CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 18-6-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
havovasta replied at 18-6-2021 01:55 PM
kes jim thompson ini macam2 spekulasi keluar, ada yang cakap beliau spy CIA, ada cakap kena kidnap ...

tula..patut xprnh dgr kes ni..kes awal2 merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 11:09 PM | Show all posts
Percutian Ke Cuba

Beberapa tahun yang lalu, aku bersama-sama keluarga dan rakan sebayaku melancong ke Cuba.  Resort tempat kami menginap di Cuba agak besar dan dipenuhi pelancong-pelancong seperti kami. Yang seronoknya, sebagai salah satu pakej penginapan kami, kami turut diberikan tiket khas untuk masuk ke ruangan VVIP yang terletak di kawasan resort itu jugak.  Untuk pergi ke ruangan VVIP itu, kami perlu menaiki sebuah mini bas.  Ruangan VVIP itu seperti sebuah bar terbuka di tepi pantai yang menyediakan muzik dan minuman keras untuk kami berparti.


Jadi, malam itu aku bersama-sama kawan-kawanku yang lain pergi ke ruangan VVIP itu untuk berparti.  Ibubapaku taknak ikut, tapi mereka dan pesan pada aku jangan nak mabuk-mabuk sangat di parti tu nanti.  Sesampainya kami ke ruangan VVIP itu, ianya sudah sesak dengan pengunjung sebaya kami yang sedang seronok berparti dan menari.  Kebetulan juga di parti itu, ada sekumpulan pelajar kolej wanita yang juga rakyat USA macam kami, mereka juga menginap di resort yang sama tapi sepanjang kami di resort itu tak pernahlah pulak terserempak dengan gadis-gadis ni.  Malam itu kami habiskan dengan berparti bersama-sama mereka.

Ada seorang gadis dalam kumpulan itu yang aku perasan asyik tengok-tengok aku je, pastu senyum-senyum. Aku rasa gadis tu berminat kat aku kot, tapi malu nak mulakan langkah pertama.  Jadi aku pun cuba mendekati gadis itu.  Di kala rakan-rakan kami sedang asyik menari aku cuba mencuri peluang untuk berkenalan dengan gadis itu.  Aku cuba menanyakan nama dia,  tapi dia hanya berbisik ke telingaku, ‘kalau saya beritahu nama saya, saya terpaksa bunuh awak’.  Aku pun gelak jelah dengan gurauan gadis itu.  Muzik terlalu bingit untuk kami bersembang jadi kami cuma duduk-duduk sambil memerhatikan orang berparti je.

Jam menunjukkan hampir 3 pagi, kumpulan gadis tadi dah nak balik ke resort.  Kebetulan aku ada bawak kamera digital, jadi aku dan kawan-kawanku ajaklah kumpulan gadis itu untuk bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.  Aku mintak tolong seorang pekerja bar untuk tangkapkan gambar kami.  Aku bergambar bersebelahan gadis tadi dengan tanganku merangkul bahunya.  Dia seperti tidak kisah dan hanya tersenyum, tapi sampai dia balik resort pun aku tak dapat jugak nama dia.

Tak lama kemudian, giliran kami pula menaiki mini bas untuk balik ke resort kami tadi, memandangkan kawan-kawan aku pun dah penat sangat.  Aku berkongsi bilik dengan sorang kawan aku ni, tapi masuk bilik je kawan aku tu terus berdengkur pulak. Lain dengan aku, hati aku masih berbunga-bunga teringatkan gadis tadi sampai tak dapat nak lelapkan mata. Jadi aku pun beleklah gambar kami di ruangan VVIP tadi.

Apa yang aku nampak selepas itu adalah sesuatu yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila.  Gadis muda yang kurangkul sebentar tadi, kini di dalam gambar telah bertukar menjadi seorang nenek tua berambut putih dengan wajah berkedut seribu!  Aku sangat terkejut dengan apa yang aku lihat sampai tercampak kamera digital itu dari peganganku.  Otakku ligat cuba mengingat kembali, eh ada nenek tua ke yang datang ke parti tadi?  Aku sangat yakin yang aku hanya berada di samping gadis muda tadi sepanjang di parti, dan aku juga tidak mabuk teruk seperti kawan-kawanku yang lain.  

