CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
Post time 21-11-2007 07:06 AM | Show all posts
Ekstra! : 21 November 2007        
         
RINGKAS

KESAN ROKOK ATAS BAYI

AWAS jika anda seorang perokok yang mempunyai bayi atau anak kecil.


Para penyelidik mendapati bayi kepada perokok mempunyai kandungan kotinin (produk sampingan nikotin) dalam air kencing mereka yang lima kali lebih tinggi daripada bayi yang ibu atau bapanya tidak merokok.

Kotinin boleh membahayakan jantung dan saluran darah dengan meningkatkan tekanan darah dan degupan nadi, kata Dr M. P. Wailoo dari Universiti Leicester di United Kingdom yang terlibat dalam kajian itu.

Kotinin ialah salah satu daripada sejumlah besar kompaun berbahaya yang terdapat dalam asap tembakau.

Bayi yang terdedah kepadanya pada usia awal dikatakan belum lagi berupaya mengeluarkan kimia beracun itu dari tubuh mereka.

Para penyelidik itu mendapati purata kadar kotinin pada bayi-bayi yang dikaji itu ialah 5.58 kali lebih tinggi di kalangan mereka yang ibu atau bapa mereka merokok berbanding yang tidak merokok. -- AFP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 07:23 AM | Show all posts
Ekstra! : 21 November 2007         
         
KHASIAT MINUMAN

APA MAKSUD 'TIADA GULA TAMBAHAN'?


KITA sering ternampak minuman jus buah dengan label no added sugar (tiada gula tambahan) di pasar raya.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan label itu, dan bagi pesakit kencing manis, adakah ia akan menjejas kadar gula dalam darah mereka?

Seorang pakar pemakanan, Cik Ong Fangyi dari National Healthcare Group, menarik perhatian minuman jus buah-buahan sedemikian sering bermakna tiada bahan glukos atau sukros atau gula tambahan dalam produk itu.

Bagaimanapun, semua jus buah mengandungi fruktos iaitu gula yang terdapat secara semula jadi dalam semua buah-buahan.

Fruktos, glukos dan sukros sebenarnya hanya jenis-jenis gula yang berlainan dan boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah.

Badan kita juga tidak dapat membezakan antara gula semula jadi dalam buah daripada gula yang ditambah.

Malah, ia menggunakan keduaduanya secara serupa saja.

Sebenarnya apa yang mempengaruhi kadar gula dalam darah kita ialah jumlah keseluruhan gula (juga jumlah karbohidrat) dan bukan jenis gula itu.

Keseluruhan kandungan tenaga dan karbohidrat bagi setiap 100 mililiter jus asli tanpa gula tambahan di pasar raya hampir sama.

Namun, jenis yang asli mempunyai kandungan yang lebih tinggi sedikit.

Perbezaan kecil ini, bagaimanapun, menjadi penting jika minuman jus ini terlalu kerap diminum.

Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) menyarankan agar kita memakan dua hidangan buah setiap hari, dengan hanya satu hidangan (serupa dengan satu gelas atau 250 mililiter jus buah asli).

Jika anda menghidap kencing manis, ia boleh dikurangkan kepada setengah gelas sehari.

Dalam proses membuat jus buah, banyak seratnya yang berguna sebenarnya terbuang.

Justeru lebih baik memakan buah segar daripada meminum jus buah.

Jika anda ingin menjaga berat badan, ingatlah bahawa segelas jus buah memerlukan dua atau lebih hidangan buah, lantas ia akan menambah kalori anda yang sepatutnya memakan satu hidangan buah sahaja.

Nota: Artikel ini dipetik daripada majalah 'Diabetes Singapore' terbitan Persatuan Kencing Manis Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 07:26 AM | Show all posts
Ekstra! : 21 November 2007         
         
BEDAH PLASTIK

KAJIAN: RISIKO TETAP ADA


PEMBEDAHAN plastik umumnya selamat.

Tetapi seperti lazimnya dalam sebarang pembedahan, ia tetap mempunyai risiko.

Satu kajian pada 2004 dalam jurnal Plastic and Reconstructive Surgery mendapati komplikasi serius daripada pembedahan seperti membuang lemak di perut, pembesaran atau pengecilan buah dada, liposuction dan pembedahan kosmetik lain jarang berlaku.

Ia mendapati daripada 411,670 prosedur yang dijalankan di pusat-pusat pembedahan yang diiktiraf di Amerika Syarikat dalam tempoh dua tahun, komplikasi serius berlaku dalam hanya satu daripada setiap 299 kes.

Komplikasi-komplikasi itu termasuk luka, infeksi atau jangkitan kuman, masalah pernafasan dan masalah jantung.

Kematian pula berlaku dalam satu daripada 58,810 prosedur.

'Pembedahan adalah pembedahan. Risiko tetap ada,' kata Dr Richard D'Amico, presiden Persatuan Doktor Bedah Plastik Amerika.

Di Amerika, hampir 11 juta prosedur pembedahan plastik dilakukan tahun lalu - meningkat sebanyak 7 peratus berbanding 2005, menurut persatuan itu.

Untuk mengurangkan risikonya, pakar-pakar menyarankan agar doktor bedah yang terlatih dan bertauliah didapatkan dan pelanggan mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang meluas untuk memastikan penyakit yang mereka mungkin hidapi tidak menjejas pembedahan plastik yang ingin dijalani. -- AFP.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 07:28 AM | Show all posts
Ekstra! : 21 November 2007         
         
BUKU PANDUAN PESAKIT BARAH


UNTUK meningkatkan mutu hidup pesakit barah, Pusat Kebajikan dan Yayasan Pendidikan Kampung Senang telah menerbitkan sebuah buku panduan lengkap mengenai penjagaan untuk pesakit barah.

