CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 12-9-2014 06:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2014 02:01 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 02:03 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 10:16 AM | Show all posts
HUBUNGAN MELAKA DAN VIETNAM



Tahukah anda, bahawa Kesultanan Melaka pernah bertelagah dan bertempur dengan Kerajaan Annam atau Vietnam (Orang Kuci). Sekitar tahun 1469 Dalam catatan kronik China disebut bahawa serombongan utusan dari Melaka yang dalam pelayaran balik dari China telah dipukul ribut dan terkandas di Vietnam. Kesemua anak kapal ditangkap, ada yang dibunuh malah yang muda dan anak-anak dikasi dan dijadikan sida-sida oleh orang Vietnam.

Melaka telah mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China sekitar tahun 1481, pada mulanya Melaka tidak mahu bertindak kerana tahu bahawa Vietnam juga adalah negara yang menghantar ufti ke China. Utusan Melaka Duan Ya Ma La Di Na Cha (Tun Seri Nara Diraja?) juga telah mengadukan rancangan Vietnam untuk menyerang dan menakluk Melaka. Sewaktu utusan Melaka berada di sana kebetulan utusan dari Vietnam juga turut ada di Istana. Hal ini telah menyebabkan timbul pertengkaran diantara wakil Melaka dengan wakil Vietnam tentang tindakan biadap Vietnam yang telah menculik dan membunuh utusan Melaka.

Mereka berdua ditenangkan oleh salah seorang menteri pertahanan China ketika itu. Sebelum kedua-dua utusan tersebut pulang ke negeri masing-masing, Maharaja China telah mengirimkan surat yang menyelar perbuatan Raja Vietnam dan menasihatinya agar berbuat baik dengan negara tetangga dan merenung kesalahan sendiri. Manakala Maharaja telah bertitah pada utusan Melaka untuk bertindak tegas dan menyiapkan tentera serta kuda perang sekiranya Vietnam tetap mahu menyerang Melaka kelak.

Dalam sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan diatas adalah Le Than Tong. Pada zaman beliau wilayah kekuasaan Vietnam mencapai sehingga sempadan Burma. Le juga dikatakan telah menyerang kerajaan Lan Xang dengan 90 ribu askar namun dalam satu serangan mereka telah kalah dan terpaksa berundur kembali. Walaupun dalam catatan sejaran Lan Xang dan Vietnam tidak pernah menyebut keterlibatan Melaka dalam perang diantara Lan Xang dan Vietnam ini, namun Kronik China ada mencatatkannya. Dikatakan bahawa 90 ribu bala tentera Vietnam telah melanggar Lan Xang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka dan mengakibatkan mereka kehilangan seramai 30 ribu nyawa. Peristiwa ini tercatat didalam kronik China Ming Shilu. Adakah peristiwa ini merupakan tindakbalas Melaka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam sebelum itu?

Dalam Sulalatus Salatin ada satu kisah mengenai utusan Melaka ke Siam. Dalam peristiwa ini Raja Siam telah meminta bantuan rombongan Melaka untuk berperang dengan musuh mereka di wilayah sebelah matahari jatuh atau barat. Namun Tun Telanai membuat helah supaya mereka dapat berperang dengan musuh yang berada di kedudukan matahari naik atau timur. Jika dilihat peta kerajaan-kerajaan lama zaman tersebut didapati kerajaan Lan Xang memang berada di sebelah timur Siam iaitu di Laos sekarang.Dalam catatan sejarah Vietnam, Ayuthia atau Siam juga pernah berada dibawah taklukan Vietnam untuk beberapa ketika pada zaman Le Than Tong.



- Al Semantani Jones -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2014 08:46 PM | Show all posts
SIAPA ORANG MELAYU PERTAMA MENUNAIKAN HAJI ?



Sempena musim haji tahun ini,selain menyaksikan dan mendapat berita terkini mengenai perkembangan jemaah haji dari Kepulauan Melayu,khususnya Malaysia,tiba-tiba satu persoalan muncul daripada pemikiran saya;

Siapa orang Melayu yang pertama sekali menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan menunaikan haji?

Tidak dapat dipastikan dengan jelas siapakah orang Melayu pertama yang pergi menunaikan haji,kerana tidak ada sumber-sumber yang menceritakan secara jelas siapakah orang Melayu pertama yang pergi menunaikan haji.

Namun,orang Melayu telah berlayar ke Makkah dan menunaikan haji sejak zaman awal penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu lagi.

Catatan seorang penulis Portugis,Tome Pires menceritakan bahawa dua orang pemerintah Kesultanan Melayu Melaka iatu Sultan Mansur Shah (1459 ~1477) pernah berhasrat untuk menunaikan haji ke Makkah namun tidak sempat kerana baginda telah mangkat sebelum berangkat ke sana.

Pengganti baginda,iatu Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 ~1488) juga berhasrat untuk pergi menunaikan haji dan persediaan juga telah dibuat termasuklah menyediakan emas yang berganda banyaknya dan kapal untuk pergi menunaikan haji,namun baginda juga tidak sempat kerana baginda mangkat disyaki akibat diracun.Jenazah Sultan Alauddin Riayat Shah akhirnya dikebumikan di Pagoh,Johor,dan dikenali sebagai Marhum Pagoh.

Mungkin sumber kukuh yang terawal menceritakan mengenai orang Melayu pertama pergi haji ialah Hikayat Hang Tuah.Dalam hikayat itu,diceritakan dengan jelas bahawa Laksamana Hang Tuah pernah singgah ke Makkah untuk menunaikan haji dan juga pernah berziarah ke Madinah untuk menziarahi Makam Rasulullah s.a.w..Beliau sedang dalam perjalanan ke Rum (Turki) untuk membeli meriam dan kelengkapan senjata untuk pertahanan Kesultanan Melaka.

Pada abad ke 16 pula,semakin ramai orang dari Kepulauan Melayu mula pergi ke Makkah untuk menunaikan haji.Antara ulama yang terawal dari Kepulauan Melayu pergi menunaikan haji ialah Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdur Rauf Singkel pada akhir abad ke 16.Kedua-dua mereka berasal dari Acheh.

Pada masa itu juga,munculnya beberapa pelabuhan-pelabuhan besar di sekitar Kepulauan Melayu,yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat perdagangan entrepot malahan menjadi pusat persinggahan jemaah haji dari Kepulauan Melayu sebelum tiba di Makkah.

Syeikh Yusuf Tajul Khalawati al-Makasari juga antara ulama terawal di Kepulauan Melayu yang pergi menunaikan haji pada tahun 1644.Beliau ketika itu sedang dalam perjalanan mempelajari ilmu keagamaan daripada ulama-ulama terkenal di sekitar Yaman dan Syam.Selepas menghabiskan pembelajarannya di Tanah Arab,beliau akhirnya kembali ke Gowa di Sulawesi,namun apabila Gowa ditakluk oleh Belanda,beliau berlayar ke Banten dan di sana beliau menjadi penasihat kepada Sultan Ageng Tirtayasa (1633 ~1681).

Kesultanan Banten,yang pada masa itu menguasai pantai barat Jawa dan selatan Sumatera juga menghantar satu utusan untuk pergi menunaikan haji yang diketuai oleh Abu Nasr Abdul Kahhar,putera kepada Sultan Ageng Tirtayasa.Sekembalinya putera tersebut dari Makkah,beliau dikenali sebagai Sultan Haji.

Sebelum Perang Dunia Kedua,golongan yang paling banyak merantau ke luar negara,terutamanya ke Makkah dan Madinah ialah golongan alim ulama,cendekiawan dan para pembesar.Golongan rakyat biasa yang ingin menunaikan haji pada masa itu ada yang sanggup menjual seluruh harta dan tanah mereka untuk memastikan perbelanjaan di tanah suci mencukupi.

Antara penulisan terawal orang Melayu mengenai pengembaraan menunaikan haji ialah kitab Tuhfat al Nafis (ditulis sekitar tahun 1860-an) dan Hikayat Pelyaran Abdullah yang dikarang oleh Munsyi Abdullah yang pergi menunaikan haji di Makkah pada tahun 1854.

Selepas era imperialisme di Kepulauan Melayu oleh kuasa British dan Belanda,ramai kerabat diraja Melayu yang bertolak ke Makkah untuk menunaikan haji.Misalnya,Sultan Zainal Abidin III,sultan negeri Terengganu Darul Iman bersama kaum kerabatnya pergi menunaikan haji dan tiba di Makkah 19 Zulhijjah 1332 Hijrah.Kerabat keturunan diraja Johor dan Riau-Lingga juga pernah pergi menunaikan haji ke Makkah sekitar abad ke 19.

Apabila pihak British berjaya menguasai Tanah Melayu,mereka melantik Haji Abdul Majid Zainuddin sebagai Pesuruhjaya Jemaah Haji pertama yang bertanggungjawab ke atas segala hal jemaah haji termasuk masalah kesihatan, keselamatan, perjalanan, dan kebajikan para jemaah haji yang ketika itu menggunakan kapal laut untuk ke Tanah Suci.Beliau memuatkan pengalamannya mengurus jemaah haji dari Tanah Melayu selama 20 tahun dalam satu catatan bertajuk "A Malay Pilgrimage to Mecca".

Ketika berada di tanah suci,bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pemersatu seluruh jemaah haji dari Kepulauan Melayu,termasuklah dari Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera,Jawa,Borneo,Sulawesi dan Kepulauann Maluku.

Ketika di Arafah,kesemua wakil jemaah haji dari seluruh kawasan Kepulauan Melayu akan berbincang mengenai masalah umat Islam sedunia yang dijajah oleh kuasa asing.Seorang cendekiawan Belanda,Snouck Hurgronje menceritakan bagaimana orang dari seluruh Nusantara ikut membicarakan mengenai masalah
perjuangan rakyat Acheh terhadap Belanda dan masalah penjajahan kuasa asing Barat terhadap umat Islam seluruh dunia.

Menjelang Perang Dunia Pertama,muncul banyak bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.

Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.

Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi.

Tidak terkecuali juga,golongan alim ulama juga antara kelompok bangsa Melayu yang paling kerap menunaikan haji di Makkah seperti Tok Kenali,Haji Abdullah Fahim,Syeikh Nawawi al Banteni, Syeikh Mahfudz al Termasi dan Syeikh Ahmad Khatib al Minangkabawi sekitar abkhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.Selesai menuntut ilmu dan mengajar ilmu di Makkah,mereka akan pulang ke tanaha ir dan seterusnya mengilhamkan gerakan-gerakan untuk mendaulatkan orang Melayu-Islam daripada penjajah.