Beberapa minit termenung dan berfikir dengan dada yang berdebar-debar, barulah aku turun dari katil untuk mengambil kamera digitalku tadi.  Aku terus mematikan kamera itu dan menyimpannya semula ke dalam sarungnya, kemudian barulah sarung selimut cuba untuk tidur dan melupakan perkara tadi.  Tapi tidurku terganggu dengan igauan wajah wanita tua misteri dalam gambar tadi…

Keesokan paginya, apabila rakan sebilikku sudah bangun, aku terus bertanyakan dia tentang malam tadi?
“Kau ingat tak malam tadi kita berparti dengan sekumpulan gadis kolej tu?”
“Eh mestilah ingat bro”.
“Pastu malam tadi kita ada bergambar dengan diorang kan?”
Rakanku mengangguk laju.  Jadi aku pun ceritakanlah tentang wanita tua misteri yang muncul dalam salah satu gambar tadi.  Rakanku macam tak percaya, sebab walaupun dia mabuk pun mustahil dia tak perasan ada wanita tua rambut putih masuk parti orang muda.

Jadi aku pun tunjukkanlah gambar-gambar yang ditangkap malam tadi.  Aku ingat lagi, dalam kamera tu ada 572 gambar, termasuklah gambar-gambar percutian kami, tapi yang peliknya gambar berkumpulan tadi dah tak ada!  

Aku dah takde mood nak keluar kemana-mana, kawan-kawan aku pun cuma nak berehat je sebab penat sangat mencucuk langit malam tadi, jadi kami cuma melepak dalam bilik je hari tu.  Kami hanya makan tengahari di restoran resort, dan kebetulan jugak kumpulan gadis malam tadi pun ada jugak, jadi kami pun makan tengahari bersama.  Tapi, gadis yang bersama aku malam tadi takde pulak bersama mereka, jadi aku pun tanyalah diorang, mana kawan korang lagi sorang tu? “Sebenarnya kitorang pun baru kenal dengan dia semalam.  Dia bukan satu kolej dengan kami pun. Tapi dia cakap dia asal Connecticut”.  Dengar je jawapan diorang, aku dah rasa seram sejuk.  Semua orang tau pasal Connecticut ni terkenal dengan sejarah perempuan sihirnya…..

Peristiwa pelik ini memang memberikan kesan kepada aku sehinggakan aku dah tak berani nak melancong ke luar negara lagi lepas tu….


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rose_2011 replied at 1-6-2021 09:49 PM
Thank you TT, sbb story TT iols sanggup register redit. Tp tak leh feel mcm story bahasa melayu ha ...

Cerita versi alih bahasa ke bahasa melayu versi tuan tanah ni memang feel.. Tak boleh nak feel kalau baca versi asal kat reddit
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:49 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 04:02 PM
Ye kes acap tu bg aku menggemparkan sbb bukannye hiking Suka-suka mmg ada pertandingan kot ramai p ...

raja sutera tu memang buat macam2 spekuan muncul...  siap ada yang cakap mustahil dia boleh hilang camtu je sebab katanya dia ni mahir gak pasal hutan2 ni dan survival skill dia tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 21-6-2021 09:49 PM
raja sutera tu memang buat macam2 spekuan muncul...  siap ada yang cakap mustahil dia boleh hilang ...

Ada yg speku kata dia ada kaitan dgn raja dadah kt thailand, tu yg dia lari masuk malaysia tu. Tp kene tangkap jugak dengan geng dadah tu. Wallahualam... Macam2 gak org speku tapi kalau smpi org asli pun cari tak jumpa paham2 jelah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 11:09 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-6-2021 12:27 PM

Pelanggan Super Pelik

Kejadian ni berlaku semasa aku bekerja di sebuah kedai serbaneka 24jam. Aku bekerja seorang diri dan untuk shift lewat malam yang kalau kat sini dipanggil, shift tapak perkuburan.  

Pada hari itu, datanglah seorang pelanggan perempuan masuk kedai aku ni. Penampilannya nampak ok je macam orang normal, tapi dia masuk kedai bawak Bible.  Dia cuma membeli makanan ringan sahaja, dan masa nak bayar tu cuma ada kami berdua je, jadi dia ajaklah aku sembang-sembang. Mulanya kami bersembang pasal benda yang normal je, pasal pandemik coronavirus ni, bla bla bla sehinggalah tiba-tiba dia ungkit bab roh jahat.  