Dengan menggunakan model yang menjurus kepada keperluan fizikal, intelek, emosi dan rohani pesakit, buku panduan itu memuatkan panduan-panduan berhubung dengan soal emosi, pemakanan, senaman, kelelahan, hubungan kelamin, kesakitan, sukar tidur dan masalah lain yang dihadapi pesakit barah.

Buku itu diterbitkan sebagai sebahagian daripada program sempena ulang tahun kelapan Kampung Senang pada bulan ini.

Maklumatnya dikumpulkan dalam satu bengkel anjuran Kampung Senang dan dipimpin oleh Dr Victor Tai, konsultan pengurusan dan konsultan psikologi di Hospital Adam Raod.

Ia dijual dengan harga $6 senaskhah di Pusat Gaya Hidup Holistik Kampung Senang di Blok 106, Aljunied Crescent.


Kesemua hasil penjualan buku itu akan digunakan untuk operasi pusat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 06:10 PM | Show all posts

Health Survey shows fewer youths picking up smoking

By Hasnita A Majid, Channel NewsAsia | Posted: 23 November 2007 1916 hrs

SINGAPORE: Fewer youths are taking up smoking with the proportion of those who tried a puff or two going down 7 percentage points in six years, according to a survey which polled 3,844 Secondary 1 to 4 students.

The Students' Health Survey, conducted by the Health Promotion Board (HPB) between April and August last year, found that the proportion of youths who tried smoking had declined from 26 percent in 2000 to 19 percent last year.

V Prema, Deputy Director of Youth Health Programme Development 2, HPB, said: "There are a lot of education factors that have been going on in smoke-free messaging and the kind of programmes that we have been doing in schools. So I think the message has, to a large extent, gone down to the students that it's not a desirable habit to pick up."

Among the smokers, it was found that the median age at which they picked up smoking was 12 years old.

The survey also showed that youths were more likely to take up smoking if their friends, parents or siblings did so.

In fact, among those who smoked, 95 percent had close friends with the habit and almost six in ten youths had at least one parent who smoked as well.

The survey also revealed several misconceptions that youth smokers held about smoking.

For example, seven in ten thought that they could stop smoking anytime they wanted, compared to 65 percent among non-smokers.

HPB said the survey information is important as it can help improve its campaigns to tackle the smoking problem better.

As for sexual issues, the survey found that 4 percent of upper secondary students said they had engaged in sexual intercourse. Among the reasons given were "It just happened" and "I was curious".

Dr Chan Mei Fen, Deputy Director, Research and Evaluation, HPB, said: "The prevalence of sexual intercourse at 4 percent is something that we will be monitoring because we know that sexual activities in children are the result of curiosity and they are experimenting often.

"We have to look at strategies and programmes which will address this so that students will be aware of when they should be a bit more cautious."

HPB added that it was heartened that the survey showed that youths who did not engage in sex were mindful of the risks.

The top reasons for abstaining from sex were "fear of sexually transmitted diseases" and "fear of unwanted pregnancies". Six in ten youths also said they did not want to engage in any sexual activities before marriage.

Other issues explored in the survey were dietary practices of youths, their physical activities and mental wellness.

It is the first time such a survey, involving 51 schools, was carried out.

The Health Promotion Board said the survey findings provide useful information on the state of youth health in Singapore. To continue monitoring health trends among youths, HPB would conduct such surveys every two to three years.

There are also plans to conduct similar surveys among other age groups, including tertiary students in the next two years.


- CNA/so
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 10:11 AM | Show all posts
Singapura : 27 November 2007         
         
MENYEBAR MAKLUMAT TENTANG HIV, AIDS


SEBANYAK 1,200 pin reben merah dan kad maklumat mengenai Aids, dan HIV, virus yang menyebabkan penyakit itu, diedar kepada orang ramai di sekitar Raffles Place semalam.

Ia diedarkan 55 sukarelawan daripada tiga agensi - Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Aids Business Alliance (ABA) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF) - sempena Hari Aids Sedunia Sabtu ini.

Pin dan kad yang diedarkan dalam tempoh setengah jam itu bertujuan membetulkan salah tanggap awam tentang Aids.

Timbalan Pengarah Pendidikan Penyakit Berjangkit HPB, Cik JoAnn Taylor, berkata ramai orang masih tidak memahami bagaimana Aids boleh dijangkiti.

'Aids boleh dijangkiti menerusi hubungan seks dan pemindahan darah tetapi tidak menerusi hubungan sosial,' ujar beliau.

Menurut Cik Taylor, pihaknya mengedarkan pin dan kad itu kepada pekerja di kawasan bandar kerana sejak 2005 kebanyakan pesakit baru Aids adalah daripada golongan itu.

Pengerusi ABA, Encik Zulkifli Baharudin, pula berkata pendidikan dan kesedaran awam penting bagi mengelakkan Aids menjadi wabak di sini.

'Peranan kami adalah mendidik orang ramai supaya keadaan Aids di sini tidak menjadi satu wabak,' kata beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2007 11:38 AM | Show all posts
Singapura : 28 November 2007        

DANA BAGI PENYELIDIKAN SAKIT GINJAL


SEBUAH dana telah ditubuhkan bersama oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Yayasan Dialisis Ginjal (KDF) untuk membiayai penyelidikan bagi pencegahan, rawatan dan pengubatan penyakit ginjal dan penyakitpenyakit lain yang berkaitan dengannya.

KDF telah mengikrarkan sejumlah $750,000 untuk tempoh tiga tahun bagi Dana Penyelidikan Ginjal KDF-NUS itu.

Dalam satu kenyataan semalam, NUS menyatakan bahawa dana itu bertujuan menarik derma demi menyokong projek-projek penyelidikan yang dijalankan di universiti itu.

Memandangkan penyakit ginjal adalah keprihatinan kesihatan nasional, dana itu turut memberi tumpuan terhadap huraian jangka panjang, iaitu mencegah dan mencari penawar bagi penyakit ginjal.

