CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] Saya dah sunat kenapa tak boleh solat saf depan, imam dan ajk surau cash dgn bud

[Copy link]
Post time 6-12-2019 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 6-12-2019 12:40 AM
Aii pernah dengar ceramah ustaz terkemuka Malaysia - bab kenapa kita disaran utk sembahyang berjem ...

Eemm menarik.. bnd ni agak subjektif kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-12-2019 11:11 PM
Fuh..dak maktab naik hangen pakai letterhead sekolah lagi tu

Dia guna test pad exam sekolah dia hihi.. comel adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus budak ni. Pandai mak pak dia didik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 6-12-2019 06:20 AM
Dia guna test pad exam sekolah dia hihi.. comel adik ni

Hehe lupa dah perkataan 'test pad' lama tak jumpa
Budak yang bijak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 5-12-2019 07:06 PM
Yang halau Tu sejenis spesis penonggang agama...cer bagi tino, tercabut kopiah belake

Sokong. Acah2 insan terpilih gitu. Ntah2 amal ibadat bdk tu lg baik dr dia. Setepek ko dpt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:15 AM | Show all posts
Edited by syadail at 6-12-2019 08:17 AM

Dari cara menulis budak ni mcm sekolah rendah.

Test pad tu agaknya abg kakak punya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2019 08:23 AM | Show all posts
agama melayu..what do u ekspek dekk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:37 AM | Show all posts
Anak sapalah yang bodoh sangat ni. Memang susunan saf kanak-kanak kat belakang pun yang gigih dia nak duduk depan pasaiapa. Mak bapak pun sama bodoh sekali pi viralkan benda ni. Bab halau secara kasar tu tak setujulah.

Daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA katanya: “Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka”

Hukumnya memang bukan wajib, tapi kanak-kanak tu pandai pandailah duduk belakang. ko ingat ko dah potong anu terus auto ko boleh duduk depan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2019 09:15 AM | Show all posts




KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memuji tindakan seorang kanak-kanak yang mengutuskan surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dia dihalang solat di saf pertama.

Zulkifli melalui satu kenyataan berkata, tindakan kanak-kanak itu tidak salah berikutan langkah berkenaan dapat memberi pendedahan kepadanya mengenai cara solat dengan lebih sempurna.

Beliau berkata, selain itu, tidak ada ulama mengatakan bahawa saf solat akan terputus jika ada kanak-kanak di antara jemaah dewasa.

Kenyataan Zulkifli di Facebooknya yang memuji tindakan seorang kanak-kanak mengutuskan surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dia dihalang solat di saf pertama.
Kenyataan Zulkifli di Facebooknya yang memuji tindakan seorang kanak-kanak mengutuskan surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dia dihalang solat di saf pertama.

"Tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pak cik ucapkan.

"Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada kanak-kanak antara orang dewasa, cakap pada dia Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai surat yang ditulis Nadzrul Zarfan Shahrul Azly kepada pengurusan sebuah surau dan meminta penjelasan berhubung tindakan menghalangnya solat di saf hadapan.

Surat yang tular di media sosial baru-baru ini.
Surat yang tular di media sosial baru-baru ini.

Zulkifli turut mencadangkan pihak pengurusan surau dapat melantik penyelia untuk mengawasi dan membimbing kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat melaksanakan solat dengan sebaik mungkin.

"Di samping itu, penyelia itu juga dapat menasihati kanak-kanak daripada membuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid," katanya.

Beliau mengingatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak yang masih kecil ke masjid atau surau berikutan dibimbangi mengganggu jemaah lain.

"Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu namun dibimbangi kedua ibu bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah mereka.

"Saya syorkan dalam keadaan sebegini ibu bapa dapat solat di tepi dinding (hujung saf) dan letakkan anak mereka di hujung sekali," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli mendoakan kanak-kanak itu sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha berada di barisan pertama.

"Tahniah sekali lagi pak cik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pak cik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat.

"Kalau jumpa pak cik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya dah bersunat, jangan halau dari saf pertama'
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ti-kenalkan-diri-ya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:16 AM | Show all posts
eleh mufti ,,, hang tu pangkat atok ,, nak pakcik pakcik pulokkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2019 09:24 AM | Show all posts
Just nak share dgn korang perangai hazab ajk surau dan mesjid. Ada beberapa occasion yg akak nak share dgn korang:

1. Suami muallaf akak pergi solat asar kat salah satu mesjid di Kuala Trengganu (mesjid dirahsiakan demi menjaga aib). Suami dtg awal jadi dia duduk kat saf depan sekali.  Bila time solat, ada sorang pakcik dtg kat dia ckp yg barisan hadapan utk ajk2 mesjid jer. Suami terkesima dgn sistuasi itu.Bygkan, ajk yg dtg lambat kat mesjid, ada reserved saf utk mereka.