Selepas merdeka,majoriti jemaah haji dari Tanah Melayu bertolak ke Makkah al Mukarammah dengan menaiki kapal laut,terutamanya kapal yang paling terkenal iatu kapal Malaysia Kita dan Malaysia Raya milik syarikat Great Malaysian Line.Kapal ini akan bertolak dari pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang sehingga sampai ke Jeddah.

Mulai tahun 1960 ~1970,perkhidmatan kapal terbang diperkenalkan untuk pergi ke Tanah Suci dan majoriti jemaah akhirnya memilih kapal terbang kerana tempoh perjalanannya yang cepat.Walaubagaimanapun,perkhidmatan kapal laut masih menjadi pilihan sebilangan jemaah.

Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan’ kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur.Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan’ selepas jemaah haji kembali ke tanah air,juga semakin pupus.

Menjelang tahun 1970,perkhidmatan kapal laut untuk membawa jemaah dari Malaysia ke Tanah Suci akhirnya dihentikan.Tambahan pula,kapal-kapal haji Malaysia pada masa itu ada yang telah tenggelam seperti kapal Malaysia Kita yang tenggelam di 12 Mei 1974 ketika sedang berlabuh di Teluk Katong, Singapura dan juga kapal Malaysia Raya yang tenggelam akibat kebakaran di Pelabuhan Kelang pada 23 Ogos 1976.



- Raja Ariff Danial -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 07:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2014 04:40 PM | Show all posts
Busana Perkahwinan Brunei






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 06:00 PM | Show all posts
Persekutuan 12 Kota Melayu Langkasuka












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2014 07:53 PM | Show all posts
TAPAK –TAPAK WARISAN SEJARAH DAN BUDAYA DI SEBERANG PERAI






1. Bumbong Lima

· Kubu Pertahanan Inggeris dari serangan Jepun semasa Perang Dunia Ke 2
· Titi lama Perang Dunia Ke 2
· Jambatan Merdeka dan senibinanya yang unik
· Pengkalan lama

2. Guar Kepah

· Dulunya terdapat 3 Timbunan Cangkerang/siput setinggi 6 meter Peninggalan
· Zaman Pra Sejarah Tamadun Awal manusia Seberang Perai 5,000 tahun lalu. Penemuan 37 rangka manusia,tulang-tulang rusa,alat-alat memburu,tembikar. Semuanya disimpan di National Natuurhistorisch Museum ,Leiden ,Holland. (Dr Mokhtar Saidin ,USM)
· Penemuan oleh Archeologist Earls(1861)Prof Thomas Henry Huxley 1860,1863
· Heritage Thursday, August 23, 2001
A lost heritage
IN 1860, SKULL debris was found in shell-heaps 16km from the mouth of Sungai Muda in the area now known as Seberang Prai, Penang. Further indication of the early settlement of the area was revealed when a jawbone was found in a shell-heap at Guak Kepah, also in Seberang Prai, in 1934.
In 1863 the skulls were pronounced by the great Prof Thomas Henry Huxley to belong to the Australo-Melanesoid race; in 1940, an eminent Dutch scientist identified the jawbone as belonging to the Palae-Melanesian type still persisting in New Caledonia and the Loyalty Islands today.

3. Kota Aur

· Kesan Batu Kota lama Pusat Kerajaan Zaman Langkasuka
· Seperti yang disebut dalam At Tarikh As Salasilah Negeri Kedah

Permatang Bendahari

· Jeti Lama sezaman dengan Kota Kuala Muda,Ibu Negeri Kedah pada 1800an
· Jalan Awal Kereta Kuda di Seberang Perai Utara
· Jalan Kereta Kuda dari Ptg Bendahari ke Bagan Tambang
· Jalan Kereta Kuda dari Pengkalan Bungor ke Ptg Tok Labu
· Jalan Kereta Kuda Dari Simpang Empat Ptg Buloh ke Pekan Darat
· Tapak masjid lama bersejarah yang telah dipindahkan dipasang semula
modelnya di Putra Jaya

5. Penaga

· Tapak kemah pelarian dan Penghijrahan semasa perang Kedah-Siam 1821-1842
· Tapak Ibupejabat Mr Maingy the First Superintendent of Province Wellesley
Di Jalan Kuala Bekah-Penaga ,ada juga telaganya perlu dikesan ..
· Kedatangan Haji Salleh dan Tok Sadan bersama pengikutnya dari Kuala Kedah 1821-1842 an. Surat Tuan Hj Salleh kepada Tunku Anom pada 1839.
· Pembukaan sawah dan kampung-kampung sekitarnya oleh Tok Sadan TokGelam,
Pak Elong,Tok Loba dan Pak Maras.
Sejarah 2 pucuk Meriam di Masjid Lahar Tabot
· Penghijrahan Orang Aceh ke Pasir Gebu semasa Perang Aceh-Belanda 1870an
· Kedai Warisan 1926 Tok Hj Yaakob di Permatang Keriang
· Tapak wireless dekat sekolah -perhubungan sebelum Perang dunia ke 2
· Tokoh Ulama Tuan Hj Muhammad Salleh “Al Baghdadi” Mufti Kedah
· Tokoh Ulama tempatanTuan Guru Hj Majid ,Ptg Janggus.
· Tokoh Pendidikan Tan Sri Murad Mohd Nor
· Tokoh Pemimpin Politik Negarawan Tun Abd Rahman Abas ,Kg Permatang Rambai
· Rumah Tenun ,Sekolah belajar menenun kain zaman sebelum Perang Dunia ke 2
· Perusahaan menenun kain dirumah spt di Ptg Pak Maras sebelum Perang Duniake 2
· Tapak Bangkai kapal terbang Jepun yang ditembak jatuh semasa Perang Dunia ke 2
· Ibu Pejabat Pentadbiran SPU sebelum Perang Dunia ke 2
· Sejarah Misteri Panglima Hitam dan Tok Bidasari
· Terkenal dengan Pekan Khamis dulunya dan Pekan Ahadnya kini
· Terkenal dengan Fun Fair 1960-70an semasa selepas “musim padi”.

6. Telok Air Tawar

· Rumah persinggahan Sultan Ahmad Tajuddin semasa Perang Kedah-Siam
· Kampung –kampung bersejarah Bagan Tambang,Bagan Belat,Padang Benggali
· Telaga Bersejarah di Bagan Belat dan Surau Pekan Baru Pembukaan awal kampung oleh Tok Puan dan Pengasas Pendidikan Pondok Tuan Hj Md Taha dari Sumatera.
· Sungai Abdul dan Sejarahnya
· Rumah Persinggahan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama di Jalan Tunku Putra
· Tapak Rumah Tunku Kassim (KekandaTunku Abdul Rahman) di KualaBekah.
Dipercayai juga tapak rumah ini dulunya rumah persinggahan Sultan Ahmad Tajudin merancang dan mengatur serangan ,Gerakan Pemberontakan dan Pembebasan Kedah dari Siam dari 1821-1842
· Jalan Kereta Kuda dari Ptg Bendahari ke Bagan Tambang untuk ke Pulau Pinang
· Tapak Masjid Permatang Kucing dan Makam Tok Yan

7. Pekan Darat

· Sejarah Kampung Pekan Darat,Ptg Tok Benuan,Ptg Tok Gelam,Ptg Tok Bidan,
Ptg Tok Jaya
· Tukang-tukang besi , sejarah kedatangannya dan perusahaan menempa yang dimulakan sejak 1841
· Pembuatan Keris,Pedang,Parang,Kacip,Pisau ,Peluru Meriam dan Cop Mohor.
· Buku AHAD ,Zaman Jepun dan Hj. Dahalan Parachute.
· Perusahaan berasaskan buluh di Gelung Bubu
· Perusahaan membuat sangkar burung di Ptg Tok Jaya
· Perusahaan membuat buyong,belanga,guri dan pasu berasaskan tembikar diMaklom

8. Kepala Batas

· Pekan Kelahiran YAB Perdana Menteri Malaysia sekarang
· Rumah Bersejarah, Rumah Merdeka
· Sejarah Tokoh Besar Tuan Guru Hj Abdullah Fahim
· Sekolah Daeratul Wataniah dan Tuan Hj Ahmad Badawi
· Sejarah Tokoh Pemimpin YAB PM Dato’Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
· Sejarah Pekan Kepala Batas
· Tempat Lahirnya Seni Muzik Ghazal Parti
· Sejarah Usahawan Tukang Tembaga Malata dan Pembuat Capal Jago
· Kampung-kampung Ptg Bertam,Bertam Estet.
· Tapak Arkeologi Lahar Ikan Mati
· Balai Lama di simpang tiga paya keladi
· Sekolah Melayu lama tahun 1885 di Paya Keladi.

9. Permatang Sungai Dua

· Sejarah Pondok Ulama Besar Nusantara “Tuan Minal” juga Sejarah Tuan Samad
· Masjid dan Rumah Senibina Melayu Islam tempatan yang unik
· Masjid Ptg Bogak, , Kg Banggol, Simpang Empat Ptg Buloh, Ptg Tuan Samad
dan Masjid –masjid Ptg Sg Dua dibina dari campuran putih telor
· Rumah Tok Ayah dan Rumah-rumah Tradisional Melayu di Ptg Sg Dua.,Ptg Tuan Samad , Ptg Buloh, Ptg Sireh,Ptg Bertam,Kepala Batas, Pengkalan Machang

10. Pokok Sena

· Pusat Pengajian Islam di Pondok Pokok Sena
· Tokoh Ulama’Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain warisan ulama nusantara
· Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari
· Masjid bersenibina unik di Kg Banggol
· Sejarah Tukang Pembuat Kereta Lembu Tok Saad Ladam Kg Banggol

11. Ekor Kuching, Pinang Tunggal

· Batu Sempadan Kerajaan Inggeris -Siam dulu di Bukit Semantol
· Sekarang Kedah-Pulau Pinang

12. Tasek Gelugor

· Rumah Tradisional Tuan Hj Hashim Awang
· Pembaca Deklarasi Kemerdekaan
· Sejarah Tok Perang dan Tok Bedu yang membuka kampung Tok Bedu

13. Ara Kuda

· Batu Sempadan Kerajaan Inggeris -Siam dulu
· Sekarang Kedah-Pulau Pinang
· Sejarah Masjid Tok Aceh yang dibina oleh ahli perniagaan/hartawan Aceh