'Singapura mempunyai kadar tinggi pesakit ginjal. Secara purata, terdapat 750 kes penyakit ginjal baru setiap tahun yang memerlukan rawatan dialisis,' ujar NUS dalam kenyataannya.

Projek pertama yang akan menerima sokongan dana tersebut ialah penyelidikan ke atas sel-sel induk, atau stem cell, kencing manis.

'Perangkaan menunjukkan bahawa kencing manis merupakan punca utama penyakit ginjal dan bilangan kes baru penyaki ginjal yang disebabkan oleh kencing manis semakin meningkat.

'Oleh itu, apa jua kemajuan ke arah rawatan praktikal untuk pesakit ginjal boleh membantu mencegah penyakit itu,' ujar NUS.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:57 PM | Show all posts
Kidney Dialysis Foundation, NUS to develop diabetes cure
By Alicia Wong, TODAY | Posted: 28 November 2007 1115 hrs
         
  
SINGAPORE: A cure for diabetes may be on the horizon, as the National University of Singapore (NUS) and the Kidney Dialysis Foundation (KDF) work towards developing one in the next few years, with fresh funding.

The pair signed a memorandum of understanding (MOU) on Tuesday to collaborate on research to prevent, treat and cure kidney and kidney-related diseases.

The KDF will provide and solicit funding for the KDF-NUS Kidney Research Fund. So far, it has received S$900,000 to be dispensed over three years.

The first project to be supported is diabetes stem cell research that aims to cure diabetes, which statistics show is a leading cause of kidney disease. For this project, S$750,000 will be committed. The project will be led by Sir Roy Calne, Emeritus Professor at Cambridge University.

The aim of the project is to introduce a safe virus - the Lenti virus - carrying the human insulin gene into the liver cells of diabetic animals, and eventually apply this treatment to human patients.

The virus acts like a "Trojan wooden horse" and the hope is that the liver cells will be persuaded to act like the pancreas, producing insulin, said Prof Calne, a visiting professor at the Yong Loo Lin School of Medicine.

There are risks involved, he added - for diabetics who may have a weak heart or troubled kidneys, and the procedure may put stress on other organs.

Sydney-based researcher, Professor Ann Simpson, has succeeded in curing diabetes in rats and mice using a similar virus and gene, but the surgery is extensive, said Prof Calne.

The NUS team will be working with her and other scientists at Cambridge to find a less invasive way to apply the treatment to humans.

The team hopes that, by the end of three years, they will be able to cure diabetes in larger animals, mainly pigs, and find ways to work with human beings at minimal risk, said Prof Calne.

Dr Gordon Ku, chairman of the KDF, said that with Singapore's population projected to grow to 6.5 million, there could be some 1,625 new patients requiring kidney dialysis every year.

The S$900,000 donation came from Dr Ku and five of his close businessmen friends. He hopes this will spur others to follow suit, and added that the funds for research and for patient subsidy would remain separate. - TODAY/ym
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2007 06:56 AM | Show all posts

Berita Harian

Ekstra! : 29 November 2007         

KESIHATAN ANAK

DILANDA LEUKEMIA


Penyakit penuh komplikasi dan mudah membawa maut, rawatannya pula menelan perbelanjaan besar

Oleh
Dr Zainal Muttakin Abdul Rahman

DUNIA kanakkanak kerap dikaitkan dengan suara kegirangan anakanak yang ligat berkejaran dan bermain bersama teman-teman.

Jarang sekali kita menyaksikan kanak-kanak yang tampak pucat lesi, botak licin, bersarung kepala dan disorong di atas kerusi roda di tempat awam.

Kanak-kanak seperti ini sebenarnya mengalami penyakit barah dan perlu dilindungi daripada terdedah pada risiko terkena jangkitan kuman.

Antara pelbagai jenis barah kanak-kanak, barah darah putih atau lebih dikenali sebagai leukemia merupakan yang paling banyak melibatkan kanak-kanak.

Mereka terpaksa melalui rawatan kemoterapi atau/dan radioterapi.

Di samping menghapuskan sel-sel darah, rawatan ini juga mengurangkan daya ketahanan melawan jangkitan.

Simptom-simptom yang dialami kanak-kanak seperti ini ialah kelesuan, sakit-sakit sendi, raut wajah yang pucat dan demam yang berpanjangan hingga beberapa minggu.

Rata-rata, amat sukar untuk ibu bapa mengesannya pada peringkat awal kerana tanda-tandanya muncul secara bertahap-tahap.

Hakikatnya, tiada ibu bapa akan menduga tanda-tanda sakit itu disebabkan leukemia. Maka apabila disampaikan berita tersebut, ia satu kejutan.

Antara perasaan yang bergelora di benak fikiran mereka ialah kebingungan, serba salah, kekhuatiran dan juga hiba. Maklumlah, ia penyakit yang rata-rata amat serius.

Penyakit ini penuh dengan komplikasi dan mudah membawa maut. Rawatannya juga menelan perbelanjaan yang besar.

Jadi, bagaimanakah leukemia boleh berlaku?

Tiada satu sebab yang boleh menerangkan bagaimana berlakunya penyakit ini. Kadangkala ia berlaku kerana pengaruh baka.

Mutasi yang berlaku pada sel-sel darah putih boleh menyebabkan sel darah putih bertukar menjadi sel barah. Ada pula yang disebabkan oleh kesan radiasi.

Namun, kebanyakannya tiada punca yang dapat dikesan.

Justeru tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan.

Sel-sel leukemia berpangkalan daripada sumsum tulang. Apabila ia menular, sumsum tidak akan mampu menghasilkan darah merah, darah putih dan darah platelet dengan sempurna.

