CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[SERAM KAMPUS] Kisah Seram di UiTM

   Close [Copy link]
Post time 26-2-2007 08:57 PM | Show all posts
heheheh... hantu?

itu apek saja picaya itu hantu....

lu olang pernah tgk itu sticker kuning atas dahi hantu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 12:58 PM | Show all posts
Kesah 2 orang student yang tenggelam di hujung tasek di ITM Sura Hujung memang benar2 berlaku pada tahun 86/87 kalau tak silap akak...

Sebenarnye dulu ianye bukanlah benar2 tasek, hanya lekukan yang mane kalau air surut kita boleh berjalan merentasinye menuju keseberang bukit. Kalau air pasang, kita tak boleh nampak pasir2 tempat yang kita gunakan untu merentas tadi...

Student memang tidak dibenarkan sama sekali pergi ke tempat tu...(tapi penulis dua kali curi2 pergi ke sana merentas potong dawai pagar tapi alhamdullilah, umur masih panjang tak de ape2 berlaku..) Permandangan memang cantik. Kita boleh nampak lautan yangluas dari bukit. Belah kiri nampak asrama2/chalet ITM dan persisiran pantai, belah kanan nampak lautan membiru. Memang cantik...Tapi nak naik bukit tu ada sikit bahaya..(tapi masa tu tak ingat bahaya..ingat seronok jer happy dapat lepas dari Pak Guard..heh!..heh!)

Pagi tu pagi Jumaat, hari orang cuti, sekumpulan pelajat 5 orang kalau tak silap, campur lelaki pompuan, pergi hujung tasek ikut persisiran pantai (kuar dari main entrance kampus turun ikut sepanjang persisir pantai (pak guard tak expect diorang ni nak pergi sampai hujung sebab ada student pompuan ikut)

Mungkin masa diorang rentas menuju ke bukit, air belum pasang. Tapi tiba masa nak balik, dataran pasir jalan untuk balik ke seberang dah tak kelihatan..So diorang ni, amek keputusan rentas dgn cara berpaut tangan antara satu sama lain merentas air...

3 dah berjaya hampir sampai..tah nak jadik cerita (dah tuhan kata ajal dah sampai), sorang student pompuan dari yang paling hujung terjatuh, tangan terlepas dari pautan.. Yang student lelaki ni pun try le nak selamatkan pompuan ni..Dari cerita student yang selamat ni, dua2 tak pandai berenang, memang tak nampak langsung  aruah berdua ni berenang..terkapai2 pah tu langsung tak nampak ape..

Berlari le 3 student ni panggil Pak Guard..Pak Guard tiba dah tak nampak ape..Polis, Bomba datang terpaksa rasenye tambak dan pam air tu..Mayat jumpe..tangan masih berpaut..Memang kesian dengar..

Budak lelaki tu tak silap akak dari Melaka sebab akak paling ingat bapak dia datang tuntut jenazah kat Hospital Dungun. Dia datang ke asrama dan tinggalkan sepucuk surat tampal kat notis bod, mintak halalkan segala makan minum, hutang anak dia kalau ada..

Dulu asrama kami semua macam chalet. A1..untuk lelaki dan B1...untuk pompuan. Asrama akak adalah yang paling penghujung kat hutan tu dan tasek tu, berhadapan plak dgn tempat  yang budak tenggelam..Boleh nampak bukit dan tasek..

Sebelum kejadian kami selalu melepak kat tangga dpn hall asrama waktu malam..Tapi lepas kejadian, pintu hall tertutup rapat..takut!!

But tiga tahun kat sana macam2 cerita seram yang kami dengar..tapi tak penah plak   kami jumpe (walaupun salah sorang penghuni asrama kami meninggal kerana demam panas)..

Mungkin kerana kami ni lebih jadik HANTU dari hantu yang sedia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 01:05 PM | Show all posts
si uncle kalau jumpa hantu aku raa dia gomol teruss...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 01:29 PM | Show all posts
BUkan nak cakap besar la bro.......

hantu boleh nampak ke...?

Bukan ke hantu nih takder jisim?

takder jisim mana bulih nampak...

Itu pasal la korang nih merapu merepek jer tgk hantu.....

