CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Squall-Leonhart

Info Asas Negeri Johor

[Copy link]
Post time 24-1-2007 05:20 PM | Show all posts
MAKAM LAKSAMANA BENTAN

Seperti yang dimaklumi, Makam Laksamana Bentan yang terletak di Kampung Kelantan, 0.5 kilometer dari bandar Kota Tinggi adalah antara makam-makam utama yang menjadi tumpuan para peminat mahu pun pengkaji sejarah, daripada kalangan pelajar sekolah mahu pun sejarawan luar. Sejak diwartakan bahawa ia adalah makam Laksamana Bentan, begitu ramai orang yang mengunjunginya.
Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun panglima kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.
Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk 揝ultan Mahmud Mangkat Dijulang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2007 05:25 PM | Show all posts
MAKAM TUN HABIB (HABAB)

Bendahara Tun Habib (Habab) Abd.Majid Padang Saujana, menurut sejarahnya adalah Bendahara ke-19 kerajaan Johor sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Padang Saujana merupakan gelaran kepada beliau. Sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud, beeliau adalah antara bendahara yang berperanan penting membantu kelancaran pemerintahan ketika itu. Selepas kemangkatan beliau, jawatan bendahara telah digantikan dengan anakanda beliau iaitu Bendahara Maharaja Abd.Jalil sebagai bendahara ke-20.
Selepas kemangkatan Sultan Mahmud jawatan Sultan telah digantikan dengan Bendahara Maharaja Abd.Jalil. Penggantian ini telah mengubah tradisi sejarah Kesultanan Melayu Johor. Hal ini kerana buat pertama kali keturunan Bendahara menjadi sultan, oleh itu berakhirlah pertalian darah diraja Melaka yang diwarisi daripada keturunan Sultan Mahmud Syah 1 (sultan terakhir Melaka). Bendahara Maharaja Abd.Jalil mengambilalih tampuk pemerintahan dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV sebagai Sultan Johor ke-11.yang memerintah dari 1699 hingga 1717.


KOTA TOUHID

Kota Tinggi di peringkat awalnya terletak di kawasan Kampung Makam hari ini. Oleh itu terdapat banyak kesan sejarah terdapat di sini. Selain makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Makam Bendahara Tun Habib, terdapat satu kelompok makam lain yang disebut sebagai Makam Tauhid atau Kota Tauhid.
Di Kota Touhid terdapat beberapa buah makam dan binaan sebuah kota, walaupun rupabentuk kota berkenaan tidak begitu besar, di dalamnya dipenuhi dengan beberapa buah makam. Terdapat kekeliruan berhubung nama kota ini kerana sesetengah orang memanggilnya dengan nama Kota Touhid manakala sesetengah orang pula memanggilnya dengan nama makam Touhid.
Menurut catatan sejarah Johor, Kota Touhid ini pernah menjadi ibu negeri dan pusat pemerintahan kerajaan Johor Tua sebanyak dua kali iaitu ketika pemerintahan Sultan Abd.Jalil III (1637-1673) iaitu Sultan Johor ke-8 dan Sultan Abd.Jalil Riayat IV (1699-1717) iaitu Sultan Johor ke-11. Selepas pemerintahan Sultan Abd.Jalil, ibu negeri Johor berpindah ke Panchor.
Selepas ditinggalkan, kawasan ini dijadikan kawasan perkuburan. Kebanyakan makam yang terdapat disitu tidak diketahui milik siapa kerana dipercayai tiada seorang pun sultan yang dimakamkan di situ. Kota ini dan bekas tapak istana Kesultanan Johor ini dikatakan diperbuat daripada batu-bata dengan campuran kulit kerang , kapur dan madu lebah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 05:28 PM | Show all posts
KOTA SELUYUT