Pesakit leukemia mudah letih, kelihatan pucat ekoran kekurangan darah merah, mudah mengalami pendarahan seperti lebamlebam dan hidung berdarah kerana paras darah platelet yang rendah.

Ini kerana fungsi darah platelet ialah untuk mempertahankan urat atau saluran darah daripada pecah atau bocor bagi mengelakkan berlakunya pendarahan.

Mereka juga sering mengalami demam dan jangkitan kuman akibat daripada sel-sel darah putih yang kian berkurangan.

Jika proses penularan sel-sel leukemia tidak dikekang daripada terus merebak, ia boleh menimbulkan pelbagai kerumitan termasuk menyerang otak dan urat saraf, berselindung di dalam buah zakar dan juga menipiskan tulang sehingga ia menjadi reput dan mudah patah.

Maut boleh berlaku akibat daripada jangkitan kuman yang tidak terkawal atau pendarahan yang berlebihan.

Semoga anda mula faham akan tekanan yang dirasakan keluarga yang mengalami barah leukaemia.

Hakikatnya ini hanyalah titik permulaan satu pelayaran yang berombak - ada pasang dan surutnya - yang perlu dilayari oleh si kecil bersama keluarganya.

Insya-Allah pada kesempatan akan datang saya akan menyentuh pula tentang kaedah-kaedah rawatan untuk mengubati penyakit leukemia.

Nota: Penulis adalah pakar pediatrik di Paediatric Centre @ Hougang Mall. Untuk pertanyaan mengenai kesihatan bayi dan kanak-kanak, kirimkan e-mel ke [email protected].

[ Last edited by  fatz at 29-11-2007 06:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 12:13 AM | Show all posts
New HIV cases this year expected to exceed 2006's: MOH
By Julia Ng, Channel NewsAsia | Posted: 30 November 2007 1935 hrs

SINGAPORE: HIV cases are on the rise in Singapore. In the first 10 months of this year alone, there were already 356 new HIV cases reported, as compared to 357 new cases for the entire 2006.

164 cases were reported in the first six months, while another 192 were reported between July and October this year. 78 per cent of all the 164 new cases reported in the first half of the year involve people between the ages of 30 and 59 years.

Heterosexual transmission accounted for 67 per cent of infections, while homosexual transmission made up 24 per cent. Bisexual transmission was at three per cent, and intravenous drug use accounted for two per cent, or four cases.

Singapore's Ministry of Health (MOH) expects the total number of reported HIV cases this year to exceed last year's.

It is urging people who engage in risky sexual behaviour to do regular HIV testing.

To encourage more voluntary testing, the Ministry has allowed more medical clinics to offer HIV testing using rapid test kits. To date, nearly 100 clinics are offering HIV testing with rapid HIV test kits.

Most people prefer to go for anonymous HIV tests, and more have done so this year.

In the first nine months of this year, 5,967 anonymous HIV tests were carried out at the three sites - Action for AIDS, Anteh Dispensary and Cambridge GP Clinics. Between July and December last year, there were only 3,416 anonymous HIV tests.

The Health Ministry said that with HIV testing made more convenient, it hopes more people can be diagnosed early.

Of the 164 diagnosed in the first 6 months of this year, 55 per cent of these new cases have late-stage HIV infection.

As at the end of June this year, there were a total of 3,224 HIV infected Singaporeans, of which 1,092 have died.

Most of those infected with HIV are men - 2,870 cases - while 354 are women, giving a gender ratio of 8 men to 1 woman.

At the point of diagnosis, 60 per cent of the men were single, while 60 per cent of the women were married. 59 per cent of cases were diagnosed when they were between 30 and 49 years of age.

However, about 17 per cent of the cases were diagnosed with the illness when they were between 20 and 29 years old.

- CNA/yb
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 06:29 AM | Show all posts
Singapura : 1 Disember 2007         

BUDAK MESIR SELAMAT JALANI PINDAHAN SUMSUM


Doktor beritahu kesan sebenar hanya diketahui dalam dua minggu

Oleh
Farid Hamzah

KANAK-KANAK Mesir yang menghidapi penyakit genetik luar biasa, Abd El Rahman Omar, telah selamat menjalani pemindahan sumsum tulang.

Abd El Rahman, 18 bulan, kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan diberi makan menerusi tiub.

Namun, doktor yang merawatnya berkata kesan sebenar pemindahan sumsum itu hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ini dinyatakan oleh Konsultan Divisyen Hemotologi/Onkologi dan Pemindahan Sumsum Tulang dan Darah Tali Pusat di Institut Perubatan Kanak-kanak Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Tan Poh Lin, semasa dihubungi Berita Harian kelmarin.

'Risiko pemindahan sumsum tulang memang tinggi dari segi kesan sampingannya.

'Namun, inilah satu-satunya rawatan untuk mengubati penyakit yang dialaminya,' kata Dr Tan.

Dr Tan menambah, biasanya para pesakit perlu dirawat di hospital selama tempoh empat hingga enam minggu lagi selepas menjalani pemindahan itu.

Sehubungan itu, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak tersebut setiap hari.

Dalam pemindahan yang mengambil masa sekitar setengah jam kelmarin itu, sel induk baru dimasukkan ke tubuh kanak- kanak tersebut.

Semasa dihubungi, bapa Abd El Rahman, Encik Omar Mandour, berkata beliau diberitahu bahawa anaknya itu kini perlu menjalani rawatan terapi penggantian enzim.

'Kami suami isteri diberitahu setiap bulan prosedur ini akan menelan belanja sekitar $12,000.

'Sejak 15 November lalu, saya telah menghabiskan sekurang-kurangnya $40,000 untuk rawatan anak saya itu,' katanya lagi.

Kanak-kanak itu telah menanggung penderitaan yang begitu berat dek menghidap sejenis penyakit genetik luar biasa yang dikenali sebagai Sindrom Hurler.