SAMPAI SEKARANG.... aku mintak tunjuk mana itu hantu....

cepat.... aku nak belanja makan tomyam itu hantu..

cESsss..... dengan hantu pun takut
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:37 PM | Show all posts

Reply #558 serol's post

bila lak aku kata aku first batch yg rasmi kampus sura hujung. Aku kata aku senior je ,lebih2 lagi pada korang pasal aku tgk tahun batch korang.
Reply

Use magic Report

serol This user has been deleted
Post time 28-2-2007 11:34 AM | Show all posts

Reply #565 amran20473's post

sorry la amran..

aku ckp mcm tu pasal citer nko ttg couple mati lemas tu kurang tepat. bilik tu bkn bilik dak pompuan tu. senior mesti tau pasal ni. junior je taktau pasal citer dah ditokoktambah. Aku dlu pon slalu pegi sblh bukit tu.. ada pantai b'batu. pegi mancing. siap buat fire camp lg. seronot gak tido tepi pantai.. takpenah jumpa antu pon. kat tasik tu pon slalu gak pi mancing. sura hujung dah xde hantu, pasal hantu-hantu sume dah grad..on time lagi..heheh. betoi tak Akak Ayamserati?
Reply

Use magic Report

Follow Us
serol This user has been deleted
Post time 28-2-2007 12:32 PM | Show all posts

Reply #564 Uncle_K's post

betoi ka uncle k?? tapi hantu skrg taknak tomyam.. bkn taste dia. kalu mkn kat 5star hotel baru dorg nak.. kalu nak jumpa antu kenala bkawan dgn antu. klu x, antu pon xnak bkawan dgn kita, inikan pula nak bjumpa..hehe.. uncle nak antu ke? jenama ape? jin ke, iblis ke, setan ke? yang btanduk 3, ade ekor, yang b'bulu ke? pilih mane satu.. jgn lupa sertakan nama & alamat, nanti aku pos pakai courrier. F.O.C.

tapi aku heran la, uncle tak percaya antu sbb xnampak, mesti tak pecaya alam ghaib pasal tak nampak kan?? dah tentu tak pecaya tuhan, pasal tak nampak tuhan.. uncle rase tuhan tu wujud tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 03:14 PM | Show all posts
aku x student uitm shah alam 2000-2003. Masa part 1 aku duduk dorm kat teratai 2 sebab masa tu bilik x cukup, so terpaksa la freshies2 ni duduk dorm ada la dekat 14 orang gak satu dorm tu... dah ramai2 tu paham2 jer la, macam2 pe'el kuar kan... <br />
<br />
Tak tau la cite aku ni seram ke tak... huhuhu<br />
Di pendekkan cerita ramai la kakak2 senior kat situ cerita pasal dorm ni, macam2 gosip panas la yang kuar, ada penunggu la apa la... dan ada antara kami yang percaya ada plak yang x percaya. Aku ni ala2 serba salah nak percaya ke tak,tapi wat2 donno je la. Ada satu malam tu, asal aku nak lena je kaki aku kena 'cuit'. Kira macam ada orang geletek la tapak kaki aku. Memula aku wat tak reti je, tapi makin lama makin geli plak. Nak kata member2 aku, x logik la sebab aku tidur, kaki menghala ke dinding. Lagipun aku ni pesen kalau tidur habis aku sendal kain keliling katil aku sebab katil aku tingkat bawah. Kiranya sekali tengok dah macam khemah plak... hehehe... Start dari malam tu, tiap2 malam la aku kena usik, tapi aku diam kan aje, tak bagi tau pun kat kengkawan aku, sebab x mau depa takut kan.. Ada sekali tu aku x tahan sangat kena kacau, b4 tidur aku leh cakap "Wei, tak yah la kacau, aku nak tidur ni" lepas tu aku bc ayat kursi dan terus tidur. Esoknya member aku tanya aku cakap ngan sape, aku diamkan aje dulu, dua tiga ari lepas tu baru aku cerita kat depa, itu pun lepas member aku bukak cerita dia nampak lembaga perempuan rambut panjang duduk bersandar kat tepi katil aku. <br />
<br />
Ada lagi satu cerita.. yang ni member aku cerita... kat uitm gak... cuma x tau la betui ke tak... kalau x silap kat kolej mana x pasti pulak. Alkisahnya,kawan kepada member aku ni tidur, pastu entah macam mana dia terjaga sebab dengar bunyi orang ketuk2 loker. Bila dia tersedar, dia perasan ada something duduk kat atas loker dia sambil laga2kan kaki kat loker. Minah ni kecut perut la, lepas tu wat2 tidur, mengiggil satu badan x yah cite la. Tapi yang wat lagi haru boleh plak 'mende' tu tegur dia "EH....EH... DIA DAH SEDAR LA.... DIA DAH BANGUN LA.... "<br />
<br />
Minah ni gelabah habis sebab "bende' tu tegur dia.. dia baca segala surah yang dia ingat termasuk ayatul kursi. Sekali lagi mende tu tegur dia "Salah.... awak baca salahhhhh" sambil mengilai2...  Nak meraung time tu juga rasenye minah tu. Esoknya terus demam panas...