Seluyut merupakan satu tempat yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota Tinggi di tebing kanan mudik Sungai Johor. Bukit Seluyut merupakan salah satu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor pada zaman Sultan Muzafar Syah II (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga.
Setelah baginda mangkat pada tahun 1570, penggantinya Sultan Abd.Jalil Syah II tidak lama bersemayam di situ. Baginda kemudiannya berpindah ke Johor Lama dan memperbaiki semula Kota Batu untuk dijadikan pusat pemerintahan dan pentadbirannya,
Di Seluyut ini juga, Bendahara Johor yang terkenal iaitu Tun Mahmud (Tun Sri Lanang) telah dilahirkan. Beliau adalah pengarang Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Di kawasan ini terdapat dua kelompok makam yang terdiri daripada lima makam termasuk sebuah makam yang dipercayai makam Sultan Muzafffar Syah II yang mangkat di situ. Makam itu terletak kira-kira 100 meter dari pinggir Sungai Johor. Makam baginda juga di sebut sebagai Marhum Mangkat di Seluyut.
Di sisi makam baginda adalah makam adinda baginda iaitu Raja Fatimah. Terdapat satu lagi makam dikatakan makam Sultan Abdul Jalil Syah 1 (Sultan Johor Keempat) iaitu makam yang paling kecil. Namun makam beliau kini dicatatkan berada di Panchor, oleh itu tidak dapat dipastikan mana kenyataan yang benar.
Sultan Abdul Jalil Syah 1 telah dilantik menjadi sultan sewaktu kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Baginda adalah hasil perkahwinan Raja Fatimah dengan Raja Omar dari Pahang. Oleh kerana anakanda baginda masih kecil, Raja Omar memegang takhta dengan gelaran Sultan Ali Jalia Abd.Jalil Syah II atau Sultan Abd.Jalil Syah II (Sultan Johor kelima).
Makam Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai yang meninggal dunia di situ juga boleh ditemui di khaki Bukit Seluyut. Walaubagaimanapun, Kota Seluyut yang menjadi salah satu kubu pertahanan kerajaan pada masa itu sudah tidak kelihatan lagi binaannya. Namun kedudukan bukit tersebut memang strategik sebagai ibu negeri dan kota pertahanan ketika itu.


KOTA BATU SAWAR

Kota Batu Sawar terletak kira-kira tiga kilometer menghilir bandar Kota Tinggi di tebing kanan mudik Sungai Johor. Kedudukannya hari dikenalpasti terletak di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Minchu.
Sultan Abd.Jalil Syah II (1570/71-1597) Sultan Johor Kelima pernah menjadikan kota ini sebagai pusat pemerintahan kerajaan Johor. Baginda juga dikatakan mangkat dan dimakamkan di situ dengan gelaran Marhum Mangkat di Batu Sawar. Batu Sawar dibina setelah tewasnya Kerajaan Johor kepada angkatan Portugis di Johor Lama (Kota Batu Johor Lama) pada 1587. Kota ini lebih kecil berbanding Kota Batu di Johor Lama, tetapi struktur binaannya adalah kuat. Akhirnya, kota ini diserang dan ditawan oleh angkatan Portugis pada 1588.
Menurut catatan Matelief (Ketua Angkatan Perang Belanda), beliau menyebut bahawa Batu Sawar adalah kira-kira 670 meter panjang kelilingnya. Bentuknya hampir empat persegi, kota pertahanannya di pagar dengan pancang kayu yang tinggi dan besar, setinggi 12 meter ke tepi sungai. Selain menjadi pusat pemeerintahan dan pertahanan penting, Batu Sawar juga pernah menjadi pusat tumpuan perniagaan yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Portugis, China, Inggeris, India dan Arab.
Pengganti Sultan Abd.Jalil II iaitu putera baginda, Sultan Alaudin Riayat Syah III (1597-1615 iaitu sultan Johor keenam) juga menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahannya. Sepupu baginda Raja Abdullah ( Sultan Johor ketujuh dengan gelaran Sultan Abdullah Ma醳at Syah) bersemayam di seberang Sungai Johor (bersetentang Batu Sawar) dan mendirikan sebuah kota yang diberi nama Kota Seberang.
Ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615), Batu Sawar telah diserang sebanyak dua kali (1613 dan 1615) oleh Acheh. Sultan Alauddin telah ditawan dan di bawa ke Aacheh lalu dibunuh di sana. Sementara itu, Raja Abdullah dihantar kembali ke Batu Sawar menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdullah Ma醳at Syah(1615-1637). Kemudian baginda meninggalkan Batu Sawar untuk berpindah ke Lingga, lalu bersemayam pula di Pulau Tembelan hingga baginda mangkat di pulau tersebut.
Sementara Pasir Raja, kedudukannya tidak jauh dari Batu Sawar menurut catatan sejarahhnya pernah dijadikan pusat pemerintahan sementara oleh Sultan Alauddin Riayat Syah III pada sekitar tahun 1608. Kali terakhir Batu Sawar dijadikan pusat pemerintahan ialah sewaktu zaman Sultan Abd.Jalil Syah III (1637-1673) sultan Johor kelapan. Sewaktu pemerintahan baginda, Batu Sawar diserang oleh anggkatan perang Jambi. Sejak itu, Batu Sawar tidak lagi dijadikan pusat pemerintahan oleh mana-mana sultan yang memerintah Johor.
Penemuan terbaru, sekelompok tiga makam yang masih dipelihara terdapat di situ, makam tersebut berkemungkinan besar milik Sultan Abd.Jalil Syah II dan kerabatnya. Sementara iut, menurut penduduk kampung di situ, lebih sepuluh makam lama dalam kawasan itu telah dimusnahkan oleh pengusaha ladang berkenaan.
Di pinggir Sungai Johor, tidak jauh dari binaan kota terdapat sebuah perigi lama. Di merata kawasan tersebut, ditemui banyak pecahan-pecahan pasu dan tempayan, yang sebahagiannya adalah peninggalan pengusaha kangcu dari negeri Cina, dan mungkin juga ia kesan runtuhan sebahagian binaan kota yang tertinggal. Sementara, bentuk kota yang dikenali sebagai Kota Batu Sawar jelas kelihatan menghadap Sungai Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 19-1-2006 02:44 PM