Penyakit itu boleh menjadikan seseorang terencat akal dan menemui maut menjelang usia antara lima dengan 10 tahun jika tiada rawatan diberikan.

Encik Omar bersama isterinya, Cik Doaa Monib Mohamed Monib, dan anak kedua mereka itu berada di Singapura sejak 5 Ogos lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 06:35 AM | Show all posts
Singapura : 1 Disember 2007         

KES HIV TAHUN INI MENINGKAT


JUMLAH kes HIV tahun ini dijangka lebih tinggi daripada tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Ini kerana dalam 10 bulan pertama tahun ini ada 356 kes baru, hampir sama dengan jumlah keseluruhan tahun lalu.

MOH mengumumkan perangkaan terbaru itu dalam satu kenyataan menjelang Hari Aids Sedunia hari ini.

Dalam enam bulan pertama tahun ini, 164 kes HIV baru dilaporkan, manakala antara Julai dengan Oktober, ada 192 kes baru. Sembilan daripada setiap 10 kes itu melibatkan lelaki.

Menurut MOH, 3,224 warga Singapura telah dijangkiti HIV sehingga Jun tahun ini. Seramai 1,092 daripada mereka telah meninggal dunia.

Sekitar 83 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV berbangsa Cina, Melayu 10 peratus dan India 4 peratus.

Sebanyak 59 peratus dijangkiti HIV semasa berusia antara 30 dengan 49 tahun, sementara 17 peratus semasa berumur antara 20 dengan 29 tahun.

Untuk menggalak lebih ramai menjalani pemeriksaan secara sukarela, MOH telah membenarkan hampir 100 klinik menawarkan pemeriksaan HIV yang cepat.

Pemeriksaan tanpa perlu mendedah identiti juga ditawarkan di dua klinik swasta, Klinik Cambridge dan Anteh Dispensary, serta klinik Action for Aids.

Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 5,967 ujian tanpa mendedahkan identiti dijalankan di tiga klinik itu, berbanding 3,416 ujian antara Julai dengan Disember tahun lalu.

MOH berharap dengan adanya ujian HIV yang lebih mudah, jumlah mereka yang dijangkiti HIV di tahap lewat akan berkurangan.

Di kalangan mereka yang dijangkiti HIV dalam enam bulan pertama tahun ini, lebih separuh mempunyai jangkitan tahap lewat, iaitu serupa tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 08:54 PM | Show all posts
Singapura : 3 Disember 2007        
         
USAHA KURANGI KORBAN SAKIT JANTUNG, ANGIN AHMAR


Hasil penyelidikan di Amerika dijangka bawa manfaat luas kepada manusia

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

LEBIH ramai warga tua dijangka dapat hidup lebih lama sekiranya satu penyelidikan yang sedang dijalankan oleh sekumpulan pakar dan penyedia khidmat penjagaan kesihatan berjaya mencari huraian bagi mengurangkan kematian yang disebabkan oleh serangan jantung.

Penyelidikan yang dikenali sebagai Inisiatif Plak Berisiko Tinggi (HRP) itu melibatkan 7,300 warga tua berusia 55 tahun ke atas dari serata Amerika Syarikat, tetapi dijangka memberi kesan besar kepada manusia serata dunia.

Ini kerana hasil penyelidikan itu dijangka dapat mengurangkan kadar kematian, jumlah pesakit dan kos rawatan bagi penyakit berkaitan serangan jantung dan angin ahmar bagi jangka masa yang panjang.

Turut terlibat dalam penyelidikan yang menelan belanja AS$30 juta ($43.4 juta) dan memakan masa empat tahun itu ialah syarikat penjagaan kesihatan utama dunia, Royal Philips Electronics, yang membekalkan sistem imbasan kardiovaskular dan pengawasan kardiak tercanggihnya.

Tiga lagi syarikat yang terlibat dalam projek itu ialah BG Medicine, AstraZeneca dan Merck & Co.

Inisiatif HRP didedahkan kepada sekumpulan 12 wartawan Asia sempena Persidangan Pertubuhan Radiologi Amerika Utara (RSNA) ke-93 di Chicago, Illinois, Amerika, dari 25 hingga 30 November lalu.

Menjelaskan lebih lanjut tentang inisiatif tersebut, seorang profesor radiologi dan kardiologi dari Sekolah Perubatan Mount Sinai di New York, Dr Zahi A. Fayadk, berkata usaha itu bertujuan untuk mengurangkan risiko serangan jantung ke atas manusia.

Ini memandangkan lebih 10 juta orang meninggal dunia akibat serangan jantung setiap tahun dan kebanyakan mereka diserang secara mendadak - tanpa mendapat tanda-tanda awal.

'Inisiatif HRP ini membuka jalan bagi mempertingkat teknik mengenal pasti individuindividu yang menghadapi risiko serangan jantung serta memajukan lagi kaedah (sedia ada) bagi membolehkan kami mengawasi tahap penyakit kardiovaskular (jantung) dan memberi respons yang wajar untuk merawatnya,' ujar beliau.

Menerusi projek itu, para pakar perubatan berharap dapat membantu menyelamatkan jutaan nyawa dengan mengadakan satu ujian darah yang ringkas bagi mengenal pasti adakah seseorang itu menghidapi HRP.

HRP adalah bahan lemak yang terkumpul di pembuluh darah jantung, dan semakin meningkat usia seseorang, semakin bertambah lemak yang terkumpul.

Ini akan menyebabkan seseorang itu berasa sukar bernafas.

Apabila bahan lemak yang terkumpul itu terlepas dari dinding pembuluh darah dan terlekat pada tempat lain, ia akan menyebabkan perjalanan darah terganggu.

Ini akan mengakibatkan serangan jantung.

Sekiranya ia menghalang laluan darah di otak pula, ia boleh menyebabkan serangan angin ahmar.

