|
Antibiotic - KLACID MR
Nak tanya 2nd opinion kepada sesiapa yang mahir.....
I was given this antibiotic KLACID MR 500mg after having brownish flam for about 1 month (at times with fresh blood, sometimes greenish).... Saya tak ada rasa sore-throat.... Doktor bagi utk 5 hari punya together with NasacortAQ Nasal Spray. Baca dekat enclosed leaflet .... this antibiotic mengandungi clarithromycin which is good to treat infections such as:
1. lower respitory tract infections (eg bronchitis, pneumoniae)
2. Upper respitory tract infections (eg pharyngitis, sinusitis)
3. skin & soft tissue infections (eg folliculitis, cellulitis, erysipelis)
My doktor kata, lepas lima hari jumpa dia balik, kalau tak baik juga dia akan refer ke ENT specialist. Ni dah hari ke-4, I am still having nasal congestion. Walaupun brownish flam tu dah berkurang (sikit saja) but still ada...
So far... I tak pernah di diagnosed apa-apa penyakit... is my condition consider bad? |
|
|
|
|
|
|
|
To determine whether your condition is bad or not, we have to do a more thorough examination. The history u've given is not enough to conclude anything. Sorry..
You should finish the medication and see the doctor again..
p/s : phlegm.. bukan flam.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku,antibiotik dah abis penyakit ado lg aku still jumper dr gak..mana tau ada lg saki baki kuman2 tuh tak kiok lg.ado member dulu selalu demam2 tak bersbb...p check sana sini..siap amik air tulang balakng.then mcm mana ntah,rupenyer sbb TB... |
|
|
|
|
|
|
|
Phlegm..
tq dr zach. noted ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
my history:
About 1.5 mth ago. Mula-mula sakit tekak tiba-tiba(tapi bukan mcm selalu, selalunya kalau nak kena, rasa mcm nak demam. This time tidak). Bila makanan lalu jer rasa sakit kat 1 spot (belah kiri of inner kerongkong). Mcm rasa terlekat tulang ikan. Lepas tu I cough, keluar seketul yellowish phlegm.
After 4 days, I start rasa mcm nak demam. I tot stressed pasal dok balik mlm jer.... gi klinik nak ambil ubat demam. Masa kat klinik tu, mata dah rasa lain macam... mata sebelah kiri berair jer & ada little bit of taik mata. so I suruh doktor tengok, so doktor bagi eyedrop (antibiotic). Ok, I makan la ubat cam biasa ,.... then eyedrop tu I pakai dua kali, terus mata kiri I makin bengkak dan merah & sepet (siap ada tompok2 darah kat mata putih). Esoknya I went to the same doktor lagi, dia kata try change ubat pulak.... dia kata kalau tak baik juga, dtg balik esok, dia refer ke opthamologist pasal dia suspect viral infection. So I pergi lagi esok pasal tak baik (berkuang sikit jer).... then I refer ke specialist. Specialist kata memang infection, bukan sakit mata biasa. So dalam seminggu mata I beransur pulih.
But since then, I tak selesa pasal every morning without fail I akan ada brownish plegm mcm I citer kat atas. Hindung sebelah jer boleh pakai. Sebelah lagi tersumbat. Heavy chest mcm banyak phlegm jer rasa but very dry, I could not force them out. So last week I pergi jumpa another doktor. . Doktor tu kata mungkin inflammation due to old infections yang tak berapa baik lagi. So dier tgk dlm mulut, tonsil belah kanan ada bengkak. Tgk dlm hidung pun ada bengkak.... Dia bagi Klacid MR ni & ubat kurangkan bengkak.
FYI, I ada gum problem also. Saya ada graham bongsu (kiri bawah) yang dah matang but 90% embedded in the gum. So gusi keliling gigi ni selalu bengkak.
OK.... cukup tak history ? heheheh ... tak cukup leh tanya, nanti saya citer lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 17-4-2006 10:06 AM
kalo aku,antibiotik dah abis penyakit ado lg aku still jumper dr gak..mana tau ada lg saki baki kuman2 tuh tak kiok lg.ado member dulu selalu demam2 tak bersbb...p check sana sini..siap amik air tu ...
yeah ... normally saya dpt flagyl & amoxicilin. kadang2 dos 250mg kadang2 dos 500mg. Yang ni utk saya, selalu kalau sakit tekak/ gusi bengkak gerenti baik punya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak baik2 lgk...ko g spital mintak check itu phelgm la...tp bunyi byk no konyer prob ek?ko smoking ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 17-4-2006 12:37 PM
kalo tak baik2 lgk...ko g spital mintak check itu phelgm la...tp bunyi byk no konyer prob ek?ko smoking ker?
