CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Neksu

RESEPI DAGING

[Copy link]
Post time 28-2-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by layan at 28-2-2006 12:13 PM


ada 2 jenis...

satu lada putih...satu lagik lada hitam = black pepper tu...

dua2 lada ni selalu dlm bentuk serbuk...tp yg nih biji...kene tumbuk dulu..kira pure lah...kdg2 yg serbuk dh ca ...


Tu lah suka guna lada biji tu. Pedas sampai berdesing jugak telinga esp. kalau ada cili padi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 28-2-2006 12:31 PM


Yg saya guna tu lada putih Shida. Lada hitam tu jarang guna. Tapi sedaplah sup bubuh dgn ketumbar. Cuma tak serupa mcm rasa sup yg kawan emak selalu buat. Al Fatihah buat dia. Kalau dia masak & ...


oooo bai guna lada putih. shida kalau masak daging guna lada hitam. sup guna lada putih. memang yang biji. actually lada ni bukan pedas. tapi panas. sedap oooo........ nf:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 09:22 PM | Show all posts
neksu, tumpang tepek resipi boleh? ni masa nak masak tadi loli main campak ajer...padahal dalam hati dah nak ikut resipi kak liza loli rasa resipi mudah gak ler, sebab campak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 03:16 PM | Show all posts
STIK DAGING LEMBU

BAHAN -BAHAN

    * 750 g daging tanpa tulang
    * 4 camca besar minyak masak

BAHAN PERASA

    * 2 camca teh kicap cair
    * 1 camca teh soda bikarbonat
    * 1 biji telur ( dipukul )
    * 1 camca besar tepung jagung
    * 1 camca besar gula
    * setengah camca teh garam
    * 1 camca teh serbuk perasa ( jika suka )

BAHAN SOS

    * 2 camca besar kicap cair
    * setengah camca teh kicap hitam
    * 1 camca besar sos tiram
    * 1 camca besar gula
    * setengah camca teh minyak bijan
    * setengah cawan air rebusan / air
    * 1 camca besar tepung jagung
    * 2 camca besar air ( tepung jagung digaul hingga rata)
    * garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

    * Potong daging kepada ketulan yang besar  (tebal lebih kurang 3 mm.)
    * Pukul kedua-dua belah daging itu dengan bahagian belakang pisau agar menjadi lembut
    * Perapkan daging dengan bahan perasa. Biarkan selama 2 - jam
    * Pijarkan minyak dalam kuali
    * Gorengkan daging hingga kuning keperang-perangan di kedua dua belah
    * Angkat dan aturkan dalam pinggan
    * Masukkan kesemua bahan sos kecuali campuran tepung jagung ke dalam periuk.
    * Biarkan mendidih
    * Tambahkan campuran tepung jagung untuk memekatkannya.
    * Tuangkan sos ke atas daging dan hidangkan panas-panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 03:27 PM | Show all posts
Sy ada 1 resepi turun temurun..peberet sy dn abah sy..Kitaorg pggl smbl jawa tp bkn smbl..

Bahan2 nye:-
1 kilo daging -  dihiris nipis
3 inci belacan - cmpur dgn semangkuk air utk dijadikan kuah
10 ulas bwg putih - dimayang halus
15 ulas bwg merah - di mayang halus
15-20 cili padi yg kecik2 tu
sedikiit asam jawa

Cara2nyer:
Tumis bwg putih, bwg merah dn cili padi smpi layu
Masuk kan air belacan tadi, jgn terlalu cair..dn klu pekat sgt pn x best jg so agak2 la..
pas tu blh la msk kan daging..
dh medidih dn dgg dh empuk, msk kan pulak air asam jawa
last sekali letak garam n perasa...siap!

resepi ni kesedapan nye bergantung pd belacan. klu belacan tu sedap maka sdp la resepi ni..klu belacan masin mmg x best..so sape2 yg suka belacan tu blh la cuba..
sorry ye gmbr x de....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 01:24 AM | Show all posts
Siska nak gak share favorite resepi daging ni ha...Gambar lak tak de nak tunjuk...nantilah nxt bila masak Sis tepek gabor dia kat sini.

DAGING SAMBAL KICAP WANGI

Dagiing - lbh kurang sekilo
CIli kering 20 tangkai
Bwng Besar - 2 ketul - dipotong gelang
Bwng goreng - 1 hingga 2 senduk gulai tu (jgn beli kat kedai , buat sendiri)
Bwng putih 4 ulas - tumbuk
Kicap pekat manis dlm 2 sudu besar - jenis maggi pekat kalau boleh
Asam jawa - sebesar 2 ibujari - rama dlm 1/2 cawan air
Gula perang atau gula melaka -  sesedap rasa. (kalau tak de gula ni, gula pasir pun ok)
Garam - pun sesedap rasa

CARA.

