|
Originally posted by thelauncher at 15-9-2004 09:27 AM:
ikhlas aku cakap...aku sokong filem melayu yg berkualiti mcm PGL saje
lain2..esp filem yg diarah olh pengarah2 ni:Usop Selam,Prof Razak,Z Lokman dan seangkatan...sori!
kalau UWei punye cite,mam ...
same ler ngan aku antara film melayu yg aku tgk yg aku rasa bermutu jer & dr pengarah yg tak pernah mengecewakan aku... prof razak (anak mami) & usop selam (sembelit) aku pernah tgk sekali tapi mengecewakan, pas tu aku pangkah kedua2 director ni & sumpah tak mo pi tgk... z lokman aku tak pernah tgk lagi citer dier kat wayang sbb kat tv pun geli nak tgk... aziz, bada, erma, uwei dll aku sokong film dieorg kat panggung |
|
|
|
|
|
|
|
PGL
jem la cita ni...slow gila...any comment |
|
|
|
|
|
|
|
Veteran Hamzah gives thumbs-up to 'Puteri Gunung Ledang'
BY ZIEMAN
PETALING JAYA: The epic Puteri Gunung Ledang has triggered sweet and nostalgic memories for veteran scriptwriter Hamzah Hussein.
Forty-three years ago he wrote the script when the film, about a mystical mountain princess, first made the cinema circuit. The black-and-white flick starred Singaporean model-dancer Elaine Edley in the lead role.
Actor-turned director S. Roomai Noor directed the 1961 movie, which was produced by Cathay Keris and also featured Fatimah Ahmad, Wahid Satay, Mazlan Ahmad and Puteh Lawak.
Hamzah was 34 when he wrote the script, after a lengthy and in-depth research on the popular Malay folklore.
It took 40 days to shoot the film at the foothills of Gunung Ledang (also known as Mount Ophir), wedged in between the boundaries of Johor, Malacca and Negri Sembilan. The movie was produced at a cost of S$50,000 (RM115, 000).
Hamzah: 'It may well be the best Malay movie ever made'
Watching the new Puteri Gunung Ledang, which cost a whopping RM20mil, warmed his heart.
揂rtistically, it抯 the most beautiful Malay movie I have ever seen, |
|
|
|
|
|
|
|
sumber yg aku dapat dr Kosmo! semalam PGL dapat anugerah istimewa masa kat Venice,walaupun tak berjaya meraih anugerah Pengarahan Filem Pertama Terbaik tapi kekecewaan itu terubat bila team produksi PGL diberi Anugerah Istimewa Penyertaan kerana pencapaian PGL yg cemerlang sepanjang penyertaannya dalam festival tu.
Anugerah berbentuk plat itu dianugerahkan olh penganjur festival kpd Tiara sendiri selaku penerbit eksekutif.Gil Rossellini,penerbit bersama untuk pasaran Kesatuan Eropah turut menerima anugerah krn membawa PGL kpd festival itu.
Dan lagi,ada penganjur festival film dr Stockholm yg dtg ke festival filem tu menjemput/menawarkan penyertaan PGL utk bertanding ke Festival Filem di Stockholm November ini.
Syabas PGL!!!Amacam.... hebat tak org kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Filem-filem lapuk (bahasa my mother) byk berkisar tentang kehidupan dan sejarah yg boleh membentuk siasah individu. I hope lepas nie, pengarah2 filem Msia takdelaa asyik nak buat filem hiburan jek... |
|
|
|
|
|
|
|
berapa dah kutipan PGL setakat nie? |
|
|
|
|
|
|
|
FILEM YG BAIK TETAPI MEMALUKAN
Ofismate aku baru bagitau apa yg tertulis dalam soratkabar Cina dua hari lepas, surat dari seorang penonton filem Cina...
menurut surat tu dia terhibur dengan filem PGL tetapi kesal dengan sikap penonton melayu yang tidak menghormati filem tersebut serta penonton lain.. penonton2 bangsa melayu bercakap dlm panggung, beromen..
