CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerill

Latest DCT at reunion Clifford

   Close [Copy link]
Post time 4-8-2010 03:29 PM | Show all posts
Bercuti untuk tumpu bisnes
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
2010/08/04      SEKITAR Jun dan Julai lalu, hampir setiap hari jadual harian Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, dipenuhi dengan pelbagai undangan persembahan khususnya program muzikal di serata stesen televisyen. Antara yang menarik adalah Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza (LDDSN).


BANGGA...Siti bersama pelajar SMC ketika reunion yang mengumpulkan 2,000 bekas pelajar, Sabtu lalu. Sengaja, wanita jelita mesra disapa dengan panggilan Siti ini membiarkan dirinya sibuk untuk tempoh itu supaya dapat melangsaikan segala tanggungjawab sebelum bercuti panjang.

Hujung minggu lalu, penghibur tersohor itu sempat menjengah kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang, memenuhi undangan ‘reunion’ Sekolah Menengah Clifford (SMC), tempat Siti menuntut ilmu sehingga di tingkatan lima. Kesempatan itu digunakan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa untuk bertemu ibu tercinta, Salmah Bachik serta sanak saudara.


Sehari sebelum tiba di desa yang cukup permai itu, Siti baru pulang menunaikan umrah di Makkah dan pemergian ini sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Alhamdulillah, saya dan suami selamat menunaikan umrah dan berada di Makkah sempena Nisfu Syaaban pada 24 Julai dan kami berada di sana dari 24 hingga 29 Julai.


“Memang impian kami berdua untuk setiap tahun dimurahkan rezeki untuk berada di Makkah sewaktu Nisfu Syaaban dan juga Ramadan. Pemergian ini sebenarnya adalah hal yang tidak perlu diuar-uarkan kecuali kalau ditanya, saya akan jawab,” katanya.


Pemergian Siti menunaikan ibadat itu bukanlah pertama kali. Boleh dikatakan hampir setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, Siti kerap ke Tanah Suci Makkah menunaikan ibadat selain memohon keberkatan serta memohon hajat.


“Seperti biasa, saya akan berdoa merangkumi segala-galanya daripada hal peribadi, keluarga, rezeki, kejayaan, kesihatan termasuk kesejahteraan buat seluruh umat Islam,” katanya.


Sepanjang di Makkah menyerahkan seluruh tumpuan melakukan ibadat, sahabat baiknya, siapa lagi kalau bukan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti (KD) dilanda kontroversi. Janda Anang Hermansyah itu mencium teman lelakinya, jutawan Timur Leste, Raul Lemos di hadapan media Indonesia ketika sidang media di Jakarta. Perbuatan KD mendapat kritikan penduduk di Indonesia hingga KD memohon maaf. Ternyata semua ini turut memberi tempias kepada Siti apabila peminatnya di Malaysia menganggap perbuatan KD itu memalukan dan menjatuhkan maruah wanita. Mereka meminta Siti menasihatkan KD malah tidak kurang yang menyindir Siti atas perlakuan KD itu.


Dengan tenang, Siti mengatakan setiap manusia melakukan kesilapan dan apa yang terjadi pada KD adalah pengajaran buat dirinya dan pasangannya, Raul. “Semoga KD belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi kerana dia adalah idola peminatnya,” katanya enggan mengulas panjang.


Pada temubual yang diadakan secara eksklusif itu, penyanyi yang melonjak dengan lagu Jerat Percintaan ini sempat berkongsi pengalamannya sepanjang belajar di SMC. Sudah 14 tahun Siti meninggalkan alam persekolahan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1996.


Ketika berstatus pelajar, antara detik paling manis dalam kamus hidup Siti apabila dikelilingi rakan sekolahnya. Ketika itu tumpuannya hanya pada pelajaran bukan hal remeh-temeh sebagaimana yang dilaluinya sepanjang bergelar artis.


“Selama bergelar pelajar di SMC, saya melalui pengalaman yang sangat berharga. Selain menimba ilmu, banyak mengenal erti persahabatan, tanggungjawab dan juga menjadi seorang yang dedikasi,” katanya.


Seperkara yang menariknya mengenai SMC, ia begitu dikenali kerana kejayaannya melahirkan ramai tokoh berjaya. Mereka yang pernah menuntut di sekolah itu termasuk Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; bekas Menteri Luar, Allahyarham Tun Muhammad Ghazali Shafie; bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Radin Soenarno dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Abdul Kadir Mohamad.


Tokoh lain, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Badaruddin Abdul Rahman; bekas Pengerusi RHB Bank Berhad, Datuk Mohd Ali Hassan; bekas Timbalan Pengarah Urusan Malaysian International Shipping Corporation (MISC), Datuk Abdul Ghani Mohamed Nor dan bekas Pengarah Kelab Golf Desa Rantau Petronas Terengganu, David Lim Yik Ong.


Menjadi pelajar SMC adalah satu kebanggaan buat Siti dan dia turut menceritakan keistimewaan SMC dalam melahirkan ramai individu yang berpengaruh seperti hari ini.


