CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)

[Copy link]
Post time 6-7-2007 08:19 AM | Show all posts
Hadis   Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 08:19 AM | Show all posts
Hadis   Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:19 AM | Show all posts
Hadis   Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:19 AM | Show all posts
Hadis   Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:20 AM | Show all posts
Hadis   Jarir bin Abdullah r.a katanya:
Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:20 AM | Show all posts
Hadis   Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2007 08:20 AM | Show all posts
Hadis   Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:21 AM | Show all posts
Hadis   Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 08:22 AM | Show all posts
Hadis   Abu Zar r.a:
Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang mengaku keturunannya selain dari ayahnya, padahal dia mengetahuinya, pastilah dia kafir iaitu mengingkari nikmat dan kebaikan, tidak memenuhi hak Allah dan hak ayahnya. Sesiapa mengaku sesuatu yang bukan menjadi miliknya, maka dia tidak tergolong dari golongan kami dan hendaknya dia mempersiapkan tempatnya di Neraka. Sesiapa memanggil seseorang dengan kafir atau menyatakan musuh Allah, padahal sebenarnya tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:22 AM | Show all posts
Hadis   Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa membenci ayahnya bererti dia kafir
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:23 AM | Show all posts
Hadis   Saad bin Abu Waqqas r.a katanya:
Kedua telingaku mendengar daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda: Sesiapa mengaku ayah semasa Islam selain dari ayahnya, sedangkan dia tahu bahawa itu bukanlah ayahnya, maka diharamkan kepadanya memasuki Syurga
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:23 AM | Show all posts
Hadis   Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasiq dan memerangi mereka adalah kafir
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:23 AM | Show all posts
Hadis   Jarir r.a katanya:
Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan ku dengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:23 AM | Show all posts
Hadis   Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tanda orang Munafik adalah membenci sahabat Ansar dan tanda orang Mukmin adalah mencintai sahabat Ansar
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:24 AM | Show all posts
Hadis   Al-Bara' r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda mengenai golongan Ansar: Golongan Ansar tidak dicintai oleh orang lain kecuali orang yang beriman dan mereka tidak dibenci oleh orang lain kecuali orang yang munafik. Sesiapa yang mencintai mereka, maka Allah akan mencintainya. Sesiapa yang membenci mereka, maka Allah akan membencinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:24 AM | Show all posts
Hadis   Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 08:25 AM | Show all posts
Hadis   Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan baginda
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:25 AM | Show all posts
Hadis   Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:26 AM | Show all posts
Hadis   Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:26 AM | Show all posts
Hadis   Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.142071 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list