katanya apa yg ditunjukkan ttg melayu dalam filem tu tak serupa dengan melayu yg ada di dalam panggung... melayu yg ada dlm PGL penuh adab sopan ttp dlm panggung dok beromen...sungguh memalukan... bagi org melayu yang mengaku agama islam (pakai tudung lak tu)...
insya allah kalu ada sesiapa kat sini yg reti translate bahasa cina aku cari & scankan paper tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jinakji at 16-9-2004 10:56 AM:
Ofismate aku baru bagitau apa yg tertulis dalam soratkabar Cina dua hari lepas, surat dari seorang penonton filem Cina...
menurut surat tu dia terhibur dengan filem PGL tetapi kesal dengan sika ...
smlm aku pegi tgk pon aku rasa malu ngan kaum sendiri. sedih tgk bdk2 melayu kita ni asik berckp dlm panggung. aku rasa kalau tak suka filem tu pon tak sepatutnya ganggu privacy dan hak org lain yg betul2 nak tgk filem tu. aku rasa bbdk melayu yg pakai tudung tu student IPT dekat2 situ jugak. apa yg ditulis dlm akhbar cina tu aku rasa satu kebenaran, aku sendiri mengalami smlm.. SUNGGUH MEMALUKAN! |
|
|
|
|
|
|
|
adoi....inilah org kita.....dahulunya penuh adab....tapi kini semakin kurang adab........anehnya, bangsa lain yg juga "moden" tapi masih tahu menjaga adab walaupun dalam panggung wayang..... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... dapat gak anugerah... w/pun anugerah istimewa.... terbuka lak jugak mata dunia kat filem M'sia... tahniah Tiara......
pasal sikap penonton beromen tu.... something have to be done utk elakkan daripada perkara ni berlarutan.... very disturbing kalau terjadi kat kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aYuGiLeR at 16-9-2004 12:31 PM:
alhamdulillah... dapat gak anugerah... w/pun anugerah istimewa.... terbuka lak jugak mata dunia kat filem M'sia... tahniah Tiara......
pasal sikap penonton beromen tu.... something have to be d ...
aku pernah terserempak dengan keadaan yang macam ni bila aku pergi tengok PGL hari tu...tau apa aku buat?
budak2 tu duduk betul2 kat row depan aku...mula2 tu, aku sound baik2 dulu, tegur dengan elok...tak lama lepas tu diorang buat lagi, aku dah tak pedulik...orang nak concentrate tengok movie, so aku start tendang2 kerusi diorang...peduli apa aku...diorang tengok aku, aku pun bagi 'tenungan maut' kat diorang...aku tau ramai yang rasa hampeh dengan diorang ni...even yang duduk satu row dengan aku pun geram dengan budak2 ni...diorang tak berani nak buat apa sebab akhirnya sedar ramai yang marah...so diorang stop dan tak buat apa2 lagi dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 16-9-2004 02:07 PM:
aku pernah terserempak dengan keadaan yang macam ni bila aku pergi tengok PGL hari tu...tau apa aku buat?
budak2 tu duduk betul2 kat row depan aku...mula2 tu, aku sound baik2 dulu, tegur den ...
aku respek org berani mcm ko. :hatdown:
tp smlm aku tatau mcmn nak tutup mulut depa yg BANYAK sgt tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by liz at 16-9-2004 02:19 PM:
aku respek org berani mcm ko. :hatdown:
tp smlm aku tatau mcmn nak tutup mulut depa yg BANYAK sgt tu!
:bgrin: sebab aku dah marah masa tu...aku kalau marah, memang tiba2 jadi berani...mula2 tu aku terfikir jugak takut2 bergaduh dalam panggung...tapi lepas tu aku terfikir, orang2 lain di sekeliling aku pun dah tunjukkan reaksi tak suka, kawan2 aku pun dah mula bising, aku pun apa lagi...'hentam' jelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 2004-9-16 02:07 PM:
aku pernah terserempak dengan keadaan yang macam ni bila aku pergi tengok PGL hari tu...tau apa aku buat?
budak2 tu duduk betul2 kat row depan aku...mula2 tu, aku sound baik2 dulu, tegur den ...
