CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: badiuz

Deja Moss - World Championship 2006 [merge houdini]

[Copy link]
Post time 17-8-2006 09:10 AM | Show all posts
Banyaknya kategoriiiiii.....

Satu orang boleh masuk sampai puluh puluh kategori tue......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 11:28 AM | Show all posts
Deja menyerlah di Hollywood

Oleh Norhayati Nordin

DIAM-diam saja, penyanyi dan pelakon, Deja Moss `membawa diri? terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada 4 hingga 14 Ogos lalu.

Namun, bukan kecewa kerana cinta tetapi menyertai pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di negara itu.

Pemergian Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss ke `syurga? anak seni bertaraf dunia itu selama sembilan hari ternyata berbaloi. Anak jati dari Sarawak ini tidak pulang dengan `tangan kosong? apabila turut membawa pingat untuk negara.

Selain tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa diraihnya untuk negara, lebih bermakna bagi Deja apabila dia turut menerima tawaran merakam album di Hollywood menerusi ejen yang ditemui. Peluang itu sangat besar dan cukup bermakna bagi wanita berusia 33 tahun itu.

?erus-terang, saya sangat gembira kerana dipilih menyertai pertandingan WCOPA itu. Bukan saja kerana menggalas tanggungjawab besar untuk negara tetapi secara tidak langsung membuka peluang kepada saya melebarkan kerjaya seni.

?anyak pengalaman berharga, saya peroleh daripada pertandingan ini. Paling utama, bakat nyanyian saya mendapat perhatian ejen luar negara yang mencari artis baru dari seluruh dunia untuk diketengahkan di pentas hiburan Hollywood.

?papun, saya tidak sangka berjaya menempatkan diri dalam kelompok 500 peserta yang berjaya dan dipilih juri untuk dipertemukan dengan ejen pencari bakat asing ini. Saya tidak pernah menjangka akan memperolehnya dalam pertandingan ini,? katanya.

Deja berkata pada pertandingan disertainya itu, peluang berkenaan sangat bermakna buatnya dalam usaha melebarkan kerjaya seninya ke peringkat antarabangsa. Namun, Deja terpaksa menolak kerana mahu membuktikan `sesuatu? lebih dulu.

?ika ikutkan hati, saya memang `teruja? dengan tawaran diberikan ejen itu. Tetapi, `menolaknya? kerana saya mahu menyertai pertandingan WCOPA sekali lagi untuk membuktikan kemampuan sebenar saya sebelum menyetujuinya.

?epanjang menyertai pertandingan ini (WCOPA), saya hanya mampu mara hingga ke peringkat separuh akhir saja, sedangkan impian saya mahu ke akhir tetapi tidak kesampaian. Mungkin, rezeki saya masih belum sampai untuk ke tahap itu lagi.

?ekiranya berjaya ke akhir, saya mempunyai peluang menyanyi di pentas `terulung? Hollywood yang mana hanya diraih penyanyi terkenal saja untuk menjayakan persembahan mereka. Malah, saya juga akan mendapat lebih banyak tawaran daripada ejen,? katanya.

Kata Deja lagi, apa yang menarik perhatiannya ialah cara ejen pencari bakat itu memilih penyanyi diinginkan. Katanya, mereka tidak melihat pada jumlah pingat dimenangi sebaliknya bersandarkan bakat semata-mata.

?da juga peserta dari negara luar yang memenangi lima pingat emas. Tetapi, juri mereka tidak mendapat sebarang tawaran daripada juri profesional untuk bertemu dengan ejen pencari bakat berkenaan. Oleh itu, ia membuatkan mereka (peserta) menangis.

?aru saya faham, mereka ke Hollywood bukan sekadar membawa nama negara tetapi lebih utama mendapatkan tawaran untuk kerjaya sendiri. Mereka mahu menjadi penyanyi di Hollywood, namun memperoleh peluang diinginkan bukan mudah.