Dia tanya aku, adakah aku ni percaya dengan kewujudan roh jahat? Aku ni boleh nampak ke roh jahat ni? Aku dah ternganga tak tau nak cakap apa, tapi perempuan itu terus merepek meraban lagi.  Dia tanya adakah aku ni manusia? Ataupun aku ni sebenarnya syaitan? Adakah aku malaikat yang menyamar menjadi manusia?  Sesungguhnya memang masa tu aku speechless tak tau nak jawab apa sebab tak pernah-pernah seumur hidup aku orang tanya macam tu.

Kemudian, perempuan itu mengeluarkan seulas bawang putih dari poket dia dan meletakkannya di atas kaunter.  Perempuan tu mendakwa yang bawang putih tu sebenarnya adalah syaitan yang cuba nak merasuk dia.  Beriya-iya dia menyakinkan aku yang bawang putih tu adalah syaitan. Aku cuba menahan ketawa sampai perempuan tu naik bengang.  Akhirnya perempuan itu meninggalkan aku dan bawang putih itu, dia suruh aku berhadapan sendiri dengan syaitan tu, dia taknak tolong apa-apa, kalau apa-apa benda buruk terjadi pada aku dia taknak bertanggungjawab, dan dia terus keluar dari kedai aku tu. Sudahnye, bawang putih tu aku tongsampahkan je.  Aku suspek mungkin perempuan ni ada masalah mental kot, lama sangat berkurung dalam rumah sebab pandemik ni.

Beberapa hari kemudian, hari Selasa, dalam pukul 2 atau 2.15 pagi, perempuan itu muncul kembali di kedai aku. Kali ni perempuan tu beli gula-gula je, aku buat-buat tak kenal je perempuan tu, malas nak melayan kekarutan dia lagi, tapi yang peliknya, perempuan tu pulak tanya aku samada kami ni pernah jumpa kat mana-mana? Cepat-cepat aku jawab, tak pernah. Kemudian perempuan tu tanya pasal batu jed hijau yang org Cina selalu pakai tu dan colok, ada tak jual kat sini? Mestilah takde dah kedai ni kedai runcit, bukan kedai barangan sembahyang.

Pastu, baru aku terperasan, kedai aku ni kalau orang masuk akan ada bunyi loceng, tapi bila perempuan ni masuk, loceng tu tak berbunyi pun.  Aku rasa mungkin aku yang dah mengantuk sebab tu tak perasan, tapi sebelum perempuan tu kat kaunter, aku tengah kemas rak-rak depan pintu kedai tu, jadi bila masa dan macam mana perempuan ni masuk kedai?  Walaupun bulu roma aku dah meremang bila terfikirkan tentang itu, aku beranggapan mungkin loceng tu dah rosak kot.

Kedai aku ada tandas jadi perempuan ni tiba-tiba je terus berjalan laju ke tandas tu, macam tak tertahan nak terkucil.  Untuk mengelak dari berbual dengan perempuan pelik tu, aku tinggalkan kaunter dan sambung kemas-kemas rak, kemaskini tanda harga.  Kemudian aku pergi cuci tandas, tandas tu kosong takde orang. Aku rasa aku terlalu ralit dengan tugasan aku di kedai sampai aku tak perasan yang perempuan tu dah pergi.

Jam dah menunjukkan pukul 6pagi, shift aku bakal berakhir.  Aku kemas-kemas kaunter kedai untuk pekerja seterusnya, apabila tiba-tiba perempuan pelik itu keluar dari tandas di belakang kedai, berjalan melintasi kaunter aku sambil mengucapkan selamat tinggal.  Tercengang aku dibuatnya.  Dari mana pulak perempuan ni muncul?  Aku terus berlari masuk ke tandas tu, aku periksa tandas tu cuma ada tingkap kecil tinggi yang tiada siapa pun boleh muat.  Aku siap ketuk-ketuk siling nak tengok ade ke siling yang boleh dibuka, kot-kotla perempuan tu selama ni menyorok atas siling tu. Tapi takde pun.