aku tak smoking & pantang org smoking..... hidung aku tak leh terima .... kalau aku lalu smoking area, otometik chest aku mcm lelah jer....
aku pun heran gak ...cam banyak lak problem aku... lagi aku kaji (online articles), lagi banyak lak masalah aku .... mcm nak kena overhaul satu badan jer rasa.... :geram: ... ni hari last day aku on KLACID MR. tgk esok camana .... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rs aku penah bc somewhere,kalo dak kecik, kuman sakit mata tuh le kasik URTI..tapi ko dah tua2 nih...ko tak bsh tgn bebetul ek? |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidak ..... tangan ku paling dijaga ... even button lift pun tak tekan dgn jari. Aku pakai knuckle jer ....... geli aaa ....
skrang dah kurang 30% .... ubat dah abis. .... esok kena jumpa dokter lagi... |
|
|
|
|
|
|
mohdazhar This user has been deleted
|
akum..saya baru aje join dalam forum nie dgn niat na berkongsi tentang kesihatan..insyaALLAH
na tnya, you ada resdung / asma ke?
setakat nie, ape rumusan yang doc bg? sakit apa ?
kalau betul2 u na overhaul , saya boleh bantu. insyaALLAH
sebab saya risaukan kesan sampingan yang di sebabkan oleh ubat2 doc.. |
|
|
|
|
|
|
|
antibiotik....
nak tau jer penggunaan antibiotik untuk kanak-kanak...sbb kalu anak demam hubby mesti mintak doc prescribe antibiotik...tak ke ia menjejaskan imun system....bukan ke bebudak yang baru membesar akan develope imun system sendiri.......perlu ke tak antibiotik nih?
ada gak yg ckp ikut jangkitan kalo bakteria...bleh guna antibiotik....kalo virus tak leh......
camner ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juita at 27-7-2006 10:18 AM
nak tau jer penggunaan antibiotik untuk kanak-kanak...sbb kalu anak demam hubby mesti mintak doc prescribe antibiotik...tak ke ia menjejaskan imun system....bukan ke bebudak yang baru membesar akan ... ...nasihatkan hubby ko jangan suka mintak antibiotic untuk semua penyakit..most of the time...antibiotic is not needed at all...tapi...tulah...kadang2...pesakit nie can be very persistent...sakit yang tak perlukan antibiotic pon dorang mati2 mintak dr tuk kasi antibiotic...kalau dapat dr yang baik...dorang takkan layan permintaan nie semua...tapi...kalau dapat dr yang hampesssss...dorang kasi jerrrr...:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
pengambilan antibiotik yang berlebihan boleh manggangu sistem badan dan bahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antibiotik penawar ajaib
Oleh NAJIBAH HASSAN
SEJAK penemuannya pada abad ke-20, satu lagi revolusi terbesar dicatat dalam sejarah perubatan dunia. Kehebatannya membunuh dan merencat pertumbuhan beberapa jenis bakteria berbahaya begitu mengagumkan.
Malah, kejayaannya menyelamatkan beratus-ratus ribu nyawa di seluruh dunia yang terancam dari penyakit-penyakit serius seperti pneumonia, batuk kering, meningitis dan sebagainya mampu melenyapkan kebimbangan.
Di situlah titik permulaan penggunaan `penawar ajaib' paling mujarab, antibiotik. Hari ini, antibiotik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Daripada seringan-ringan penyakit hinggalah yang paling serius, antibiotik dianggap penawar cukup istimewa kepada bermacam-macam jenis penyakit.
Atas sebab ini, mungkin antibiotik menjadi salah satu ubat-ubatan paling popular dipreskripsikan oleh doktor.
``Antibiotik berkesan untuk merawat pelbagai jangkitan yang disebabkan bakteria pada mana-mana bahagian tubuh sama ada di luar atau di dalam,'' kata Dekan Fakulti Farmasi, Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Abu Bakar Abdul Majeed.
Menurut beliau, sesetengah demam yang disebabkan jangkitan bakteria boleh ditangani dengan antibiotik.
Namun, bukan semua jenis demam boleh dirawat dengan antibiotik kerana ada yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Dr. Abu Bakar menjelaskan, apa yang perlu difahami oleh setiap individu yang menggunakan antibiotik iaitu menggunakan antibiotik seperti yang ditetapkan.
Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sebanyak mungkin jika kurang faham mengenainya.
``Sebagai contoh, jika doktor menasihatkan pesakit perlu menghabiskan rejimen antibiotik, ia mestilah dihabiskan.
``Jangan berhenti sesuka hati tanpa memaklumkan kepada doktor sekalipun telah pulih daripada masalah yang dihidapi,'' ujarnya. Selain itu, jangan simpan antibiotik yang berlebihan sebagai kegunaan pada masa akan datang.
