|
macam mana nak satukan Negara2 Melayu Serumpun...?
[Copy link]
|
|
Originally posted by jinakji at 2004-10-5 12:13 PM:
apakata buat pesta kebudayaan melayu sedunia.... ala2 sure heboh tetapi lebih heboh lagi dimana peserta adalah org2 melayu dr serata dunia...acaranya seperti
1. games lawan congkak, hencang buah ...
sebenarnya persidangan melayu sedunia dah wujud.. dan aktivitinya seperti yg jinakji ckp.. tahun ni tuan rumah Riau, Indonesia (ada tunjuk kat tv1 dan berita tv3.. meriah betul!!).. Malaysia rasanya tahun sebelumnya (tak ingat berapa tahun sekali ke setahun sekali)..
masa malaysia jadi tuan rumah selalu kuar kat suratkhabar tentang org2 melayu di luar nusantara & menceritakan berapa luas nusantara..
yg eyka ingat kat New Straits Time ada cerita ttg teori kedatangan org melayu ke Madagaskar beratus2/beribu2 tahun dahulu.. dipercayai penduduk asal pulau tu org melayu yg belayar dari nusantara.. sampai sekarangpun dorang masih mengaku org melayu (tapi nama lain tak ingat start huruf M jugak)..
selepas kedatangan beramai2 org afrika yg saiz lebih besar & lebih ganas. mereka lari ke bukit2.. teori ini dikuatkan dgn saiz fizikal mereka yg seperti org asia & warna kulit tak sehitam org afrika (ada putih & ada sawo matang).. satu eksperimen jugak ada dibuat sebab ramai pertikai.. iaitu belayar dari kepulauan melayu ikut cntoh kapal layar zaman tu.. dalam masa 6 bulan kot ikut arah angin dorang sampai satu pulau tempat persinggahan di tgh2 lautan hindi dan kemudian sampai ke madagaskar...
masa persidangan melayu sedunia tu jugak ada persembahan kebudayaan org2 melayu.. kat mana tak ingat sebab tgk kat tv je.. yg nusantara ni biasala kita tgk... tapi ada macam2 termasuk persembahan org Maori(new zealand) dan hawaii.. org asli taiwanpun melayu..
ada byk lagi aktiviti...
mungkin diorg patut warwarkan kat semua media masa supaya semua org tahu..(hari tu byk kuar kat TV1..& kebanyakan kita tak tgkpun TV1) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 5-10-2004 05:48 PM:
sebenarnya persidangan melayu sedunia dah wujud.. dan aktivitinya seperti yg jinakji ckp.. tahun ni tuan rumah Riau, Indonesia (ada tunjuk kat tv1 dan berita tv3.. meriah betul!!).. Malaysia ra ...
:music::music:
tapi tu bukan macam LIGA ARAB...[ satu pertubuhan & persidangan yg
merangkumi politik , pendidikan , sosial, bahasa....persidangan spt ini patut libatkan
ketua2 negara melayu spt Perdana Menteri, Presiden , dll....
kan dgn cara ni kita dpt bincang pelbagai masalah berkaitan
politik , pendidikan , sosial, bahasa....
:ketuk::ketuk::ketuk:
:solute::solute::solute: |
|
|
|
|
|
|
|
banyak aktiviti aktiviti yang boleh kita menyatukan orang orang melayu ni .. tapi kalu kita perhatikan .. orang melayu bila duduk serumpun .. adalah susah teramat nak bersatu .. mesti ada usaha nak mempuak puakkan .. ini bukan melayu saja lah .. bangsa mana mana pun ..
ini lah yang susah . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by senyum_77 at 6-10-2004 11:13 AM:
tapi tu bukan macam LIGA ARAB...satu pertubuhan & persidangan yg
merangkumi politik , pendidikan , sosial, bahasa...
kalu macam liga arab.... persidangan yg membabitkan ketua2 negara... berapa orang jer yg boleh datang... Pak Lah - Melayu Kepala Batas, Sultan Hasanal Bolkiah (Melayu Brunei) Bambang Susilo (Jawa), Lee Hsien Long, Thaksin, Arroyo (sah2 bukan Melayu)... pastu nak paggil sapa lagi... PM Timur Leste, PNG, Madagascar, Mauritus kira melayu jugak ker?? bukan kut?? |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand bukan N.Melayu tapi Selatan Thailand
Originally posted by jinakji at 7-10-2004 08:40 AM:
kalu macam liga arab.... persidangan yg membabitkan ketua2 negara... berapa orang jer yg boleh datang... Pak Lah - Melayu Kepala Batas, Sultan Hasanal Bolkiah (Melayu Brunei) Bambang Susilo (Ja ...
mungkin hanya libatkan Malaysia, Brunei ,Indonesia...
tapi Singapura ( suruh dorang hantar wakil sbg negara Melayu jer),
Filipina ( kalau dr dulu dorang jadikan B.M sbg B.Kebangsaan, dapatlah silaturrahim saudara serumpun jadi lebih erat )......