Sejak dari kejadian tu aku tak berani dah nak kerja di kedai tu sorang-sorang diri semasa shift tapak perkuburan lagi, tapi nasib baiklah itu kali terakhir aku berjumpa pelanggan super pelik macam tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 12-6-2021 10:29 PM
dlm kisah mistik melayu pon ade kan perrmpuan kaki terbalik..suka culik lelaki untuk kawen

Bukan dlm melayu saja kes kaki terbalik ni.. Kat nepal pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2021 12:59 PM
Perempuan Sihir ?

Ada satu kawasan di Quebec yang mak aku tak berani nak pergi sebab satu peristi ...

Gambaran dia mcm pontianak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 31-5-2021 12:14 AM
Pekan Misteri Di Tengah Gurun

Nama aku Rick Martinez dan suatu ketika dulu, aku merupakan seorang ...

Lebih kurang mcm kisah urban legend kita tentang pasar mlm @ restoran tgh bendang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-6-2021 11:09 AM
Pelanggan Super Pelik

Kejadian ni berlaku semasa aku bekerja di sebuah kedai serbaneka 24jam. Aku ...

tggl al quran & brg agama hindu tu org tu xbwk
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 05:05 PM
Ni ha

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Disappearance_of_Jim_Thompson

dlu2 xbuat DNA test ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 23-6-2021 05:25 PM
dlu2 xbuat DNA test ke

Zaman 60an malaysia mana pakai DNA test lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 11:27 AM | Show all posts
Di USA, ada satu rancangan TV di Fox yang ditayang daripada 1997 hingga 2002 bertajuk Beyond Belief : Fact or Fiction. Premis rancangan ni, beberapa cerita paranormal atau luar biasa ditayangkan dalam satu episod, kemudian pengacara rancangan tv ni akan mintak penonton pilih, mana satu kisah benar dan mana satu cerita tipu.  Rancangan ni memang meletop seiring dengan meletopnya X-Files tapi aku tak sure citer ni penah tayang ke tak kat Malaysia. Tapi ada beberapa kisah yang ditayangkan dlm rancangan ni yang kekal jadi nostalgia peminat siri ini kerana keangkerannya...

Episod Beyond Belief : Bilik 245

Kisah ini ditayangkan semasa Musim Ke4, Episod 6.  Sepasang anak beranak, seorang anak perempuan dan ibunya yang sedang melancong nak check in masuk ke sebuah hotel. Tapi malangnya bilik dah penuh dan cuma ada 1 je bilik masih kosong iaitu bilik nombor 245.  Kerana tiada pilihan lain, pasangan anak beranak ni pun setujulah nak masuk bilik tu je.



Si ibu sedang sakit dan hanya mampu baring atas katil je, jadi si anak ni pun keluarlah kejap dari hotel tu nak cari ubat. Dah jumpa ubat, dah balik hotel, tapi si anak kelam kabut tertinggal sesuatu di kedai ubat tadi. Jadi si anak ni pun mintaklah penyambut tetamu hotel untuk pegangkan kejap ubat mak dia sementara dia lari balik ke kedai ubat tu.

Tapi sekembalinya si anak ke hotel, penyambut tetamu tu dakwa tak kenal si anak tu, dan si anak ni tak pernah pun check in masuk hotel tu. Benganglah si anak ni, sebab dia ada tinggalkan mak dia di bilik 245. Lagipun baru sekejap dia keluar dari hotel tu, siap suruh jagakan ubat mak dia kat kaunter, takkan tak cam muka dia. Gaduh punya gaduh, penyambut tetamu tu pun setujulah nak bawak si anak ni ke bilik 245 tu.  Yang mengejutkan, ibu kepada perempuan itu dah takde dalam bilik.  Termasuklah susunan perabot dalam bilik tu pun dah bertukar, tidak seperti yang diingat oleh perempuan itu.

Cerita yang pelik ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang berlaku di Paris pada 1900.  Dikhabarkan yang si anak dah tak jumpa dah si ibu.  Ada teori mengatakan yang si ibu dah meninggal dalam bilik 245 tu, jadi untuk menjaga nama baik hotel, pihak pengurusan telah mengeluarkan mayat si ibu dari hotel tu dan berbohong kepada wanita malang itu. Kesian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 12:02 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-8-2021 09:42 AM

Episod Beyond Belief : Kerusi Puaka


Kisah ini ditayangkan pada musim kedua episod kelapan.