Sebaik-baiknya, jumpa doktor untuk mendapatkan bekalan antibiotik yang berbeza kerana ada kemungkinan jangkitan yang dihidapi disebabkan oleh jenis bakteria lain.
Satu jenis antibiotik sebenarnya tidak berkesan untuk membunuh bakteria lain kerana ia mungkin daripada jenis yang berbeza.
Kehebatan antibiotik menyembuhkan pelbagai jenis penyakit ini menyebabkan ia lebih sinonim sebagai penawar dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Bagaimanapun, kehebatan dan keberkesanannya memerangi bakteria tertentu hanya menemui kegagalan sekiranya ia tidak digunakan dengan betul.
``Inilah cabaran paling besar antibiotik kerana bakteria akan dapat menyesuaikan diri sekali gus rentan (resistance) terhadap antibiotik,'' katanya.
Kekurangan paling ketara antibiotik ialah apabila bakteria telah dapat `mengatasi' keupayaan mereka.
Penicillin, merupakan antibiotik pertama ditemui oleh Alexander Fleming pada 1929.
Kajian yang dilakukan di makmalnya amat mengejutkan apabila bakteria yang tercampur dengan sejenis bahan kimia dalam piring kulturnya tidak membiak. Setelah dikaji, rupa-rupanya bahan kimia tadi dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan kulat yang mencemar piring kulturnya. Bahan-bahan ini dikenali sebagai antibiotik.
Era antibiotik merawat penyakit semakin mendapat tempat apabila ia digunakan secara meluas merawat kecederaan tentera yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Empat dekad lalu, industri antibiotik mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam usaha untuk mereka bentuk kumpulan antibiotik baru.
``Ini kerana semakin banyak organisme yang tidak lagi peka dan sensitif pada antibiotik,'' katanya.
Apabila bakteria terlalu cepat rentan pada antibiotik, maka lebih banyak antibiotik jenis baru perlu diwujudkan.
Cabaran paling besar yang dihadapi oleh dunia perubatan pada hari ini ialah mencipta sejenis antibiotik yang mengatasi kerentanan pelbagai jenis bakteria.
Bakteria merupakan organisme hidup yang sentiasa berubah. Perubahan ini perlu bagi organisme ini untuk ia rentan daripada antibiotik.
Setiap kali organisme ini berubah, ia akan membentuk tapak di mana antibiotik tidak boleh bertindak.
Istimewanya, bakteria ini ia boleh berubah dalam tempoh satu minit untuk bertahan dalam persekitarannya.
``Ia merupakan organisme yang bijak merubah profil asid deoksiribonukleiknya (DNA) iaitu bahan genetik organisma hidup dan menyesuaikan diri dengan persekitaran untuk membebaskan diri daripada ancaman musuhnya - antibiotik.
``Lebih banyak bakteria terdedah pada antibiotik, lebih mudah ia rentan dan semakin kurang sensitivitinya pada antibiotik,'' ujarnya.
Bagaimanapun, menurut Dr. Abu Bakar, bukan semua bakteria berbahaya dan menimbulkan masalah pada kesihatan manusia.
Terdapat bakteria yang sememangnya berada dalam tubuh manusia mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.
Bakteria yang tinggal dalam sistem pencernaan atau faraj misalnya, memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.
``Bakteria dalam sistem penghadaman bertindak sebagai sistem sokongan untuk mencernakan makanan yang dimakan dan ia tidak perlu dimusnahkan,'' ujarnya.
Sekiranya bakteria ini musnah, ia akan menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan seperti sembelit, angin dan sebagainya.
Bagi wanita, bakteria yang terdapat pada faraj penting untuk memastikan keadaan faraj sentiasa berasid. Ini bagi mengelakkan serangan bakteria dari luar. Ada sesetengah bakteria mempunyai fungsi dan kegunaan tertentu pada tubuh.
Jenis-jenis antibiotik
* Makan atau minum (oral)
* Titisan
* Krim
* Suntikan
* Insertion
Apa yang harus dilakukan?
* Setiap individu bertanggungjawab memaklumkan kepada doktor
sama ada mereka alah kepada sebarang jenis antibiotik
* Menjelaskan sama ada mereka menghidap penyakit kronik
* Status diri - sama ada hamil atau sebaliknya.
Jenis-jenis penyakit
* Penyakit pada sistem kencing
* Sistem pencernaan
* Sistem jantung - radang selaput jantung seperti encocarditis
* Sistem pernafasan
* Sistem saraf pusat - meningitis
* Penyakit kelamin - sifilis, gonorrhea
* Keracunan darah - septicemia
* Penyakit kulit - jerawat
* Penyakit hati.