:clap: :clap: :clap: :clap: bagus!! bagus!! berani ko.... mmg patut sound jer...
aku blom bertembung ngan kejadian cam gini.... kalau terjadi.... tak tau la apa aku nak buat.... aku pun akan sound gak cam ko rasanyer.... runsing aku ngan gangguan |
|
|
|
|
|
|
|
mm.. to me PGL longgar sangat la jalan cerita dia.. tak dapat 'rasa' pun konflik Sultan-Hang Tuah yang nakkan Retno Dumilah. Nothing. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya....tak semua org tak sukakan kebisingan dlm panggung itu ya...aku akan paste apa yg kawan aku tulis di blog dia.....pengalaman dia menonton PGL di Seremban padanya "happening" dan dia samakan suasana tu macam kemeriahan penduduk kampung di kepulaun Sicily menonton filem pada era 50an sepertimana ditunjukkan dalam filem Italy "Cinema Paradisso"......
"ari tu aku tonton ngan awan di seremban..satu experience yg aku takkan lupa..ada saja bunyi HP, budak2 menangis dan paling BEST, mamat2 ni bising tiap2 kali mis en scene filem tu bertukar..macam:
bila Tiara keluar je: "Feweeet.." "tak sakit ke telinga dia macam tu?" "Ko rasa dia nak ke tumpang motor aku", "ko rempit dia", "fuuuhh, egghhh" (penuh perasaan)
bila m nasir berjaya lawan penjahat di awal filem: "hidup M NASIR! hidup M NASIR!"
masa pengiran demak datang ke istana majapahit: "la si Ali SETAN rupanya"
waktu serangan demak: "Jahatnya kau..patutlah, kau kan SETAN"
masa m nasir jalan: "laaa, hang tuah tak potong kuku", "masa tu mana ada klip kuku"
bila sofiah jane dgn sultan: "woi, bini org tu!", "hek leh, muka seposen dapat sofea, tak aci"..dan mcm2 'ahem' lagi waktu babak ni
pokok berapi: "wooooaaaa"
bila m nasir cakap dah lama tunggu: "ewahhh"
bila m nasir dok termangu: "hek eleh, M nasir sasau.." "la, hang tuah tak semb. subuh"
masa alex komang kata tak takut dgn melayu: "kurang ajar kau!!!"
masa tiara membelakangi raja pada babak klimaks: "fuh..cayalah!"
bila akhir filem tu, ada juga yg tak puas hati: "la, lawak senario rupanya", "ending dia tak bestlah"...ada juga yg menangis, ada yg nak cepat2 keluar sebab bosan, tapi ada 35 orang yg masih duduk di kerusi, tonton end credit filem tu, termangu, berfikir..
ini pula pendapat abg aku yg baru sekali menontonnya (filem melayu terakhir yg abg aku tonton ialah lt. adnan..dia pernah suka Hanya Kawan dan Amuk..yg lain dia benci dan mmg tak suka filem melayu):
1st starting dia fail, sampailah masa nak meminang, masa tu baru ok tapi masih slow gila..make up rosak gila, tiara takde muka puteri, sofia jane lagi layak, skrip fail gila..filem ni ada sentimen2 melayu, macam nak bagi semangat
aku bagitau, mungkin seperti HERO, org luar akan suka filem ni, abg aku kata "YA, memang".
adik perempuan aku pula (yg hanya layan filem suhaimi baba dan filem aziz m osman):
enjoy, memang enjoy. tapi skrip dia tak bagus sangat, ada sesuatu yg takde..something is missing
kawan aku awan:
ok, best..lagi senang nak ikut dari Paloh. ada part2 yg best.
aku nak tulis lagi, tapi nantilah, esok la pulak..tentang NOTA KAKI PGL"
fadz
dan.....selepas itu...dia mencoret NOTA KAKI yg agak menarik bunyinya......