14. Butterworth

· Menurut sejarah semasa Panglima Perang Siam Awi Dichu hendak menyerang Perak tenteranya ,Seni suara dan lawak jenaka juga diiringi dengan Penyanyi Popular 1970an dan Dramatis radio “Pak Chad” Ahmadi Hassan dari Tasek Gelugor,Penyanyi Ghazal Khalid Hassan dan Idrus Saidi dari Kepala ,Seni suara dan lawak jenaka juga diiringi dengan Penyanyi Popular 1970an dan Dramatis radio “Pak Chad” Ahmadi Hassan dari Tasek Gelugor,Penyanyi Ghazal Khalid Hassan dan Idrus Saidi dari Kepala diarahkan “tunggu atau berkumpul sementara” di tempat yang di panggil “Prai” sekarang ini ,bersiap untuk menyerang Perak .Prai atau Perai mungkin adalah kawasan Kuala Sungai Perai sekarang ini.
· Pelabuhan Kuala Perai dibina oleh Sultan Abdullah pada 1791.
· Sejarah Peperangan Kedah –Inggeris di Kuala Perai pada 1791
· Sejarah Meriam Timbul dan Titi Timbul
· Nama-nama Bagan dan penempatan awal Masjid Keling dan Kubang Buaya
· Nama nama tempat bermula dengan Bagan ,Bagan Belat,Bagan Tambang,Bagan “Ayam”@“Ajam”,Bagan Lebai Tahir,Bagan Jermal,Bagan Buaya,Bagan Lalang, Bagan Serai,Bagan Tuan Kecil, Bagan Lama, Bagan Luar dan Bagan Dalam
· Pusat Pentadbiran Inggeris dan Peninggalan sejarah,bangunan lama di Butterworth,
· Hospital ,Pejabat Pos, Balai Polis,Pejabat Kesihatan,Pejabat Pertanian,Kuarters Kerajaan ,Pejabat Kebajikan ,Taman Pantai Road
· Jeti Feri Mitchel Pier untuk ke “Tanjung” dan Jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim
· Stesyen Keretapi Butterworth
· Stesyen keretapi Perai dan dan Pengkalan Hujung Batu
· Sejarah Tuan C.W.J. Butterworth
· Sejarah Pentadbiran SPU dan MPSP
· Padang Merdeka,Dataran Pemuda Merdeka dan Perjuangan Kemerdekaan
· Sejarah Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan Pengerusi Pertubuhan Ulama SeMalaya mengadakan muktamar di Kelab Melayu Bagan,Butterworth Seberang Perai pada 24 November 1951 dan tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya

15. Kg Kota

· Warisan Sejarah Pusat Pemerintahan Awal di Seberang Perai sebelum 1800,Kampong Kota,Kampung Raja ,Kg Kubu, Labuh Banting di Tepi Sungai Perai dan Sungai Dua
· Makam-makam bersejarah di Kg Kota dan Guar Perahu
Laluan-laluan sungai ,sejarah Kg Terus,Kg Raja , dan Bukit Indera Muda
Makam /Kubur Pahlawan Sama Gagah dan Sejarahnya
· Ptg Pasir Tempat Kelahiran Seniman Legenda Filem Melayu ,Nordin Ahmad
· Rumah-rumah Warisan Tradisional Melayu di Kg Kota,Pengkalan Machang,
Ptg Pasir, Bt Indera Muda,Kg Pertama dan Ptg Pauh.

16. Penanti, Kubang Semang dan Kubang Ulu

Penempatan awal Orang Semang / Melayu Proto yang telah pupus
Surau bersejarah Kubang Semang
Kepandaian Tukang Rumah dan Pengukir terkenal Tuan Haji Sopian
Tuan Hj. Sopian dipanggil oleh DYMM Sultan Perak untuk pertukangan
Istana Kayangan dan Istana Tepas Kuala Kangsar pada 1926
Pusat Pengajian Islam Tradisional dan Tokoh Ulama Syeikh Usman Jalaluddin Penanti
Masjid Kayu di Penanti yang unik
Rumah Tn Guru Hj Salleh, Unik,Rumah 3 Tingkat-Ala Mekah di Kubang Ulu dibina pada 1932
Sekolah swasta PGAS Guar Perahu

17. Kg Tanah Liat

Sekolah-sekolah Arab Al Masriyyah dan Tn Guru Hj Salleh Al Masri.
Sejarah Makam Wan Muhammad Salleh Fatani 1870 Sg Semambu.
Rumah Tradisonal Melayu Sg Semambu.

18. Kampong Bukit Tengah

· Sejarah Kota Tok Wali Hj Salleh Putih dan Wali Hj Mat Taib

19. Pekan Bukit Mertajam

· Setesyen Keretapi
· BM High School
· Hospital BM
Pusat Pertanian Cerok Tok Kun
Pusat-pusat Pengajian Tradisional Pondok Padang Lalang,Bukit Mertajam
· Bangunan-bangunan lama Pusat Pentadbiran Seberang Perai Tengah
· Sejarah “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”pada 7 Jun 1950 di Bukit Mertajam dengan Gabungan 21 Buah Syarikat –syarikat kerjasama Kampung di Seberang Perai,yang sekarang ini dikenali sebagai Bank Persatuan Malaysia Berhad.

20. Permatang Pauh

· Sejarah Tok Syeikh Fakeh –makam di kg Ptg Tengah ,Ptg Pauh.

21. Kg Cerok Tok Kun

· Rumah dan Kampung Tokoh Pemimpin Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Anwar Ibrahim-Tokoh Pemimpin Belia dan Gerakan Islam Sedunia
· Batu Bersurat Cerok Tok Kun-Batu Bersurat Tulisan Pallava sebahagian dari Khazanah Arkeologi Lembah Bujang

22. Kg Berapit

· Kampung Tokoh Saterawan Negara Professor Muhammad Hj Salleh

23. Kg Juru

· Kg Kuala Juru Makam Tunku Sulaiman,Panglima Sultan Kedah yang ditugaskan untuk menghapuskan lanun yang menggangu jalan perdagangan ,oleh itu mengamankan Pulau Aman dari gangguan perompak dan lanun.
· Masih terdapat keturunan Raja Abdullah, Tengku Daie dan Tengku Aman dan di sekitar Kg Juru
· Masjid Lama Kg Sekolah Juru dan menaranya yang unik diperbuat dari campuran putih telor dan madu lebah.
· Masjid Papan di Bagan Nyior
· Misteri warisan dan sejarah Meriam timbul di Bukit Kecil dan Penghulu Tengku Ayob
· Misteri warisan dan sejarah Telaga seduit,telaga batu,batu endut,,Gua batu dan Gua Asam dan Telaga Rida di Sg Semilang.
· Kg Kuala Juru Makam Tunku Sulaiman,Panglima Sultan Kedah yang ditugaskan untuk menghapuskan lanun yang menggangu jalan perdagangan ,oleh itu mengamankan Pulau Aman darigangguan perompak dan lanun.
· Masih terdapat keturunan Raja Abdullah di sekitar Kg Juru
· Masjid Lama Kg Sekolah dan menara diperbuat dari campuran putih telor

24. Pulau Aman

· Penempatan awal Pelarian Perang dari Kedah semasa Perang Kedah-Siam 1821
· Sejarah Sarang Lanun yang merompak laluan perdagangan ke Kedah dulunya
· Sejarah Gua Perompak,Telaga Emas ,Batu Payong dan Gudang Jepun
· Sejarah kepahlawanan Tunku Sulaiman menghapuskan lanun-lanun dan Mengamankan Pulau Aman . Begitu “ Pulau Aman” mendapat namanya .
· Nama lama Pulau Aman adalah Pulau Kera,Pulau sebelahnya Pulau Gedung
· Sejarah buah sukunnya yang unik.

25. Sungai Aceh

· Kedatangan awal Orang Aceh semasa peperangan Aceh -Belanda 1800an
· Daerah yang diambil dari Perak oleh Inggeris untuk Perlindungan politik Orang Aceh untuk berhijrah disebabkan Peperangan Aceh -Belanda 1800an
· Senibina Rumah Melayu yang unik.
· Penempatan dan Sejarah kedatangan Orang Banjar dan Perak di kawasan ini
· Penghijrahan dan Penempatan Orang Kedah semasa Peperangan Siam –Kedah
· Tempat Lahir Professor Muhammad Hj Salleh Sasterawan Negara
yang kemudian berpindah ke Berapit Bukit Mertajam

26. Sungai Bakap,Simpang Ampat dan Nibong Tebal

· Nibong Tebal -Pusat Pentadbiran Seberang Prai Selatan
· Titi Besi Jalan Keretapi yang dibina oleh British
· Stesyen Keretapi Sg. Bakap dan Hospital lama
· Pekan Baru Simpang Ampat yang asalnya dari Estet

27. Kampong di Sempadan Kedah

· Sejarah kampong-kampong “Tiga Ratus Kaki”
· Kg Besar,Relau,Sungai Kecil
· Sg Baung dan Sungai Duri

28. Penempatan kampong-kampong Baru Cina

Sejarah kampong-kampong baru

· Kampong Welessley
· Kampong Val Dor
· Kg Selamat


Di sediakan Oleh :

Dahalan b Fazil
Arkitek Landskap/Penolong Pengarah Perancang Bandar
Bahagian Kemiskinan Bandar dan Warisan
Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan
Majlis Perbandaran Seberang Perai
2006




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 06:18 PM | Show all posts
HARI-HARI TERAKHIR SEBUAH KERAJAAN MELAYU BERNAMA CHAMPA



Lebih kurang 200 tahun sebelum orang Melayu menangisi kehilangan Pulau Singapura,nenek moyang kita sudah lama menangisi kehilangan sebuah wilayah yang sangat luas di pantai timur Indo China.Wilayah yang luas itu pernah menyimpan seribu satu rahsia dan menjadi bukti bahawa kekuasaan nenek moyang Melayu itu satu ketika dahulu pernah menjangkau sehingga ke tanah besar Asia Tenggara.

Wilayah ini juga pernah menyaksikan kenangan pahit manis nenek moyang kita satu ketika dahulu dalam membina dan mengekalkan tamadun di sana untuk dijadikan iktibar oleh kita.Dahulu wilayah ini pernah menjadi saksi sebuah tamadun yang sungguh menakjubkan namun kini,wilayah ini sudahpun terlepas dari tangan nenek moyang kita,dan akhirnya menjadi milik bangsa lain.