?usteru, saya sangat bersyukur dengan tawaran dimiliki. Apapun, saya `menangguhkan? dulu menerimanya untuk menyertai pertandingan WCOPA ini sekali lagi, tahun depan. Saya mahu membuktikan penyanyi dari Malaysia juga mempunyai vokal hebat,? katanya.

Deja berkata peserta dari Filipina lebih mendapat perhatian kerana mereka dikatakan mempunyai vokal hebat dan mantap. Boleh dikatakan kebanyakan peserta negara itu yang menyertai kategori vokal berjaya mara ke akhir sedangkan wakil negara kita diwakili pemuzik.

?leh itu, saya berkeputusan untuk membiarkan tawaran itu dulu. Saya mempunyai matlamat sendiri iaitu bertanding sekali lagi untuk ke peringkat akhir. Apabila sudah berjaya, baru saya akan menerimanya kerana sudah membuat pilihan yang betul.

?idak guna mendapat tawaran hanya daripada seorang ejen kerana kita tiada banyak pilihan. Bukan tamak, sebaliknya untuk memastikan tawaran diterima itu betul dan tidak sia-sia. Sewajarnya, saya memikirkan secara mendalam sebelum menerima.

?aya percaya, kalau rezeki tidak ke mana. Lagipun, ini kali pertama saya menyertai pertandingan berprestij ini dan masih banyak yang tidak tahu mengenainya. Malah, saya banyak tersalah pilih lagu kerana tidak mempunyai banyak maklumat mengenai WCOPA,? katanya.

Menurut Deja, antara faktor kekalahannya mungkin disebabkan dia lebih cenderung pada muzik `broadway muzikal? tetapi menerusi pertandingan itu, peserta perlu mendendangkan lagu-lagu berirama pop dan R&B. Katanya, dia kurang selesa dengan irama itu.

Pada pertandingan disertai 12,000 peserta dari 50 negara seluruh dunia itu, Deja mempertaruhkan empat lagu Melayu iaitu Masih Di Sini yang melayakkannya memenangi pingat emas, Asmara Ini (perak) serta Hati Kama dan Dia (gangsa) untuk negara.

Selain Deja, peserta lain yang turut mewakili negara ke pertandingan WCOPA itu ialah Norish Karman, Farhana Mohamad, Shaliza Bahari, Zirra Md Azini, Haflin Saiful Azhar, Prakash Kandasamy dan Samuel J Dass.

Rombongan peserta diuruskan Creative Line Promotions dan dalam pertandingan itu wakil negara membawa pulang 27 pingat iaitu 10 emas, lima (perak) dan dua (gangsa).
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:25 PM | Show all posts
kat Malaysia ni mana la ada market sangat.... population kecik, pastu yang betul2 boleh menghargai seni berapa sangat la....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 07:00 PM | Show all posts
Deja Moss cemerlang di Hollywood
17-08-2006  

Penyanyi genit bersuara lantang Deja Moss mengharumkan nama negara untuk kesekelian kalinya apabila memenangi tiga pingat dalam bahagian vokal di dalam Kejohanan Persembahan Kesenian Sedunia (WCOPA) ke-10, di Hollywood Palladium, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.



Aksi Deja ketika bertanding pada Kejohanan
Persembahan Kesenian Sedunia (WCOPA) ke-10,
di Hollywood baru-baru ini


Deja yang cukup terharu dengan kejayaan yang diperolehinya, telah memenangi pingat emas bagi kategori World Vocal, pingat perak (pop) dan pingat gangsa (R&B / Jazz), untuk kategori 30 tahun ke atas.

Deja menyertai empat kategori di pertandingan yang berlangsung dari 6 hingga 13 Ogos.

Ini merupakan tahun kedua Malaysia menyertai pertandingan ini yang turut dihadiri 6,000 peserta dari 51 negara.

Bagi kategori World Vocal, Deja mempertaruhkan lagu Masih Di Sini yang melayakkan penyanyi itu memenangi pingat emas. Lagu Asmara Ini dan Dia yang turut dibawakan oleh Deja pula masing-masing menerima pingat perak dan gangsa.

