View: 8385|Reply: 49
|
Netizen Marah Watak Wanita Hitam Dalam Iklan Raya 'Legenda Cun Watsons'?
[Copy link]
|
|
Dia mai dah! Ha, itulah dia, iklan-iklan bersempena hari raya Aidilfitri sudah mula dipaparkan bukan sahaja di kaca TV, sebaliknya kini turut membanjiri laman sosial.
Antara yang terawal tahun menerbitkan iklan raya, dan yang pastinya menarik perhatian ialah iklan bertajuk Legenda Cun Raya yang dibawakan khas oleh Watsons!
Sebelum ini Watson sering tampil dengan iklan menarik terutamanya untuk perayaan Tahun Baru Cina, namun kali ini mereka turut menghadiahkan iklan hari raya yang sangat meriah dan melucukan.
Bukan mudah rasanya untuk menyentuh dan mencuit hati para penonton. Namun, pendekatan membawakan kisah saudagar kaya seperti filem zaman P. Ramlee dilihat agak 'menjadi'.
Lucu, menghiburkan dan penuh dengan elemen fantasi dan bersahaja membuatkan filem pendek ini dekat dengan penonton.
Ini ditambah pula dengan pelbagai etnik yang diketengahkan, termasuklah Melayu, Cina, Siam, Jawa dan sebagainya yang sangat sinonim dengan Malaysia, masyarakat majmuk.
Begitu juga pelakonnya, memang hebat belaka termasuklah Kamal Adli, Bell Ngasri, Ruhainies, Uqasha, Raja Ilya dan sebagainya.
Pun begitu, ia tetap menerima kritikan dari kalangan netizen apabila imej wanita berkulit gelap dianggap sebagai tidak cantik dan hodoh.
"Kesian orang hitam, dicela dan dianggap buruk. Racist sangat iklan ini."
Sementara, netizen lain mengambil pendekatan lebih positif dan tidak memandang imej wanita gelap itu sebagai satu isu besar.
"I hitam juga, tak terasa pun. Normal la dalam bidang kecantikan. Yang terasa tu, maafkan je lah. Adat manusia."
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Terhibur dengan iklan raya yang satu ini? - CARI
Foto: internet
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah nak sentap pasal hitam dan putih
berpijak pada realitilah
sedangkan di syurga pun di ceritakan penghuninya berkulit putih bersih
penghuni neraka hitam terbakar xde penghuni putih melepak di neraka |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dah hitam legam serupa gitu,sapa x terkejut....tapi in the end, saudagar tetap pilih yg hitam tu gak kan...means,dia tak pilih rupa la...cumanya twist sikit yg heroin saja cat muka sbb nak tgk hati budi saudagar tu...takyah nak sentap sgt la |
|
|
|
|
|
|
|
Yang memasing bajet suci marah bile gelap dicop hodoh. backup gelap..tapi bile nampak negro negro kat kolej lagenda, pandai pulak menyampah, benci, buruh hodoh bagai |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar..sekali ruhainis la pulekkk..dlm ramai2 org..oh maiii |
|
|
|
|
|
|
|
tisu nya org zaman sekarang. gitu pun nak sentap marah ke?
org kaya tu terkejut je bknnya dia kata apa2 pun. walopun dia hitam, tp dia menang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Issue blackface ni mmg sgt sensitive pada org ramai esp kat western countries huhu. Asian countries tak sgt, tapi skrg kan globalization so sepatutnya lebih peka |
|
|
|
|
|
|
|
Motip satu komen bodoh salahkan meleis...ko rasa watson tu siapa punya? |
|
|
|
|
|
|
|
Video dah ditarik balik ke cane? Tak sempat nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
iklan ku puteh kt radio kelantan pun nk menantu putih. yg itam x nak. spoil betul. dh la time tgu azan buka puasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
iklan ku puteh kt radio kelantan pun nk menantu putih. yg itam x nak. spoil betul. dh la time tgu azan buka puasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Guardian pulak wat iklan Kisah Sang Putera Negeri Guardian-Pura.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sempat tengok. Ada sesiapa save tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Jat utube takda |
|
|
|
|
|
|
|
Ha, watson tarik blik dah..tp napa ada ruhainies. Euw? |
|
|
|
|
|
|
| |
|