Ya,tidak lain dan tidak bukan,wilayah luas di Indo China yang dimaksudkan itu ialah merujuk pada Champa.Champa bolehlah dikatakan antara kerajaan purba Melayu yang semakin dilupakan dan semakin luput dari ingatan generasi moden Melayu,selain daripada Sri Dharmaraja dan Funan.

Champa diasaskan oleh orang Cham,dan mereka ini mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayu serta hubungan sejarah di antara kedua-dua bangsa ini yang sangat kukuh.Ramai keturunan Cham pada hari ini,terutama di sekitar Kampuchea dan Malaysia merujuk diri mereka sebagai “orang Melayu Champa”(walaupun mereka lebih dikenali sebagai “orang Kemboja” di kalangan orang Melayu di Malaysia sendiri).

Sejarah Champa kurang dititikberatkan dan dipelajari oleh generasi muda kini di sekolah.Buku teks Sejarah yang diajar di sekolah menengah Malaysia kini hanya menceritakan mengenainya dalam satu muka surat sahaja.Inilah yang menyebabkan nama “Champa” dan sejarahnya yang panjang itu semakin jauh dari pengetahuan generasi muda Melayu kini.

Tidak ramai melainkan sekerat sahajalah yang mengetahui mengenai sejarah Champa ini,terutama sekali sejarah perjuangan rakyatnya mempertahankan kedaulatan Champa itu sendiri dari kerakusan bansga asing yang merampas tanah mereka.

Dalam artikel ini,akan diceritakan secara ringkas namun terperinci mengenai perjuangan rakyat Champa mempertahankan kedaulatan kerajaan mereka sebelum akhirnya musnah dan jatuh ke tangan pihak asing.

JIRAN BARU DI UTARA YANG MEMBAWA MASALAH

Keamanan dan kemakmuran Champa selama lebih 800 tahun itu mula terganggu apabila etnik Dai-Viet,mula membebaskan diri dari penguasaan China dan mengasaskan kerajaan mereka sendiri yang digelar sebagai Kerajaan Vietnam.

Semenjak penubuhan Kerajaan Vietnam oleh orang Dai-Viet pada tahun 939 Masihi,Vietnam mula menunjukkan belangnya dan menjadi jiran baru yang bermasalah buat Champa.Serangan pertama yang dibuat oleh Vietnam ke atas kota Indrapura,ibu negara Champa pada tahun 982 Masihi telah membawa kemusnahan besar dan kematian rajanya.Pengganti baginda kemudiannya mengambil keputusan pada tahun 1000 Masihi untuk meninggalkan kota Indrapura kerana kota itu terlalu dekat dengan wilayah Vietnam,dan berpindah ke kota Vijaya (kini di wilayah Binh Dinh) jauh di selatan.

Perluasan kuasa Dai-Viet yang semakin agresif ke selatan menyebabkan kota Vijaya dijarah pada tahun 1044 atas alasan Champa cuba menyerbu pantai milik mereka.Pada tahun 1068 pula,Raja Rudravarman III cuba menyerang Vietnam untuk membalas dendam atas serangan orang Vietnam sebelum itu,namun baginda dan tentera Champa dikalahkan serta merta oleh raja Vietnam,Ly Thanh Tong lalu ditawan.Untuk melepaskan dirinya,raja tersebut akhirnya menyerahkan wilayah dari kawasan Gate Of Annam hingga ke genting Lao Bao kepada kerajaan Dai-Viet.

Sejak itu,Champa semakin lama semakin hilang wilayah di utara dan Vietnam pula semakin lama semakin agresif meluaskan kuasanya jauh mara ke selatan.Champa mula melemah setelah berlaku konflik politik dalaman dan kemaraan kuasa orang Dai-Viet ke selatan,yang juga menuntut Champa supaya menyerahkan ufti kepada mereka.Champa juga pernah dikuasai oleh kerajaan Khmer pada tahun 1203 hingga tahun 1220 dan pernah juga dikuasai sebentar oleh kuasa Mongol pada tahun 1283.

Pada tahun 1306,wilayah Champa iatu dari genting Lao Bao sehingga ke wilayah Genting Awan diserahkan kepada Vietnam oleh raja Champa,Jaya Simhavarman III (Raja Che Man).Selepas kematian raja tersebut,orang Champa cuba merampas kembali wilayah-wilayah tersebut namun gagal.

Namun sinar harapan baru buat Champa untuk menentang asakan Vietnam mula terbit selepas naiknya seorang raja baru bernama Raja Che Bong Nga (Po Binasuor).

Raja Che Bong Nga yang mempunyai ilmu ketenteraan yang baik,pandai menyusun strategi perang yang licik dan ahli politik yang cekap,bukan sahaja berjaya merampas wilayah-wilayah yang pernah dirampas oleh Vietnam malahan juga dua kali baginda berjaya menjarah kota Thanh Long (Hanoi),ibu negara Vietnam ketika itu.

Namun kejayaan tersebut adalah sangat singkat dan kemunculan Che Bong Nga dalam sejarah Champa ibarat.....

“ terbitnya sinar matahari yang terakhir sebelum tenggelam selamanya ” .

Raja Che Bong Nga akhirnya dibunuh di atas kapalnya oleh tentera Vietnam di Sungai Merah pada tahun 1390,akibat rahsia lokasi kapal kenaikan baginda dibocorkan oleh salah seorang laksamana baginda yang berbuat khianat.Laksamana tersebut merampas takhta dan menjadi raja Champa dengan gelaran Jaya Simhavarman Sri Harijatti (Raja La Khai).Beliau menyerahkan kembali wilayah-wilayah Genting Awan yang ditakluk oleh raja Che Bong Nga kepada kerajaan Vietnam.Pemerintahan Raja La Khai yang lemah menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat Champa dan akhirnya menghapuskan beliau pada tahun 1400.

KEJATUHAN KOTA VIJAYA 1471

Keadaan politik di Indo China pada awal abad kelima belas mula memihak sedikit kepada Champa apabila Vietnam ditakluk oleh China.Pada masa itulah,Champa akhirnya berjaya mendapatkan kembali wilayah Amaravati yang dirampas beberapa tahun sebelum itu.Namun langit tidak semestinya cerah apabila orang Dai-Viet berjaya menuntut kemerdekaan dari China pada tahun 1445.Konflik antara dua kerajaan itu makin kronik dan menjadi jadi dengan Vietnam melancarkan beberapa siri serangan bertalu talu ke Champa,yang akhirnya melemahkan pertahanannya.Raja Vietnam,Le Thanh Tong membalas serangan Champa dengan menyerangnya melalui jalan darat dan laut menyebabkan tentera Champa melarikan diri.

Pada tahun 1471,tentera Vietnam seramai 250 000 orang kemudiannya menakluk kota Vijaya,ibu negara Champa.Kota tersebut diratakan dan tentera Vietnam memancung empat puluh ribu rakyatnya manakala tiga puluh ribu rakyatnya pula diusir.

Kejatuhan kota Vijaya dan berlakunya pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan pengusiran yang dibuat ke atas rakyat Champa pada tahun 1471 itu pada awalnya ditafsirkan oleh sesetengah sejarahwan sebagai “tarikh kejatuhan kerajaan Champa” namun selepas peristiwa tersebut,kerajaan Champa masih wujud cuma wilayahnya semakin jauh ke selatan.

Tahun kejatuhan muktamad kerajaan Champa bukannya pada tahun 1471 tetapi sebaliknya dikirakan pada tahun 1832.

BERMULANYA SATU ERA PERJUANGAN UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN CHAMPA

Selepas kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471,kerajaan Champa hanya menguasai dua buah negeri sahaja iatu Kauthara dan Pandurangga di selatan berbanding lima buah sebelum perluasan kuasa Dai-Viet.Walau bagaimanapun,kedaulatan Champa masih lagi diakui oleh kerajaan-kerajaan luar,terutamanya China yang mengiktiraf kedaulatan Raja Bo Tri Tri yang menjadi raja Champa pada tahun 1478.

Jika selama ini,kerajaan Champa berpegang kuat dengan nilai-nilai Hindu-Buddha,namun pada zaman pemerintahan Raja Bo Tri Tri,nilai-nilai Islam dan konsep kebudayaan dari Alam Melayu Islam menjadi pegangan kuat dalam kerajaan setelah agama Islam dibawa masuk ke Champa pada kurun ke 10.Champa juga mula menjalinkan hubungan yang baik dan rapat dengan kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang wujud di selatannya.Ini disahkan apabila Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah,pemerintah Kesultanan Johor mendapat bantuan tentera laut yang dihantar oleh raja Champa,Raja Po Klau Halu (1579~1603) dalam menentang tentera Portugis yang menguasai Melaka pada masa itu.

Walau bagaimanapun,permusuhan Champa dan Vietnam masih lagi berterusan memandangkan Vietnam masih lagi meneruskan kemaraannya ke selatan menerusi kempen Nam-Tien.Setiap serangan Champa yang dilakukan ke atas wilayah Vietnam yang pernah dikuasai oleh Champa dianggap sebagai pencerobohan ke atas Vietnam dan dikenakan tindakan pantas oleh raja Vietnam.

Dalam satu peristiwa,Raja Po Nit (1603~1613) yang cuba menyerang wilayah Quang Nam yang dikawal oleh Vietnam (yang pada masa itu diperintah oleh dinasti Nguyen),telah mendapat balasannya apabila raja Vietnam mengarahkan penaklukan wilayah utara Kauthara pada tahun 1611,dan kemudian mengarahkan lebih kurang tiga puluh ribu penduduk etnik Dai-Viet untuk mendudukinya.Wilayah Champa sekali lagi dikecilkan akibat asakan kuasa Vietnam.

Raja Po Nraup yang cuba merancang untuk menakluk kembali wilayah utara Kauthara,akhirnya diketahui rancangannya oleh kerajaan Vietnam lalu menyerang Champa pada tahun 1611 dan menangkap raja tersebut.Raja Po Nraup akhirnya mati membunuh diri di dalam sangkar besi di mana di situlah baginda dikurung oleh tentera Vietnam.Tidak berpuas hati dengan kejayaan mereka menangkap raja Champa,kerajaan Vietnam kemudiannya menakluk keseluruhan negeri Kauthara.Menjelang akhir tahun 1653,kekuasaan Champa hanya terbatas di negeri Pandurangga sahaja.

