|
KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM
[Copy link]
|
|
zielajalil ️ #bukankeranaakutakcinta 44min .
zielajalil Lagu "SALAHKAH" nyanyian Dato Rossa and Hafiz ️ utk drama #bukankeranaakutakcinta 39min .
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Rehearsal 1h .
|
|
|
|
|
|
|
|
Rossa Nafi Kurang Yakin Dengan Hafiz Suip
27 Nov 2013, 01:39am | Miss Ayu
Penyanyi yang baru dikurniakan gelaran Datuk pada ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang pada 24 Oktober lalu, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa menafikan dia kurang yakin dengan Hafiz apabila diminta berduet dengan penyanyi itu menerusi lagu ‘Salahkah’.
“Apabila saya ditawarkan untuk berduet dengan Hafiz, saya memang berasa agak bimbang, bukan kerana tidak yakin dengan kekuatan vokal dia, tetapi saya bimbang tidak dapat mencari lagu yang sesuai untuk tona vokal kami berdua. Untuk menyanyikan sebuah lagu duet, vokal kedua-dua penyanyi harus bersatu.
Jadi, jangan salah sangka yang saya tidak yakin dengan Hafiz. Saya tahu Hafiz punya suara yang baik kerana dia juga pernah berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. Saya sudah kenal dengan Hafiz. Cuma hubungan kami biasa-biasa sahaja. Saya tidak punya masalah bekerjasama dengan Hafiz, kerana dia profesional, ” ujar Rossa ketika ditemui di majlis ramah mesra Rossa bersama Yayasan Destini Anak Bangsa di Univesiti Teknologi Mara pada Selasa.
Bercerita lanjut tentang lagu duet terbarunya itu, Rossa memberitahu dia sangat gembira dan berbesar hati apabila pihak Astro menghubunginya untuk berkolaborasi dengan Hafiz.
“Lagu ini dirakamkan untuk lagu tema sinetron (drama bersiri) Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang akan tayangkan di Astro. Ini kali pertama saya merakamkan lagu untuk drama, jadi sudah pasti saya teruja dan bersyukur kerana dapat kesempatan ini. Saya difahamkan cerita ini diadaptasikan daripada novel. Saya pun sudah baca sinopsis yang dihantar oleh pihak Astro dan saya berpendapat cerita ini bagus.
‘Salahkah’ merupakan lagu ciptaan Charly, Setia Band dan garapannya dilakukan oleh Badai Kerispatih dan bekas suami saya. Yoyo yang bermain dram. Lagu ini sudah dibuat tiga tahun lalu. Saya memang ingin sangat berduet untuk lagu ini. Jadi apabila dapati liriknya sesuai dengan jalan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta, terus saya cadangkan lagu ini. Tak sangka mereka (Astro) pun suka dengan lagu ini,” cerita Rossa teruja.
Reaksi Dapat Gelaran Datuk
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Ayat-Ayat Cinta', 'Atas Nama Cinta', dan 'Hey Ladies', ini turut memberi komen tentang gelaran ‘Datuk’ yang disandang olehya. Jelas Rossa sebagai penyanyi yang selalu dekat dengan Malaysia, dia sangat bersyukur dengan pengiktirafannya itu.
“Alhamdulilah ini rezeki daripada Allah. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh terpilih. Saya sama sekali tidak sangka akan mendapat pengiktirafan sebesar ini. Ini adalah amanah Allah, jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk memberi sumbangan kepada Malaysia dan juga Indonesia. Penghargaan ini cukup besar,” ujar Rossa mengakhir perbualan.
http://www.gua.com.my/berita-art ... gan_Hafiz_Suip.html
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip With the cuties 2h
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 28-11-2013 05:21 PM
Hafiz tengah berusaha nak menyamai tona kulit Black ker ?
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Macam comel jer macam cantik jer...macam nak sut jer muka macam nak smackdown jer 4h
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Salahkah asalnya untuk Anuar Zain
Ditulis oleh Rosli Manah Jumaat, 29 November 2013 00:52
Lagu terbaru nyanyian Datuk Rossa dan Hafiz Suip, Salahkah asalnya disimpan oleh Rossa untuk dinyanyikan secara duet dengan Anuar Zain. Tapi dek kerana Anuar dan Rossa masing-masing sibuk lagu tersebut tersimpan selama dua tahun. Rossa simpan dengan hasrat menunggu masa sesuai untuk dirakam.
Tapi bila dia diminta merakam lagu duet untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, lagu tersebut terlintas di kepala Rossa. Nampaknya rezeki lagu tersebut menjadi milik Hafiz.
'Pihak pengurusan saya memberitahu pasal projek rakaman OST drama di Malaysia. Saya minta sinopsis ceritanya. Bila saya membaca kisah dalam drama iini pasal cinta yang tak direstui, saya terus ingatkan lagu ini. Walaupun Charly Setia Band menciptanya dua tahun lalu, tapi ceritanya kebetulan sama," cerita Rossa semasa ditemui pada majlis pelancaran drama terbitan Ziela Jalil itu. Drama di saluran Astro Mustika HD sebanyak 60 episod yang diangkat daripada novel itu menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.
"Anuar dah pun dengar lagu ini, tapi sebab sibuk kami tak sempat rakam. Saya masih berharap dapat merakam lagu duet dengannya suatu hari nanti," kata Rossa.
Rossa juga memuji Hafiz yang menyanyikan lagu itu dengan penuh jiwa. Mereka juga tidak saling menonjolkan kekuatan vokal sebaliknya menyanyinya mengikut kehendak cerita dalam lagu.
Hafiz pula akui dia menggeletar semasa masuk studio rakaman di Jakarta. Mereka membuat rakaman serentak dan seterusnya menjalani rakaman klip video lagu itu di Jakarta awal bulan ini.
"Datuk Rossa seorang yang profesional dalam kerja," puji Hafiz.
~~~ manggaonline.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|