Untuk makluman forumer Segamat... (kenalilah tempat korang sendiri ek...)

Segamat mula diasaskan oleh Bendahara Tepok dan pe ...


Betul tue...time malam bandar atas tue x bestpun...kecuali kalau ader function mcm sambutan kemerdekaan jer meriah...bandar bawah tue mmg idupla sbb ader shopping complex byk kat situ...fajar, billion, upweld, nirwana dan x lama lagik giant nk bukak...giant nie bersebelahan ngn bridgestone (kedai tayar ke kereta) aku lupa plak..tapi x jauh ngn traffic light...dulu ader shopping complex warta tapi dah bankrupt...oh yea lupa lak nk inform billion tue dulunye great wall..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 06:10 PM | Show all posts
Yup, Giant tu sebelah jer dengan kedai Bridgestone dan kedai Bridgestone tu plak sebelah jer ngan traffic light, so setakat berapa langkah jer dari traffic light Jalan Chia Chin Koon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:49 AM | Show all posts
ish! tak sangka anak johor pun tak tau sejarah johor. interesting gak bace ni..

balik sok nak round seluruh johor lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2007 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by ayamserati at 27-1-2007 03:49 AM
ish! tak sangka anak johor pun tak tau sejarah johor. interesting gak bace ni..

balik sok nak round seluruh johor lah...


byk lagi sejarah kat johor nih.... citer rakyat pon ade...
so kene rajin ler surf internet... kalo dpt yg best masukkan ler kat sini...
ade sesape tau pasal johor battery? hehehheh ape tu? hehhehe nanti kalo aku jumpe balik artikel n picture dia aku masukkan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 05:44 PM | Show all posts

Reply #20 achu's post

too much like zapin dance...
susah nak tgk zaman sekarang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 05:48 PM | Show all posts
hensem juga kalo benar ini adalah sultan ali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #46 ayamserati's post

nak ikut naik beca.. round satu johor..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #40 rurouni_khairul's post

memang bangga pun... banyak juga sejarah2 berharga dalam negeri kita ni erk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 05:51 PM | Show all posts

Reply #26 muor76's post

pic masa raya hari tue kan?? berisi balik nampak rmj kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 10:27 AM | Show all posts
Keunikan Kurung Johor

