CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak Negeri Sembilan #131

 Close [Copy link]
Post time 21-12-2022 01:00 PM | Show all posts
Page 29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 01:01 PM | Show all posts
To page 30 ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:32 PM | Show all posts
Tashu replied at 20-12-2022 06:36 PM
alhamdulillah.

so xde masalah nk g keje kan?

setakat ni tak ada masalah lagi nak pergi keje?

kawasan Sha macmana?
ramai yg terlibat?


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:32 PM | Show all posts
Mayat mangsa ke-25 ditemukan pada kedalaman 17 meter, di sebalik batu besar


PASUKAN SAR menemukan mayat ke-25 tragedi tanah runtuh Batang Kali. FOTO ihsan bomba


Hulu Selangor: Mayat kanak-kanak perempuan yang ditemukan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, malam tadi berada pada kedalaman 17 meter di bawah tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mayat ditemui pada jam 10.49 malam di Sektor C selepas kerja pengorekan tanah dilakukan oleh jengkaut (excavator).

"Dalam operasi sebelum ini, jentera mengorek kira-kira 12 meter runtuhan tanah dan berhenti selepas menemui batu besar di tanah.

"Ketika itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyangkakan sudah berada di tanah asal, namun pengiraan tanah dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mendapati tanah tertimbus masih dalam lagi.

"Oleh itu, pengorekan tanah diteruskan semula sehingga kedalaman lima meter dan menemui mayat kanak-kanak terbabit di sebalik batu besar," katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Hafisham berkata, misi SAR disambung semula pada jam 8 pagi ini dan pihaknya yakin akan menemui mangsa lain di kawasan berdekatan susulan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, operasi yang memasuki hari keenam hari ini membabitkan kekuatan 106 pegawai dan anggota iaitu berkurangan berbanding 135 anggota sebelum ini.

Ditanya mengenai jumlah anggota SAR yang dikurangkan, beliau berkata, keadaan tanah yang lembut dan berair dikhuatiri berisiko kepada pasukan keselamatan sekiranya jumlah keanggotaan yang ramai di lokasi selain lebih memfokuskan kepada penggunaan jentera berat.

"Kita menggunakan teknik menebang pokok dan meletakkan kayu di kawasan pengorekan. Kerja pengorekan dilakukan dalam keadaan bahaya kerana air membuak keluar.

"Kita terpaksa menghentikan operasi. Jika pasukan ramai pasti membahayakan. Jadi hari ini kita akan mengehadkan pergerakan masuk di lokasi," katanya.

Selain itu, katanya, anggota keselamatan turut ditugaskan di lokasi untuk memantau keadaan tanah dan sekiranya ada pergerakan atau gelinciran tanah, mereka akan membunyikan siren.

Beliau berharap orang ramai mendoakan keselamatan pasukan SAR dan berharap baki lapan mangsa yang hilang dapat ditemui hari ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sebalik-batu-besar
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:48 PM | Show all posts
tari replied at 21-12-2022 09:21 AM
hahaha...

aritu matt teka bola tak tepat

memang tak tepat
matt teka 3-1
tapi jadinya 3-3


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
war memorial kundasang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
in war memorial kundasang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
in War Memorial Kundasang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
in War Memorial Park Kundasang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:43 PM | Show all posts

BATANG KALI – Satu mayat ditemukan pada hari keenam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting di sini pada Rabu.
Mayat lelaki dewasa itu dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi di sektor B (riverside).

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.
Untuk info, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.
Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.
Mangsa yang meninggal dunit terdiri lima lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:55 PM | Show all posts

Hujan lebat..tenet slow

Nasi lemak ngap semlm...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:57 PM | Show all posts
Nasi hujan panas..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:03 PM | Show all posts
Ayo nyo


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:06 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:06 PM | Show all posts


Terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas.

by  Budiey

Seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng?, ‘The Masked Singer Malaysia’ kinikembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.

‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapanorang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut.Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Terdapat15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

The Masked Singer Malaysia” musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


FORMAT DAN KONSEP ‘THE MASKED SINGER MALAYSIA 3’

Untuk 11 minggu berturut-turut, 15 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi di dalam sepasang kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.
Identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan juri. Malah ia juga dirahsiakan daripada ratusan krew produksi.
Untuk pengetahuan anda, peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ juga tidak mengetahui identiti di sebalik topeng peserta lain sehinggalah program ini ditayangkan di kaca TV dan sehingga peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti sebenar.
Sebelum setiap persembahan bermula, paparan video klu akan ditayangkan untuk memberi petunjuk bagi membantu panel juri dan juga penonton untuk meneka dengan tepat.
Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan memberi tumpuan ke pentas dan meneliti setiap aspek seperti gaya suara, karakter di pentas, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti disebalik topeng. Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan.
Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan cuba untuk meneka siapakah selebriti di sebalik topeng tersebut.
Juri akan memberikan markah bagi setiap persembahan dan peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.
Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu-tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri dan juga penonton.
Peserta terakhir yang akan didedahkan identitinya pada episod terakhir merupakan juara program realiti ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga!



KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO
Norzeha Mohd Salleh
Ketua Saluran Astro Warna

“Apa yang membezakan Astro dengan pesaing-pesaing yang lain adalah kualiti dan kesungguhan kami dalam memberikan hiburan premium kepada masyarakat Malaysia. Ini termasuk mengadaptasi rancangan-rancangan bertaraf antarabangsa yang ternyata terbukti berjaya.

‘The Masked Singer Malaysia’ menunjukkan formula adaptasi mampu menarik minat jutaan penonton, di mana-mana platform Astro dengan nilai produksi yang tinggi, setanding dengan negara-negara lain yang turut mengadaptasi rancangan tersebut.


Dengan kejayaan musim sulung dan keduanya, Astro tidak teragak-agak untuk membawa semula ‘TMSMY’ untuk musim ketiga. Tampil dengan lagi gah dan vibrant, ‘TMSMY’ kali ini tidak akan lekang oleh waktu, malah tidak akan kering daripada elemen-elemen hiburan yang penuh dengan kejutan. Kali ini, kami akan menampilkan 15 figura-figura tanah air yang tidak asing lagi, namun pastinya identiti mereka dirahsiakan di sebalik topeng berbusanakan rekaan-rekaan hebat.

Setiap musim, kami pasti akan naikkan tahap pertandingan kami dengan kostum yang lagi hebat dan menakjubkan. Koleksi busana kami kali ini menggambarkan betapa eklektiknya design atau rekaan Akma Suriati Awang yang turut mendapatkan sentuhan istimewa Hatta Dolmat.

Selain daripada itu, kami turut memaparkan banyak muka-muka baharu sebagai Juri Tetap kami yang semestinya akan menghangatkan lagi rancangan kegemaran ramai termasuk Zul Arrifin, Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad. Ternyata rancangan seperti ini turut menarik minat selebriti-selebriti tersohor negara bukan sahaja untuk menyertainya malah untuk menjadi juri.

Pihak Astro amat berharap agar musim ketiga kekal mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Pasti semua tidak sabar untuk memula meneka– Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!”

Kredit : Budiey.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:07 PM | Show all posts
6 more
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 03:07 PM | Show all posts
5 more
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:08 PM | Show all posts
4 more
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:08 PM | Show all posts
3 more
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:08 PM | Show all posts
2 more
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.516048 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list