Nota Kaki PGL
Filem PGL dimulakan dengan pokok yang terbakar dan kata-kata Hang Tuah tentang janjinya pada Putri Retno sewaktu Putri Retno mencari-cari sesuatu dari balik kain-kain rentang putih. Semua simbol ini diberikan pada kita untuk mengingati separa sedar pada babak-babak yang akan mendatang. Ia rumusan filem ini, juga imejan kotak fikiran Putri Retno. Ia mungkin saja mimpi, tilikan, halunisasi atau enigma mainan. Enigma ini sungguh menyusahkan, seperti surreal ia datang tanpa diundang. Sureal adalah sesuatu yang boleh saja diertikan dengan pelbagai cara mengikut ketidaksedaran dan perspektif masing-masing. Ia juga merumitkan pemerhatinya. Ia adalah kunci filem ini untuk diambil erti proses mistikalnya. Kain rentang akan mengingatkan penonton bahawa itu babak pertama bibit-bibit cinta Putri Retno dan Hang TUah bermula. Pokok menyimbolkan Melaka, maka Putri ditakdirkan untuk tinggal di Melaka dan berkorban diri di sana. Putri Retno adalah seorang Hindu maka dia terbelenggu dengan karma dan adat Hindu (dan bukan saja istiadat istananya). Api dalam Hindu berkenaan dengan penyucian (simbol Dewa Vedic Agni) dan pengorbanan. Pengorbanan dan penyucian menjadi titik perjalanan yang Putri Retno terpaksa harungi. Dia dalam ketidaksedaran, sedar bahawa dia akan musnah. Tapi dia (juga penonton) tidak akan sedar bahawa dengan kemusnahan itu juga dia menyuci dirinya mencapai moksha (pembebasan dari maya), menjadi 'celestial being' yang mana disimbolkan dalam filem ini sebagai Puteri Gunung Ledang.
Api juga menyimbolkan perantaraan antara bumi ini dengan syurga (di mana proses ritual membakar itu membawa sesuatu dari dunia ini ke dunia rohani). Maka filem ini dan juga Puteri Gunung Ledang akan jadi perantaraan untuk pelbagai watak, negara dan situasi.
Situasi yang diperantarakan paling ketara adalah proses permainan takdir yang dilakukan kepada Hang Tuah dan Putri Retno. Dari perantaraan itu, pengkajian tentang makna cinta diperjelaskan antara watak-watak ini. Dalam satu babak, Hang Tuah berharap bahawa dia mahu tinggal selama-lamanya di Gunung Ledang, sedang Putri Retno ingin mencapai cinta sejati. Apa yang berlaku dalam 'perantaraan' ini adalah, di akhir filem, Hang Tuah akan menjumpai cinta sejati sedangkan Putri Retno terpaksa tinggal selama-lamanya di Gunung Ledang.
Perantaraan juga berlaku dengan perbezaan budaya negara Islam yang berbeza. Melaka disimbolkan sebagai sebuah negara Islam yang liberal, terbuka tapi masih terikat dengan adat, feudalis dan daulat. Sedangkan kerajaan Islam Demak disimbolkan sebagai negara fundementalis, ekstremis dan 'expansionist' (isu yang nampak perlu dalam PGL untuk kewujudan perbandingannya tetapi masih memberi lampu hijau penonton barat untuk menunding Islam itu ganas).
Kedua-dua negara masih terikat dengan keinginan untuk kuasa dan pemilikan harta. Proses hubungan waktu zaman klasik ini masih berdasarkan ufti (pemberian ufti atau 'tribute' menunjukkan negara itu dibawah pemeliharaan negara yang mendapat ufti itu), hadiah dan perkahwinan untuk membaik pulih dan manjalinkan hubungan antara negara.
Maka hidup perempuan dalam keluarga di raja zaman itu adalah sama dengan tarafnya seberkas kijang emas atau pokok duit. Perempuan dalam istana adalah ufti yang terbesar kerana ia bukan saja menguatkan perhubungan antara negara tetapi hidup dan boleh memberi waris. Apa yang Putri Retno inginkan ialah untuk keluar dari norma dan 'role' yang sudah diberikan kepadanya. Percintaan dengan Hang Tuah hanyalah 'a means to achieve the goals'. Kerana desakan diri ini, dia juga berjaya memerdekakan bukan sahaja melalui situasi fizikal, tetapi spiritualnya.
