CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

[Copy link]
 Author| Post time 31-8-2004 12:03 PM | Show all posts
UCAPAN HARI MERDEKA...

Selamat hari Merdeka kepada semua warga forum, khususnya warga bod ini...
Cintailah negara kita, Malaysia...

KERANAMU MALAYSIA....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2005 07:57 PM | Show all posts
Bulan kemerdekaan bkan sekadar satu perayaansahaja tetapi ianya lebih kepada peristiwa atau tragedi berdarah yang telah mengorbankan banyak nyawa, bertujuan untuk membebaskan negara kita daripada jajahan Inggeris. Merdeka bermakna bebas dari sebarang belenggu. Kini bulan Rejab telah kembali lagi dan sebagai seorang muslim, sewajarnya kita mengambil peluang ini untuk
muhasabah diri dari belenggu nafsu untuk persediaan kita menghadapi bulan pengampunan dan rahmat iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.
     Kemerdekaan yang kita isi selama ini perlu dikaji semula. Kemerdekaan sebenar ialah dengan cara mensyukuri sepenuhnya kepada Allah  bahawa ia adalah merupakan antara nikmat besar Allah yang telah mengizinkan pembebasan dan kemerdekaan negara kita daripada cengkaman penjajah, membebaskan maruah dan martabat bangsa Malaysia yang telah dijajah selama lebih daripada 5 kurun. Pengisian kemerdekaan ialah dengan cara membebaskan diri daripada penjajah pemikiran, pengaruh budaya kuning dan nilai negatif pengaruh globalisasi. Penjajah membawa bersama mereka budaya dan cara hidup Barat yang ada antaranya bertentangan dengan Islam. Namun kesan penjajahan mental masih menular dikalangan kita. banyak fahaman yang menyalahi ajaran Islam masih berleluasa dalam masyarakat, seperti fahamanyang berserah kepada takdir (fatalisme), sosialisme, marxisme, komunisme, kapitalisme, sekularisme dan berbagai lagi.
     Sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan & Patriotisme ini, marilah kita memperbaharui semula tekad dan keazaman kita untuk menyintai dan sayangkan negara kita. Menjadi seorang yang patriotik dan berjiwa Malaysia bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilangdan menjadi perajurit, bahkan semangat patriotisme boleh ditunjukkan di daerah setempat atau tempat-tempat berkerja. Kesedaran sivik, bermoral, amanah, jujur, telus dan komited terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakatadalah antara manifestasi patriotisme yang boleh kita praktikkan. Kita patut bersyukur di atas segala nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi. Kita bebas ke sana ke mari, beribadah, berkerja, melancong, belajar dan menjalani kehidupan kita dalam persekitaran yang aman dan harmoni.
     Kita mampu mengekalkan intipati kemerdekaan kerana kita bersatu padu, bertolak ansur, saling memahami, dan berkerjasama antara umat Islam dan kaum bukan Islam. Nilai keamanan dan keharmonian perlu kita pelihara dan kita pupuk. Kita bersyukur kepada Allah kerana dengan kemerdekaan, erti keamanan lebih bermakna dalam diri kita. Kita mengecapi pelbagai kemakmuran, pembangunandan kemajuan. Kita berdoa agar Allah mengekalkan nikmat ini dan melebihkannya agar kita lebih sayangkan agama dan negara tercinta ini. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud : "Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat Aku, Sekiranya kamu kufur, azabKu amatlah pedih"

Sedutan Khutbah Jumaat Masjid UPM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 08:21 PM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Merdeka wahai tuan2 rumah! :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2005 10:01 PM | Show all posts

"Kembara Merdeka" Suntik Semangat Patriotisme



KEMBARA MERDEKA匰ebuah daripada kenderaan pacuan empat roda Jabatan Penerangan yang menyertai Kembara Merdeka dilepaskan dari Wisma Bernama, Kuala Lumpur, Ahad. Foto: Shahrizan Jeffri Aziz

Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Menjelang Ogos saban tahun, pelbagai acara diatur dan usaha digiatkan baik oleh individu, masyarakat, syarikat, jabatan kerajaan mahupun swasta untuk menzahirkan semangat patriotisme kepada bumi tercinta, Malaysia.

Dan sebut sahaja patriotisme, yang terlintas di fikiran ialah kibaran bendera Jalur Gemilang, perarakan, perbarisan dan laungan Merdeka yang bergema setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Turut tidak terkecuali daripada kesibukan mengatur program sejajar dengan hasrat untuk menyuntik semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah Jabatan Penerangan Malaysia, yang dari tahun demi tahun menganjurkan program berkonsepkan penglibatan rakyat.

