalam telefon saya pun tak banyak gambar kami bersama.
“Segala memori bersama banyak saya simpan dalam ingatan dan hati ,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaharu Rizman Ruzaini, di sini, kelmarin. Ditanya adakah dia dan suami mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak mempamerkan kebahagiaan dalam media sosial, Hanna berkata tiada sebab tertentu dia berbuat demikian. “Mungkin sebab sebelum kahwin lagi kami sudah terbiasa tidak berkongsi tentang satu sama lain dalam media sosial. “Jadi perkara itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Tambahan pula saya rasa perkara ini tidak menjadi satu masalah buat kami.
“Saya faham setiap orang ada pandangan dan persepsi masing-masing tentang perkongsian hal peribadi dalam media sosial. Saya hormati mereka, tapi bagi saya dan suami, kami lebih suka begini,” ujarnya. Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28 telah berkahwin dengan Imam Shah yang juga berasal dari Singapura pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun berkenalan. Dalam perkembangan lain, Hannah bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Di Hatiku Ada Kamu bergandingan dengan Redza Rosli yang akan ditayangkan dalam platform penstriman Viu Malaysia bermula 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/05/dalam-galeri-telefon-saya-pun-tak-banyak-gambar-suami/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia ni org kata lawa ke |
|
|
|
|
|
|
|
owhh
okay
nampak u letak gambar bekal
ingat memang selalu masak untuk bekal
|
|
|
|
|
|
|
|
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai golongan sasar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kanan) melawat reruai menghimpunkan karya Za'ba sempena Seminar 100 Tahun Za'ba Pemikir Kemiskinan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, hari ini. - Foto NSTP'/Muhamad Lokman Khairi
TANJUNG MALIM: Dasar Kerajaan MADANI yang menumpukan perhatian kepada isu tatakelola bertujuan memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini sampai kepada sasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, walaupun terdapat pelbagai agensi di negara ini yang ditubuhkan untuk membantu dan melaksanakan program membasmi kemiskinan, masih terdapat ketirisan menyebabkan bantuan tidak sampai kepada golongan sasar. "Apa yang kurang di Malaysia? Semua ada, sebut soal pemasaran kita ada FAMA, untuk ikan kita ada LKIM, soal ladang kita ada Pertubuhan Peladang, pekebun kecil, RISDA, FELCRA, pembukaan tanah ada FELDA. "Namun, apakah agensi-agensi ini diurus dan dilaksanakan dengan telus dan bertangggungjawab? Sebahagian ya, sebahagiannya tidak," katanya ketika berucap pada majlis Syarahan Za'ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini. Beliau menegaskan bahawa isu kemiskinan perlu diperangi melalui usaha yang melibatkan pelbagai dimensi. Katanya, usaha tersebut tidak boleh hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek atau program semata-mata, sebaliknya pelbagai aspek berkaitan isu ini, termasuk punca kemiskinan, pemilikan modal dan kecelaruan dalam sistem pemasaran termasuk penindasan oleh orang tengah, perlu diberi perhatian. "Contohnya, jika harga ikan di Pantai Remis RM2, sampai ke Ipoh (jadi) RM6, dan bila sampai Kuala ke Lumpur, jadi RM12. "Kecelaruan ini tidak membantu nelayan miskin, kita buat projek bantu rakyat miskin di Pantai Remis, tapi jika kita tak betulkan penindasan orang tengah, ini ketempangan, produktiviti dan modal yang rendah. Inilah masalah yang (perlu) kita tekankan," katanya. Anwar berkata isu kemiskinan dari pelbagai dimensi telah lama diulas dan diperjuangkan oleh sarjana dan akademia, termasuk pemikir bangsa Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) dan ilmuan hari ini menjadikan rujukan bagi membina tekad baharu membasmi kemiskinan. "Kita harus manfaatkan peluang ini untuk membina tekad yang baharu. Dalam sejarah mana-mana bangsa dan negara, terdapat ketika di mana kita diberikan kesempatan untuk memutuskan sama ada kita akan melakukan anjakan ke arah kebaikan atau kekal di takuk lama," katanya. Dalam pada itu, Anwar menekankan bahawa pembasmian kemiskinan bukan sekadar terhad kepada wang ringgit dan harta benda, tetapi juga melibatkan kemiskinan akal budi, pemikiran, dan cita-cita. Pada program itu, Perdana Menteri turut melancarkan Kempen Guru Bangsa dan Hari Akademia Negara 2024. Allahyarham Za'ba turut dianugerahkan Tokoh Akademia Negara Sepanjang Zaman, yang diterima oleh cucunya, Dr Sharzede Datuk Salleh Askor. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306969/basmi-kemiskinan-kerajaan-madani-pastikan-bantuan-sampai-golongan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu lori akibatkan kemalangan maut calon SPM diminta tampil bantu siasatan
KUALA LUMPUR: Polis meminta pemandu lori yang terbabit kemalangan maut membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Persiaran Saujana Impian menghala ke arah Kajang, semalam tampil membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata setakat ini pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu belum tampil membuat laporan polis. Katanya, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada jam 2 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dalam perjalanan dari rumahnya ke sekolah. "Semasa melalui Persiaran Saujana Impian dipercayai penunggang motosikal membrek motosikal yang ditunggang itu lalu hilang kawalan menyebabkan penunggang terjatuh ke atas jalan.
