|
harap2 tak mendung la hari tu.... sb la ni dok asyik mendung jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
mekasehhhhhhh ninja
sebenaqnya since last week haku ada dapat email pasal nih...
tp tak teringat nak post dlm bod :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA...
TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud,
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
>>Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan
>>menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran
>>menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
>>
>>Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda
>>ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
>>sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
>>segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
>>sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
>>memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
>>tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
>>bahagian mukanya.
>>
>>Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita
>>sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
>>
>>Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat
>>Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap
>>Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada
>>orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang
>>yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa
>>sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT
>>
>> Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
>>
>>Tanda 100 hari sebelum hari mati.
>>
>>Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
>>akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
>>Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada
>>mereka sedar atau tidak sahaja.
>>Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
>>Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
>>akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
>>daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
>>kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
>>
>>Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di
>>hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti
>>dan
>>hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
>>Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
>>dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
>>begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
>>
>>Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
>>peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
>>dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
>>
>>Tanda 40 hari sebelum hari mati
>>
>>Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
>>Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
>>yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
>>Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula
>>membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
>>kita sepanjang masa.
>>
>>Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
>>sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
>>seakan-akan bingung seketika.
>>
>>Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
>>untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
>>dicabutnya.
>>
>>Tanda 7 hari
>>
>>Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
>>dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
>>tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
>>
>>Tanda 3 hari
>>
>>Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahikita
>>iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
>>
>>Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu
>>supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
>>urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
>>
>>Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
>>orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
>>dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
>>
>>Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
>>beransur-ansur masuk ke dalam.
>>
>>Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan
>>dan sukar ditegakkan.
>>
>>Tanda 1 hari
>>
>>Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
>>denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
>>ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
>>keesokan harinya.
>>
>>Tanda akhir
>>
>>Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
>>sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
>>akan
>>naik ke bahagian halkum.
>>
>>Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
>>berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
>>kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
>>sekarang akan mematikan pula.
>>
>>PENUTUP
>>
>>Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
>>semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah
>>yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
>>kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada
>>dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan
>>hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang
>>maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa
>>tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa
>>iaitu
>>samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya
>>adalah
>>ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama
>>berusaha
>>dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta
>>kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha
>>kita
>>untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa
>>yang
>>baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap
>>itu
>>adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
[ Last edited by que_sha at 13-7-2006 02:53 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 que_sha's post
q... ni dah ada dah...
dlm thread renungan tuh....
kat page belakang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye eh??tak pasan pulak..bbsha,merge kan..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
26 Julai 2006 bersamaan dengan 1 Rejab 1427
Assalamualaikum
Dah tiba,
ia nya dah tiba,
hari hari yang di tunggu dah tiba,
apalagi .....
bersedialah kita .......gantikan hutang puasa lalu
dan menyambut nya bulan bulan yang terbaik
Di antara pesanan Us. Wahidin Sukarno pada 10 Julai, 2006 di surau Tabung Haji katanya:
8 amalan yang baik untuk dilakukan dalam bulan REJAB ini. ada diantaranya yang kita
semua dah tahu, TAPI ada yang saya sendiri baru tahu, mungkin kita dapat kongsi bersama.
@ Digalakkan bpuasa dlm bulan Rejab.
@ Hidupkan malam2nya dgn solat sunat, taubat, hajat dll.
@ Buat solat sunat Rejab 20 rakaat dgn 10 salam, waktunya selepas
solat magrib hingga masuk waktu isyak aja. Bacanya.......
@ Bzikir "Lailahaillaulah" sebyak 1,000 setiap hari.
@ Selawati ke atas Nabi
@ Istifar byak2
@ Bersedekah "niatkan nama anak2 kita, ibubapa dan lain2" semasa
menghulurkannya.
@ Baca Al Quran atau baca surah ikhlas 11-12 kali setiap hari
KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya ' aban bulanku &
bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya ' aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan
LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do ' anya.(Dalam Kitab Raudhoh
Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga
tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit
yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka
(panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan
daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar
dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur
bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada
tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya
lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari
kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada
tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala
dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang
yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu
tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu
tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan Qur ' an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat
puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya
seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada
Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab
hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya
sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya
pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang
bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam
Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah
berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu
kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku
tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul
Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh
bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti
puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan
orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah
kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan
beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa
tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada
jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur ' an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta ' zim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana
kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan
terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih
pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab
itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA ' ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA ' ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA ' ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
semoga kita sama2 mendpt manfaat....
wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sorry na kawan2..
aku lambat sket post thread nih..
sebok la ni..
dok peksa...
doakan aku sama naaa?:pray:
TQ :love: |
|
|
|
|
|
|
z4 This user has been deleted
|
InsyaAllah....buat amal banyak banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah aku nak posa ganti nanti...makasih bok:love: |
|
|
|
|
|
|
|
TQ ebok....
haku posa hari tu.... tp dapat sari ja sb soknya coti laks..... |
|
|
|
|
|
|
|
slmt berposa pd semua..
ebok hang pekser lagi...gud luck! |
|
|
|
|
|
|
|
birthday rose sama dgn 1 rejab. jadi rose pun posa sunatlah. tapi kat tempat kerja kwn2 beli kek pulak. jadi posa sekerat harilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 rosered's post
ooo posa la sebulan lepaih tu...syaaban pun boleh...posa sunat..baguih. |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia,
pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam
Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu
tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah
s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-
dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini,
tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.
Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat
kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semua thread berkaitan dengan topik2 berbentuk keagamaan, aku satukan dalam thread nie. Senang nanti nak baca atau buat rujukan.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Pendahuluan : Erti Syaaban
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
揟ahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
peringatan ini khas untuk semua kaum wanita..ketika ini,sedang giat berleluasanya penggunaan "PROGESTREX" yang amat mudah larut dalam makanan mahupun minuman...dadah ini boleh menggelakkan mangsa daripada mengandung akibat dari perkosaan & si perogol tidak akan bimbang untuk menjalani ujian air mani & DNA....kesan dadah ini kekal terhadap mangsa...dadah ini mudah didapati dari pusat haiwan @ mana2 universiti ketika ini....kini ia semakin berleluasa di kampus2 universiti di malaysia...tolong edarkan kepada semua kaum wanita yang anda kenali.....sebagai tanda prihatin anda terhadap nasib wanita...terima kasih... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahu tak!! bahawa matahari kita sekarang dah menghadap ke barat disebabkan tsunami,matahari dah terbit dari barat di planet marikh dan bulan 10/2006 akan berlaku 2 gerhana (bulan dan matahari) 1 petanda kiamat tiba,jika berlaku zaman ini maka kita adalah umat yang paling dimurkai Allah s.w.t,sejauh mana kebenarannya hanya Allah s.w.t yang tahu..tapi sebagai orang islam.. beringatlah... sebarkanlah biar orang lain juga beringat.. katakan ini dengan jelas ,Ya Allah saya mencintai-MU dan memerlukan-MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!" kirim ke 10 orang lihat keajaiban malam ini tolong jgn di hapus ini benar2 terjadi ... wallahu'alam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya sempat ke kita nie
Takutnya sempat ke kita nie
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar,
bumi akan kiamat pada tahun 2066
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan
orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga
telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia
dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet
ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah
pada tahun 2065....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat
pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada
tahun 2062... ..
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.... Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500
tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda
kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini
kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan
mendapat rahmat ALLAH S.W.T... . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|