CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

Tak Pulang Modal! Filem Terbitan Syarikat Liyana Jasmay Hancur Teruk

[Copy link]
Post time 31-7-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk filem x menarik langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 01:44 PM | Show all posts
baru dapat tahu pasal filem ni...huhu sayangnya... this story can be part of publicity..
i suka jek genre mcm ni.. mmg kalau tayang free kat tv akan tgk banyak kali..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedesaan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bgtau kalau dh dpt dana terus buat filem cpt2... Dana tu dr siapa ek? Kalau kerajaan yg bg, mesti byk masuk poket sendirik... Sendirik produce film sendirik jd heroin... Masuyukkkkk.... Rugi apedehal...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler..buat la kt tv dl..test market..build repo..jni dok..michael ang  pon x buat pilem lg dek
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:54 PM | Show all posts
sape hero heroinnye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing tak cukup. Orang confuse pelakon utama pakai tudung ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:58 PM | Show all posts
erkk trailer dia.. belum tengok wayang pon dah tau jalan cerita dia.. so 90s sangatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslaaa... Liyana jasmey tu very the berlagakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:01 PM | Show all posts
kau heroin khir rahman hero??
erkk..jiran kau pun belum tentu p tengok oi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun bila punya shooting ni sebab masih free hair..

Dan eeeuuwww perasan sangat kau la penerbit kau la pelakon utama. Sapa je nak tengok??

By the way agak ok jugak nampak trailer movie ko ni mungkin laku jika ditayang di YouTube buat drama pendek2 macam impian ilyana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:08 PM | Show all posts
mmg kerajaan bg dana utk buat filem kat finas...

**********************************************************************************

Pengusaha filem gagal manfaat dana disediakan kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengusaha filem kurang memanfaatkan dana di bawah Program Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bernilai RM146 juta yang disalurkan menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) 2013 hingga 2015 dan RM124 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi 2016 hingga 2018.



Rumusan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati program FIMI gagal mencapai objektif untuk memastikan lebih 50 peratus daripada dana itu dimanfaatkan syarikat pengusaha dan produksi filem tempatan.

Laporan itu juga mendedahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selaku badan bertanggungjawab menguruskan dana FIMI, hanya meluluskan lima projek filem tempatan bernilai RM12.42 juta (10 peratus) dari 2016 hingga Ogos 2018 iaitu tarikh pengauditan dibuat.

“Pengurusan program FIMI kurang berhemat dan kurang cekap kerana ada kelemahan kawalan dalaman dari aspek kelulusan, pembayaran, penyimpanan rekod, pelantikan perunding audit swasta dan pemantauan.

“FINAS juga didapati belum melaksanakan kajian penilaian ‘outcome’ berkaitan program FIMI, selain pembayaran berjumlah RM1.21 juta diluluskan walaupun permohonan tidak memenuhi syarat ditetapkan.

“Unit FIMI juga tidak menyimpan rekod kewangan, lejar perbelanjaan, resit dan bil oleh syarikat pemohon yang sudah disemak dan disahkan oleh perunding audit swasta untuk tujuan pemantauan tuntutan rebat serta pengauditan,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut FINAS tidak menyediakan kontrak perjanjian bagi perkhidmatan perunding audit swasta tetapi menerima pakai terma perkhidmatan yang dikemukakan oleh perunding audit swasta dilantik sebagai dokumen kontrak bagi menjelaskan terma perkhidmatan audit.

Menurut laporan berkenaan, FINAS juga tidak mempunyai senarai semak dan laporan pemeriksaan fizikal disediakan untuk 15 projek dari tahun 2013 hingga Jun 2018.

Justeru, bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa depan FINAS perlu meningkatkan aktiviti promosi di peringkat dalam dan luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:09 PM | Show all posts
Jangan politikkan industri filem, ganti dana FINAS

KUALA LUMPUR: Jangan politikkan industri perfileman tempatan dan sebagai pengkarya, mereka mestilah berusaha mencari dana sendiri.

Penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac berkata, pengkarya perlu ubah pemikiran mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada dana kerajaan untuk menerbitkan filem.

Menurut pengarah filem Baik Punya Cilok itu, beliau pernah mohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sekali saja untuk menerbitkan filem Lemak Kampung Santan (LKS) pada 2013.


“Dana itu dipohon untuk melakukan teknik Pengimejan Berkomputer (CGI) dalam LKS dan dana itu saya minta FINAS salurkan terus kepada syarikat terbabit tanpa saya mengambil sedikit pun daripada peruntukkan yang diberikan.

“Saya ikhlas berkarya dan dana FINAS itu adalah wang kerajaan dan rakyat. Jadi, saya mesti menggunakan dana itu dengan cara terbaik dan betul,” katanya yang dihubungi hari ini menerusi aplikasi WhatsApp kerana beliau berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Kata Hans, FINAS sepatutnya memberikan dana filem itu kepada syarikat berlesen dan mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi.

“Syarikat itu mesti ada rekod yang bagus dan FINAS perlu memantau pembikinan filem daripada awal sehinggalah ia ditayangkan di pawagam.

