CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highcastle

14 maut, 17 Cedera Bas Ekspres Jatuh Gaung Di Johor

[Copy link]
Post time 24-12-2016 12:03 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 24-12-2016 09:49 AM
Bas ekspres ni bukan ke maximum 90kmj atas highway? Aku tgh memotong kat lane kanan (highway 2 lane) ...

itulah pentingnya memasang rekorder di dalam kereta
mahukan dvr rekoder hubungi saya di..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini  cerita biasa time cuti perayaan. Bilangan mangsa yg terlibat je yg berbeza. Mustahil kat atas jalan raya x akan ada accident. Bila mati xde sape tau. Takziah kat org terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru melalui lokasi kemalangan..bas baru nak ditarik keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:39 PM | Show all posts
pergh...impak kuat giler ... sure laju giler babas masa accident berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sialan nya driver bus bawa laju. Mujur driver mampus juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragisnya.. dulu masa naik bus nak ke utara mesti siap2 baca syahadah.. kot jadi macam ni la.. dah la jenis terus tidur kalau naik bas..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash naik.bus awal pagi? Akak mmg tak la dek naik bus overnight sebegini.
Hadap nak naik bus jua, naik yang siang hari jaj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...

Pernah1 masa tukat hiway hujan lebat..driver main2 pulak cucuk blkg keta yg adik ipar tgh bawak..pastu bgi lampu tinggi..saja nk main2.. nak ajak race ke apa xtahulah ni..tp yg pasti dia ngantuk or boring le tu kat adik ipar..adik ipar malas nk layan bawak rilek je 70 gtu sbb hujan lebat gila plus jln gelap n kereta pon xbyk...tp lampu tinggi dia tu mmg ganggula pemanduan.......adik ipar bagi jln dia xnk..line kana kosong xnk potong...follow je kt blkg..hampir2 adik ipar nk terlanggar ngan lori kt sebelah kiri sbb xnampak jln..xperasan da termasuk jln sebelah.....lampu tinggi mcm sama je semua dgn hujan lebat mencurah2 tu... biadap sungguh dahla dgn bawak family.. nk main2 pulak kt jlan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:15 PM | Show all posts
msxx replied at 24-12-2016 09:02 AM
Takziah, time cuti2 ni byk betul accident ni.

komen ko berhantu ,,,kalau sesiapa baca komen ko xsebut na3uzubillah mesti ia akan ditimpa kemalangan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:16 PM | Show all posts
Changa replied at 24-12-2016 01:00 PM
Cash naik.bus awal pagi? Akak mmg tak la dek naik bus overnight sebegini.
Hadap nak naik bus jua, n ...

penakut mmg mcm tu tp dlm tidur siang tu pun ada yg mampus...sedar2 dah dlm neraka ko tu kannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas mcm ni ada seatbelt tak? Teringat kat jepun wajib pakai seatbelt. Walaupon bas tu takde la laju mana....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas ekspress Alisan ni
Iols penah naik bas ni..dia bagi kain selimut sorg satu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 24-12-2016 11:09 AM
nilah jadi nye bila ramai bekas mat rempit atau indon jadi driver



gred2 rendah ni mmg byk amek mat rempit. include jpj yg brlagak mcm gred 41 tp gred 17 je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video tu..huhu..mesti semua org terperosok ke depan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeriiii...takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 02:31 PM | Show all posts
MB Johor Rakam Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Bas

http://www.mstar.com.my/berita/b ... ngan-khaled-nordin/

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 1:32 PM


Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dari sebuah bas ekspress yang terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi 24 Disember 2016. - BERNAMA

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Km137.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatam kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi Sabtu.

Khaled Nordin menerusi kenyataannya, turut meminta seluruh anggota keluarga yang terlibat agar terus bersabar dan tabah menerima dugaan tersebut.

"Kita bersama doakan agar roh mereka yang terkorban dirahmati Allah SWT jua.

"Semoga mereka yang tercedera dalam kejadian itu juga, kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

Dalam kejadian terbabit, sebuah bas ekspres yang dinaiki 31 penumpang termasuk pemandu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki ketika menuju ke arah utara.

Antara yang berbunuh dalam kejadian tersebut termasuk pemandu bas dan seorang kanak-kanak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat mengesa pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti punca dan  tindakan drastik perlu diambil bagi mencegah kejadian sama daripada berulang.

"Sudah banyak kali kemalangan bas berlaku... pemandu bas yang melibatkan perjalanan jauh perlu menjalani pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali.

"Pihak berkuasa juga perlu mewajibkan ada seorang pembantu pemandu bas yang berkelayakan di samping memastikan keadaan bas sentiasa diselenggara dan dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Ayub berkata beliau yakin Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, mampu menguruskan 16 mangsa yang cedera dalam kemalangan itu kerana mempunyai kepakaran dan peralatan mencukupi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 03:00 PM | Show all posts
MUAR, 24 Dis (Bernama) -- Bas ekspres yang terlibat dalam nahas di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, awal pagi ini didakwa dipandu laju sebelum 'terbang' menjunam di cerun dan melanggar benteng konkrit di bawahnya.

Seorang saksi, Ahmad Fahmi Khairuddin, 19, berkata bas tersebut turut bergesel dengan sebatang tiang elektrik sehingga mengeluarkan percikan api sebelum terjunam berhampiran Kampung Jayor, Pagoh.

"Saya nampak dengan jelas bas itu 'terbang' lalu bergesel tiang elektrik dan terjunam melanggar benteng konkrit.

"Bunyi kejadian itu juga amat kuat...saya boleh ibaratkan kekuatannya lebih daripada tiga kali ganda bunyi tayar meletup," katanya yang ditemui di rumahnya, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Ahmad Fahmi yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Kluang berkata dia yang bercuti di rumah, sedang bermain permainan Saidina bersama tiga rakan ketika nahas berlaku kira-kira pukul 3.25 pagi.

Katanya dalam keadaan terkejut, dia bersama tiga rakannya itu terus berlari ke tempat kejadian bagi memberi bantuan awal.

Dia kemudiannya berpatah balik ke rumah dan terus mengejutkan bapanya yang sedang tidur bagi mendapatkan bantuan selanjutnya.

"Saya mendengar jeritan mangsa yang meminta tolong. Saya dan rakan-rakan terus membantu mengangkat mana-mana mangsa yang boleh dialihkan," katanya yang masih terbayang-bayang keadaan kelam kabut ketika itu.

Sementara itu, bapa Ahmad Fahmi, Khairuddin Abdullah, 49, berkata dia terjaga sejurus terdengar bunyi yang kuat sebelum anaknya menjerit memberitahu mengenai nahas yang berlaku di hadapan rumah mereka.

Khairuddin yang merupakan Ketua Kampung Jayor berkata dia terus bergegas menghubungi Pusat Panggilan MERS 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum menghubungi penduduk kampung.

"Beberapa penduduk kampung turut menggunakan lampu motosikal mereka bagi membantu menerangi kawasan kejadian," katanya.

Khairuddin berkata dia sekeluarga baru lima bulan berpindah ke rumah baharu mereka itu, namun sudah mendiami kampung berkenaan sejak 10 tahun lepas dengan tinggal di rumah mentuanya.

Katanya laluan lebuh raya berkenaan merupakan kawasan yang kerap berlaku kemalangan selain letupan tayar kenderaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-12-2016 03:00 PM
MUAR, 24 Dis (Bernama) -- Bas ekspres yang terlibat dalam nahas di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan a ...

bestnya budak tu main saidina..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057174 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list