CHAMPA MENJADI WILAYAH NAUNGAN VIETNAM

Nasib kerajaan Champa pada awal abad ketujuh belas ibarat hidup segan,mati tak mahu apabila kerajaan tersebut hanya berkuasa di sekitar Pandurangga sahaja dan sempadannya dikelilingi sepenuhnya oleh jajahan Vietnam samada di utara dan selatan (apabila raja Vietnam menakluk daerah orang Khmer di selatan Champa).Ini menyebabkan Champa sedikit sebanyak ditekan oleh Vietnam dan Vietnam hanya menunggu masa sahaja untuk menakluk Pandurangga dan seterusnya menghapuskan terus kerajaan Champa.

Apabila raja Champa,Raja Po Saut (1659~1692) cuba menuntut semula negeri Kauthara,kerajaan Vietnam mengambil tindakan dengan menghantar tiga ketumbukan pasukan tentera untuk menentang Po Saut,merampas dan menakluk kota Pandurangga.Maharaja Vietnam kemudiannya menukarkan nama Chiem Thanh (Champa) kepada Thuan Thanh dan meletakkan tiga mandarin (pembesar) Vietnam untuk mentadbir daerah tersebut.Kedudukan negeri Pandurangga yang menjad wilayah naungan Vietnam semakin tenat dan hanya menunggu masa untuk menerima nasib seperti Kauthara.

Setahun kemudian selepas Po Saut meninggal dunia yakni pada tahun 1693,orang Cham di Pandurangga memberontak dan kebangkitan rakyat tersebut tidak dapat dipadamkan oleh tentera Vietnam.Pemerintahan Vietnam memutuskan untuk melepaskan Pandurangga menjadi wilayah autonomi dan melantik Po Saktiraydaputih (1696~1727) sebagai raja Champa.Raja Po Saktiraydaputih berjanji akan menghantar ufti tahunan kepada istana Raja Nguyen di Hue,ibu kota Vietnam di utara.

TERPERANGKAP DI ANTARA DUA PIHAK

Pada tahun 1771,berlakunya konflik politik dalaman di Vietnam apabila berlakunya kebangkitan Tay Son bersaudara menentang pemerintahan dinasti Nguyen yang dianggap menganianya rakyat Vietnam.Keluarga dinasti Nguyen tidak dapat menahan pemberontakan Tay Son bersaudara itu lalu meninggalkan istana di kota Hue ke lembah Sungai Mekong.

Sementara itu di selatan,kerajaan Champa ibarat gajah sama gajah berlawan,pelanduk mati di tengah-tengah akibat peperangan yang berlaku di antara tentera dinasti Nguyen dan pihak pemberontak.Masing-masing ingin menguasai Pandurangga yang dianggap strategik untuk melemahkan kedudukan musuh masing-masing di kawasan tersebut.Wilayah Pandurangga dan kawasan sekitarnya menjadi medan pertempuran bertubi-tubi di antara dua pihak tersebut,dan ini amat merugikan kerajaan Champa.

Tidak tahan dengan keadaan tersebut,raja Po Crei Brei terpaksa meninggalkan tanah airnya bersama ribuan pengikutnya untuk mencari perlindungan daripada kerajaan jirannya,Kampuchea yang mempunyai hubungan baik dengan Champa.Baginda bersemayam di Rong Damrei,sebuah daerah kerajaan Kampuchea namun mempunyai majoriti penduduk etnik Dai-Viet.

Ditakdirkan perang saudara yang berlaku di Vietnam pada masa itu dimenangi oleh keluarga diraja Nguyen yang berjaya menumpaskan pemberontakan Tay Son bersaudara.

Selepas berjaya menyatukan Vietnam semula di bawah pemerintahan dinasti Nguyen,Gia Long mengisytiharkan diri baginda sebagai Maharaja seluruh Vietnam dan melantik seorang pembesar Champa,Po Sau Nu Can sebagai raja Champa di Pandurangga dan kawasan sekitarnya.

Maharaja Gia Long membenarkan raja Champa yang baru itu mengadakan pasukan tentera kecil sendiri,mengutip cukai namun hanya memerintah etnik-etnik bukan Vietnam di sekitar Pandurangga sahaja.

Champa pada masa itu memperolehi status wilayah autonomi yang baik dan mendapat perlindungan dari seorang pembesar Vietnam bernama Le Van Duyet,yang mentadbir daerah Gia Dinh Thanh dan merupakan rakan seperjuangan Maharaja Gia Long semasa menentang pemberontakan Tay Son sebelum itu.

1832 : MINH MENH MENGHAPUSKAN NAMA CHAMPA DARI PETA DUNIA

Namun keadaan Champa mula berubah secara drastik selepas kematian Maharaja Gia Long pada tahun 1820.Beliau digantikan oleh Maharaja Minh Menh yang cuba bersaing dengan pembesar Le Van Duyet untuk menguasai hal ehwal dalaman wilayah Pandurangga.

Selepas kematian Raja Po Sau Nu Can pada tahun 1822,Maharaja cuba melantik seorang pembesar yang disukainya sebagai pengganti namun tindakan ini dihalang oleh Le Van Duyet.

Ini mencetuskan kebangkitan bersenjata di daerah Gia Dinh Thanh yang dikuasai oleh Le Van Duyet.Maharaja Ming Menh akhirnya memutuskan untuk melantik sahaja calon pembesar yang sepatutnya berhak menggantikan Po Sau Nu Can sebagai raja Champa.

Peluang sekali lagi terbuka kepada Maharaja Ming Menh untuk menguasai Champa apabila raja tersebut mangkat pada tahun 1828.Maharaja tersebut melantik seorang pembesar Cham yang disukainya sebagai pengganti namun Le Van Duyet telahpun melantik anak lelaki Po Sau Nu Can yang setia kepada beliau sebagai raja Champa.

Ini mencetuskan ketidakpuasan hati Maharaja Minh Menh.Tambah menyakitkan hati maharaja tersebut,semua kutipan cukai yang dibuat oleh Champa akan dihantar ke Gia Dinh Thanh dan bukannya terus ke ibu kotanya di Hue.Maharaja tidak boleh menerima kenyataan bahawa Pandurangga menjadi naungan Le Van Duyet dan bukannya kepada dirinya dan kerajaan pusat,namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana Le Van Duyet merupakan seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan mempunyai bala tentera yang besar dan gagah perkasa pula.

Champa akhirnya menerima nasib mereka pada tahun 1832 selepas kematian Le Van Duyet.Maharaja Minh Menh tanpa membuang masa lagi meletakkan wilayah Pandurangga secara langsung ke dalam kawalan kerajaan pusat Vietnam.Rakyat jelata yang terdiri daripada orang Cham dikenakan tahanan penjara dan sawah-sawah mereka dirampas.Dari situlah,kerajaan Champa yang wujud selama lebih 1700 tahun dalam sejarah Indo China akhirnya jatuh dengan rasminya dan nama Champa akhirnya dihapuskan dari peta dunia.

KESIMPULAN DAN IKTIBAR

Sejarah Champa yang ditekan oleh perluasan kuasa Dai-Viet hingga menyebabkan kejatuhan muktamadnya pada tahun 1832,memberi iktibar bahawa sudah menjadi lumrah dunia bahawasannya bangsa yang kuat akan dapat menekan dan menindas yang lemah.

Rentetan konflik antara Champa-Vietnam pada zaman dahulu adalah lebih kurang sama dengan konflik antara Israel-Palestin pada zaman moden,dengan wilayah Palestin dikecilkan dan rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sementelah Israel pula semakin menekan Palestin dengan agresif dan setiap wilayah yang asalnya didiami oleh orang Palestin,akan didirikan penempatan haram untuk orang Yahudi.Ini sama seperti tindakan kerajaan Vietnam pada masa dahulu,yang memindahkan penduduk dan rakyat mereka untuk menduduki wilayah baru yang dirampas dari Champa.

Kebanjiran penduduk Vietnam yang baru berpindah ke wilayah-wilayah yang asalnya dipegang Champa tidaklah dapat dihalang kerana menurut sumber China pada abad ke 11,bilangan rakyat Vietnam pada masa itu adalah sepuluh kali ganda lebih ramai dari bilangan rakyat Champa.Hasilnya Champa dan rakyatnya menderita teruk akibat perluasan kuasa dan pertambahan rakyat Vietnam ke selatan melalui gerakan Nam-Tien,yang diibaratkan sebagai “ air di dalam sebuah cawan yang penuh dan mengalir keluar ” .

Selepas kejatuhan Pandurangga pada tahun 1832,ramai etnik Cham yang terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air tercinta dan menetap di negara Kampuchea dan Malaysia,terutama sekali di negeri Kelantan.Pengganti Maharaja Minh Menh,iatu orang yang bertanggungjawab menghapuskan kerajaan Champa telah mengintegrasikan orang Cham ke dalam sosio-budaya Vietnam,sebelum kedatangan penjajah Perancis.

** sepertimana tenggelamnya matahari di pekarangan candi peninggalan Champa di Myson,seperti itulah tenggelamnya terus kegemilangan Champa dari mata dunia. **


Bibliografi :

Mohammad Zain Musa.2009.“ KERAJAAN CAMPA–Hubungannya Dengan Vietnam ”

Urania Antypa, '' Cham Nationals Overseas ”

Mohamad Zain Bin Musa. 1992. “ Champa : Runtuhnya sebuah kerajaan Melayu ”



- RAD-





  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 07:37 PM | Show all posts
KISAH MENGENAI KERAJAAN CHAMPA (CEMPA) DALAM KITAB SEJARAH MELAYU




ALKISAH, tersebutlah perkataan raja Cempa, demikian bunyinya diceriterakan oleh yang empunya ceritera : Ada sepohon pinang Hampir istana raja Cempa itu. Pinang itu bermayang, terlalu besar mayangnya; dinantikan mengurai, tiada juga mengurai. Maka kata raja Cempa kepada seorang Hambanya, "Panjat olehmu pinang itu, lihat apa dalam mayang itu."

Maka dipanjatlah oleh budak itu, lalu diambilnya mayang pinang itu, dibawanya turun. Maka oleh raja Cempa, dibelahnya mayang pinang itu; dilihat baginda dalam mayang itu seorang budak lelaki, terlalu baik parasnya. Maka seludang mayang itu menjadi 'gong jebang' namanya, dan bidang selu¬dang itu menjadi sebilah pedang beladau, itulah pedang kerajaan raja Cempa.