:music::music::music:
:ketuk::ketuk:
Jinakji , Thailand x termasuklah dlm Negara2 Melayu ....
tapi Selatan Thailand jer termasuk
( pasal sejarah nyer dan fakta nyer
buktikan dulu hingga kini , Selatan Thailand ialah Langkasuka yg kemudian
ditukar namanyer kpd Patani....drp Patani yg besar tu , lama2 jadi kecil akibat
dirampas kerajaan Siam, akhirnyer Patani di-pecah-pecah-kan kpd wilayah2
kecil....Pattani yg ada skang bukan lah Patani yg besar spt dulu lagi....
semasa bwh pemerintahan kerajaan Siam yg dulu....Raja2 Melayu diturun
taraf kpd Gabenor ....dgn tu senang utk kerajaan Siam pecat semua Raja2
Patani....kini di Selatan Thailand tiada lagi Raja2 @ Sultan Melayu ......
:music::music::music:
********************************************************
Perjuangan utk kembalikan kedaulatan kemerdekaan negara "atani Yg Besar" iaitu Selatan Thailand masih diteruskan oleh Penduduk Asal Selatan Thailand ( iaitu Melayu Langkasuka--Patani ) hingga sekarang.....
tapi masih tak berjaya.....kenapa...? lagi pun dulu dorang pernah dapatkan perhatian Negara2 Melayu yg lain ....sebaliknya spt x dipedulikan .....
:solute::solute::solute:
p/s : hanya citer kan perkara yg benar jer..........berdasarkan
sejarah & fakta.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe , walaupun ambil masa 30 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud mung ....?...kurang paham ler....
Originally posted by archilless at 22-10-2004 10:54 PM:
problemnya masih ada yg rasa negara masing2 lebih bagus dari negara lain.. look down kat negara yg lebih mundur..
contohnya yg selalu dipandang inferior ni mcm org2 indonesia.. melayu kat indo- ...
apa maksud mung ....?...kurang paham ler....
tolong jelaskan skit......:bodek::bodek:
:solute::solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by archilless at 27-10-2004 07:59 PM:
warghhh.. tak paham ke?... :geram:
maksud aku.. mana nak satukan org melayu kalo antara org melayu pun selalu pandang rendah sesama sendiri.. sebagai contoh (contoh aje, tak semestinya bet ...
yup...dah paham...!:bodek::solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by archilless at 27-10-2004 07:59 PM:
warghhh.. tak paham ke?... :geram:
maksud aku.. mana nak satukan org melayu kalo antara org melayu pun selalu pandang rendah sesama sendiri.. sebagai contoh (contoh aje, tak semestinya bet ...
:setuju::setuju:
famili aku pun ada yang pandang semacam jer kat Melayu Indonesia....ler..!
:solute::solute: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melayu
The problem with Indonesia is that they tend to focus on the differing cultures among Malays. This has allowed the segregation of the Malay and were subdivided into sub-cultures. For instance, Indonesians would rather separate Malays into; Bataks, Javanese, Acehnese, Bugis. As a result a division is achieved.
This is particularly different in Malaysia. We tend to remove the differing sub-cultures among the various Malays and concentrate on a single identity; Malay. It logic that when we focus on our similarities instead of our differences we will achieve is better intergration.
R6
[ Last edited by RainbowSix on 17-11-2004 at 01:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
soalan yg cukup simple tetapi memerlukan satu jawapan yg cukupmudah diberi atas kertas ttp masih jauh..
mc mana naksatukan jika- berlainan priority / socioeconomic??
ttp, kena cari platform yg umum yg mempunyai kepentinganbersama dan win win situation- tak mudah bersatu jika ada issues timbul pada kedua dua pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tak nak kena orang politik jugak ni masuk campur.setakat orang bawah tak jadi apa.
dulu pernah mesia mengusulkan bahasa melayu ni dijadikan bahasa rasmi asean dan disokong oleh indonesia,brunei dan filipina tapi thai menolak.
bagi aku..asal je orang kat atas tu nak buat tanpa memikirkan keuntungan material..senang je.
tubuhkan semacam DBP untuk memantau penggunaan bahasa kat indon,brunei,dan filipina agar selaras(termasuk selatan thai).
biar filipina pakai bahasa melayu instead of tagalog.(sebagaimana indonesia tak pakai ahasa jawa sebaliknya memilih bahasa indon yg di adaptasi dari bahasa melayu).
walau apapun aku kurang sikit pasal penyatuan bangsa ni..tapi kalau penyatuan agama..tentu lebih besar.kan kan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ijad1986 This user has been deleted
|
Cadangan saya ialah...
Istilah 'Melayu' di Malaysia perlu diperkembangkan lagi sehingga merangkumi penduduk Pribumi Malaysia yang lain iaitu orang Asli serta penduduk Pribumi di Sabah & Sarawak. Begitu juga dengan kaum Serani (kacukan Melayu-Portugis beragama Kristian), Baba Nyonya (kacukan Melayu-Cina beragama Buddha, Cheti (kacukan Melayu-India beragama Hindu) kerana mereka berdarah Melayu serta Siam-Malaysia (masyarakat Siam-Malaysia juga dianggap Pribumi Malaysia kerana kedudukan negara Thai yang hanya bersebelahan dengan negara kita).