"Penunggang motosikal terjatuh di laluan sebuah motolori yang berada di sebelah kiri," katanya dalam kenyataan, hari ini. Naazron berkata mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam pada itu, katanya polis memohon pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu untuk tampil bagi membantu siasatan. "Kita juga pohon saksi kejadian atau mereka mempunyai maklumat mengenai kejadian ini atau pemilik rakaman dashcam semasa kejadian untuk tampil membantu siasatan polis. "Mereka boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496," katanya. Terdahulu, BH melaporkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, Aqil Mawardi, 17, maut dalam kemalangan kira-kira jam 2.15 petang semalam. Nahas berlaku ketika mangsa dari Taman Prima Saujana dalam perjalanan menghadiri kelas tambahan di sekolah apabila motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah lori dari arah Semenyih-Cheras, berhampiran lampu isyarat Saujana Impian. Anak kepada Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Mawardi Che Man itu maut di tempat kejadian selepas dilaporkan cedera parah di bahagian kepala. Che Sepiah Che Hussin, guru kepada Aqil menggambarkan arwah sebagai salah seorang pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini. "Kali terakhir saya jumpa arwah pada Rabu lalu. Dia minta saya halalkan ilmu yang diberi serta minta doakannya dapat keputusan cemerlang dalam SPM," katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid Prima Saujana. Che Sepiah berkata, pemergian Aqil memberi kesan mendalam kerana arwah menghormati semua guru, rakan dan sentiasa fokus dalam pelajaran.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306998/pemandu-lori-akibatkan-kemalangan-maut-calon-spm-diminta-tampil-bantu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anggota polis disahkan terbabit kes tentera maut ditembak di Song
Keratan berita disiarkan BH Online pada 23 September lalu
BANDAR BAHARU: Seorang anggota polis disahkan terbabit dalam kejadian seorang anggota tentera maut terkena tembakan ketika menjalani latihan dalam kawasan hutan di Song, Sarawak, 23 September lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau dimaklumkan oleh pihak polis berhubung perkara itu ketika berkunjung ke Sarawak, baru-baru ini. Beliau berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, dalam taklimatnya memaklumkan bahawa anggota polis terbabit disahkan melepaskan tembakan yang kemudian terkena mangsa. "Insiden itu berlaku dalam kawasan latihan tentera. Laporan telah dibuat dan polis segera melakukan siasatan awal untuk mengesan pihak yang terbabit.
"Daripada taklimat Pesuruhjaya Polis Sarawak, disahkan seorang anggota polis terbabit dan kertas siasatan sudah dibuka untuk kes itu," katanya pada sidang media selepas Program Sua Mesra dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki disyaki pemburu haram yang melepaskan tembakan sehingga mengorbankan mangsa, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang 24 September lalu di Song, hasil siasatan dan maklumat orang awam. Mancha dipetik berkata, polis turut merampas selaras senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, selain peluru penabur. Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek disyaki memburu secara haram dan seorang daripada mereka didakwa melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka haiwan liar. Selepas melepaskan tembakan, Mancha berkata, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal apabila terdengar jeritan. Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan sebelum ini pula memaklumkan bahawa mangsa adalah anggota formasi Briged 9 Sibu yang merupakan sebahagian daripada Batalion Ke-13 Rejimen Renjer Diraja Sarawak. Menurutnya, insiden berlaku ketika mangsa sedang menjalani Eksesais Pasak Bumi (EPB) yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 29 September lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307005/anggota-polis-disahkan-terbabit-kes-tentera-maut-ditembak-di-song
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Ramanan menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan Parlimen Sungai Buloh di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Meranti. - Foto BERNAMA