Dinamakan program "Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2005", konvoi kembara berkenderaan berhiaskan Jalur Gemilang dan logo-logo penaja ini membawa mesej bersemangat untuk meniup dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat terhadap ulang tahun kemerdekaan negara.

Syarikat-syarikat yang menaja konvoi kali ini ialah Petronas, Maestro-Swiss Trading Sdn Bhd, KHCB Flaghouse, PC Soft Sdn Bhd dan Perusahaan Jamu Arjuna Sdn Bhd.

Acara ini akan dilancarkan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, Selasa ini.

KALENDAR PERAYAAN

Dimulakan sejak tahun 2001, program yang merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini sudah memasuki tahun kelima. Ia kini dicatatkan sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar perayaan Bulan Kemerdekaan.

Menghayati temanya,"Satu Bangsa Satu Negara: Malaysia Negaraku", ia selaras dengan hasrat kerajaan membina sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui perpaduan pelbagai kaum.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Abdullah Morad, perpaduan yang utuh dengan semangat patriotisme yang tinggi merupakan elemen penting untuk mewujudkan kerjasama yang padu dan idea yang pelbagai.

"Kesemua ini menjadi pemangkin untuk mencapai kesejahteraan dan pembangunan yang membolehkan negara mampu bersaing dalam pelbagai bidang di arena antarabangsa", katanya.

Menjelaskan konsep program, beliau berkata, konvoi kembara kali ini yang bermula pada 2 Ogos dan berakhir 31 Ogos, disertai 192 peserta dan 60 buah kenderaan yang akan berhenti di 250 perhentian di setiap bandar dan negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

LALUAN KONVOI

Pergerakan konvoi dibahagikan kepada dua zon. Konvoi Zon 1 terdiri daripada 15 kenderaan dengan 48 peserta yang akan menjelajahi negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia manakala Konvoi Zon 2 dengan jumlah kenderaan dan bilangan peserta yang sama merangkumi negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Bilangan peserta seramai 48 orang adalah simbolik yang mencerminkan ulang tahun ke 48 kemerdekaan negara.

Kedua-dua konvoi akan bergerak serentak selepas majlis pelancaran di Kota Bharu, Kelantan dan bertemu kembali di Danga Bay, Johor sempena Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2005 pada 17 Ogos.

Pelancaran program peringkat negeri Sarawak pula akan berlangsung pada 17 Ogos dan bagi negeri Sabah pada 20 Ogos, masing-masing melibatkan 15 kenderaan dan 48 peserta.

Selain agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, turut memeriahkan konvoi ini ialah penyertaan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pertubuhan belia dan media massa.

Di samping menyuntik semangat patriotisme, Abdullah berkata program ini juga adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab terhadap kerajaan di mana kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi.

PENDEKATAN UNIK

"Apa yang ditekankan ialah mengajak masyarakat menghayati sejarah perjuangan negara dalam mencapai kemerdekaan dan meluahkan perasaan kesyukuran, terima kasih dan penghargaan di atas jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh pemerintah dan pemimpin negara," tegasnya.

Beliau menyifatkan program ini sebagai satu pendekatan yang cukup unik dalam konteks meniupkan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang dimanifestasikan melalui kibaran Jalur Gemilang pada kenderaan, rumah, sekolah, pejabat dan premis masing-masing sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Seperti tahun-tahun sudah, penganjuran program ini secara jelas mengajak rakyat untuk menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya, katanya.

"Selepas 48 tahun kemerdekaan, negara sememangnya berada di landasan yang betul untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Maka, menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu membangunkan negara dan seterusnya mengisi erti kemerdekaan," katanya.

Abdullah berkata di bawah teraju pimpinan kerajaan yang stabil seperti sekarang, rakyat Malaysia telah menikmati hasil daripada pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat dan terancang.

"Dengan adanya pelbagai kemudahan moden, kita kini menikmati 'infrastruktur Kelas Pertama' yang setaraf dengan negara-negara membangun. Untuk menjadi negara membangun mengikut acuan kita sendiri, rakyat Malaysia harus memiliki nilai-nilai positif, akhlak dan etika yang baik," katanya.

Justeru, tambah beliau, program ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menerapkan 'pemikiran kelas pertama' di kalangan rakyat.

Hakikatnya, perkara terpenting yang diharapkan daripada program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat selain kesedaran untuk bersama membina "Satu Bangsa Satu Negara, Malaysia Negaraku".