George Talbot III adalah seorang lelaki kaya yang mewarisi perniagaan keluarganya, Talbot Steel setelah kematian ayahnya, George Talbot Jr. Tapi perwatakan beliau sangat berbeza dengan mendiang ayahnya yang baik hati dan sangat dihormati orang lain, George Talbot III adalah orang kaya yang sombong dan suka meninggi diri.  George Talbot III seorang ahli perniagaan yang rakus menambahkan kekayaan sedia adanya, dan hobi beliau adalah melancong ke seluruh dunia mencari relik-relik atau bahan sejarah yang berharga dari negara orang. Hobi orang kaya.

George sangat obses nak tambahkan koleksi bahan antik beliau sampaikan beliau tidak peduli dengan amaran peguam beliau, Ms Wiseman agar tidak membeli sebuah kerusi antik yang berjaya menarik perhatian George.  Ms Wiseman mendakwa kerusi itu telah disumpah, sesiapa yang duduk di atas kerusi itu akan mengalami kecelakaan yang amat dahsyat, tapi George dengan angkuhnya tak percaya langsung dengan sumpahan itu.

Keesokan harinya, orang gaji George, Jenny saja duduk atas kerusi tu sebab keunikan rekabentuk kerusi tu. Sekali tu bos dia, George nampak, teruklah Jenny kene marah dengan George. George cakap kerusi tu khas untuk dia dan tetamu jemputan dia je, orang macam Jenny tak layak nak duduk atas kerusi tu. Minggu hadapannya, George mendapat berita kematian Jenny akibat dilanggar lari oleh pemandu mabuk.  Tapi George masih tak percaya yang kematian Jenny ada kaitan dengan kerusi itu.

Seminggu selepas kematian Jenny, George menjemput kawannya, Eric Cates untuk lepak-lepak di rumah mewah beliau.  Eric tertarik dengan kerusi antik George itu, George agak berat hati nak benarkan Eric duduk di atas kerusi itu kerana teringatkan amaran peguam dia dan kematian Jenny, tapi Eric saja jugak duduk atas kerusi itu.  2 hari kemudian, kapal terbang yang dipandu oleh Eric semasa beliau terbang ke New York terhempas akibat kegagalan enjin, dan Eric meninggal dunia dalam kejadian itu.

Syarikat yang diwarisi oleh keluarga George sejak turun-temurun akhirnya di ambang bankrupsi.  Syarikat beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai saman yang menyebabkan beliau kehilangan peluang untuk berbisnes.  Ms Wiseman akhirnya datang melawat George, untuk berbincang tentang perniagaan, pada masa yang sama Ms Wiseman menghulurkan satu senarai bekas pemilik kerusi antik kepunyaa George itu.  Termasuklah sebuah portrait Napoleon Bonaparte sedang duduk di kerusi antik aku itu, sehari sebelum kekalahan beliau dalam Perang Waterloo di Belgium pada 17 Jun 1815.  Barulah George nak percaya yang musibah demi musibah yang menimpa George dan orang sekelilingnya adalah berpunca dari kerusi itu.

Malam itu, George mengambil keputusan untuk memusnahkan kerusi puaka itu.  Beliau membawa sebatang kapak, tapi belum sempat dia nak kapak kerusi itu, George terkena serangan jantung, dan mati di tepi kerusi itu.  Dengan itu, George menjadi mangsa terbaru kerusi itu...

Cerita ini diilhamkan dari kisah benar, iaitu Busby Stoop Chair, iaitu sebuah kerusi yang diperbuat daripada kayu oak yang dikatakan telah disumpah oleh pembunuh terkenal, Thomas Busby sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di North Yorkshire, UK pada 1702.  Busby ditangkap kerana membunuh bapa mertuanya Daniel Auty semasa mereka berselisih faham tentang perniagaan menciplak syiling yang diusahakan oleh mereka berdua ketika itu. Ada 2 versi, ada yang kata Busby sumpah kerusi tu semasa dia diheret ke tali gantung, ada yang kata dia tengah mabuk dan tersadai atas kerusi itu semasa beliau ditangkap, jadi dia terus sumpah kerusi tu.  Banyak kematian yang dikaitkan dengan kerusi itu sejak Perang Dunia ke-2.  

