mamaturtle This user has been deleted
|
sedih bila tgk gambar2 ni...
al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belle2211 at 1-8-2006 02:53 PM
uwaaaaaaa ( sedih lar.....tetiba rasa touching jer
uuuuuuuuuuuuuuuwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Al-fatihah...semuga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Sedihhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
KEMESRAAN sentiasa terpancar
antara arwah dan anaknya,
Mila. |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
petikan dari Berita Harian --
Keluarga Mohsin rakam ucapan terima kasih
KELUARGA dan saudara mara kepada Allahyarham Hani Mohsin Hanafi yang kembali ke rahmatullah pada 25 Julai lalu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan terharu atas segala bantuan serta sokongan semua pihak yang membantu mengurus jenazah serta menyampaikan ucapan takziah.
Keluarga arwah mewakilkan kepada pengarah drama terkenal, Ahmad Ibrahim atau Mat London untuk menyampaikan terima kasih kepada semua individu mahupun kumpulan yang sudi datang menziarahi jenazah dan memberi kata semangat kepada anak arwah serta keluarganya.
Ahmad ketika menghubungi Hip berkata, keluarga Mohsin meminta beliau menjadi jurucakap pagi pihak keluarga Mohsin, iaitu sebelah ibu arwah dari Perlis dan sebelah bapanya dari Ipoh, Perak untuk menyampaikan penghargaan ini.
?Sepupu arwah, Mizan Yaakob dari Perlis juga minta saya rakamkan terima kasih tidak terhingga terutama semua rakan artis, seniman, sahabat dan rakan Hani Mohsin, terutama kawan yang banyak membantu dalam urusan pengebumian arwah.
?Jika arwah ada berhutang pada sesiapa semasa hayatnya, orang itu diminta dapat hubungi saya atau Mizan atau bertemu petugas di pejabat arwah di Imagine Pictures. Rakaman penghargaan keluarga Mohsin ini juga diberikan kepada ahli jawatan kuasa kariah semasa pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhwan, Ulu Klang, serta ahli jawatan kuasa suara Bukit Antarabangsa yang turut membantu.
?Anak Mohsin, Hani Karmila juga meminta terima kasih tidak terhingga ini dirakamkan kepada semua kenalan bapanya, termasuk jiran tetangga yang banyak membantu dan faham situasi pada hari kematian arwah apabila kawasan sekitar kediaman mereka penuh sesak.
?Tidak ketinggalan juga, keluarga arwah terharu atas bantuan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) atau MACOBA yang bersama menganjurkan majlis tahlil pada malam pertama hingga ketiga, selain seluruh warga MACOBA yang datang untuk beri ucapan takziah, presiden atau wakil persatuan seni, stesen televisyen dan wakil media massa.
?Keluarga Mohsin juga terharu atas bantuan daripada bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara Jacquelina bersama suami, Datuk Seri Effendi Norwawi dan kaki tangan syarikatnya. Mereka mengurus dengan lancar jenazah dari lapangan terbang ke Hospital Serdang, seterusnya ke rumah selain majlis pengebumian diurus bersama ahli keluarga.
?Rakaman penghargaan juga diberikan kepada pihak media massa yang masih terus mengimbau kisah silamnya mengenai kebaikan dan kenangan manis bersama arwah. Terima kasih juga kepada Finas yang menyediakan lampu simbah ketika majlis pengebumian. Juga terima kasih kepada Umno cawangan Bukit Antarabangsa" katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
KASIH IBU: Tiara Jacquelina mententeramkan Hani Karmila, sambil dipeluk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Effendi Norwawi di Hospital Serdang. |
|
|
|
|
|
|
mamaturtle This user has been deleted
|
menitik airmata tgk gambar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bermula Tapak Gemilang, berakhir Ikhtiar Hidup
Oleh RAHMAN ADAM
PADA satu hari dalam tahun 1990 seorang rakan memperkenalkan saya dengan seorang pemuda yang berpewatakan sederhana, kacak dan sopan dalam gerak geri dan tutur kata.
Kebetulan pada ketika itu saya sedang dalam proses memilih pelakon untuk mengarahkan drama terbitan Harivel Agensi, Tapak Gemilang.
Dia adalah Allahyarham Hani Mohsin Hanafi yang kembali ke rahmatullah pada 25 Julai lalu.
Bermula di situ, saya sentiasa memberikan peluang berlakon kepada Allahyarham. Bahkan itulah juga cita-cita Allahyarham yang pernah dilafazkan kepada saya walaupun pada hakikatnya Allahyarham seorang lepasan diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan dari UiTM ketika itu.