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=147794

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2005 08:46 PM | Show all posts
KUIZ MERDEKA TV3!

The KUIZ MERDEKA TV3 Campaign (the 揅ampaign
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2005 08:49 PM | Show all posts
Jalur Gemilang Band

Kempen 慘ibarkan Jalur Gemilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2005 08:52 PM | Show all posts
http://www.tourism.gov.my/events/

aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan di setiap negeri...

Current and Upcoming Events  


--------------------------------------------------------------------------------

Merdeka Shooting Langkawi 2005  

Starting:
8/19/2005  
Ending:
8/19/2005  
August Celebrations  


Chemerong-Chengal Challenge  
Starting:
8/19/2005  
Ending:
8/20/2005  
August Adventure  

......more info  


Pantai Merdeka Carnival  
Starting:
8/19/2005  Ending:
8/20/2005  August Festivals  



......more info  


Melody of Flowers (Song and Music)  
Starting:
8/19/2005  Ending:
8/25/2005  August Performances  

......more info  


Malaysia International Sales Carnival/Thailand Kelantan 2005  
Starting:
8/20/2005  Ending:
9/4/2005  August Festivals  

......more info  


Batu Caves Tanggathon  
Starting:
8/21/2005  Ending:
8/21/2005  August Sports  

......more info  


Kellie''s Castle Run  
Starting:
8/21/2005  Ending:
8/21/2005  August Sports  

......more info  


Returning the Gaze - Contemporary Works by Islamic Women Exhibition  
Starting:
8/25/2005  Ending:
11/13/2005  August Exhibitions  

......more info  


Crafts of Borneo  
Starting:
8/25/2005  Ending:
9/18/2005  August Exhibitions  

......more info  


Langkawi International Sevens 2005  
Starting:
8/26/2005  Ending:
8/28/2005  August Sports  



......more info  


LIPIS Carnival  
Starting:
8/26/2005  Ending:
8/31/2005  August Festivals  

......more info  


7th Johor MATTA International Travel Fair (7th Johor MITF 2005)  
Starting:
8/26/2005  Ending:
8/28/2005  August Exhibitions  



......more info  


Gathering of Puteri Merdeka  
Starting:
8/27/2005  Ending:
8/27/2005  August Performances  

......more info  


Terengganu Spring Test  
Starting:
8/27/2005  Ending:
8/27/2005  August Sports  

......more info  


Merdeka Millenium Endurance Race  
Starting:
8/27/2005  Ending:
8/28/2005  August Celebrations  

......more info  


Utusan Malaysia Fishing Enthusiats Carnival 2005  
Starting:
8/27/2005  Ending:
8/29/2005  August Competition  



......more info  


Putrajaya ''Pekan Sehari''  
Starting:
8/28/2005  Ending:
8/28/2005  August Festivals  

......more info  


Tioman Canoe Expedition  
Starting:
8/28/2005  Ending:
8/29/2005  August Adventure  

......more info  


ROMPIN Fest  
Starting:
8/28/2005  Ending:
8/31/2005  August Festivals  

......more info  


IFPRA2005 Asia Pacific Congress, Kuala Lumpur  
Starting:
8/28/2005  Ending:
9/3/2005  August Conferences  

......more info  


Merdeka Day Blessings - Perak  
Starting:
8/29/2005  Ending:
8/29/2005  August Celebrations  

......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Terengganu  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Perlis Merdeka Eve Open Run 2005  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  

......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Pahang  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  





......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Negeri Sembilan  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Putrajaya  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Penang  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Kedah  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Perak  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Eve of Merdeka Day Celebrations - Malacca  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  

......more info  


The 48th Merdeka Eve Celebration - Langkawi  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/30/2005  August Celebrations  



......more info  


Merdeka Eve - Kuala Lumpur  
Starting:
8/30/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info  


Merdeka Day Parade  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  
Malaysians celebrate 48 years of independence in the capital city of Kuala Lumpur. A grand parade kicks off festivities while a ......more info



Merdeka Day Celebrations - Terengganu  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info  


Drawing & Colouring Competition  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Competition  

......more info  


Merdeka Day Parade and March Past - Kedah  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info  


Merdeka Day Parade - Perak  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info  


Merdeka Day Parade - Perak  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info  


Malaysia Merdeka Day 2005 - Penang  
Starting:
8/31/2005  Ending:
8/31/2005  August Celebrations  