Perantaraan Hang Tuah pula terletak pada Taming Sari. Kebanyakan nuansa dilakukan dalam pergerakan dan belok mata pada mata keris ini. Satu babak sewaktu Hang Tuah mengatakan "Mengambil nyawa kamu tidak akan mententeramkan jiwa hamba", Hang Tuah merenung di mata Taming Sari. Taming Sari memenuhi semangat kesesatan jiwa Hang Tuah waktu itu.
Ia dicampak ke dalam tebing sungai selepas itu.
Lakonan berkesan Adlin Ramlie menonjolakn perbezaan 'role' individualis pada masyarakat sekeliling dengan 'role' kolektif Hang Tuah pada masyarakat sekeliling. Sultan Mahmud digambarkan sebagai seorang yang beperwatakan moden, tidak patut wujud di zaman itu. Sultan Mahmud terkeluar secara tidak sengaja dari dunia zaman itu. Hang Tuah adalah sebaliknya. Terikat dengan alam dan orangnya sepertimana sungai bersimpang di pinggir hutan yang sama.
Putri Retno adalah perantaraan antara Hang Tuah dan Sultan Mahmud ini, supaya karma yang sudah ditentukan alam dilawan dan dipalingkan equilibriumnya. Ini adalah kunci filem ini dalam menentukan proses kontradiksi fizikal yang berlaku (di antara watak) secara menerus pada penonton. Mungkin ini yang meresahkan penonton. Kebanyakan geseran fizikal yang berlaku dalam filem ini dibuat secara nuansa dan gerak badan secara halus. Babak-babak seperti mata bertemu mata di Istana Majapahit, Hang Tuah mendongak perlahan pada Bendahara waktu diberitahu, "Sungguh, mendahului sultanmu?", Sultan Mahmud menyindir Hang Tuah, ia dilakukan dengan lembut sekali. Hanya perantaraan di
antara dua watak ini yang mendekati kedua-dua watak ini, perwatakan dan keperibadian yang sebenar antara watak ini mula jelas dan dipunggah.
fadz
Originally posted by sswanlake at 16-9-2004 17:00:
mm.. to me PGL longgar sangat la jalan cerita dia.. tak dapat 'rasa' pun konflik Sultan-Hang Tuah yang nakkan Retno Dumilah. Nothing.
Agaknya....ia seperti begini :-
Mengambil petikan tulisan Fadz - "Putri Retno adalah perantaraan antara Hang Tuah dan Sultan Mahmud ini, supaya karma yang sudah ditentukan alam dilawan dan dipalingkan equilibriumnya. Ini adalah kunci filem ini dalam menentukan proses kontradiksi fizikal yang berlaku (di antara watak) secara menerus pada penonton. Mungkin ini yang meresahkan penonton. Kebanyakan geseran fizikal yang berlaku dalam filem ini dibuat secara nuansa dan gerak badan secara halus. Babak-babak seperti mata bertemu mata di Istana Majapahit, Hang Tuah mendongak perlahan pada Bendahara waktu diberitahu, "Sungguh, mendahului sultanmu?", Sultan Mahmud menyindir Hang Tuah, ia dilakukan dengan lembut sekali. Hanya perantaraan di
antara dua watak ini yang mendekati kedua-dua watak ini, perwatakan dan keperibadian yang sebenar antara watak ini mula jelas dan dipunggah.
fadz" |
|
|
|
|
|
|
|
kagumnya aku nota kaki fadz tu... |
|
|
|
|
|
|
anarkyst This user has been deleted
|
Originally posted by eyka at 16-9-2004 06:03 PM:
kagumnya aku nota kaki fadz tu...
:setuju: fuh.. tak larat nak baca. hebat tul komen dia ^_^ |
|
|
|
|
|
|
|
yupp... no further arguement. Mmg hebat nota kaki fadz.. Gaia, apa weblog add fadz nie? Ntah-ntah one of the Geju ke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|