* Penyakit mata - konjuktivitis
* Penyakit otot - bengkak pada otot tulang - osteomylitis
* Penyakit gusi
Kegunaan antibiotik
a. Merawat jangkitan akibat bakteria
b. Rawatan profilaksis - iaitu perlindungan untuk mengelakkan
berlakunya jangkitan kepada mereka yang berisiko tinggi.
Contohnya, kolera, demam akibat masalah sistem imun.
Panduan
* Pesakit perlu mesti menghabiskan rejimen ubat antibiotik yang
dipreskripsi oleh doktor pada masa tempohh tertentu
* Antibiotik tidak boleh disimpan untuk kegunaan akan datang
* Pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapat bekalan berbeza
* Jika terdapat alahan seperti gatal-gatal kulit atau cirit birit kerana
menggunakan antibiotik, maklumkan segera. Doktor akan
menggantikan dengan antibiotik jenis lain
* Sekiranya individu terbabit terlupa mengambil antibiotik seperti
yang dijadualkan, jangan menggantikannya dengan mengambil dua
kali ganda. Pengambilan antibiotik perlu diteruskan seperti biasa.
* Sekiranya, mereka perlu menggunakan antibiotik pada bahagian
luar tubuh, mereka perlu mendapat nasihat doktor atau ahli
farmasi
* Jangan berhenti mengambil antibiotik sesuka hati seperti yang
ditetapkan dan gunakannya berdasarkan keperluan
* Jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain.
Kesan sampingan antibiotik
Selain mengurangkan keberkesanannya, dos antibiotik yang berlebihan boleh menyebabkan kesan kepada:
* Kulit - ia boleh menyebabkan ruam pada kulit
* Wanita hamil - mungkin menjejaskan janin
* Gigi - warna gigi boleh berubah kekuningan
* Gangguan pada sistem pencernaan - kesan toksik dan reaksi alahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juita at 27-7-2006 10:18 AM
nak tau jer penggunaan antibiotik untuk kanak-kanak...sbb kalu anak demam hubby mesti mintak doc prescribe antibiotik...tak ke ia menjejaskan imun system....bukan ke bebudak yang baru membesar akan ...
haah...antibiotik diberi utk jangkitan bakteria saja tapi tgk jenis jangkitan/bakteria jugak cthnya mcm kalau sakit radang paru2 /pneumonia terdapat bbrp bakteria yg mungkin jadi penyebabnya jadi biasanya doktor akan preskrib antibiotik yg sensitif pada bakteria tu dan satu jenis antibiotik ni boleh sensitif pada banyak jenis bakteria
kalau sakit sbb jangkitan virus bagile antiviral ..takdela bagi antibiotik sbb mmg tak berkesan nak bunuh virus tuh
[ Last edited by kads at 10-8-2006 04:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak minta pandangan sesaper yg tahu..
pada 22 july 2006, saya gi jumpa doktor sbb telinga sy sebelah sakit/takleh dgr/mcm bengkak. sy juga rasa sikit demam dan selesma, di samping kuar kahak hijau coklat every morning. so, doktor bg ubat selesema, antibiotik anoxicillin 250, makan 3 kali sehari, 2 biji sekali makan. jadi, sempat makan sampai 5 hari.
pada 29th july, sy ada kuar darah yg sy sangka darah haid pd mujlanya. tp, darah tu cuma kuar tak sampai sehari.
period sy sehingga hari ini belum lagi dtg. last sekali period pada 7 June selama 7 hari.
saya suspek saya pregnan..walaupun cycle period saya tak teratur.
jika betul sy pregnan, adakah antibiotik tu boleh jejaskan kehamilan saya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by farahviv at 13-8-2006 01:51 PM
saya nak minta pandangan sesaper yg tahu..
pada 22 july 2006, saya gi jumpa doktor sbb telinga sy sebelah sakit/takleh dgr/mcm bengkak. sy juga rasa sikit demam dan selesma, di samping kuar kaha ... ...amox is considered safe to use in pregnancy...meaning...it is unlikely to cause harm to your fetus...:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
aku lak takleh amik amoxil. mesti jadi gatal esp kt kawasan yg berbulu.bayangkan la..pastu cam sesak napas. xde la beriya, tp bila tarik napas tu cam tak lepas je. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aiharanaoki at 13-8-2006 11:23 PM
aku lak takleh amik amoxil. mesti jadi gatal esp kt kawasan yg berbulu.bayangkan la..pastu cam sesak napas. xde la beriya, tp bila tarik napas tu cam tak lepas je.
...allergic lah tu...so kena take note...ko nie allergic to the penicillin family...:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
| |
|