Demi menghormati hasratnya, saya beri Allahyarham watak penting dalam Tapak Gemilang. Kemudian saya beri kepercayaan kepada Allahyarham berlakon dalam beberapa drama lain.
Walaupun peringkat awal lakonannya sedikit kaku tetapi setelah beberapa drama dilakonkan , Allahyarham berjaya meningkatkan mutu lakonannya. Dari sinilah minat saya untuk memberikan Allahyarham lebih banyak peluang dalam bidang lakonan.
Antara drama yang yang dilakonkan di bawah arahan saya ialah, Mayang Sari, Antara Dua Daerah, Bahtera Kasih, Mari, Musafir Kelana, Tun Perak dan drama terakhir dengan saya ialah Pontianak Bidan Gayah yang penggambaran lokasinya dibuat di Mersing, Johor.
Setelah lapan buah drama di bawah arahan saya, mutu lakonan allahyarham terus meningkat. Walaupun mengakui bahawa saya seperti guru baginya dalam bidang lakonan tetapi saya katakan, saya hanya seorang rakan yang ingin melihat Allahyarham berjaya mencapai impian sebagai pelakon ternama.
Sejak dari itu saya dan isteri telah menjadi sahabat kepadanya dan lazim orang berkawan, kami sering menghubungi antara satu sama lain melalui telefon dan melalui khidmat pesanan ringkas.
Mohsin adalah seorang yang sentiasa periang, baik hati dan teliti dalam segala urusannya. Setakat yang saya tahu, Allahyarham begitu teliti dan agak cerewet dalam memilih pakaian dan barang-barang keperluan peribadinya.
Ini menunjukkan beliau seorang yang serius dalam apa jua perbuatannya. Isteri saya menggelarnya 慚r. Clean |
|
|
|
|
|
|
|
bilalah tv nak rerun filem atau drama Allahyarham. |
|
|
|
|
|
|
|
sian nya |
|
|
|
|
|
|
|
Jarum Emas: Empat hero meninggal muda
Oleh Adam Salleh
[email protected]
KEMATIAN Hani Mohsin masih lagi dirasai. Ada beberapa hal yang buat kita sedih, sebak serta hiba bila terkenangkan Allahyarham. Satu daripadanya kerana Mohsin meninggal dunia pada usia muda, 41 tahun. Saya pula menilai, muda atau tua bukan persoalannya.
Bila ajal tiba, dalam buaian pun boleh habis nyawa. Sebenarnya kesedihan dirasai kita kerana sudah lama tiada artis terkenal tanah air meninggal muda. Jika Mohsin menutup mata pada usianya 41 tahun, ramai tidak sedar Sudirman meninggal dunia pada usia 38 tahun saja.
Hero klasik kita, Allahyarham Nordin Ahmad pula meninggal dunia pada usia 39 tahun (1932-1971), manakala Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada usia 44 tahun (1929-1973).
Bermakna bukan kali pertama hero kita mati muda. Sebenarnya yang buatkan kita sebak mengenangkan Mohsin kerana dia anak tunggal. Ada rakan terkilan sangat kerana kalaulah dia tahu Mohsin anak tunggal yatim piatu, pasti dia akan menjenguk selalu.
Kata segelintir artis, bukan sekali dua Mohsin meraikan Aidilfitri seorang diri di rumah. Mujur ada rakan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kerap menemani Mohsin. Malah, tahlil Mohsin pun diuruskan oleh rakan MCKK.
Seperkara buat kita sebak adalah tangisan Hani Karmila (Mila). Rata-rata melihat Mila meratapi kematian ayahnya terasa hiba.
Apakan tidak, seorang anak yang beria-ria bercuti bersama ayah, takdirnya ayah dikasihi menghembuskan nafas terakhir di depannya. Sehingga Mila remaja, dewasa, berkeluarga malah panjang umur menjadi nenek, peristiwa itu tak mudah luput di ingatannya.
Apapun, Mohsin dan Tiara bertuah kerana dikurniakan anak cerdik dan manis seperti Mila. Dia bijak menyesuaikan diri, walau dalam sebak dan teresak-esak, boleh pula jawab bertalu-talu soalan wartawan. Hari kedua selepas kematian Mohsin, semangat Mila beransur pulih.
ADAM: Bukan saja manis, Mila ada ciri-ciri genius. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar banyak dah tak dapat ditgk.. kesian aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Mohsin asyik tanya Tiara sebelum meninggal
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
DIAM tak diam, sudah seminggu penerbit, pengarah, pelakon dan pengacara terkenal, Allahyarham Hani Mohsin Mohd Hanafi, 41, ?ijemput? Ilahi. Sejak pemergiannya ke alam baqa?, pelbagai kenangan Allahyarham diimbas kembali.