[ Last edited by  seriperak25 at 6-3-2007 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by vicheatjoe at 17-2-2007 08:29
soalan masih belum berjawab

kenanga inn kenapa ditutup ????

kalau korang tak tau- inilah zon bebas merokok dalam itm masa tu, pak guard pun selamba jeee tak kisah student merokok. makan p ...


WUJUD lagi...siap dah ada "jalan" sendiri...:ah:

Baca cerita pasal Kolej Kenanga ITM Shah Alam, batch aku dulu selalu menumpang kuliah kat sana..bukan kat bilik student, tapi kat kelas dalam kawasan Kolej.Ingatkan bebudak kelas aku yang "gila-gila", bebudak kolej Kenanga pun boleh tahan jugak "gilanya"..Pantang nampak student pakai baju warna "coklat", kena Boo aje..keh2..Tapi time tuh aku tak perasan plak tentang kewujudan Kenanga Inn..
Aku dulu merasa duduk kat DELIMA..Masa tu penuh dengan pokok kelapa sawit lagi kat jalan belakang tuh..siap terserempak biawak dengan ayam hutan lagi... Dekat tepi lereng bukit(dekat dengan bukit tonggek), ada kebun buah.Selalu kalau petang-petang rajin lepak situ dengan member lepas penat jogging..Ada sekali tuh nak dekat Maghrib dalam perjalanan nak balik ke Kolej, lalu kat kawasan pokok rambutan.Pelik sebab tengok pokok tu bergoyang kuat walaupun takdak angin.Rupa-rupanya ntah minah kolej mana ntah dok melantak Rambutan ramai-ramai.   Masa aku mula-mula menetap, kecoh satu kolej sebab duit student kerap hilang.Rupa-rupanya nak dijadikan cerita, ada mamat nih lepas balik dari study kat Menara, terserempak dengan budak kecik telanjang tengah naik tangga Kolej.Mamat tu syak ada yang bela Toyol.. Tapi bagi pendapat aku budak yang mamat tuh nampak berkemungkinan anak Resident Kolej..Dan yang jadi "Toyol"nya adalah dikalangan manusia yang bergelar student...WALLAHUALAM.


[ Last edited by  katakpuruz at 6-3-2007 11:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 08:24 PM | Show all posts
kawan aku pernah citer kat uitm di sabah gak......time tuh dia buat research tentang pokok.....entah apa punya bodoh dia merenta hutan di belakang asrama diroang..tetiba dia jumpa satu orang.....dia ingat student tengah merokok kat tepi hutan tuh....dia buat2 tak tau jer....tapi,bila terpandang bahagian kaki dia,alangkah terkejutnya,dia melihat kaki lelaki tuh terbalik kebelakang,dan berupa kaki sperti kaki burng...apa lagik,kawan aku cabut lari dan terus demam panas 3 hari...kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 11:10 PM | Show all posts
tapi aku heran la, uncle tak percaya antu sbb xnampak, mesti tak pecaya alam ghaib pasal tak nampak kan?? dah tentu tak pecaya tuhan, pasal tak nampak tuhan.. uncle rase tuhan tu wujud tak?


Betui la...Allah kita tak nampak...

tapi heran lak aku....

hantu yang kunun kununnya ko kata tak nampak tu..

macam mana pulak budak budak sini boleh kata nampak itu hantu?

haiyaa.. sudah tukar ka?

kalau hantu tuh termasuk dalam perkara ghaib... kenapa pulak korang boleh nampak..?

wah wah.... 6 th sense ke..?>
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 12:38 PM | Show all posts
Ntah2 citer uncle kt benang sblah pun auta........  tau la ada skil sejak jumpa abe din..apa sangat la abe din tu....... ntah2 tu pun auta kot??


apa apa hal....jangan takbur...itu jer.... sedangkan ada nabi nabi kiter pun leh nampak jin (jin islam n jin kafir)... malaikat....mereka tu pun bukan kategori jisim kan?? Kalau Allah izinkan utk kita lihat...mmg kita akan dapat lihat..kaalu Allah tak izinkan...pakai la selendang kunin ajaib tu...sampai sudah kita takkan nampak....aku nengok forumer2 yang citer tu pun tak paksa tuk kita percaya...dia cuma nak share pengalaman dia...... aku hargai cerita2 mereka.....terpulang nak cayer atau tak.....kita nampak bukan bererti kita takut pada diorang tu...dia pun makhluk Allah...... sesapa rasa brani...debik la dagu dia...atau karate usus kiri dia...atau buat sesi suaikenal kaaaa.......tu jer...yang lemah lutut cam aku nie...baik aku awal2 memengsankan diri aku...daripada aku terkincin..baik aku purak2 pinsan....