SUNGAI BULOH: Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh. Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R Ramanan berkata projek berkenaan kini berada di peringkat permulaan, dengan tender sudah ditutup dan surat tawaran telah diberikan kepada pihak kontraktor. "Walaupun projek belum bermula, aktiviti di Sungai Subang telah dimulakan dengan peruntukan RM16 juta. "Tidak pernah ada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang meluluskan projek sebesar ini untuk Sungai Buloh. Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Pendidikan bagi Parlimen Sungai Buloh di sini hari ini.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata selain itu, terdapat satu lagi usaha mengurangkan risiko banjir, iaitu Projek Tebatan Banjir Sungai Buloh bagi Fasa Dua dengan anggaran kos hampir RM780 juta, yang masih di peringkat cadangan. Beliau menegaskan bahawa kerajaan sedang berusaha mengurangkan risiko banjir di seluruh negara, termasuk di Parlimen Sungai Buloh, melalui pelbagai langkah yang dilaksanakan secara berperingkat. Mengulas mengenai situasi banjir kilat di beberapa kawasan dalam Parlimen Sungai Buloh, Ramanan berkata situasi terkini adalah dalam keadaan terkawal, selain Pasukan Khidmat Parlimen berkenaan menerusi unit Pasukan Tindakan Pertama (FRT) telah bertindak produktif membantu mangsa terbabit. "Saya sangat berterima kasih kepada unit FRT kerana mengutamakan bantuan kepada mangsa, khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, dan keluarga dengan anak ramai, walaupun rumah mereka sendiri terkesan akibat banjir," katanya. Ramanan berkata beliau dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Rusli Jaafar juga akan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas hari ini, bagi meringankan beban mereka. Sebelum ini, beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh dilaporkan mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat pada Khamis lalu, antaranya Paya Jaras, Kampung Melayu Subang dan Merbau Sempak. Mengulas mengenai majlis hari ini, Ramanan berkata Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyediakan peruntukan bantuan pendidikan kepada sekolah dan pelajar di sekitar Paya Jaras bagi membantu meningkatkan mutu pendidikan sepanjang sesi persekolahan serta semester pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak tujuh sekolah menengah kebangsaan (SMK) menerima tajaan Tuisyen Rakyat berjumlah RM70,000 manakala lapan sekolah kebangsaan (SK) menerima bantuan sekolah berjumlah RM40,000 selain bantuan persekolahan berjumlah RM50,000 kepada 500 pelajar. Turut disampaikan ialah bantuan awal pengajian kepada 51 pelajar IPT melalui Program Penyerahan Insentif Pendidikan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307003/peruntukan-tebatan-banjir-sungai-damansara-diluluskan-kurangkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nuki12 replied at 5-10-2024 04:13 PM
kira last meal lunch ke?
Ye, weekdays mostly omad, weekend susah sikit bila weekend kalau sorang2 boleh omad kalau ada ank2 ada bfast & lunch. |
|
|
|
|
|
|
|
GISBH: 625 sudah ditahan, kes disiasat pula babit 10 akta
BANDAR BAHARU: Jumlah tangkapan siasatan kes membabitkan GISB Holdings (GISBH) dijangka berubah berikutan siasatan berterusan masih dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penahahan baharu boleh dilakukan sekiranya pihak berkuasa mendapati ia perlu bagi melengkapkan siasatan. Katanya, pada peringkat awal siasatan kes berkenaan hanya empat peruntukan undang-undang digunakan yang membabitkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ia bertambah kepada 10 sehingga kini. "Dari segi angka (tangkapan), ia sangat dinamik sebab setiap siasatan akan membawa kepada penemuan baharu. Undang-undang yang digunakan sudah ada sembilan hingga 10 akta, asalnya empat akta sahaja tetapi semakin kita buka kertas siasatan kita kesan pelanggaran turut melibatkan akta lain.
"Jadi kalau ditanya kepada saya, apakah akan ada lagi tangkapan, saya kata biar pihak polis buat siasatan berasaskan kepada jenis kesalahan mengikut seksyen dan akta tertentu," katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Sua Mesra Bersama KDN dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini, hari ini. Saifuddin berkata tujuan siasatan dilakukan untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan kerana setiap tindakan diambil polis berasaskan bukti meyakinkan ke atas mereka yang terbabit. "Soal siasat ke atas penjaga, pimpinan GISBH atau kanak-kanak terbabit sangat komprehensif. Kalau ada kewajarannya, siasatan akan dilengkapkan dan kemudian diserah kepada Pejabat Peguam Negara. "Jumlah tangkapan terkini ahli GISBH yang dimaklumkan beberapa hari lalu kepada saya oleh pihak polis, adalah seramai 625 orang setakat ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306996/gisbh-625-sudah-ditahan-kes-disiasat-pula-babit-10-akta
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|