......more info

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2005 06:46 PM | Show all posts
PENCAPAIAN MALAYSIA...http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/about.htm

  Istana Budaya (dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara) di Kuala Lumpur adalah salah sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai kemudahan pentas yang canggih untuk pementasan acara kesenian dan kebudayaan. Ini meletakkannya dalam senarai sepuluh panggung yang tercanggih di dunia. Direkabentuk oleh arkitek tempatan, Muhammad Kamar Ya抋kub dan dibangunkan dengan kos RM210 juta, kompleks ini meliputi kawasan seluas 5.44 hektar dengan ukuran lantai seluas 21,000 meter persegi. Bentuk binaan utama Istana Budaya direka mengikut gubahan sirih junjung, manakala pelan lantai bangunan ini disusun berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang mempunyai tiga bahagian iaitu tangga utama dan serambi (lobi), rumah ibu (auditorium) dan dapur (pentas utama dan dewan latihan).   

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syarikat petroleum nasional, PETRONAS telah ditubuhkan pada 1974. Pada ulang tahunnya yang ke30 baru-baru ini, kumpulan syarikat ini telah memiliki lebih daripada 100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dan merupakan antara syarikat Fortune Global 500.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia ialah pengeksport alat pendingin hawa rumah terbesar di dunia. Alat-alat pendingin hawa ini dipasarkan di bawah jenama-jenama global.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Klon ciku (achras sapota linn) CM19 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia boleh mencapai berat sehingga 500g
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2005 06:47 PM | Show all posts
Kronologi

Kami sedar senarai ini sememangnya jauh dari boleh dipanggil lengkap. Pastinya di jalan menuju kemerdekaan yang penuh cabaran, terlalu banyak peristiwa penting dan tokoh pejuang kemerdekaan yang telah mencurahkan jasa bakti.

Sambil kita mula menghitung hari menjelang Hari Kebangsaan Ke-50 pada 2007, kami mengalu-alukan sumbangan entri, maklumat atau maklum balas untuk melengkapkan catatan sejarah ini. Semoga bila kita menyambut perayaan Jubli Emas negara nanti, kita akan dapat menyoroti dengan lebih terperinci liku-liku jalan yang dilalui pejuang-pejuang kemerdekaan dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajah.


1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk Britain di Singapura.

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi menyerahkan Melaka kepada Inggeris.

1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris dengan panggilan Negeri-negeri Selat.

1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.

1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.

1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara (sekarang Sabah).

1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.

1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.

1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British mengamalkan dasar pecah dan perintah.

1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.

1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.

1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.

1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British kembali ke Tanah Melayu.

1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah keras orang-orang Melayu.

1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.

1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.

1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya bandaran pertama di Kuala Lumpur.

1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.

1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.

1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan. kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata..

1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2005 06:49 PM | Show all posts
Menempuh Ranjau

Semangat nasionalis sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sejak abad kesembilan belas, dan menjelang abad kedua puluh lebih ramai pejuang-pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok Tanah Melayu.

Setahun selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua, lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO), yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Jaafar.

Penubuhan UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu - rakyat bersama raja - kerana menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh kerajaan British. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada 1951, tampuk pimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra.

Perlu juga disebut bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah perjuangan orang-orang Melayu semata-mata. Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi kediaman pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Walaupun orang-orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin-pemimpin Melayu ini sedar akan struktur masyarakat Tanah Melayu yang ibarat aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum-kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat bahawa dalam jangka panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir oleh warga sendiri, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh.

Jelaslah bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan perjuangan semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum.

Menempuh Ranjau

Semangat nasionalis sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sejak abad kesembilan belas, dan menjelang abad kedua puluh lebih ramai pejuang-pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok Tanah Melayu.

Setahun selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua, lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO), yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Jaafar.

Penubuhan UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu - rakyat bersama raja - kerana menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh kerajaan British. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada 1951, tampuk pimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra.

Perlu juga disebut bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah perjuangan orang-orang Melayu semata-mata. Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi kediaman pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Walaupun orang-orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin-pemimpin Melayu ini sedar akan struktur masyarakat Tanah Melayu yang ibarat aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum-kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat bahawa dalam jangka panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir oleh warga sendiri, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh.

Jelaslah bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan perjuangan semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum.

Merisik Khabar

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil dari Parti Perikatan dan empat wakil dari Majlis Raja-Raja bertolak ke London, untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Februari Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya.

Sekembalinya Tunku dan rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.

Menuai Mimpi

Pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil, dan impian akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga.