MUKADIMAH
揚ADA masa dahulu ketekunan dan keistimewaan anak gadis perawan Johor dinilai dari kehalusan menyembat dan menikam leher. Ini bermakna setiap anak perempuan yang telah meningkat dewasa di negeri Johor mestilah pandai menjahit baju kurung Telok Belanga.拻.
Begitulah kiranya adat Melayu lama, kemahiran menjahit baju kurung menjadi ukuran bagi menilai sejauh mana pengetahuan serta kebijaksanaan anak dara menghasilkan satu pakaian yang selesa dan kemas untuk dipakai.
Itulah fakta sebenar yang diperoleh oleh penyelidik busana Melayu, Zubaidah Sual@Shawal.
Menurut wanita kelahiran Batu Pahat, Johor ini, pemakaian baju kurung Telok Belanga telah direka dan diilhamkan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar pada kira-kira tahun 1866.
Kata Zubaidah, istilah baju kurung untuk negeri Johor tidak tertumpu pada baju wanita sahaja, malah baju kurung Telok Belanga merujuk kepada pakaian rasmi lelaki dan wanita pada ketika itu.
揅uma potongannya sahaja yang berbeza. Saya lebih suka menyebutnya sebagai baju kurung Johor.
Menurut Zubaidah, pemilihan nama Telok Belanga diambil sempena nama satu daerah di negeri Johor yang menjadi pusat pemerintahan negeri sebelum Johor Bahru.
揝ultan Abu Bakar dikatakan memakai baju kurung yang labuh hingga ke bawah lutut, berpesak dan berkekek, lengkap dengan sapu tangan dan tidak berkocek.
揚ada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim iaitu pada akhir kurun ke-18, Menteri Besar Johor, Datuk Jaafar Muhammad telah mengubah bentuk asal baju kurung Telok Belanga. Labuhnya dinaikkan hingga ke paras punggung dan berkocek tiga, tetapi badan, pesak dan kekeknya dikekalkan dan bentuk inilah yang berkekalan hingga sekarang,拻 jelas Zubaidah.
Bagaimanapun, pelan potongannya baju kurung lelaki dan perempuan tetap mempunyai perbezaan cuma persamaannya ialah pesak, kekek, lengan dan kocek. Kocek baju kurung lelaki agak berbeza iaitu dipasang di bawah dada sebelah kiri. Ada juga di antara wanita moden yang lebih gemar menggunakan kocek tepi atau disebut kocek benggali kerana kedudukannya yang lebih kemas di sisi baju.
揃aju kurung lelaki dan wanita mempunyai kelabuhan yang berbeza. Baju perempuan biasanya labuh hingga ke paras lutut manakala baju lelaki hanya labuh hingga ke paras punggung sahaja.拻
Baju kurung Telok Belanga biasanya dipakai sedondon, baju dan seluarnya dibuat dari kain sutera bercorak jalur-jalur dan dipadankan dengan kain Bugis yang berkepala.
Kebiasaannya baju kurung yang tidak sedondon mempunyai baju yang diperbuat daripada kain sutera atau kapas biasa yang tidak bercorak dan dipadankan dengan seluar hitam atau warna gelap. Manakala kain sarungnya pula ialah kain corak Muar atau songket dan bersongkok.
揃agi orang kebanyakan, kain kapas bercorak biasa sudah cukup memadai untuk dipakai, tetapi bagi wanita bangsawan, baju kurung mereka dijahit dengan kepingan-kepingan bunga emas dan permata,拻 tambah Zubaidah.
揃aju kurung Telok Belanga Johor bukan sahaja dipakai oleh orang Johor, malah ia juga menjadi pilihan orang Pahang, Singapura dan Terengganu.
Bentuk pakaian baju kurung Telok Belanga melihatkan kesantunan pemakainya dan ia bersesuaian dengan penampilan wanita Islam,拻 ujarnya.


dipetik dr utusan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 09:43 AM | Show all posts
lian padukan...
seni silat yg agak terkenal di johor

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bukanlah sejenis silat Melayu.
Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.
: Pak Mat Kedidi :
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.
Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk 憁enyiasat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:41 AM | Show all posts
latar belakang sekolah agama johor...

  • 1918 Sejarah pendidikan bermula dengan nama Sekolah Al-Quran. Tumpuan hanya kepada pembelajaran Al-Quran.
  • 1920 Nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab dengan penambahan matapelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf.
  • 1923 Nama Sekolah Kitab ditukar kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
  • 1923 Kelas ' Darjah Khas ' diwujudkan sebagai satu - satunya lanjutan Sekolah Agama Petang.
  • 1960 Maahad Johor ditubuhkan sebagai pusat pengajian IV Thanawi di negeri Johor.
  • 1965 Nama Sekolah Agama Petang ditukarkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  • 1988 Penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • 1994 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA)
  • 1997 Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab iaitu MARSAH
  • 1998 Pelarasan umur 7 tahun bagi kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor
  • 1999 Pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
  • 2001 Penubuhan Tadika Agama Johor (TAJ)
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:05 AM | Show all posts
sedikit info pasal kluang

Mengikut maklumat dari orang-orang tua yang merupakan penduduk asal Kluang, nama Kluang sebenarnya berasal dari sebuah kampung yang di beri nama  KLUANG KAMPUNG  yang terletak di Kuala Sungai Mengkibol.

          Wujudnya nama Kluang Kampung mungkin berkaitan dengan terdapat banyaknya unggas besar yang dikenali dengan nama 'Burung Keluang'   Walaupun Burung Keluang di anggap sebagai makhluk perosak, namun ia juga sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada alam sejagat dengan menabur benih-benih pokok melalui sebaran secara perkumuhan.