[ Last edited by  mauminumapa at 8-3-2007 01:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 01:20 PM | Show all posts
emmm da katam dah huhu 2 ari ku pulun abeh kedit tak gerak huh

gen neh dak e-pjj blaja kat intec 17 niuh
krg kat shah alam musti tau kan?? emmm kisah ni tak la takut mase gen kene pong gen tak rase pape eheheh..lps bace citer depa tiber rase seram lak huhu

kesahnyer ptg tuh lps klas lam kul 6.15 camtu gen p smyang la so p la tincin amek wuduk kat toilet time tu mmg tadak org dah smr da cabut

gen msk toilet tak selak pintu tu just rapatkan je tgh nak mentincin tuh tibe ade dgr org jln lalu kat dpn toilet tuh so gen cpt la selak tkt org tolak pintu tuh ahhahah.. da suda gen expect ade la org kan..

tp jeng jeng jeng tadak org sehhhhh tp gen wat bodo je mmg tak trigat pape tp mmg jelas dgr cam org lalu

emm tak tau la klo intec neh clear dr cik2 an2 neh

tp lps neh p toilet musti kene tmn wowowowowowowo akuttt


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #572 mauminumapa's post

hahah momi bgih hang nooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 06:50 PM | Show all posts
apa apa hal....jangan takbur...itu jer.... sedangkan ada nabi nabi kiter pun leh nampak jin (jin islam n jin kafir)... malaikat....mereka tu pun bukan kategori jisim kan?? Kalau Allah izinkan utk kita lihat...m


Nak di bandingkan nabi dengan manusia biasa... Uhhh..... jauh bezanya....

Kalau Allah buka hijab korang utk tengok benda benda ghaib nih..adakah Allah akan bagi pada sebarangan orang...?

Anda tengok la... ustaz ustaz yang boleh merawat gangguan jin nih... Macam mana amalan mereka...? Inikan pulak korang yang BARANGKALI lebih suka BERZIKIR LAGU SEROJA daripada berzikir memuji kebesaran ALlah.... Barangkali juga SOLAT adakalanya KANTOI..DI KANTOI..ATAU TERKANTOI.... Itu belum lagi amalan amalan lain....Barangkali kalau Uncle tanya macam mana DOA NABI SULAIMAN... uk ak uk ak.... ada yang tak reti menjawab...

Sekarang..Uncle MEMPERTIKAIKAN kewujudan HANTU di mata korang......  HANTU memang dalam kategori jin dan ia wujud.....

tapi benarkah apa yang korang tgk tu HANTU...?

ITU JER>........
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 06:52 PM | Show all posts
Kerana takutkan hantu yang kunun kununnya... nak pergi jamban pun takut.... nak tidur sorang pun takut.. nak gi masjid solat maghrib pun takut....dan macam macam ketakutan menguasai diri...

Nampak kucing melompat pun di katanya HANTU

Lihatlah...... betapa teruknya orang yang kunun kununnya takut terjumpa hantu... Nak buat kerja pun susah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2007 06:55 PM | Show all posts
tp jeng jeng jeng tadak org sehhhhh tp gen wat bodo je mmg tak trigat pape tp mmg jelas dgr cam org lalu

emm tak tau la klo intec neh clear dr cik2 an2 neh

tp lps neh p toilet musti kene tmn wowowowowowowo akuttt


contoh terbaik .....