Ketua Pegawai Teknologi Sistem Perubatan Philips, Encik Diego Olego, berkata bahawa pelibatan Philips dalam Inisiatif HRP ini bersandarkan keunggulannya dalam bidang pengimejan kardiovaskular (cardiovascular imaging), informatik dan pengawasan kardiak.

'Dengan menggabungkan ciri-ciri penanda biologi (biomarker) dengan pengimejan kuantitatif, kami berusaha memahami dengan lebih baik penyakit (berkaitan jantung) ini dan membantu dalam rawatan pesakit-pesakit ini sebelum plak berisiko tinggi membiak dengan sendirinya.'

Kajian ke atas warga tua ini - yang kesemuanya tidak diketahui mempunyai penyakit jantung - akan dilaksana secara bertahap-tahap mulai bulan ini.

Mereka yang terlibat akan diperiksa secara terperinci menerusi ujian imbasan CT Scan dan imejan magnetik MRI.

Di Chicago, para warga tua yang mengikuti kajian ini akan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah makmal serba canggih di Forest Medical-Surgery Center.

Menerusi pemeriksaan selama dua hari itu, para pakar perubatan akan cuba mengenal pasti penanda biologi (biomarker) dalam tubuh seseorang pesakit dan menentukan kesannya bagi jangka masa satu hingga tiga tahun akan datang.

Plak berisiko tinggi dianggap sebagai punca utama kematian di dunia Barat.

Pemeriksaan lebih awal akan membuat seseorang dapat menghindari risiko serangan jantung.

Warga tua yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada pemegang insurans kesihatan Humana, sebuah syarikat insurans perubatan terbesar di Amerika.

Dalam wawancara bersama para wartawan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sistem Perubatan Philips, Encik Steve Rusckowski, berkata:

'Kami sedar bahawa cara untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih berkesan adalah dengan memberi tumpuan pada pesakit.

'Kami memandang pada setiap aspek rawatan pesakit, daripada rawatan awal kepada ujian, pengawasan dan penjagaan lanjut, sebagai sebahagian daripada satu proses menyeluruh.'

Menurut Dr Zahi, setelah pakar perubatan dapat mengenal pasti penanda biologi bagi HRP, syarikat-syarikat farmaseutikal boleh mencipta ubat-ubatan untuk menanganinya.[/purple]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 08:35 AM | Show all posts
Ekstra! : 5 Disember 2007         
         
PENYAKIT

APAKAH SINDROM IRLEN?


SINDROM Irlen ialah sejenis masalah pembelajaran disebut disleksia yang menjejas keupayaan seseorang menerima dan mentafsir informasi yang dilihat melalui saraf otaknya.

Seseorang yang mengalami keadaan ini melihat teks di buku bagai perkataan-perkataan yang bergumpal, kabur, ada kalanya kecil-kecil bagai semut berjalan, hilang atau tenggelam-timbul.

Masalah ini juga dikenali sebagai Scotopic Sensitivity Syndrome atau Sindrom Sensitiviti Skotopik yang dikenal pasti pertama kali oleh ahli psikologi pendidikan, Dr Helen Irlen, dari Amerika Syarikat semasa beliau bekerja dengan sekumpulan pelajar dewasa dalam tahun 1980-an.

Beliau dapati tiada rawatan untuk keadaan ini dan puncanya pun tidak diketahui, tetapi individu yang me- ngalaminya sering disalah anggap sebagai lembap.

Sindrom itu didapati berkaitan de- ngan masalah persepsi (penglihatan dan pemahaman). Individu berkenaan juga sensitif kepada cahaya dan me- ngalami masalah sukar menampung informasi berlebihan yang diterima daripada pancainderanya.

Justeru, untuk mengatasinya, kadar kecepatan pancaran cahaya yang diterima perlu disaring. Ini membolehkan otak memproses informasi secara normal.

Dr Doris Ang, ahli psikologi yang membuka klinik untuk membantu mereka yang mengalami Sindrom Irlen di sini, menerangkan 70 peratus daripada informasi yang kita terima adalah melalui mata sebelum ia ditafsir dengan tepat oleh otak.

Bagi mereka yang mengalami Sindrom Irlen, menapis gelombang cahaya tertentu daripada memasuki otak dapat membantu otaknya menganalisis informasi dengan berkesan, lantas mengurangkan herot-benyot pada teks yang dilihat.

Penapisan ini dapat dilakukan de- ngan memakai lensa kaca mata khas berwarna yang dapat menyaring gelombang cahaya. Rawatan itu merupakan suatu penemuan baru hasil kajian mengenai disleksia yang dijalankan di Universiti Harvard, Amerika.

Menerangkan bagaimana ia dilakukan, Dr Ang berkata selepas individu itu dikenal pasti mengalami sindrom tersebut melalui ujian, beliau akan mencubakan dahulu beberapa lensa berwarna yang dijangka sesuai untuk individu itu sebelum yang paling cocok dipilih.

Kesemuanya terdapat sekitar 250,000 warna dan seseorang individu ada kala memerlukan lensa yang me- ngandungi gabungan lima hingga enam warna sebelum dapat melihat dan membaca dengan lebih baik.

'Saya, misalnya, memerlukan lensa yang mengandungi gabungan warna merah dan kelabu muda untuk melihat dengan lebih baik,' kata Dr Ang.

Lensa ini digunakan seperti kaca mata biasa, tetapi kelihatan berlainan sedikit kerana berwarna. Selepas me- netapkan warna lensa dan mengambil ukuran lain, Dr Ang kemudian membuat tempahan lensa khas itu di Amerika atau Australia sebelum ia dikirimkan ke Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 06:25 PM | Show all posts
       
More Singaporean youths detected with sexually transmitted infections

By May Wong, Channel NewsAsia | Posted: 08 December 2007 2132 hrs

SINGAPORE: More Singaporean youths have contracted sexually transmitted infections or STIs.

