CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puansri

ANEKA KUIH-MUIH WARISAN MELAYU

[Copy link]
Post time 20-9-2007 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 20-9-2007 04:25 PM
salam semerr....

maaf ye, harum dah carik tapi x jumpa....
ader x sesiapa tau/ penah dengar kueh qasidah...
kalo buleh share resepi

jumpa nie aje lorrr


Nur Aini
Ampang, Selangor
[email protected]

KUIH QASIDAH



Saya dapat tahu bahawa untuk membuat kuih qasidah, kita memerlukan
minyak sapi. Adakah ada pilihan lain untuk menggantikan minyak sapi?

Anda boleh gantikan dengan marjerin.

Adakah pilihan itu akan memberi saya rasa yang jauh beza daripada menggunakan minyak sapi. Jika ada apakah yang perlu saya tambah agar rasanya seakan-akan menggunakan minyak sapi.
Mungkin baunya akan berbeza kerana minyak sapi mempunyai bau yg agak harum (pendapat sesetengah orang). Pada saya, tiada banyak beza samada anda gunakan minyak sapi atau tidak.




  


seber wengmintak2 lepas arrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 05:08 PM | Show all posts
jumpa pun


KUIH QASIDAH

Bahan-bahannya

300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2? - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1? cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
5 biji telur ayam, dipukul
4 sudu besar minyak sapi
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan
10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara Membuatnya
1) Tepung disangai hingga wangi dan kuning. Sejukkan sebentar.
2) Kemudian dicampurkan santan, telur, daun pandan, secubit garam dan  pewarna kuning, jika suka.
3) Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi.  Kacau lagi hingga keluar minyak.
4) Proses mengacau kira-kira 1? - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat.
5) Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya.  Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih.

tapi resepi kuih yang mie07 bagi lebih kurang aje..beza cuma kukus ngan kacau aje...


variasi [ninoZ]
kalau kat utara kann..
kuih hasidah or qasidah cuma dibuat dari tepung gandum, gula n sedikit minyak sapi atau butter [kadang otg tak taruk pun minyak sapi nih]
kacau tepung+gula+air sampai kental n berkilat..pastutuang dlm loyang then agak2 dah set..tabur dgn bwg goreng

ade gak yg buat qasidah dgn tepung jagung..lagi halus teksturnya compared dgn tepung gandum..but it improvisasi dari versi traditional..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 05:39 PM | Show all posts
meh kita kasik yg proper..Qasidah utara punya tauuu
yg ade santan n teloq tu rasanya terengganu punya..yg dia akan bentuk2 mcm bunga ros kan?

Qasidah Utara

2 cawan tepung gandum
4 cawan air
2-3 tbsp butter/minyak sapi
1/2 - 1 cawan gula - ikut manis mana nak
bwg merah- dimayang nipis
campuran minyak masak+minyak sapi/butter utk menggoreng bwg

kacau tepung, air n gula sampai larut pastu tapis ke dlm periuk [rasa la gula cukup ke tak]
masukkan butter/minyak sapi n kacau dgn api sederhana/perlahan sampai naik wap, pekat dan berkilat2
tuangkan ke dalam loyang/bekas..biar sejuk n set
panaskan sedikit campuran minyak/butter/minyak sapi
gorengkan bwg merah tu sampai keperangan..curahkan bawang bersama sedikit minyak gorengan ke atas qasidah
bila cukup sejuk..boleh lah dipotong..

kuih ni kalau masak betui2..tahan lama sehari dua tak basi pun..walaupun kita biaq kat luaq
ade jugak yg campurkan pewarna kuning sket..tapi kalau guna gud quality butter/minyak sapi..kaler kuning dia dah cukup cantik
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:50 PM | Show all posts
sama ke dengan kuih asidah yg nek_fiona bagi resepi ni? Nie ambik dari thread KUIH TRADISIONAL PELBAGAI NEGERI
Originally posted by Nek_Fiona at 20-6-2006 08:36 AM

Kuih asidah beras(kuih tradisi Pahang)
Bahan-bahannya:

Tepung beras 200gm(digoreng sampai ringan dan perang sedikit)
Tepung pulut 80gm(digoreng juga tanpa minyak)
santan dari 2 biji kelapa
gula melaka 4 keping
gula pasir 2 sudu besar
buah pala 1/4 biji
bawang merah 10-12 ulas
bawang putih 2 ulas
cengkih 10 kuntum
kulit kayu manis spt dlm gambar
halia bara spt dlm gambar.
daun pandan 8 helai.
bawang merah 3-4 biji utk dijadikan bawang goreng.(bahan hiasan)

cara:Bawang merah,bawang putih dan halia diblend dgn daun pandan serta sedikit air.Tapis dan tuangkan ke dalam tepung beras dan tepung pulut.Kulit kayu manis,cengkih dan buah pala di sangai sampai ringan dan ditumbuk halus dan bubuh dlm adunan tepung tadi.Kacau perlahan2 dah bubuh santan sedikit2 hingga tidak bergentil.

masukkan dlm kuali dan kacau atas api kecil,kalau bergentil tuangkan sedikit air panas.


masukkan gula melaka dan gula.


menjadi pekat dan keluar minyak selepas 30 minit.Kacau lagi sampai tak melekat pada kuali dan masak.


setelah masak,sejukkan dan bentukkan spt dlm gambar.Gunakan penyepit utk buat corak.Dialas dgn daun pisang.


corak tradisi.


tabur dgn bawang goreng.Selalu di buat pada kenduri kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:24 PM | Show all posts

Reply #5 ninoZ's post

terima kasih for ur recipe ninoZ....kupay nak try bt la...my dad suke sgt makan kuih2 kampung mcm ni...thanks sgt2 bg resipi ni....nnt kupay dh try bt...kupay bgtau ye....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:34 PM | Show all posts
macam ne rasa dia?....ada mcm dodol jugak ke?..x penah jumpa lg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2007 11:32 PM | Show all posts
rasa dia...hmmmm..
creamy yet light ..dodol veri veri rich due to santan
mesti taruk bwg goreng tu dgn sedikit minyak goreng..texture n rasa bwg goreng tu compliment rasa creamy n lemak adunan tepung
alaa kero kero...buat je laa
senang je tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:39 PM | Show all posts
ooo...baru perasan, ada letak gula rupanya..kira ada manis jugak yea..

kalo buat, nanti ada yg x suka makan..so nanti kalo kero terjumpa org jual, baik beli 1 & rasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 07:11 AM | Show all posts
Originally posted by ummihafiy at 20-9-2007 04:35 PM
sori harum.... baca qasidah tahu la....



x per umi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:12 AM | Show all posts
Originally posted by aamoi at 20-9-2007 05:08 PM
jumpa pun


KUIH QASIDAH

Bahan-bahannya

300gm tepung gandum
2 helai daun pandan
2? - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
1? cawan gula, atau secukup manis yang diperluk ...


maceh aamoi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:14 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 20-9-2007 05:39 PM
meh kita kasik yg proper..Qasidah utara punya tauuu
yg ade santan n teloq tu rasanya terengganu punya..yg dia akan bentuk2 mcm bunga ros kan?

Qasidah Utara

2 cawan tepung gandum
4 cawan a ...


tq ninoz
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:15 AM | Show all posts
Originally posted by maisya at 20-9-2007 09:50 PM
sama ke dengan kuih asidah yg nek_fiona bagi resepi ni? Nie ambik dari thread KUIH TRADISIONAL PELBAGAI NEGERI


yang nie versi pahang erk....

1st time harum tengok kueh nie ada letak kayu manis....

tq maisya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:17 AM | Show all posts
sebenarnya dah jenuh harum carik kat pasar ramadhan.... x jumpa kat sini...
kalau kat keda, insya Allah jumpa

alhamdulillah, dapat jugak resepinya...... boleh la try buat....

thanx kepada kengkawan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:34 AM | Show all posts

Reply #1 harumanisz's post

zaman2 skolah dulu mak slalu buat kuih ni...
esp klau ada majlis baca yassin...
siap corak munger2 lagi..

tp tiap kali mak buat kuih ni..tiap kali nak menangis..
sbb kita tak suka...
kombinasi kuih + bawang goreng tu kita tak leh terima
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:46 AM | Show all posts

Reply #551 kismis's post

thx kismis try resepi tu..