Pelakon dan pengacara, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku mengakui dia pernah ?erlepas cakap? pada Allahyarham ketika sama-sama mengacarakan Malam Simfoni Irama Malaysia, 5 Jun lalu.
?aya pernah cakap pada arwah, inilah kali pertama dan terakhir saya bekerjasama dengannya sebagai pasangan pengacara. Selepas ini, saya tidak mahu lagi kerana tidak boleh terima sikapnya.
?capan itu terkeluar secara spontan dan tanpa disedari. Ketika itu, saya sangat geram kerana Allahyarham gagal memberikan komitmen hingga ?erlepas cakap? padanya.
?alaupun itu kali pertama saya digandingkan dengannya sebagai pengacara tapi dari mula hingga akhir program tidak berjalan lancar. Ini kerana kami tiada ?eserasian? dan banyak yang tidak kena,? katanya.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, semuanya bermula apabila arwah gagal hadir lebih awal ketika raptai, tiga hari sebelum program kemuncak.
Raja Azura berkata, pada raptai 3 Jun lalu itu, dia menghubungi arwah untuk memintanya datang awal untuk berlatih bersama. Namun, arwah memberitahu dia masih di Langkawi.
?aya kata tidak mengapalah. Harap esok tolong datang awal pada jam 12 tengah hari untuk berlatih. Dia (arwah) setuju, namun dia datang jam 5 petang. Jadi, tiadalah latihan.
?eram saya dibuatnya. Pada hari raptai penuh saya minta dia datang awal, sekali lagi arwah datang lewat. Kira-kira 10 minit lagi program nak mula, baru dia sampai.
?aya tunggu dia sejak jam 2 petang di Angkasapuri, tapi tak muncul-muncul. Jam 7.30 malam saya telefon, dia kata ada di rumah lagi,? katanya.
Raja Azura berkata, sepanjang mengenali dan berlakon bersama Allahyarham, dia tidak pernah berbuat demikian. Arwah seorang yang berdisiplin dan sangat komited pada kerja.
?da lagi perkara yang pelik dilakukannya. Sepanjang mengacara bersama malam itu (5 Jun), arwah sentiasa memandang ke arah bekas isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina, yang hadir malam itu.
?ejap-kejap pandang Tiara. Bila tak nampak Tiara, dia bertanyakan pada saya mana Tiara pergi? Adakah dia (Tiara) sudah balik? Jadi, saya katakan, kenapa dengan abang ni? (panggilan pada arwah).
?ebelum program bermula, dia cukup gembira memberitahu saya keretanya berselisih dengan kereta Tiara di Angkasapuri. Katanya: ?ak sangkalah, kereta aku selisih dengan kereta Tiara tadi. Itulah kuasa Tuhan, kan dik,? kata Raja Azura.
Wanita bermulut pedas ini berkata, Allahyarham Mohsin juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap persembahannya kepada Siso. Ia didengari sendiri ibu yang ketika itu berada di belakang mereka.
?rwah cakap pada Siso, kenapa dengan saya. Apa sebab saya tidak mengikut skrip, suka buat skrip sendiri. Apapun, saya pernah berbincang dengannya hendak buat apa tapi semuanya tidak diterima.
?alah, bila saya berlawak, dia macam tak suka dan kurang senang. Malas nak layan, saya kata dalam hati, suka hati kaulah Mohsin, malas hendak layan. Mood saya pun dah tak ada masa tu.
?akit hati dibuatnya. Apapun, baru saya sedar apa yang berlaku itu kerana arwah buang tabiat. Saya sangat sedih dan sebaik saja tahu dia meninggal dunia, saya tekad ingin membaca surah Yassin untuknya,? katanya.
Raja Azura berkata, dia bersyukur dapat berbuat demikian ketika jenazah Allahyarham masih belum dikebumikan. Katanya, arwah adalah rakan seperjuangan yang sangat baik hati dan menghormati orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari cerita di atas ni, nampaknya arwah masih sangat sayangkan bekas isterinya..... |
|
|
|
|
|
|
IKA_Iskandar This user has been deleted
|
alfatihah....
tenang & berseri2 je wajah arwah....
sedih sampai ke hari ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IKA_Iskandar at 7-8-2006 05:03 PM
alfatihah....
tenang & berseri2 je wajah arwah....
sedih sampai ke hari ini...
hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Malam tadi tengok roda Impian special tribute to Allayarham Hani Mohsin. Seronok dapat tengok klip lakonan² Allayarham sepanjang bersamaRoda Impian. He was indeed a very very good actor.
Al-Fatihah buat Allayarham Hani Mohsin. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ada record yek RI khas semlm? Boleh lah share kat sini...TQ TQ |
|
|
|
|
|
|
| |
|