Up till September, the number of youths - aged between 10 and 19 - with STIs stands at 657.

This is just 118 fewer than the figure for the whole of last year.

The attitudes of Singaporean teens towards pre-marital sex have also become more liberal.

About half of adolescent boys surveyed said they had sex within one month of knowing their romantic partners, compared with about 23 percent for the girls.

These preliminary findings were from a study by the National University of Singapore (Department of Community, Occupational and Family Medicine) and the National Skin Centre (Department of STI Control).

The study is expected to be completed in the first quarter of next year.

In a separate study by the Health Promotion Board last year, 22 percent of students surveyed felt that pre-marital sex is acceptable while 15 percent indicated that they were likely to have sex when they reach 18 years old.

These findings were revealed at the launch of a new programme by the Health Promotion Board and the Community Development, Youth and Sports Ministry (MCYS) to help parents talk to their kids about sex.

At the launch, Senior Minister of State for Information, Communications and the Arts Balaji Sadasivan said 2002 saw some 238 new cases of STI among youths aged 10 to 19.

But last year, the number jumped more than three times to 775 cases.

Dr Balaji said: The figure that really strikes us is that the number of sexually transmitted infections has increased. It has increased about 300-400 percent over the last few years.

"If there's an increase in sexually transmitted infections in young people, then obviously there'll also be an increase in the number of people who will be infected by HIV.

"I think if we reach out to young people and educate them, then the numbers will reverse and they will come down."

To teach parents how to educate their children about sex, the authorities will introduce a "Love Them. Talk About Sex" programme to workplaces and schools.

The programme will target over 130 schools, for a start.

Parents can also get their hands on a new guide booklet which is filled with information like sexually transmitted diseases and common questions about sex, topics which their children would be interested in. - CNA/ir
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 06:45 AM | Show all posts
Ekstra! : 11 Disember 2007        
         
VIRUS

APA ITU SALMONELLA


Penyebab demam, cirit-birit, muntah dan sakit perut

MINGGU lalu, sekitar 150 pelanggan rangkaian kedai roti dan pastri PrimaDeli sakit akibat dijangkiti kuman Salmonella.

Mari kita selidik apa itu Salmonella.

Apa

Salmonella adalah sekumpulan bakteria yang boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut.

Ia menjejaskan bukan sahaja manusia malah haiwan seperti burung dan reptilia.

Bagaimana ia berjangkit

Biasanya ia berjangkit daripada sesuatu haiwan atau manusia menerusi udara. Ia juga boleh berjangkit menerusi makanan dan minuman.

Mengubatinya

Selalunya, antibiotik akan diberikan kepada pesakit yang dijangkiti kuman ini. Ia lebih berkesan jika jenis kuman Salmonella yang menjangkitinya dapat ditentukan terlebih dahulu.

Mencegahnya

Cara pencegahan yang paling berkesan adalah de- ngan menjaga kebersihan jasmani kita. Oleh itu, kita digalakkan sentiasa membasuh tangan selepas pergi ke tandas, misalnya.

Dari sudut ini, mereka yang bertugas menyiapkan makanan, seperti pekerja di restoran atau kilang penghasilan makanan, perlu rajin membasuh tangan sebelum melaksanakan tugas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 09:19 AM | Show all posts
Ekstra! : 12 Disember 2007        
         
MAKANAN PESAKIT

ROTI SIHAT

Ramuan dirumus khas untuk pesakit kencing manis dan golongan prihatin kesihatan

ROTI merupakan antara makanan kegemaran ramai, malah menjadi makanan utama sesetengah orang.

Bagaimanapun, bagi mereka yang perlu lebih berjaga-jaga dengan makanan mereka, seperti pesakit kencing manis, memakan roti ada kala menimbulkan kekhuatiran kerana kandungan karbohidratnya boleh meningkatkan kadar glukos dalam darah.

Tetapi kini terdapat sejenis roti yang baru dicipta yang telah dirumus khas agar sesuai untuk pesakit kencing manis, bahkan semua orang yang prihatin dengan kesihatan mereka.

Keistimewaan roti ini terletak pada ramuan-ramuannya yang membantu glukos dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam saluran darah.

Lantas, ini membantu tenaga dilepaskan secara beransur-ansur dalam tubuh dan memberikan rasa kenyang yang lebih berpanjangan kepada pesakit.

Roti yang dimaksudkan ialah roti putih Densen yang ramuannya telah dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah dari Jabatan Sains Makanan Gunaan dan Pemakanan di Sekolah Sains Gunaan, Politeknik Temasek (TP) dengan bantuan para pelajar mereka.

Roti ini, yang telah mendapat pengesahan 'halal' daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dihasilkan bersama dengan syarikat Densen Bakery yang membiayai kos penciptaannya, dan dihasilkan oleh syarikat pembuat roti dan kek halal, Blossoms Cake House Pte Ltd.

Ia juga telah diberi label 'Pilihan Lebih Sihat' (Healthier Choice) dan telah dijual kepada ramai sejak 3 Disember lalu.

Cik Kalpana Bhaskaran, pakar pemakanan dan pensyarah di Sekolah Sains Gunaan TP yang merupakan salah seorang daripada tiga pensyarah yang menghasilkan ramuan bagi roti tersebut, menerangkan bahawa kelainan roti itu terletak pada kadar Indeks Glisemik (Glycaemic Index) atau GI-nya yang rendah.

GI ialah kadar yang digunakan untuk mengukur sejauh mana kandungan karbohidrat dalam makanan meningkatkan kadar glukos selepas seseorang memakan makanan yang mengandungi karbohidrat, pada skala 0-100.

Ada karbohidrat yang mudah cerna semasa proses penghadaman dan menyebabkan kadar glukos atau gula dalam darah meningkat dengan pantas.