2.Ada sorang cikki  nak singgah solat kat surau di BB Bangi (surau dirahsiakan). Ruang solat muslimah berkunci. Minta kunci kat AJK, tapi ajk kata boleh solat kat bilik store. WTF!  

3.Yg ni time bulan puasa. Akak nmpk ajk surau mengherdik budak yg berbaris nak ambil makanan selepas solat terawih. Akak mmg hangin tengok lalu akak pun mencelah. Akak ckp pada ajk surau tu, kenapa nak herdik budak2 yg berbaris nk menjamu selera? Jamuan ni bukankah sedekah orang utk semua jemaah? Budak2 tu bukan berebut2 pun, yg nk marah tk tentu pasal kenapa?  Lalu akak suruh budak2 tu masuk baris semula dan abaikan ajk bahlol tu.  Ini bukan cerita hassanah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:31 AM | Show all posts
tahun 2015 aku pernah pi sembahyang jumaat kat masjid Kampung Larut Tin,Taiping.Aku bersama anak aku duduk saf no.3 (anak aku umor 8 tahun masa tu dan dah berkhatan pun).Masa nak qamat tu ada sekor orang tua (yang kemudiannya baru aku tahu orang kuat surau kononnya) datang dan marah marah anak aku sebab dok depan..siap bawak rotan masyaallah..
tapi dia silap banyak la dengan aku..aku tempik kat dia..'hoi tua..aku bukan orang sini,mai nak singgah sembahyang je..kalau anak aku dok belakang kalau kena culik,,ko nak tanggung jawap???'
dah la masa tu bulan mei tahun tu berlaku kes culik kat masjid kan kalau sapa sapa pernah ingat..
terdiam bak tunggul merbau orang tua tu ..blah macam tu je...agaknya tak sangka kena tempik dengan makmum kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:32 AM | Show all posts
soalan mantap dik. siap ada 4 keturunan nama dekat situ. kalau org tak kenal kau mungkin org kenal ayah kau.. kalau tak kenal ayah, ada lagi nama atok kt situ. package dengan moyang pon ade.. good job!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2019 09:34 AM | Show all posts
Rajawali replied at 6-12-2019 09:31 AM
tahun 2015 aku pernah pi sembahyang jumaat kat masjid Kampung Larut Tin,Taiping.Aku bersama anak aku ...

cash la kan

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:43 AM | Show all posts
kopokleko replied at 6-12-2019 08:37 AM
Anak sapalah yang bodoh sangat ni. Memang susunan saf kanak-kanak kat belakang pun yang gigih dia na ...

aku nak jawab, tapi mufti dah jawab pulakkkkk
x pe lah... selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:44 AM | Show all posts
wowwww ambik kau padu! tapi kan mmg ade sesetengah org masjid/surau yg suka konker surau/masjid tu mcm dorang punya. konon nk jaga kebersihan. tp time solat je bagi org masuk. time lain kunci pintu surau/masjid tu. kata alim warak tp memilih orang plak nk bg masuk. klu tgk org tak kenal ke ape dah mcm pacik bawang tgk mcm tak puas ati. i feel u kids bila ade org masjid yg pilih bulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 09:55 AM | Show all posts
lepas tu bani melayu acah2 pelik masjid surau kosong
kurang buat masjid n surau bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2019 09:59 AM | Show all posts
Edited by Modngengade at 6-12-2019 10:01 AM

oleh kerana  @famri7 sedang sibuk bertarung dgn banjir, saya mewakili beliau utk komen spt tertera di bawah:


itulah keindahan agama isle

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:03 AM | Show all posts
noor2 replied at 5-12-2019 07:06 PM
Dengan nama atok sekali ko tulis nak.....

sampai  ke nama moyang dia tulis. hahah. tapi kalau baca sejarah sahabat2 nabi ... mmg pun nama2 akan di sebut sampai ke moyang bagai. si polan bin si polan bin si polan bin si polan. tu yang dia tiru tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa yang tua ni kadang terlupa pernah menjadi kanak- Kanak. Allah datang kan Kanak - Kanak ini untuk memberi sedikit teguran kepada depa.

Ada di kalangan kita bukan lah jahil sepenuhnya, tetapi kerana kekurangan ilmu itu sendiri. Tidak dinafikan juga sesetengah sikap ahli jawatankuasa masjid juga & berlaku juga kes berkenaan isu kepincangan pengurusan masjid. Hal sebegini yang membuka ruang & memberi persepsi negatif tentang agama Islam.

Tahniah buat anak ini kerana suaranya mampu menarik  perhatian seorang Ilmuan tersohor. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.757651 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list