Maka terlalulah kesukaan raja Cempa ber¬oleh budak itu, lalu dinamai oleh raja Cempa Pau Gelang. Maka disuruh baginda susui pada isteri segala raja-raja dan para menteri, tiada ia mahu menyusu. Maka ada seekor lembu raja Cempa, bulunya panca warna; akan lembu itu beranak muda, maka disuruh baginda perah susu lembu itu diberikan minum pada budak itu; maka diminumnya susu lembu itu. Sebab itulah maka datang sekarang, Cempa tiada makan lem¬bu dan membunuh dia.

Hatta maka Pau Gelang pun besarlah. Adapun akan raja Cempa itu ada beranak seorang perempuan, Pau Bania nama¬nya; maka oleh raja Cempa anakanda baginda itu didudukkannya dengan Pau Gelang. Telah berapa lamanya, maka raja Cempa pun matilah; maka Pau Gelanglah kerajaan meng¬gantikan kerajaan mertuanya.

Setelah Pau Gelang di atas kerajaan, maka baginda berbuat sebuah negeri, terlalu besar; tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pada sepenampang sehari pelayaran angin tegang kelat. Setelah sudah negeri itu maka dinamainya Bal. Pada suatu riwayat, negeri Bal itulah yang bernama Metakat, negeri Raja Suil, anak Raja Fadha'il.

Telah berapa lamanya, maka Pau Gelang beranak dengan Pau Bania seorang lelaki. Pau Tari namanya; setelah ia besar, maka Pau Gelang pun matilah.

Maka Pau Tarilah naik raja menggantikan ayahanda baginda. Maka Pau Tari beristerikan anak raja Kuci, Bia Suri namanya; beranak seorang lelaki Pau Gama namanya. Setelah ia besar maka Pau Tari pun matilah; maka Pau Gamalah kerajaan menggantikan ayahanda baginda.

Maka Pau Gama pun berlengkap, hendak mengadap ke Majapahit. Setelah sudah lengkap, maka baginda pun pergilah. Setelah berapa lamanya di jalan, sampailah ike Majapahit, maka kedengaranlah ke Majapahit, kepada Betara Majapahit; mengatakan raja Cempa datang hendak mengadap sampean paduka Betara. Maka disuruh alu-alukan oleh Betara Maja¬pahit pada segala pegawai. Setelah bertemu dengan Pau Gama, maka dengan seribu kemuliaan dibawa ia masuk ke Majapahit.

Maka oleh Betara Majapahit akan Pau Gama didudukkan baginda dengan anakanda baginda yang bernama Raden Galuh Ajeng, Telah berapa lamanya, maka Raden Galuh Ajeng pun Hamillah; setelah itu maka Pau Gama pun bermo¬honlah hendak pulang ke Cempa. Maka titah Betara Majapa¬hit, " Baiklah, tetapi akan anak Hamba tiada Hamba lepaskan dibawa. " Maka sembah Pau Gama, " Mana perintah tuanku, tiada patik lalui ; jikalau patik tiada mati, segera juga patik datang mengadap tuanku. "

Maka Pau Gama pun bermohonlah pada isterinya, Raden Galuh Ajeng; maka kata Raden Galuh Ajeng, " Baiklah, tetapi jikalau anak tuan Hamba ini jadi, apa namanya ? " Maka kata Pau Gama, "Jikalau anak Hamba jadi, jika lelaki namai Raja Jakanak. Jikalau sudah ia besar, suruhkan ia mendapatkan Hamba ke Cempa." Maka kata Raden Galuh Ajeng, " Baiklah ! " Setelah itu maka Pau Gama pun naiklah ke perahunya, lalu belayar kembali. Telah berapa lamanya sampailah ia ke Cempa.

Sepeninggalan Pau Gama kembali itu, maka Raden Galuh Ajeng pun beranak seorang lelaki, dinamainya Raja Jakanak. Setelah ia besar, maka Raja Jakanak pun bertanya pada bondanya, " Siapa bapa aku ? " Maka kata bondanya, " Bapamu raja Cempa,sudah ia pulang. "

Maka segala pesan ayah¬nya, semuanya dikatakan oleh bondanya kepada Raja Jak¬anak. Setelah didengarnya perihal ayahnya itu, maka ia pun menyuruh berbuat perahu, beberapa puluh buah. Setelah sudah mustaid, maka Raja Jakanak pun bermohonlah pada Betara Majapahit dan kepada bondanya, lalu belayar kembali. Setelah berapa lamanya di jalan sampailah ia ke Cempa. Maka Raja Jakanak pun masuklah mengadap ayahandanya, Pau Gama. Maka terlalulah kesukaan Pau Gama melihat anakanda baginda datang itu, maka dirajakannya di Bal.

Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya.

Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya.

Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah,lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan.

Pada suatu hari raja Kuci menyuruh pada Penghulu Bendahari Cernpa, dibawanya muafakat, diberinya emas dan harta terlalu banyak, maka Penghulu Bendahari Cempa pun kabullah sekaliannya serta dia.

Setelah hari malam maka dibukanyalah pintu kota Cempa oleh bendahari itu, maka segala orang Kuci pun masuklah ke dalam kota Bal, beramuklah dengan orang Cempa. Adapun orang Cempa, setengah melawan dan setengah berlepas anak bininya. Maka kota Bal pun alahlah; Pau Kubah pun mati Maka segala anak raja¬raja Cempa dan segala menteri pun larilah, membawa dirinya ke sana ke mari, cerai-berai tiada berketahuan.

Maka ada dua orang anak raja Cempa, Syah Indera Berma seorang namanya ; seorang lagi Syah Pau Ling, lalu ke Aceh; ialah asal raja Aceh. Insya-Allah Taala lagi akan dikisahkan perkataannya kemudian.

Adapun Syah Indera Berma lalu ke Melaka; maka terlalulah kesukaan Sultan Mansur Syah melihat segala mereka itu. Maka Syah Indera Berma dan isterinya, Kenia Mesra, sangat dipermulia baginda.

Maka sekaliannya disuruh masuk agama Islam; akan Syah Indera Berma dengan isterinya, serta temannya sekalian pun masuk Islamlah. Maka oleh Sultan Mansur Syah, akan Syah Indera Berma, dijadikan baginda menteri, terlalu sangat dikasihi baginda. Dan mereka itulah asal segala Cempa di Melaka, asal berasal daripada anak cucu Syah Indera Berma.



Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi'l-marji'u wa 'l-ma 'ab.

Bibliografi : Sulalatus Salatin, A.Samad Ahmad




-RAD-



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 07:53 PM | Show all posts
TOKOH MELAYU AGUNG : CHE BONG NGA (CHAMPA)




Tetapi malang setelah jadi permaisuri

Suaminya di tawan oleh ketujuh puteri

Siti Zubaidah menangis siang dan malam

Memikir suaminya yang di dalam tawanan



Kepada peminat kesusasteraan Melayu klasik,anda mesti pernah terdengar bait syair ini.Ya,bait ini berasal dari satu syair Melayu klasik terkenal iatu Syair Siti Zubaidah Perang Cina yang dikarang sekitar abad ke 19.Syair Siti Zubaidah menceritakan mengenai pengorbanan Siti Zubaidah,permaisuri kepada Sultan Zainal Abdin yang menjadi pemerintah Kembayat Negara.Apabila suaminya diculik oleh tujuh orang puteri China(pada masa itu Kembayat Negara sedang berperang dengan China),Siti Zubaidah yang sedang sarat mengandung sanggup meredah rimba dan menyamar sebagai lelaki untuk menyelamatkan suaminya yang ditawan dan diletakkan di dalam sebuah perigi beracun.

Kisah berakhir apabila berlakunya peperangan antara tentera Kembayat Negara dan China di mana kemenangan berpihak kepada tentera Kembayat Negara.Maharaja China berjaya dibunuh dan tujuh orang puteri tersebut berjaya ditawan.Tujuh orang puteri tersebut memeluk Islam dan dibebaskan.Puteri tertua,Kilan Chahaya akhirnya dikahwinkan dengan Sultan Zainal Abidin dan baginda berjaya bertemu dengan permaisurinya semula yang selama ini menyamar dirinya sebagai lelaki.

Apa yang menariknya,syair klasik Melayu ini menceritakan mengenai kisah konflik politik yang berlaku di Asia Tenggara sekitar abad ke 14 dahulu.Para sejarahwan dan pengkaji kesusaasteraan Melayu sebulat suara berpendapat bahawa watak Sultan Zainal Abidin yang merupakan suami Siti Zubaidah adalah merujuk pada seorang raja kerajaan Champa iatu raja Che Bong Nga.Negara Kembayat Negara yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin merujuk pada kerajaan Champa,salah satu kerajaan rumpun Melayu paling masyhur di tanah besar Asia Tenggara.

LATAR BELAKANG RINGKAS CHAMPA

Champa merupakan kerajaan yang diasaskan oleh kaum Melayu Cham,salah satu etnik besar dalam rumpun Austronesia,yang bersaudara dengan Melayu dan Jawa.
Kerajaan Champa paling awal dikatakan ditubuhkan sekitar tahun 192 Masihi dan mencapai puncak zaman kegemilangannya pada abad ke7 hinnga ke 10.Pada masa itu,kerajaan Champa mengawal dan memonopoli perdagangan rempah ratus dan sutera antara China,Kepulauan Melayu,India serta Empayar Islam Abbasiyah di Timur Tengah(berpusat di Baghdad).

Champa juga pernah mengekang serangan dari kerajaan China di utara pada masa Dinasti Sui.Champa juga adalah antara kerajaan yang berjaya mengekang serangan Empayar Mongol di bawah Dinasti Yuan.Di kala kerajaan kerajaan di Eropah dan kerajaan Islam di Timur Tengah musnah diserang oleh tentera Mongol,di alam Melayu pula,dua kerajaan rumpun Melayu berjaya mengekang perluasan kuasa Mongol dengan jayanya di tanah mereka,iatu Majapahit dan CHAMPA.

Pada mulanya,kerajaan ini menganut agama Hindu ajaran Shivaisma,namun menurut pakar sejarah,Champa telah memeluk agama Islam sekitar abad ke 10 yang dibawa oleh pedagang Arab ke Champa berdasarkan bukti arkeologi.Champa boleh dikatakan antara kerajaan paling awal menerima Islam di Asia Tenggara.

Namun,kerajaan ini mulai lemah apabila muncul entiti politik asing di sekitarnya.Champa pernah menghadapi serangan Khmer dan Srivijaya namun musuh politik paling hebat memberi tentangan buat Champa ialah kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan selatan China.