Pada esok harinya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair - akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan.

http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/history2.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 08:02 AM | Show all posts
Hari Merdeka
From Wikipedia, the free encyclopedia

Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule. In a wider context, it is to celebrate the formation of Malaysia.



Malayan Independence

The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British for Merdeka, or independence. Once it became increasingly clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on February 8, 1956 for Malaya to gain independence from the British Empire. However, for a number of logistical and administrative reasons, it was decided that the official proclamation of Independence would only be made the next year, on August 31, 1957 at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur.

The formation of Malaysia

The Federation of Malaysia, comprising states of Malaya, North Borneo (later renamed Sabah), Sarawak and Singapore was to be officially declared on the date August 31 1963, on the 6th anniversary of Malayan independence. However, it was postponed to September 16 1963, mainly due to Indonesian and the Philippines' opposition to the formation of Malaysia. Indonesian opposition later escalated to a military conflict.

Indonesia considered Malaysia as a new form of colonization on the provinces of Sarawak and Sabah in the island of Borneo (bordering Kalimantan, Indonesia), which they laid claim on. To assure Indonesia that Malaysia was not a form of neo-colonialism, a referendum, organized by the United Nations, and the Cobbold Commission, led by Lord Cobbold, were formed to determine whether the people of Sabah and Sarawak wished to join Malaysia. Their eventual findings which indicated substantial support for Malaysia among the peoples of Sabah and Sarawak, cleared the way for the final proclamation of Malaysia.

The formation of the Federation of Malaysia was then announced on September 16, 1963. However the Independence Day celebration is still held on August 31, the original independence date for Malaya. This has caused some minor discontent among East Malaysians in particular since it has been argued that celebrating the national day on August 31 is too Malaya-centric.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:50 AM | Show all posts
Semangat Merdeka...









[ Last edited by  seribulan at 27-8-2006 10:58 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 10:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 10:27 PM | Show all posts
http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka

In nearly every year, a brand new theme and logo were made for the celebration of the Independence Day of Malaysia.

Year Theme Logo

1970 Muhibah dan Perpaduan
(Love and Unity)
1971 Masyarakat Progresif
(Progressive Society)
1972 Masyarakat Adil
(Fair Society)
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
(A Society with Malaysian Culture)  
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
(Science and Technology as Tools of Unity)
1975 Masyarakat Berdikari
(A Self-Reliant Society)
1976 Ketahanan Rakyat
(Strength of the People)  
1977 Bersatu Maju
(United and Progresive)  
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
(Culture is the Core of Unity)
1979 Bersatu Berdisplin
(United and Disciplined)
1980 Berdisplin Berbakti
(Discipline and Service)  
1981 Berdisplin Berharmoni
(Discipline and Harmony)  
1982 Berdisplin Giat Maju
(Discipline Creates Progress)  
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
(Together Towards Success)  
1984 Amanah Asas Kejayaan
(Honesty Brings Success)  
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
(Nationalism is the Core of Unity)  
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
(Steadfast Society, Strong Country)
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
(Loyally United and Progressively Working)  
1988 Bersatu
1989 Bersatu
(Unity)  
1990 Berjaya
(Success)  
1991 Wawasan 2020
(Vision 2020)  
1992 Wawasan Asas Kemajuan
(Vision is the Basis of Progress)  
1993 Bersatu Menuju Wawasan
(Together Towards Vision)  
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
(Good Values Makes the Vision a Success)  
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
(Steadfastness Moves the Vision Forward)  
1996 Budaya Penentu Kecapaian
(Culture Determines Achievements )  
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
(Good Values Make a Successful Society)  
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
(Our Country, Our Responsibility)  
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
(Together Towards the New Millenium)
2000-2006 Keranamu: MALAYSIA
(Because of you: MALAYSIA)  
2007 Malaysiaku Gemilang
(My Glorious Malaysia)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 10:29 PM | Show all posts
ASTRO ada menyiarkan rancangan khas 50 Anak Gemilang Malaysia, di mana diadakan pemilihan secara sms memilih anak gemilang Malaysia. Pengacara Datin Norazlina Awang Had, pembaca berita kegemaran saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 12:00 AM | Show all posts

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita MALAYSIA mendukung cita-cita untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

p/s: sejak abis study, tak pernah baca ikrar...
rase bersemangat bila baca...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 09:37 AM | Show all posts
The meaning of independence from my perspective
        
For about 43 years we have tasted the sweetness of the independence for our country, which is something that we can be proud of. For about 43 years we try to achieve the real meaning of independence with so many slogans come with it. But still, many of us seem perplexed by the definition of the independence itself. We then create so many definitions for the independence to suit our own pleasure and lifestyle.