          Sejarah Daerah Kluang dari tahun ke tahun mengalami perubahan di mana Kluang merupakan sebuah daerah daripada 8 buah daerah di negeri Johor.  Mempunyai keluasan 2,851.59 km persegi dan terkenal sebagai daerah kedua terluas selepas Johor Bahru.

         Kedudukan Kluang yang begitu strategik dengan kemudahan infrastruktur faktor melayakkan menjadi sebuah bandaraya dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun selepas Johor Bahru pada tahun 2020.

         Tanggal 8 Mei 2001 Kluang telah mencipta nama Perbandaran Kluang yang pesat dengan pembangunan infrastrukturnya yang menghubungkan kepada 4 buah daerah yang lain seperti Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

          Pertambahan penduduk sama ada penduduk asal atau penduduk yang berpindah ke Kluang disebabkan perpindahan tempat kerja menjadikan daerah Kluang memerlukan lebih banyak tempat kediaman dan bangunan-bangunan terutamanya sekolah-sekolah bangunan pejabat dan kini sekolah piawai dan bangunan kerajaan yang lain.  Justeru itu disinilah terletaknya peranan JKR daerah Kluang kerana seperti yang sedia maklum salah satu dasar kualiti JKR adalah komited memberikan kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik dengan mengerahkan produk-produk berkualiti.



sumber http://johor.jkr.gov.my/jkrkluang/web%20baru/Profile/Sejarah.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 10:35 AM | Show all posts
pic dato sri amar di raja

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 03:06 PM | Show all posts
[table=98%][tr][td=1,1,670]
Nama Pontian adalah dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang bermaksud tempat persinggahan yang mana pada zaman dahulunya ia menjadi tempat persinggahan bagi kapal-kapal dan perahu yang menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan antara Melaka dan Singapura. Terletak di Pantai Barat Negeri Johor dengan bersempadankan Daerah Kluang dan Johor Bahru di bahagian Timur, Daerah Batu Pahat di Barat Laut dan Selat Melaka dibaratnya.

Seorang Saudagar Arab, Tuan Syed Muhamad Alsagoff adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan Daerah Pontian yang hanya pada masa itu hanya bermula sebagai sebuah estet dalam tahun 1878, dan di bawah pemerintahan "Maharaja Sultan Abu Bakar"

[/td][td=1,1,210]
[/td][/tr][tr][td=1,1,32][/td][td=1,1,670]
Pontian adalah sebuah daerah terkecil  dinegeri Johor Darul Ta抸im. Ia terletak  di sebelah Selatan Semenanjung Malaysia, bersempadankan Selat Melaka, Selat Johor, Sungai Pulai, Gunung Pulai dan Sungai Tampok. Walaupun begitu, daerah Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu dilawati.
[/td][td=1,1,210]
Klik Peta Untuk Keterangan Lanjut
[/td][/tr][tr][td=1,1,32][/td][td=1,1,670]
Seperti kebanyakan  daerah di Malaysia ini, penduduk Pontian adalah terdiri daripada kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Kehidupan bersama yang telah mereka lalui sejak beratus tahun lalu telah dapat mewujudkan satu suasana harmoni, saling memahami, tolong menolong walaupun menganut agama dan budaya yang agak berbeza.

Pusat perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang terbangun  disebelah menyebabkan muara sungai  yang punya nama yang sama.
[/td][td=1,1,210][/td][/tr][tr][td=1,1,32][/td][td=1,1,670]
Pusat perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang terbangun  disebelah menyebabkan muara sungai  yang punya nama yang sama.
Terdapat satu pekan kecil yang diberi nama Pontian Besar. Pekan ini sebenarnya jauh lebih kecil dari bandar Pontian Kecil. Ia mendapat panggilan 慴esar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 10:57 AM | Show all posts
pic dato jaafar muhammada.. mb johor pertama




Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.

[ Last edited by  muor76 at 5-7-2007 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 11:00 AM | Show all posts
dari wikepedia

Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pendidik Malaysia yang mempunyai banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor. Muhammad Ibrahim adalah anak bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu.
Pada tahun 1883, sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan yang lebih luas, tidak hanya terbatas kepada pelajaran al-Quran sahaja. Pada tahun ini juga dibina empat buah sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Penubuhan sekolah Melayu ini terus berkembang ke daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain.
Di samping itu, Muhammad Munsyi memperkembangkan sistem pendidikan Melayu. Selain Jabatan ini, beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan sekolah Inggeris dan Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 1.285680 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list