Kerajaan Annam diasaskan oleh etnik Dai Viet,satu etnik rumpun Austroasiatik yang bersifat kecinaan yang berhijrah dari China Selatan.Orang Dai Viet meneruskan penaklukan dan perluasan kuasa mereka ke selatan,di mana Champa selalu menjadi mangsa mereka.

Semenjak abad ke 9,Champa sering menghadapi serangan dari tentera Dai Viet dan kadangkala Champa sendiri menyerang wilayah Dai Viet.Namun,Champa selalu kalah dalam peperangan dan akhirnya ditolak jauh sehingga ke selatan,akibat perluasan kuasa orang Viet.

Namun,Champa kembali bangkit menentang perluasan kuasa Dai Viet apabila seorang raja menaiki takhta Champa sekitar akhir kurun ke 14.Raja tersebut bernama Po Binasaur atau Raja Che Bong Nga (Che Bunga).

Pangkat " Che " dalam masyarakat Champa pada masa itu selalunya merujuk kepada jeneral tentera.Dalam catatan Dai Viet,baginda digelar sebagai Raja Merah.Dalam catatan Dinasti Ming China,nama baginda dicatat sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho.

PERMULAAN SATU LEGASI BESAR

Raja Che Bong Nga menaiki takhta Champa (atau Kembayat Negara menurut syair tersebut) pada tahun 1335 apabila bapanya,Raja Tra Hoa Bo De menyerahkan kuasa pada baginda.Dalam syair tersebut,jelas bahawa watak Sultan Darman Syah iatu ayahanda Sultan Z.Abidin adalah Raja Tra Hoa sendiri,iatu ayahanda kepada Che Bong Nga.

Baginda merupakan seorang raja yang berpengetahuan luas dalam peperangan. Baginda memperkuatkan pasukan tentera darat dan laut baginda dengan menambahkan bilangan askar serta memperbaiki kelengkapan tentera Champa pada masa itu.

Baginda juga merupakan seorang raja yang sangat prihatin terhadap hal-hal keadilan sambil memberi keutamaan kepada keamanan dan kestabilan dalam kerajaannya. Hukuman yang keras dikenakan kepada lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di persisiran pantai Campa. Baginda juga mengadakan hubungan yang baik dengan China.

Kekuasaan politik China pada masa itu telah bertukar tangan kepada sebuah dinasti iatu Dinasti Ming di bawah maharaja pertamanya,Zhu Yuanzhang atau lebih dikenali sebagai Maharaja Hongwu (1368~1398).Dikatakan Raja Che Bong Nga menghadiahkan gajah,harimau dan hasil-hasil hasil pengeluaran Champa yang berharga ketika Zhu Yuanzhang mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China pada tahun 1369.

Diceritakan Raja Che Bong Nga(beragama Islam) berkahwin dengan Dewi Nareswari(Siti Zubaidah) iatu anak perempuan Raja Bharubhasa yang memerintah Kerajaan Jembal di Kelantan pada masa itu.Raja Bharubhasa menurut sejarah Kelantan dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah Sultan Jidah.

Memikirkan nasib bangsa Cham dan kerajaan Champa yang asyik kalah dalam perjuangan mengekang kemaraan Dai Viet,baginda memutuskan untuk membalas dendam terhadap Dai Viet.Sebelum itu,baginda berjaya menyatukan seluruh rakyat Champa untuk bergabung menentang Dai Viet.

CHAMPA MULA MENYERANG BALAS....

Pada tahun 1361,baginda bersama tentera-tenteranya melancarkan serangan pertama ke atas Dai Viet dan berjaya menakluk wilayah Nghe An pada tahun 1363.

Hal ini menimbulkan kemurkaan Maharaja Dai Viet iatu Maharaja Dhuong Nhut Le (1369~1371) kerana banyak wilayah Dai Viet yang dirampas dari Champa akhirnya kembali dituntut semula.Maharaja Dai Viet cuba menyerang balas tetapi gagal.Sehingga Maharaja Dhuong meninggal dunia,berlaku konflik istana apabila permaisuri raja,Duong Khuong mahu menabalkan anakandanya sebagai raja baru tetapi ditentang oleh saudara raja sendiri,Tran Nghe Tong.

Tran Nghe Tong menabalkan dirinya sebagai raja dan Duong Khuong dipenjarakan namun berjaya melepaskan diri dari penjara dan lari ke kota Bal-Ngwe,ibu kota Champa pada masa itu.Di sana,beliau meminta Raja Che Bong Nga untuk menyerang Dai Viet.

PENAKLUKAN HANOI DAN PERDAMAIAN SEMENTARA

Mengambil kesempatan dari keadaan politik yang tidak stabil di negara jirannya dan bantuan dari Empayar Ming yang baru berkuasa di China pada masa itu,Raja Che Bong Nga lalu mengarahkan serangan ke wilayah Dai Viet dan berjaya menakluk Hanoi,ibu kota Dai Viet pada tahun 1370.Di sana,baginda menaikkan Permaisuri Duong Khuong sebagai pemerintah Dai Viet.

Champa dan Dai Viet masing masing berada dalam keadaan aman dan tiada perang sehingga berlakunya insiden kapal dagang milik saudagar Dai Viet dibakar di pelabuhan Bal-Ngwe akibat perbuatan sabotaj oleh seorang pembesar Viet yang tidak sukakan perdamaian dengan Champa.

PENGORBANAN PERMAISURI MENYELAMATKAN SUAMI

Kerajaan Dai Viet akhirnya meniup semboyan perang mereka ke atas Champa.Duong Khuong menabalkan ayahandanya,Tran Due Thong sebagai maharaja Dai Viet pada tahun 1372.Duong Khuong bersama enam orang saudara perempuannya berada di barisan hadapan tentera untuk menentang tentera Champa.

Berlaku satu peperangan antara Dai Viet dengan Champa di mana Raja Che Bong Nga keluar dari istana secara senyap tanpa pengetahuan permaisurinya,Siti Zubaidah(Dewi Nareswari),namun akhirnya Raja Che Bong Nga dan empat orang pengawal setianya ditangkap dan ditawan oleh Duong Khuong dan enam orang puteri Viet.

Che Bong Nga dan empat pengawalnya ditawan dan dibawa ke Hanoi lalu dimasukkan ke dalam satu perigi beracun seperti yang tertulis dalam syair Siti Zubaidah tersebut.

Syair ini sekali lagi menceritakan mengenai pengorbanan dan kepayahan permaisuri Siti Zubaidah yang sedang hamil,keluar mengembara merentasi hutan rimba untuk ke kota Hanoi mencari suaminya.Beliau menyamar sebagai seorang pahlawan lelaki yang gagah.Dengan menggunakan tipu muslihat,beliau berjaya membebaskan Che Bong Nga(Sultan Zainal Abidin) dan pengikutya dari perigi beracun.

Che Bong Nga dan pengikutnya yang lemah akibat racun di dalam perigi itu dibawa oleh Dewi Nareswari menaiki empat ekor kuda,melepaskan diri keluar dari Hanoi menuju ke kota Bal-Ngwe dan dirawat di sana sehingga sembuh.

Marah akibat Raja Che Bong Nga berjaya melepaskan diri,Raja Tran Due Thong dan Duong Khuong menyiapkan tentera besar untuk melanggar Champa.

STRATEGI CHAMPA MENJERAT DAI VIET

Pada tahun 1377,Raja Tran Due Thong dan jeneralnya Le Qui Ly mengetuai tentera seramai 120,000 orang untuk menyerang kota Bal-Ngwe.Sesampainya tentera Dai Viet ke kota tersebut,baginda melihat seorang askar Cham menyembah baginda sambil berkata bahawa raja Champa sudah berundur bersama pengikutnya.Kota Indrapura kini kosong dan raja Dai Viet boleh masuk kedalam kota itu.

Dengan penuh yakinnya,Raja Dai Viet itu masuk ke dalam kota Bal-Ngwe bersama tenteranya.Namun apabila tiba di pintu utama kota,rombongan tentera diraja dai Viet diserang secara hendap oleh tentera Champa.Tentera Dai Viet tidak bersedia untuk menyerang balas kerana terkepung dengan asakan tentera Champa.

Dalam pertempuran itu,raja Viet,Raja Tran Due Thong meninggal dunia dibunuh bersama para pengikutnya dan pembesarnya.Hanya sebahagian kecil sahaja yang terselamat dari kepungan itu lalu pulang ke Hanoi.

PUTERI VIET MEMBALAS DENDAM

Duong Khuong yang marah atas kematian ayahandanya menggerakan tenteranya ke Bal-Ngwe.Berlaku peperangan antara tentera Champa diketuai Che Bong Nga dan tentera Viet diketuai Duong Khuong.

Che Bong Nga turut disokong olehb bantuan tentera Melayu dari Segenting Kra.Permaisurinya,Zubaidah turut menyertai peperangan tersebut dengan menyamar sebagai lelaki tanpa diketahui suaminya.Dalam perang ini,tentera Champa mencapai kemenangan dan Duong Khuong dan enam orang puteri Viet berjaya ditawan.

Duong Khuong dibebaskan setelah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Che Bong Nga.Pada masa itu,permaisuri Siti Zubaidah turut membongkarkan identitinya di hadapan suaminya yang selama ini menyamar sebagai seorang lelaki walaupun ada di sisi suaminya.Che Bong Nga akhirnya bertemu semula dengan permaisurinya.

Di Hanoi pula Tran Da Hien ditabalkan sebagai raja Dai Viet menggantikan Tran Due Thong yang mati dibunuh di Champa.
Berdasarkan Syair Siti Zubaidah,watak Kilan Chahaya,puteri sulung di kalangan enam puteri China mempunyai kepersisan dengan perwatakan Duong Khuong.

HANOI DITAKLUK LAGI OLEH CHAMPA

Hanoi,ibu kota Dai Viet sekali lagi ditawan oleh tentera Che Bong Nga pada tahun 1388.raja Dai Viet terpaksa berundur ke pedalaman dan tentera Champa berjaya merampas banyak harta rampasan perang dan sebahagiannya dijadikan hadiah persahabatan kepada Maharaja Ming China,Maharaja Hongwu.

Champa mulai bangkit bukan sahaja mengekang perluasan kuasa Dai Viet,malahan berjaya menawan ibu kota mereka sebanyak dua kali.Che Bong Nga,raja Champa berjaya membangkitkan Champa menjadi sebuah kerajaan yang disegani pada masa itu.Ancaman Dai Viet berjaya dipatahkan.