“Saya percaya setiap dari kita mempunyai matlamat dan cita-cita. Di sekolah ini, sejak awal mempunyai sejarah melahirkan insan berjaya dan mereka ini juga kembali ke sekolah untuk berbakti dengan memberi sumbangan serta motivasi kepada pelajar yang masih menuntut.


“Inilah semangat yang membuatkan Clifford begitu dikenali melahirkan ramai insan berjaya. Paling penting, saya sangat gembira kerana pada majlis ‘reunion’ ini saya bertemu semula ramai rakan sekelas saya yang sudah lama terpisah. Kebanyakan mereka semuanya sudah berkeluarga dan ada yang berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.


Bukan hanya Siti yang mendapat pendidikan di sekolah berkenaan, bahkan empat lagi adik-beradiknya yang turut berkecimpung dalam bidang seni juga bekas pelajar sekolah itu, Saiful Bahri (Ayie), Saida, Sairah dan Mohd Ali. Malah kakak iparnya, Rozi Abdul Razak merangkap Pengurus Peribadinya, turut menuntut di sekolah sama. Perhimpunan itu berjaya mengumpul 2,000 bekas pelajar sekolah itu dan ia adalah program julung kali diadakan dalam skala besar. Program itu menghimpunkan kembali bekas pelajar yang bersekolah di situ sejak era 50-an hingga sekarang.


Sebelum mengakhiri perbualan, Siti yang sudah pun mula bercuti sehingga hujung tahun, sempat ditanya mengenai perancangan sepanjang tempoh rehat yang panjang itu termasuk perancangan sepanjang Ramadan “Saya bercuti seketika bagi memberi tumpuan kepada SimplySiti dan pada masa sama, turut ke luar negara melihat kilang yang akan bekerjasama untuk rangkaian produk SimplySiti seterusnya.


“Semestinya juga sepanjang Ramadan ini, tumpuan saya serta suami untuk memperbanyakkan ibadat di bulan yang mulia,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 03:32 PM | Show all posts
Reply 542# elorna


    alamak elorna......jgn lah mare kot....dah mmg upenye cenggitu. tp ku tetap jgk lah minat lagu2 dct ni..peace no war
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:34 PM | Show all posts
Reply 560# shaida84


jenuh nak kejar, nak load gamabr janganlah kira...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 03:36 PM | Show all posts
kerill Post at 3-8-2010 14:43



    kelas CT ker ni...cantik nye..cam tadika pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 04:07 PM | Show all posts
Reply 561# nabs


    Siti baru pulang menunaikan umrah di Makkah dan pemergian ini sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

wah2.... Alhamdullilah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 04:09 PM | Show all posts
wah...syok laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2010 04:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 04:31 PM | Show all posts
beruntungnya DCT tiap2 tahun boleh g umrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 04:34 PM | Show all posts
x namanya rahsia la mek oi... dh kalu ko menceritakannya jugak pemergian menunaikan umrah tuh....

jwb je la biarlah rahsia... lg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 04:46 PM | Show all posts
bestnya gi umrah...

dpt gi tetiap tahun tu... rezeki rezeki nikmat allah bagi..

bukan semua orang dapat...mabrur la hendaknya. moga yg di doakan makbul....

janji allah ni pasti.. kalau kita syukur.. lagi ditambah nikmat.. kalau kufur.. sundrik mau ingat lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 05:00 PM | Show all posts
samshik Post at 3-8-2010 15:07



    ape buruk nye nie...
    fesyen teburuk tok ti yang pernah ak tgokkk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 05:20 PM | Show all posts
Bercuti untuk tumpu bisnes
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
2010/08/04      Bercuti untuk tumpu bisnes
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
2010/08/04      SEKITAR Jun dan Julai lalu, hampir setiap hari jadual harian Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, dipenuhi dengan pelbagai undangan persembahan khususnya program muzikal di serata stesen televisyen. Antara yang menarik adalah Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza (LDDSN).

nabs Post at 4-8-2010 03:29 PM


diva?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 05:32 PM | Show all posts
ape buruk nye nie...
    fesyen teburuk tok ti yang pernah ak tgokkk....
intanz19 Post at 4-8-2010 17:00



    teruk die kena time tu.. cian jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 08:49 PM | Show all posts
yang maner.. yang berseluar pendek dari biaser tu ek?? kui kui
samshik Post at 4-8-2010 08:51


yola..sbb lain dr biasa la tyeee,,
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 08:50 PM | Show all posts
yang nie gambo apo lak yang ekau melopong nie??
samshik Post at 4-8-2010 08:54



   yg pkay suaq..nmpak peha besau...!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 08:58 PM | Show all posts
fesyen dia skang nmpkan dia jd tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 09:09 PM | Show all posts
Reply 19# kerill


    adik dia tu si Saerah tu apakah sumbangan dia kat seni tanahair ni.....melakukan perkara sumbang adalah aku tengok. kesian budak tu..dah rupa kelapa basau aja la aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 11:19 PM | Show all posts
siti kalau tak make up tebal lebih nampak muda dan cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 11:19 PM | Show all posts
siti kalau tak make up tebal lebih nampak muda dan cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 11:39 PM | Show all posts
Reply 7# kerill


    Key kepala dia pakai tu ada tulis nama dia ek... uihhhh cayalah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.261976 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list