Ini bermakna TIADA lagi istilah 'Melayu itu Islam & Islam itu Melayu' atau 'masuk Islam bermakna masuk Melayu' atau 'Bumiputera'. Kita perlu menerima istilah baru iaitu 'orang Melayu-Islam' (Melayu, Melanau, Bajau dll), 'orang Melayu-Kristian' (Bidayuh, Kadazan-Dusun dll), 'orang Melayu-Buddha' (Baba Nyonya, Siam), 'orang Melayu-Hindu' (Cheti) & 'orang Melayu-Animisme' (Orang Asli, Penan dll).
Bukankah mereka ini serumpun dengan kita? Mereka juga sebahagian dari Bangsa Melayu-Polinesia. Kalau kita mahu menyatukan penduduk negara-negara Melayu serumpun, kita perlu bermula dari bawah iaitu dengan menyatupadukan seluruh penduduk Pribumi Malaysia yang juga bangsa Melayu-Polinesia di bawah nama dan payung MELAYU.
Masalahnya, adakah orang Melayu-Islam Malaysia sanggup menerima saudara serumpun mereka ini sebagai Melayu & membenarkan mereka ini bernaung di bawah 'payung Melayu' atas alasan mereka ini serumpun??!! Rasanya tidak sama sekali. Buktinya, terdapat banyak buku yang menulis, kira-kira 64% penduduk Malaysia adalah terdiri daripada kaum Melayu & penduduk Pribumi Sabah & Sarawak. Orang Melayu-Malaysia hanya sudi berkongsi status kaum Pribumi Malaysia dengan mereka. Keadaan yang serupa juga berlaku di negara-negara Melayu serumpun yang lain iaitu Brunei, Indonesia, Filipina dll.
Sekiranya kita mahu menyatupadukan penduduk Pribumi di negara-negara Melayu serumpun atas nama Bangsa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis agama, adat, puak, suku & bahasa, kita perlu bermula dari bawah iaitu melalui setiap negara-negara Melayu serumpun.
Masalahnya sekarang, sudah bersediakah orang-orang Melayu di Malaysia beserta saudara-mara mereka yang lain di negara-negara Melayu serumpun untuk menerima konsep ini???!! FIKIRKAN.....:hmm::hmm::hmm::hmm: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
things to ponder,
'Melayu' non Muslim seperti yg diutarakan di atas ni, selama ni tergolong dalam Bumiputera ke x?
Kalau tak, rasanya byk komplikasi akan berlaku dari segi undang2, ekonomi dan sebagainya.
my 2cents |
|
|
|
|
|
|
ijad1986 This user has been deleted
|
Originally posted by panzer at 30-12-2005 03:09 PM
things to ponder,
'Melayu' non Muslim seperti yg diutarakan di atas ni, selama ni tergolong dalam Bumiputera ke x?
Kalau tak, rasanya byk komplikasi akan berlaku dari segi undang2, ekonomi dan ...
Semestinya!!! 65% daripada penduduk Malaysia adalah kaum Bumiputera yang terdiri drpd kaum Melayu, Asli serta penduduk Pribumi Sabah & Sarawak. Istilah Bumiputera atau Pribumi sama sahaja maksudnya iaitu penduduk asal sesuatu daerah, kawasan, negeri atau negara. Bukan Bumiputera adalah kaum Cina & India disamping kaum-kaum lain yang menetap & menjadi warganegara negara ini selepas kemerdekaan Malaysia.
Bukankah ini pengetahuan am??!! Panzer tak tau ke??!! :hmm::hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak satukan?
dengan agama.....
-aku hentam je..lagipun akan bersatu jugak satu hari nanti kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 4-3-2008 04:04 AM
dengan agama.....
-aku hentam je..lagipun akan bersatu jugak satu hari nanti kan..
Agama???
Filipina dan Timor Leste tu majoriti Kristian...
Singapura majoriti Cina...
Indonesia?
Corrupt!! Rosak hancur!
Ayah Islam, ibu Kristian, anak Hindu....
Mereka tak pentingkan agama...
Aku cuma nampak tanda-tanda penyatuan di antara Malaysia dan Brunei...
Walaupun kedua-dua negara ini tidak bersatu dari segi politik pun, kita masih boleh bersatu dari segi bahasa, budaya dan adat resam...
Betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
indonesia corrupt?
bukan ke orang2 indon biasanya lebih extreme dari malaysia..cth nya agama, keganasan,
kalau baik, sangat baik..kalau ganas, ganas giler...? mereka lebih spiritual...
apa2 hal, bila sampai masa Dia yang akan menyatukan satu dunia...so, penyatuan dengan agama ialah jawapan terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|