“Pemberian dana hanya kepada beberapa syarikat saja tidak sepatutnya berlaku dan FINAS perlu ada penilai bebas sebelum dana diluluskan.

“Saya tidak pernah bimbang diboikot atau tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kerana saya berkarya secara bebas dan ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber kewangan asalkan kita bekerja secara ikhlas dan profesional,” katanya.

Hans berkata, FINAS perlu ada urus tadbir yang baik kerana ia membabitkan wang rakyat.

“Namun perkara itu masih dalam siasatan dan kita tidak boleh terus menyalahkan FINAS,” katanya.

Kelmarin, akhbar Harian Metro melaporkan dana FINAS sebanyak RM16 juta sudah tiga tahun diperoleh tetapi lapan filem yang dinantikan ‘ghaib’ sehingga kini.

Dipercayai, syarikat produksi itu dimonopoli dua individu yang menggunakan nama tujuh syarikat berbeza bagi memudahkan mereka membolot dana berkenaan.


Penerbit filem dan drama, Datuk A Aida mahu FINAS ‘korek’ sampai dapat syarikat yang sudah menerima dana tetapi gagal menerbitkan filem.

“Mereka ini hanya merosakkan industri perfileman negara dan tidak adil kepada penggiat seni yang benar-benar mahu berkarya.

“FINAS perlu mengambil tindakan yang drastik dan mereka yang gagal menerbitkan filem, minta bayar semula dana itu,” katanya ketika dihubungi.

Kata A Aida, melihatkan kejayaannya sebagai penerbit, ramai mencadangkan beliau untuk memohon dana FINAS.

“Saya tidak akan mohon dana FINAS begitu saja kerana saya tahu ramai lagi penerbit yang memerlukannya. Sehinggalah saya dapat skrip filem yang bagus iaitu Ratu Kala Jengking, barulah saya mohon dana terbabit dan dapat separuh saja daripada keseluruhan kos penerbitan filem itu.

“Lain-lain kos, syarikat saya tanggung sendiri. Untuk berkarya, syarikat produksi mesti ada kewangan yang kukuh.

“Sebelum dana diluluskan, FINAS mesti meneliti latar kewangan syarikat dan dapatkan penyata bank daripada mereka,” katanya.

Penerbit filem One Two Jaga, Bront Palarae berkata, FINAS perlu bertindak sebagai pengawal selia kepada penerbitan filem tempatan. Bagaimanapun, beliau yang juga pelakon, enggan komen kerana isu dana itu masih dalam siasatan.

“Biarlah proses undang-undang berjalan tanpa kita cuba menjadi hakim,” katanya ketika dihubungi.

Bront berkata, filem One Two Jaga adalah antara penerima dana produksi FINAS dan pasukan produksinya sangat berterima kasih atas bantuan itu.

“Apa yang dilakukan FINAS, pasti mereka mempunyai justifikasi mereka sendiri. Ada juga permohonan saya ditolak sebelum ini tetapi bagi saya penolakan itu mungkin tidak selari dengan aspirasi dan objektif bantuan yang dipohon.

“Apapun, sebagai penerbit dan pengkarya, mereka mesti berasa malu jika menghasilkan filem yang jelek dan sekarang rata-rata kita dapat melihat peningkatan kualiti filem-filem tempatan dan bersama-samalah kita menyokong usaha ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:11 PM | Show all posts
barfi replied at 31-7-2019 02:03 PM
Tahun bila punya shooting ni sebab masih free hair..

Dan eeeuuwww perasan sangat kau la penerbit  ...

kan..cara penceritaan nmpk best....

tp semua pelakon utama, LJ, Jue Evans dan Izzue Islam dah kahwin..kurang dpt sambutan la nak tgk..and then keluar time CNY mmg la nak tgk filem yg berkualiti...org bayar kot..

cerita ni sesuai masuk TV lagi dr filem...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahu filem ni ada lisa promote kt ig dia. Tapi cam ehh tak kuasa la bazir duit pi tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnn aku tadi nak save2 kecaman tapi lepas liat trailer dia ni, nak montah aku. Filem macam tu kau nak tayang dek? Dah lah kau bolon jadi heroin, camne nak marketing kat target audience? Turn off nak tengok ada lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 02:19 PM | Show all posts
x pernah dgr pun tajuk movie sheols ni? omg. sheols x promote kat msia ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:21 PM | Show all posts
very the bodoooooo sgt ko liyana

x yah nk perasan sgt la buat felem

ko ingat acik2 xde taste ke???

dr ko berlakon smpai mengacara sooooo mnyampah aku nengok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:24 PM | Show all posts
xpernah dengar pun filemmm die.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:26 PM | Show all posts
Nham22 replied at 31-7-2019 02:00 PM
Baguslaaa... Liyana jasmey tu very the berlagakkkkk

oohohoho.. ni msti uols ada sejarah ni.. tu uols tau sheol berlagak..
iols idok pernah trserempak pun dgn dia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074652 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list