rupa tu dah ok...sbb mmg rupa akok ni berkedut2 mcm tu la
family kami mmg panggil akok kedut
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by nhuda at 21-9-2007 07:34 AM
zaman2 skolah dulu mak slalu buat kuih ni...
esp klau ada majlis baca yassin...
siap corak munger2 lagi..

tp tiap kali mak buat kuih ni..tiap kali nak menangis..
sbb kita tak suka... ...


memang kueh nie orang dulu2 rajin buat... tapi sekarang nie macam semakin pupus lak...

harum lak suker rasa kueh  kombinasi rasa bawang goreng... unik n sudah pastinya lazat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 20-9-2007 09:50 PM
sama ke dengan kuih asidah yg nek_fiona bagi resepi ni? Nie ambik dari thread KUIH TRADISIONAL PELBAGAI NEGERI

mcm tu ropenyer ek... tak pernah tgk ar, makan lagi ar tak pernah...   
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 12:21 PM | Show all posts

Reply #572 harumanisz's post

  sama2    
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:00 PM | Show all posts
soulha copy paste dari berita harian online...kot saper nk berdiskas or saper tau resepi lama yg tertera kt artikal tu..boleh dikatakn bnyk jg kueh yg soulha sendiri tk pernah dngr nama dia...klu saper2 tau boleh ler kongsi resepi tu yer..

Kuih Ramadan



BUNGA pundak kuih tradisi Kedah. (tengah) BUAH tanjung kuih tradisi Kelantan. (kanan) PIANA kuih tradisi Kelantan.

Hidangan tradisi hanya boleh diperoleh sepanjang bulan puasa

KEDATANGAN Ramadan mendatangkan seribu satu rahmat pada umat Islam. Kegirangan menyambut kedatangan bulan mulia ini sememangnya sentiasa meriah semeriah deretan gerai di Bazar Ramadan.

Seawal jam tiga petang orang ramai sudah berpusu-pusu menjelajah dari gerai ke gerai mencari kuih muih dan lauk pauk yang kena dengan selera masing-masing. Ada yang biasa dilihat, tidak kurang juga yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

Daripada karipap dan murtabak, pelbagai jenis agar-agar, kebab,seri muka, seri kaya, roti jala dan paling banyak tentunya masakan darinegeri Pantai Timur dari lompat tikam, akok, beko juga nekbat.

Peluang singgah di Bazar Ramadan juga dinantikan kebanyakanorang yang ingin mencari kelainan untuk mendapatkan makanan tradisionalyang hanya dijual pada Ramadan. Mereka juga mahu mencari kuih yangpernah dibuat ibu di kampung bukan sekadar untuk mengisi perut yangkosong tapi dapat mengimbau kembali kenangan berbuka bersama keluargaketika kecil.

Agak sukar menjejak kuih yang sememangnya tulen dan berasaldari sesuatu negeri. Misalnya di Selangor dan Kuala Lumpur, mungkinterlalu banyak evolusi yang membawa pelbagai bangsa dan rakyat daripelusuk negara ke pusat pentadbiran negara ini, menjadikan dua tempatini mengalami banyak perubahan termasuk dari segi pengolahan carapenghasilan makanan tradisional.


Penulis buku masakan, Norzailina Nordin,berkata di Selangor, masyarakatnya banyak terpengaruh dengan gayamasakan orang Bugis.

揂ntara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakatnyaadalah kuih Bugis Mandi. Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang hampirsama dengan kuih Badak Berendam namun bebolanya lebih kecik menyerupaiBuah Melaka.

"Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yanghampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengancampuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengangula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh," katanya.

Di Johor, Sup Tulang Merah yang mempunyai rasa dan warna yangamat berbeza dengan sup biasa boleh dilihat pada Ramadan dan tidak padahari biasa.

Penjual sup itu, Shamsiah Mohd Resak tidak pasti asal usulsup itu tetapi resipinya ialah tulang sendi 'gearbox' kambing keranasaiznya yang lebih kecil berbanding lembu yang lebih besar serta sukaruntuk dimakan dan dimasak.

Hidangan pencuci mulut Puding Diraja, Opor Daging Kerbau danTemosa Diraja adalah tiga jenis makanan istimewa di Pahang yangsememangnya antara identiti rakyat negeri itu.