As for me, the independence really means a lot to the people who really value the price of being released from the painful memory of the colonization. Imagine for hundreds of years, we were colonized mentally and physically by the Portuguese and the British, and then came the Japanese with so-called friendly slogan "Asia for Asian". However, after we got our independence from the British on August 31st, 1957, did we actually free ourselves from the influence of them? Ideally, as if in terms of mentally and physically.

Recently, a new term was introduced in the economic world known as the neo-colonization. A lot of people say that this kind of colonization may bring more destruction rather than being physically colonized like we experienced a few decades ago. Roughly nowadays, the scene of seeing people drinking Pepsi, or Coke, seeing people wearing Christian Dior's shirt, Calvin Klein's leather jacket and few other brands which come from the western world, becomes so ubiquitous. It looks like our teenagers are becoming the moving advertisement by these giant western corporate companies. They are dying to purchase the western branded products rather than made-in-Malaysia products. They seem jovially enjoy themselves to wear Doc Marten shoes compare when they wear Gombak's brand sandals though actually the sandals makes them look better and walk comfort on the street. It does make me sometimes wonder how this true and more effective colonization has taken its place in our society, not physically but deeply rooted in the image and people's self-attitude.

Why can they just wear Gombak's brand shoes and with Langkawi Bermuda and walk down the alley in the downtown of KL with a sense of pride because they are wearing Malaysian products. This phenomenon could take place if only we educate our young people to start appreciate our own products. However, the scenario nowadays seems disallow this sacred hope from blooming in our community. We always assert to our young children that the western products are better than Malaysian products. Yes, that is true but until when we have to depend on that western market. The whole situation will start to change if we show some supports on Malaysian products.

In another instance, we can see that the negative western culture starts to roam rapidly every inch of the city in Malaysia like mushroom after the rain. Furthermore, a lot of extreme morale cases seem to be a common scenario happening to our teenagers. Years before this, even before we received the Independence amendment, hardly we heard such cases happened in our community. Even we did not allow these cases to be bred in our harmony society. But right after we signed that declaration, it seems that it changed the whole goal of getting the independence itself. Don't we get it? What is it all about when we talk about the independence when we allow ourselves to be succumbed into the web of destruction? What does the independence means to us when we could not stand up by ourselves and start to protect our life values? And how are we going to let ourselves be mature by celebrating the Independence Day with and letting our young generation leisurely and delightfully spend their 31st August night in the bar or dancing madly, deeply and seductively at Merdeka Square? So much of celebrating the Merdeka Day.

As for now, our teenagers are turned into a western's negative attitude display. I can't deny that the western also stresses on the positive values of life, but still why we in Malaysia would like to choose the bad ones rather than practicing the good ones. There something must be wrong in our way of bringing up our children. Moreover, especially in our bad-economic standing, we suppose to start looking back at our long forgotten eastern values.

I urge my friends out there, who can see what can I see here; please act in the name of protecting our most precious asset to the country (the Malaysian teenagers). We, so called the educated people, should start to raise the hand and stop this nonsense from keep occurring in our nation. The young generation should be given an equal chance to develop themselves as an intellectual individual, not as guinea pigs for the western product market or as the living stage in the East World to depict the western society's madness behavior. However to be or not to be, the options are still open for we to think.

"Selamat Hari Kemerdekaan, Keranamu Malaysia"

Written by: Mohd Farid Mohd Nor
Age : 20 years on Aug 31st 2000
Editor: Student.Com.my Editorial Team

http://www.student.com.my/events/independence.shtml
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 09:45 AM | Show all posts








http://www.jeffooi.com/2006/08/merdeka_49.php

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2008 09:13 AM | Show all posts
http://www.kbistari.uum.edu.my/m ... kb_view.asp?kbid=15

Mutiara Kata  
  


Tun Dr. Mahathir Mohamad - 11 Oktober 1997

"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memula dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan.” Tun Dr. Mahathir Mohamad<...




Tun Hussein Onn - 15 September 1978

"Masa depan ekonomi negara tidak akan membawa apa-apa makna jika keselamatan tidak terjamin, keselamatan adalah teras keutuhan ekonomi dan kestabilan politik.” Tun Hussein Onn  


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"

...Let no one think we have reached the end of the road : independence  is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty...

(Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.389505 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list