Akhirnya, pemilik kerusi itu tak tahan dengan sumpahan itu dan mendermakan kerusi itu kepada Muzium Thirsk.  Untuk mengelakkan kerusi itu diduduki oleh pengunjung yang saja nak menguji kebenaran sumpahan itu, pihak muzium pada 1978 terpaksa menggantung kerusi itu ke siling sampailah ke hari ini....


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 23-6-2021 05:25 PM
dlu2 xbuat DNA test ke

US start pakai DNA test pun hujung 80an. Itupun belum accurate sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2021 03:22 PM | Show all posts
Jangan Naik Kereta Orang Yang Tidak Dikenali

Kisah ini merupakan pengalaman sebenar pakcik aku. Pakcik aku merupakan pelajar perubatan di University of Chicago di lewat tahun 1970an.  Pada suatu hari, usai kelas sebelah pagi, pakcik aku bercadang nak balik ke rumahnya di Lincoln Park Bahagian Utara, tapi pakcik aku taknak naik teksi, sebaliknya pakcik aku cadang nak tumpang orang je balik ke rumah dia tu. Almaklumlah, zaman belajar mana mampu nak bayar teksi kan.  

Pakcik aku pun tahanlah mana-mana kereta yang lalu, dan akhirnya, sebuah kereta jenis Plymouth Satellite pun berhenti dan sudi nak tumpangkan pakcik aku ni.  Dari pemerhatian pakcik aku, pemandu kereta tu nampak macam seorang lelaki yang normal dan agak peramah, jadi pakcik aku pun setujulah nak tumpang kereta lelaki tu.  

Lelaki itu pun memandulah masuk ke Lake Shore Drive, tapi lelaki tu masuk lorong masuk selatan, bukan ke belah utara.  “Err… encik saya rasa encik ni dah salah jalan ni. Saya nak pegi belah utara encik”. Lelaki itu menoleh ke arah pakcik aku, sambil meletakkan tangannye ke paha pakcik aku dia berkata ,”tidak mengapa, anakku.  Anak ikut je pakcik nak pergi mana ye”.  Lelaki itu menyerengeh pada pakcikku.  Pakcikku dah mula takut sampai dia terkaku tak berani nak buat apa.  

Mujurlah, mereka sampai di satu jalan yang trafiknya agak perlahan.  Pakcik aku ambil peluang itu untuk cuba buka pintu sebelah penumpang, nasib baiklah kereta zaman dulu takde kunci automatik macam kereta moden.  Pakcik aku terus berlari keluar dari kereta tu, tak toleh-toleh belakang dah, pastu dia menyorok di sebuah kedai.  Pakcik aku balik naik teksi je, dan sejak tu pakcik aku dah trauma dah nak naik kereta sebarangan orang ni.

2 tahun kemudian, di satu hari di bulan Disember yang sejuk, pakcik aku tengah dating dengan bakal makcik aku di sebuah kafe.  Kafe tu tengah pasang siaran berita, apabila pakcik aku ternampak muka lelaki misteri yang pernah tumpangkan pakcik aku dulu.  Pucat lesi muka pakcik aku, rupa-rupanya lelaki itu adalah suspek pembunuh dan perogol. Bilangan mangsanya dianggarkan dalam 20 orang lelaki muda, antara mangsanya termasuklah kanak-kanak lelaki.  Lelaki itu adalah John Wayne Gacy.


Yang lebih mengejutkan pakcik aku, mangsa-mangsa John Wayne Gacy dibawa dengan keretanya, tetapi mangsa-mangsa itu tidak dapat lari kerana John Wayne Gacy telah membuang tuil pembuka pintu di sebelah bahagian penumpang……

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenkiu tt sbb bukak benang yg best ni
Hari2 tggu tt update
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 05:05 PM
Ni ha

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Disappearance_of_Jim_Thompson

Kalau tk silap i pernah msk dlm buku tamar jalis kan? You all baca la. Boleh dpt hint
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tt translate cerita2 ni. Rasa scary sgt. Tengkiu tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 29-6-2021 09:57 PM
Kalau tk silap i pernah msk dlm buku tamar jalis kan? You all baca la. Boleh dpt hint

Mana nak baca online?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.389790 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list