Pengusaha katering, Hanizah Razali berkata, Puding Dirajadiperbuat daripada empat bahan utama iaitu pisang lemak manis(digoreng) biji gagus, buah prun dan ceri. Urat emas yang diperbuatdaripada kuning telur menjadi penyeri kepada makanan itu.

"Keistimewaan Temosa Diraja terletak pada intinya yangdiperbuat daripada daging ayam dikisar halus, hirisan telur ayam danrempah manakala kelebihan Opor Daging Kerbau terletak pada warna hitampekatnya, daging kerbau yang lembut serta campuran rempah ratus,"katanya.

Kuih suji semia, keseri dan halwa maskat amat terkenal diPulau Pinang sebagai kuih tradisi masyarakat India Muslim yang menjadipembuka selera sewaktu berbuka selain dihidangkan ketika majlisperkahwinan.

Kuih tradisional Melayu seperti serabai dan pengat ubi kayujuga mendapat sambutan pada bulan puasa. Kuih serabai dihasilkanmenggunakan adunan tepung beras dan santan manakala kuahnya menggunakantepung beras dan gula.

Di Perak, masakan telur ikan loma goreng, ikan timah gorengdan kuih jongkang menjadi antara masakan yang dihidangkan pada Ramadan.

Istimewanya ikan loma ini ia hanya ditemui pada musim hujanatau ketika bulan gelap dan rupanya seakan-akan ikan kembung danmempunyai telur berwarna hijau, apabila dimasak berwarna kuning pucat.

Kuih muih tradisional Kelantan memang sudah terkenal dikalangan rakyat negara ini seperti tahi itik, pauh dilayang, massejemput, piana, buah tanjung, jala mas, akok, nekbat, nasi kaya,rokong golong, cek mek molek, murtabak raja dan agar-agar warna warni.

Kebanyakan kuih tradisi ini diwarisi daripada nenek moyangsebelum dikomersialkan. Keistimewaan kuih tradisional Kelantan keranaia tahan lama, selain manis dan lemak kerana menggunakan adunan santan,gula dan telur.

Satu-satunya kuih di Negeri Sembilan yang masih bertahansehingga kini tetapi amat sukar ditemui kecuali sepanjang Ramadanadalah kuih Sopang.

Kuih Sopang terkenal di Kuala Pilah dan dihasilkan daripadabeberapa bahan seperti tepung pulut, gula Melaka dimasak dengan kelapamuda parut untuk inti, santan pekat dan sedikit tepung serta garamsecukup rasa.




Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang samaseperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza samasekali dari segi proses dan juga rasa.

Di Kedah, kuih bunga pundak berinti kelapa adalah makanantradisi masyarakat Melayu di negeri jelapang padi ini. Kuih inidinamakan sempena warna bunga pokok pundak.

Kuih yang enak dimakan ketika panas ini kelihatan mudahdibuat namun ia sebenarnya memerlukan kemahiran tinggi untuk dibuatkhususnya ketika proses mengayak tepung dan melipat.

Walaupun pelbagai jenis kuih muih tradisional boleh ditemuisepanjang Ramadan, jangan lupa makanlah sekadarnya saja terutama merekayang mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti diabetes keranakebanyakan kuih tradisi memang manis. Tambahan pula, berlebih-lebihanitu adalah pembaziran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 01:26 PM | Show all posts

MASAK DODOL PAKAI MICROWAVE - 15 minit jer dah siap!

den dah cubo resepi dodol roshayati, tapi den malas nak mengacaunyo, so den experiment lar, den pakai microwave jo. masuk je adunan ke dalam microwave, set it for 3 minutes, keluarkan, kacau sekejap, masukkan lagi ke dlm microwace for 3 minutes, then keluarkan kacau lagi, cam tu lar...sampai masak!

15 minutes jer dah masak dodol den ni ha...



DODOL  
Sumber -  Roshayati (Resipidotnet)

500g tepung pulut
5 cawan santan cair

Bancuh tepung pulut dengan santan cair hingga sebati. Tapiskan.

1 kg gula merah
1 kilo gula pasir
1 kg pati santan

Masak bahan di atas hingga gula hancur.

Isi durian ikut selera

Campur smua bahan di atas dan masak atas api kecil. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus. Kacau hingga terbit minyak dan adunan tidak melekat ditangan bila dipegang.

Lagi lama dikacau dengan api kecil, dodol akan tahan lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081767 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list