1. Rebus daging sampai empuk, toskan, hiris
2. Tumbuk daging tu sampai berkeping keping.
3. CIli kering di goreng dlm minyak dlm 15 saat, pas tu ditumbuk halus.
4. Bwng goreng di tumbuk halus
5. Panaskan minyak , masukkan bwg putih dulu, bwng goreng dan cili kering , jgn lelama sebab depa dah sedia masak...pas tu bwng besar
6. Masukkan kicap, air asam, garam dan gula..Biarkan mendidih sehingga 3 minit..
7. Last kali masukkan daging..gaul rata..

Weiiii best tau...harus dicuba...Tapi Siska nak habaq..memang leceh dan rumit sikit sebab sumer nak di tumbuk dulu..but it's worth it.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2006 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by siska at 11-3-2006 01:24 AM
Siska nak gak share favorite resepi daging ni ha...Gambar lak tak de nak tunjuk...nantilah nxt bila masak Sis tepek gabor dia kat sini.

DAGING SAMBAL KICAP WANGI

Dagiing - lbh kurang s ...


siska, daging ni tak berkuah kan? dia macam goreng kering kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 12-3-2006 08:52 PM


siska, daging ni tak berkuah kan? dia macam goreng kering kan?


Terpulang memasing..kalau nak yg kering boleh, nak berkuah pun boleh...tambah je sikit ayor panas...Tapi jgn berkuah sangat cukup untukbuat gaul kat nasi he he..So far..anak ngan hb Sis suka yang kering..leh mkn ngan roti gak...sebab daging dia dah lembut gitu kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by siska at 13-3-2006 08:56 AM


Terpulang memasing..kalau nak yg kering boleh, nak berkuah pun boleh...tambah je sikit ayor panas...Tapi jgn berkuah sangat cukup untukbuat gaul kat nasi he he..So far..anak ngan hb Sis suka ya ...


thanks sis. rasanya pernah tengok macam mana rupa resepi ni. tapi tak pernah cuba lagi. nanti ada masa shida cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 08:37 AM | Show all posts
DAGING ASAM PEDAS

Bahan-Bahan

500 gm daging (dipotong kiub)
3 tangkai cili merah (buang biji dan kisar)
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga kantan ( dimayang)
2 biji buah keras
200 ml air asam jawa
sedikit minyak
belacan, garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN
Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan cili merah, cili kisar dan belacan. kacau hingga sebati. kemudian, masukkan daging dan kacau rata. selepas itu, masukkan air asam jawa, bunga kantan dan buah keras. kacau hingga mendidih serta daging empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 09:42 AM | Show all posts
BEEF STEAK - MALAY STYLE

Bahan-bahannya:-
Beef/lamb - special utk. steak
Lada hitam - ditumbuk/blend
Ketumbar - ditumbuk/blend
Sos lada hitam
Kicap manis
Bawang besar
Daun salad & buah tomato - utk. hiasan.
Garam/serbuk perasa

* Potong beef/lamb tadi mengikut saiz yang dikehendaki.

*Gaul kan lada hitam & ketumbar yang ditumbuk tadi dan perapkan dalam masa at least satu jam.

*Panas kan kuali letak kan sedikit minyak sahaja. (supaya tak melekat bila memasak)

*Ambil daging yang dah di perap tadi masukkan kedalam kuali.

*Kacau rata dan biar kan beberapa ketika. Jgn. campurkan air sebab daging tadi akan mengeluarkan air.

*Bila daging tadi sudah masak (empuk) campurkan sedikit sos lada hitam, kicap manis.  Letak garam & serbuk perasa secukup rasa.

*Masukan bawang besar yang dihiris kasar. Tutup api.

*Daun salad di susun dalam pinggan dan tuangkan masakan tadi.  Hias bersama buah tomato.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 09:52 AM | Show all posts


Beriani Daging Goreng Kering
(utk 2-3 org)

1 mangkuk daging (300gm)
2 biji kentang - potong empat

1/2 biji bawang besar - hiris halus
3 biji bawang putih - ketuk
6 biji cili padi
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu teh cuka
garam/gula

Cara :

1. goreng daging separuh masak. ketepikan
2. tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga naik bau.  
3. masukkan rempah beriani, lada sulah. goreng sedikit garing.
4. masukkan 1 cawan air dan kentang. didihkan sehingga kentang empuk dan air kering.
5. masukkan daging, cuka, garam/gula.
6. goreng 2-3 minit. boleh juga masukkan bawang potong. siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 02:53 PM | Show all posts

Daging Masak Merah nano

Bahan-bahan:-

Bawang Besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by inai at 15-2-2006 07:15 PM

:mll::mll::mll:



:mll::mll::mll: mmg sedap resepi daging maklang kawin nie..dah 2x try..yg last semlam jng marah yer mklang saya modife tambah kerisik 1sudu besar mmg sedap sesngt.rasa2 masa kenduri ari tuu,,tk sempt nengok pengantin dah rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 08:09 PM | Show all posts
Dah try resepi daging bistik resepi Diana..

sedap, thank you D..