Makanan karbohidrat sedemikian mempunyai kadar GI yang tinggi iaitu 70 ke atas.

Ada pula makanan yang lambat cerna seperti barli, pasta dan tumbuhan kekacang disebut 'lentil' dan melepaskan glukos secara lebih perlahan.

Makanan ini mempunyai kadar GI yang rendah iaitu 0 hingga 55.

Untuk roti Densen yang diperbuat daripada oat dan barli itu, kadar GI-nya telah diukur dengan menggunakan garis pandu ujian GI Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Apabila dicuba, roti yang lembut dan berwarna putih-perang itu terasa agak manis. Menjelaskan, Cik Bhaskaran berkata: 'Kemanisan itu disebabkan kandungan fruktos dalam roti itu yang membantu melepaskan glukos secara perlahan dalam saluran darah.

'Roti ini juga merupakan antara yang paling menyihatkan kerana kandungan seratnya yang tinggi - 10 gram - dan ia juga tiada lemak trans dan tiada kolesterol.'

Pemilik dan Pengarah Blossoms Cake House, Encik Amir Poh, memberitahu bahawa kumpulannya kini sedang mekninjau kemungkinan menghasilkan jenis-jenis roti berlainan yang sesuai untuk pesakit kencing manis.

Roti Densen ini dijual sebantal dengan harga $2.50. Ia boleh dibeli buat masa ini di kedai Blossoms di Singapore Post Centre di #B2-11 dekat Paya Lebar, dan di Blok 34, Cassia Crescent, #01-82.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 09:22 AM | Show all posts
Ekstra! : 12 Disember 2007        
  
KENAPA TEKANAN DARAH NAIK?


KITA biasa dengar tentang seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi. Apakah yang menyebabkan tekanan darah naik?

Jantung anda mengepam darah melalui pembuluh darah dalam tubuh anda, seperti seorang mengepam air melalui tiub getah.

Tekanan darah akan naik jika perkara-perkara ini berlaku:

# Isi padu darah anda bertambah kerana terlalu banyak garam yang menahan lebih banyak air dalam darah.

# Pembuluh darah menjadi lebih kaku akibat berlaku pengerasan pembuluh darah iaitu satu proses di mana lemak mendak pada dinding pembuluh darah.

# Jantung anda mengepam terlalu kuat dan terlalu cepat kerana bahan-bahan seperti alkohol dan bahan kimia yang terdapat dalam rokok.

Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan fungsi jantung. Otot-otot jantung menjadi sangat lemah sehingga jantung tidak boleh mengepam darah yang cukup untuk seluruh tubuh.

Tekanan darah tinggi juga boleh memecahkan pembuluh darah ataupun kesempitannya secara beransur-ansur.

Ini kemudian menyebabkan angin ahmar, serangan jantung, kerosakan ginjal dan buta. -- Lembaga Penggalak Kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 09:33 AM | Show all posts
Ekstra! : 12 Disember 2007        
         
BEBERAPA PUNCA PENDENGARAN TERJEJAS


MENURUT Persatuan Orang Pekak Singapura, kerosakan pada pendengaran boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja individu tanpa mengira usia.

Tahap kerosakan yang dialami boleh berbeza-beza daripada ringan kepada berat. Namun, ada orang yang terjejas pendengarannya boleh mendengar semula dengan bantuan alat pendengaran, tetapi ada yang tetap tidak boleh dibantu dengan alat sedemikian.

Mereka yang sudah hilang pendengaran sebelum belajar atau berupaya bertutur bahasa boleh dibahagikan kepada dua - mereka yang dilahirkan pekak atau congenitally deaf dan mereka yang hilang pendengaran sebelum berusia lima tahun atau disebut adventitiously deaf.

Orang yang hilang pendengaran sebelum mereka berupaya bertutur biasanya berkomunikasi dengan menggunakan isyarat tangan, ejaan jari atau penulisan, tetapi ada yang boleh bertutur sedikit atau memahami percakapan melalui gerakan bibir dan mimik muka.

Beberapa punca hilang pendengaran ialah usia lanjut, faktor baka, ubat-ubatan, penyakit seperti radang otak (meningitis) dan campak dan sering mendengar bunyi yang terlalu bising. Kecederaan pada gendang telinga atau tulang-tulang kecil di telinga tengah juga adalah punca biasa pekak.

Kira-kira seorang daripada seribu kanak-kanak pula dilahirkan pekak kerana baka, penyakit rubella atau German measles iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman yang boleh mencacatkan bayi yang dihidapi ibu dalam tiga bulan pertama kehamilannya dan jangkitan atau kecederaan pada gendang telinga.

Data pula menunjukkan 90 peratus kanakkanak yang pekak mempunyai ibu bapa yang sempurna pendengaran, manakala 10 peratus mempunyai salah seorang atau kedua-dua ibu bapa yang pekak.

Lebih 60 peratus pula hilang pendengaran kerana faktor baka.

Di Singapura, sejak 1978 semua wanita dan kanak-kanak diwajibkan mendapatkan suntikan bagi mencegah penyakit rubella.

Dianggarkan 0.1 peratus atau seorang dalam setiap 1,000 orang di seluruh dunia tidak boleh mendengar langsung atau cacat pendengaran. Angkanya sama bagi Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 09:36 AM | Show all posts
Ekstra! : 12 Disember 2007        
         
PEMERIKSAAN KESIHATAN

SATU program pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai berusia 40 tahun ke atas akan diadakan pada Ahad, 23 Disember.

Pemeriksaan anjuran Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) ini adalah bagi penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Ia akan berlangsung di Blok 193 Rivervale Drive #01-787 dari 7.30 hingga 10.30 pagi

Untuk keterangan lanjut, telefon 6244-4600.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077678 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list