Namun sayang seribu kali sayang,kemunculan Che Bong Nga dalam sejarah Champa disifatkan sebagai

'' ....sinar matahari yang penghabisan dan terakhir sebelum terbenam selamanya " .

AKIBAT SEORANG KHIANAT,JATUH SATU KERAJAAN

Pada bulan Februari 1390,Raja Che Bong Nga membawa tenteranya berkawal di Sungai Hoang Giang.Kesempatan ini digunakan oleh Raja Tran De Hien untuk menghantar anakandanya,Tran Khat Chan untuk menghalang tentera Champa di Sungai Hoa Trieu.Tentera Champa menyedari kemunculan tentera Dai Viet lalu mengejar mereka.
Dalam kebimbangan,terbit satu harapan pada Tran Khat Chan untuk menghapuskan Che Bong Nga.Seorang laksamana Champa,La Khai telah berbuat khianat kepada Champa dengan memberitahu lokasi perahu Che Bong Nga kepada tentera Dai Viet.

Tran Khat Chan yang gembira dengan maklumat yang diberikan La Khai,terus menghantar tenteranya menuju ke tempat Che Bong Nga melabuhkan perahunya secara senyap senyap.Seorang tentera Viet menembak perahu raja menggunakan senapang China(menurut riwayat lain,menggunakan meriam).Tembakan mengenai Raja Che Bong Nga dan akhirnya terbunuh.

Terbunuhnya Che Bong Nga menyebabkan pertahanan tentera Champa kucar kacir,namun La Khai pandai mengambil kesempatan mengumpan tentera Champa supaya pulang ke Bal-Ngwe.Jenazah Che Bong Nga turut dibawa dan dikebumikan di sana.

Sementara itu,Laksamana La Khai berjaya merebut takhta kerajaan dengan gelaran Jaya Simhavarman.Dalam riwayat Vietnam,La Khai (Jaya Simhavarman) turut digelar sebagai Ko Cheng.

Selepas kemangkatan raja Che Bong Nga,kerajaan Champa akhirnya jatuh merosot dan mula menunjukkan kelemahan.Banyak tanah jajahan Champa yang ditakluk oleh Che Bong Nga terlepas ke tangan Dai Viet.Kelemahan pemerintahan La Khai menyebabkan dia dibunuh oleh panglimanya sendiri pada tahun 1400.

Sementara itu,Dai Viet meneruskan semula perluasan kuasa mereka ke selatan setelah raja Che Bong Nga sudah tiada lagi mahu mengekang gerakan mereka.Pemerintah seterusnya adalah lemah dan tidak mampu mempertahankan kedaulatan Champa.Ibu kota Champa akhirnya ditakluk oleh Dai Viet pada tahun 1471.

Orang Champa yang kini ditekan teruk oleh Dai Viet akhirnya menjadi pelarian.Ada antara mereka yang berhijrah ke wilayah Kemboja,terutamanya di Siem Reap dan Kompong Thom.Ada di antara mereka berhijrah ke Kelantan dan Melaka,dijadikan pembesar di sana.Kesultanan Acheh pula diasaskan oleh seorang putera diraja Champa,Syah Po Ling anak Raja Syah Po Kubah.

IKTIBAR

Kebangkitan Che Bong Nga sepatutnya dijadikan iktibar oleh masyarakat negara kita supaya bersungguh-sungguh mempertahankan negara kita dari anasir luar yang mencurigakan kita.Selain itu,pengorbanan Siti Zubaidah(Dewi Nareswari) juga perlu menjadi contoh kepada generasi Muslimah zaman kini.Pengkhianatan La Khai juga perlu dielakkan oleh kita kerana perbuatan khianat semestinya buruk akibatnya pada masyarakat dan negara.Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan pengkhianatan sahaja mampu menjatuhkan sebuah kerajaan yang agung.

Bersama sama kita belajar dari sejarah masa lampau untuk menjadi orang yang lebih baik pada hari esok.




Bibliografi :

101 Puteri Dunia Melayu

Kerajaan Campa – Hubungannya Dengan Vietnam,Mohammad Zain Musa (2009)



- RAD -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 01:44 PM | Show all posts
Baju Zirah Brunei



- Ketupung

- Besi Belayar Tunda

- Baju Lamin








- Baju Sakhlat Merah Dada Burung

- Baju Berantai Tembaga









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 05:20 PM | Show all posts
Che Siti Wan Kembang




Pengasas dan Pemerintah Terakhir Kerajaan Sekebun Bunga / Kisaran Payung







Che Siti Wan Kembang I (Adruja Wijaya Mala Singa / Dewi Urduja) Grahi







Che Siti Wan Kembang II (Puteri Sa'adong / Puteri Mariam) Gunung Chinta Wangsa











Credit : Dani Warguide & Minos HalfBlack













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 12:31 PM | Show all posts
PESTA PUJA PANTAI (MENJAMU HANTU LAUT / MENYEMAH PANTAI)
















Pesta Puja Pantai atau juga dikenali sebagai Menjamu Hantu Laut, atau Menyemah Pantai, merupakan satu upacara popular yang dilakukan oleh golongan petani dan nelayan di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu sebelum musim menangkap ikan.

Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di Melaka. Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan khemah dan pentas pelbagai permainan, terutamanya di pantai Batu Buruk.

Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai, sekitar bulan Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan.

Pesta Puja Pantai ini kemungkinan bermula bagi menolak bala kerana semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur, air dari laut lepas mengulung sebagai gelombang-gelombang besar yang menghalang kegiatan mereka ke laut. Musim hujan ini diikuti pula musim angin kencang, tetapi tanpa hujan lebat pada bulan Januari dan Februari yang masih menghalang kegiatan menangkap ikan, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka menggunakan perahu-perahu kecil sahaja.

Seorang pegawai kanan perikanan dari Jabatan Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Pertempatan Melayu Persekutuan turut melaporkan bahawa ia turut dilakukan di Pulau Ketam pada 14 Januari 1936, yang menggunakan seekor kambing jantan sebagai bahan utama persembahan. Persembahan untuk pesta puja pantai ini termasuklah upacara menepung tawar, bertih, beras kunyit, kemenyan dan sebotol arak.

Ia turut dilaporkan pernah diamalkan di Bachok (1958), Kelantan, Dungun, Kijal, Kuala Merchang, Mukim Beserah, pesta puja pantai pernah berlangsung selama empat hari. Pesta yang diadakan di tepi pantai ini dilakukan sekali dalam setiap empat atau tujuh tahun. Seekor kerbau balar (putih) berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan `Allah' sering disebut.

Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air laut. Upacara diadakan pada hari kedua. Kerbau disembelih pada waktu maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit. Beberapa jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan tadi ke laut lepas. Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri.

Bagi nelayan di Mukim Beserah pula, lima batu dari timur laut Kuantan, pesta ini tidak diadakan selagi pawang atau orang kampung tidak bermimpi semangat laut yang mereka namakan jembalang laut meminta agar diadakan pesta ini. Di Kijal, pesta seperti ini diadakan di pantai Kemaman, dan berlangsung selama tiga hari. Pesta terakhir yang diadakan di Dungun dan Kuala Merchang ialah pada tahun 1976, berlangsung selama tiga hari. Dalam masa 15 tahun, pesta puja pantai hanya diadakan dua kali di Dungun untuk tujuan ini. Umumnya pesta seperti ini, yang dilakukan secara besar-besaran sudah tidak diadakan lagi buat masa sekarang ini. Punca utamanya ialah kesedaran mengenai Islam menyebabkan upacara itu berkubur sedikit demi sedikit.

Tujuan dilakukan pesta seperti ini dilakukan ialah untuk tujuan rawatan penyakit, yang dipercayai berpunca daripada iblis dan syaitan. Apabila ia melibatkan upacara di laut, ia dilakukan selalunya kerana berlakunya kemalangan yang berturut-turut di laut, atau di pantai, kematian, kemalangan, tangkapan yang kurang, penyakit berjangkit dan sebagainya. Upacara atau pesta seperti ini bukan dilakukan setiap tahun, tetapi dilakukan apabila berlakunya sesuatu masalah seperti yang dijelaskan, ataupun apabila pawang atau bomoh mendapat mimpi yang penunggu, hantu laut dan sebagainya meminta supaya diadakan pesta memberi jamuan tadi, ataupun melalui mimpi.

Upacara ini dilakukan ialah kerana kepercayaan tentang adanya kuasa atau keupayaan penunggu atau jin-jin yang menghuni sesuatu tempat itu menguasai kehidupan manusia, boleh mendatangkan penyakit, mendatangkan kecelakaan, ribut taufan, menghalau ikan jauh daripada rezeki nelayan, boleh dipujuk dengan memberi makan dan sebagainya. Kerana itulah maka sajian itu perlu diberi. Apabila seseorang itu, tidak kira siapa menganggap adanya kuasa pada sesuatu yang baru, iaitu makhluk, orang yang berkenaan telah menyamakan kuasa (kudrah) yang ada pada Allah itu dengan kuasa yang ada pada makhluk, iaitu jin-jin, padahal yang mempunyai kudrah itu hanya Allah. Penyamaan ini diistilahkan sebagai `syirik', syirik menurut sebutan orang Melayu.

Selain dari bertujuan menjauhi bala, pesta puja pantai ini turut berfungsi sebagai tempat perhimpunan petani dan nelayan, di mana mereka melepas penat selepas menuai tanaman bagi petani dan rehat kerana musim ombak besar bagi kaum nelayan. Semasa perjumpaan ini, mereka akan mengambil peluang bagi berbincang mengenai perkara perkara berkenaan perkembangan dalam bidang masing-masing seperti benih yang baik, ancaman makhluk perosak dan perkara-perkara sedemikian. Pada masa itu, pesta keraian ramai seperti ini menjadi pusat pertukaran maklumat penting bagi orang awam disebabkan ketiadaan sistem komunikasi awam masa itu.

Selepas Perang Dunia II beberapa rencana, terutamanya dalam Utusan Melayu memperkecilkan upacara ini sebagai membazir dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kemudiannya pada 1950-an PAS turut menentang amalan ini dana apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1959, ia mengharamkan upacara ini sepenuhnya yang seterusnya turut diikuti oleh negeri-negeri lain. Bagaimanapun, pesta terakhir diadakan adalah pada 1976, iaitu 17 tahun selepas Kelantan berhenti melakukannya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:14 PM | Show all posts
Malay Origin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 12:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.115670 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list