[ Last edited by  shidaaziz at 21-5-2006 06:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 04:39 PM | Show all posts



BEEF CASSOROLE

Bahan
500 gm daging tenderloin [hiriskan kecil dan nipis]
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 s/b tepung jagung ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k kicap pekat ]
1 biji cili capsicum [potong dadu]
2 biji cili merah [hiriskan]]
1 batang carrot [hiris kecil]
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang daun celery [hiris]
minyak
air secukupnya


Bahan hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 sm halia

Cara
1. Daging dibersihkan dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga lembut.
4. Masukkan kentang, celery dan carrot. Biarkan sehingga lembut.
5. Maskkan semua bahan sayuran dan air bancuhan tepung jagung.
6. Biarkan pekat dan tutup api.
7. Boleh hidangkan dengan nasi atau roti or mee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 07:27 AM | Show all posts
Recipe Lamb Chop

4 keping Lamb Shouder
1 mangkuk halia
15 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam
5 sudu makan "Lea &  Perrins Worcestershire sauce"
Mixed Vege (optional)
Cara-cara:
Lamb dicuci dan ditos kering
halia ditumbuk & perah airnya (hampasnya dibuang)
bawang putih  & lada hitam ditumbuk halus

Didlm satu mangkuk satukan lamb, perahan air halia, bwg putih,lada hitam,sos L&P dan sedikit garam.Gaul rata.
Perapkan daging ini didalam loyang leper dan susun satu2 lamb tersebut.Perap selama 4 jam, lebih pun tak apa.
Panaskan hot plate/grill, just before letak diatas hot plate tu, renjiskan bebrp  kali dgn sos L&P.Barulah dibakar.
Hidangkan dgn mixed vege/frech fries/mashed potatoes.Curahkan keatas lamb dgn 'Brown Sauce'.

Cara-cara membuat Brown Sauce:
1 biji bwg besar - didadu halus/diblend
1 sudu tepung gandum
1 keping kiub ayam dicampur air utk stok ayam.
butter utk menumis

cara2:
panaskan periuk, masukkan butter, sesudah butter cair masukkan bwg.goreng sampai kekuningan.taburkan dgn tepung gandum.gaul cepat2, kalau bergentel pun tak pe, gaul shj.Cepat2 curahkan stok ayam tadi.sukatan air ikut suka.(kalau nak lebih sauce lebihkan air tambahkan lagi sedikit kiub ayam.)
setelah mendidih, masukkan kicap(apa2 kicap yg ada kat rumah tu).
kalau suka pedas tambahkan serbuk lada hitam.kacau selalu as sauce akan pekat sbb dah letak tepung gandum pada awal tadi.Selamat mencuba



[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-5-2006 10:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 12:59 PM | Show all posts


KERABU DAGING BAKAR

300 gm daging batang pinang
2 batang serai
minyak bijan

1 bunga kantan - hiris
2 biji tomato - potong2 kiub
10 biji cili padi - hiris
5 kacang panjang - hiris
1 labu bawang besar - hiris
2 biji limau kasturi
sos ikan
garam / gula
cuka

Cara :

1.  rebus daging dengan serai hingga empuk.  toskan daging. perap dengan minyak bijan, sedikit cuka dan garam.
bakar daging selama 14 minit. bila daging dah masak, sejukkan dan hiris memanjang.

2. campur semua bahan-bahan dalam mangkuk. gaul rata. campur daging bakar, garam / gula, cuka dan sos ikan.

3. siap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 01:34 PM | Show all posts
Saya nak share resepi favorite..

Sambal Daging petai..

Bahan2
A
daging
petai - 2 papan/ikut suka banyak mana nak letak
sebiji limau nipis/kasturi
B
cili merah
cili padi - ikut selera nak pedas cam ne
bawang merah
bawang putih
belacan skit.

Cara:
1. daging hiris nipis.. buh kunyit& garam..goreng sampai garing..tak garing tak best.
2. blend bahan B dan tumis.tapis skit air supaya cepat garing..
3. bila dah bebetul garing masukkan garam, bahan perasa kalau suka..dan perahkan air limau..
4. masukkan petai sampai agak2 layu..dan last sekali daging..kalau tak suka petai layu sgt masak kejap je lah..cos daging dah digoreng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

IbuNana This user has been deleted
Post time 25-4-2006 03:14 PM | Show all posts

daging masak Asomah

Assalamaualikum,

Nak tanya...sapa ada resepi daging masak asomah (ejaan betoi ke tidak..tak pasti)

p/s: saya baru join forum masak memasak ni...syok le...macam masuk kelas motivasi pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.466560 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list