berak la ko dalam seluar...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:00 PM | Show all posts
bnyk sgt cite...skip kejap..kisah aku di uitm shah alam..batch 2002...kolej teratai 2 tingkat 5...heeeheeeheeee....bilik aku dulu 2505! tapi kejadian bukan dlm bilik tapi kat pintu stor kecik2 tepi toilet..sape2 yg dok uitm shah alam tau rupe kolej tu..skang dah jadi kolej lelaki rasenye... al kisahnya begini...
di suatu petang kire2 jam 2.30 - 3.30 ptg hujan turun dgn lebatnya... so aku ngan kwn aku dok dpn pintu bilik...nak cari aktiviti menarik sbb mase tu exam...ramai yg dah balik...tinggal a few student la yg masih ade paper...kami pon main la satu aktiviti baling2 penyepit baju dari sebrang sini ke sebrang sane...dari floor atas ke bawah...bersuka ria la kami ketika hari hujan tu...bnyk jugak la sepit baju org yg terlepas ke bawah..(kpd mangsa2 tuan punye sepit baju...sori ek)hehehe...
           setelah penat berlari ke sane sini membaling sepit baju...kami berjalan ke bilik aku dan perlu lalu di dpn pintu bilik stor kecik2 tepi toilet tu..ade 2 ke 3 pintu kecik...yg biasenye makcik or akak cleaner simpan penyapu tu...sambil gelak sakan...aku nmpk ade kucing kaler ape tak ingat dok bau2 kat bwh pintu tu...pastu die lari ke belakang sampai terhantuk kat dinding muke kucing tu..mmg klaka...tapi aku rase lain..org kate kalau ujan tghari ni jage2...tp tak bgtau yg kwn aku yg sorg lg ni...kami terus berjln melintasi kucing tu sambil tu aku sedut la kot ade bau ape2 tapi takde...                                                                                                       kwn aku dok dpn muke pintu bilik aku...aku berdiri kat luar dok perati kucing tu...masih camtu...die g  dkt2 pintu tu pastu die lari ke blakang cam takut sgt...last2 dah tak thn bgtau kat kwn aku.."apsal kucing tu?" kwn aku mulut punye la tak insuran.. tgh kami dok ralit perati tu...lalu la sorg jiran bilik aku baru lepas mandi...trus aku kate "tolong tarik pintu stor kat kucing tu"...sambil lalu die pon tarik la pintu tu...kucing tu terus berdesup lari ke dlm stor tu!!!! aku dan kawan aku yg main sepit tu menjerit trus masuk bilik diikuti kwn aku yg bukak kan pintu stor tu...dah sudah tu...kami beranikan diri g intai stor tu...takde pape!!ade serpihan cermin je...jd ape yg kucing tu nmpk?? nape die jadi camtu?? ni la kalli pertama aku cite sbb kami tak ckp pon kat kwn2 kolej teratai 2 tingkat 5 uitm shah alam....bnyk lagi  sbnrnye...ni baru intro...tapi paling dasat kat kolej teratai 5...jgn kate dlm hutan je ade...kat bndr pon ade tau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:26 PM | Show all posts
hehehe it's me again... kat menara pon ade..al maklumlah...bangunan lame...mercu tanda uitm shah alam plak tu... aku penah kena dlm lif... lif dah la 3 ketul je nak naik dari engine street tu..yg lecturer kitorg gatal nak wat test mlm kat menara padahal kami dah ade fakulti baru dkt pintu blakang tu..aku g bertiga...lepas azan maghrib kami naik bas dari kolej teratai turun kat kolej seroja..kena lak panjat bukit nak naik menara tu...sume bukit la uitm shah alam tu..(iklan-awek uitm shah alam ****** mantap sbb asik tonggek je panjat bukit)
       pastu kami ni nak naik ke tingkat 13..fakulti mass comm..masuk la kami bertiga..cafe dah tutp..maklumlah dah mlm..test kul 8mlm plak tu kan..naik la kami dan tekan tingkat 13...masing2 dah diam je sbb dah penah dgr mcm2 cite pasal menara tu...sampai tingkat 11..pusat islam punye floor ke ape name tak ingat tapi bab2 agam ni la... lif tu berhenti...pintu terbukak..tutup balik..and terus turun ke tingkat 1!!!!kami bertiga buat2 macho...sampai tingkat 1..pintu terbukak..ade la lagi klasmate kitorg baru sampai...join skali dlm lif tu...tekan tingkat 13... dlm hati berdoa jgn la kejadian tadi berulang lagi...dan kami pon sampai ke tingkat 13 dan amik test mlm tu...dan tak cite kat sape2 pon.. kami bertiga je tau...ni la baru cite kat korg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by apple_green at 19-1-2006 02:27 PM
X de ke sape2 yg tau cite psl uitm shah alam kecoh psl org minyak?


org minyak ni kat CK kan?? kat Cempaka n Kenanga tapip zaman dolu2 sket la....mase lecturer sy (mass comm) blaja lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075816 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list