"Inilah kenangan yang paling manis bagi seorang penyanyi dan ia akan melekat dalam memori saya sehingga ke akhir hayat," ujar Deja yang cukup teruja dengan kemenangannya itu.

Lebih menggembirakan, penyanyi berusia 33 tahun ini juga turut ditawarkan untuk merakamkan album di Hollywood oleh seorang ejen yang ditemuinya di sana.

"Saya tidak menyangka apabila mendapat peluang tersebut. Sebenarnya, ketika pertandingan dijalankan, juri yang menilai persembahan kami juga akan menentukan sama ada kami berpeluang bertemu ejen-ejen ini.

"Saya hanya berjaya mendapat satu peluang saja untuk bertemu salah seorang ejen.  Ada peserta-peserta lain terutamanya dari Filipina yang mendapat banyak peluang berjumpa lebih ramai ejen.



Deja memenangi tiga pingat iaitu emas,
perak dan gangsa di dalam bahagian vokal


"Semua ini ditentukan oleh juri berdasarkan persembahan kami. Lagi hebat kami di mata juri, maknanya lagi banyak peluang yang diterima," katanya.

Kerana gagal mendapat peluang yang banyak itulah, akhirnya Deja mengambil keputusan untuk menolak tawaran merakamkan album daripada agen yang ditemuinya itu.

"Saya sedar tawaran itu amat bermakna. Tapi, apa yang saya ingin lakukan ialah kembali semula sertai WCOPA tahun depan dan lebih berusaha keras agar dapat berpeluang menemui lebih ramai ejen di sana.

"Sebenarnya, saya berasa agak sedih juga bila peluang yang saya terima hanyalah satu. Ini seolah-olah menunjukkan penyanyi Malaysia tidak begitu hebat dan tidak layak bertemu ejen-ejen tersebut.

"Jadi, sama amat berharap agar dapat sertai lagi pertandingan ini dan buktikan kepada mereka, kita juga mempunyai penyanyi yang hebat," tambah Deja yang berada di Hollywood selama 11 hari sejak awal Ogos lalu.

Kata penyanyi yang berasal dari Sarawak ini, kebanyakan peserta yang menyertai pertandingan itu bukan saja berharap untuk memenangi pingat bagi mengharumkan nama negara, tetapi lebih berminat akan tawaran untuk bertemu ejen-ejen tersebut.

Ini kerana, tambahnya, peluang tersebutlah yang akan menentukan perkembangan kerjaya seni mereka kelak



Selain memenangi tiga pingat, Deja turut ditawarkan
membuat rakaman album di Hollywood


"Ada peserta yang menang banyak pingat, tapi dia langsung tidak mendapat sebarang peluang untuk bertemu ejen-ejen ini. Sebab itu, saya tetap bersyukur bila mendapat peluang dan tawaran merakamkan album di sana.

"Cuma, seperti yang saya katakan tadi, saya ada sebab kukuh mengapa saya terpaksa tolak tawaran itu. Saya ingin kembali sertai WCOPA dan jika ada rezeki lagi, Insyallah saya mungkin akan terima tawaran yang sama lagi," kata Deja.

Setiap peserta dikehendaki membuat persembahan selama 60 saat saja. Malaysia bertanding dalam lima kategori iaitu vokal, instrumental, tarian, lakonan dan peragaan fesyen.

Pasukan negara memperoleh kejayaan cemerlang dengan membawa pulang 10 pingat emas, lima pingat perak dan dua pingat gangsa berbanding lapan pingat, iaitu tiga emas dan lima perak tahun lalu.

Malaysia diwakili lapan artis iaitu Deja Moss, Datin Norish Karman, bakat baru, Farhana Mohamad dan Shaliza Bahari; peragawati, Zirra Mohd Azim dan Haflin Saiful Azhar, dan pemuzik, Samuel J Das dan Prakash Kadasasamy.

Norish Karman, peserta Malaysia yang bertanding di dalam kategori yang paling banyak iaitu sebanyak tujuh kategori, turut memenangi pingat emas di dalam salah satu kategori yang disertainya.

Pada kejohanan itu, Samuel J Das dan Prakash memenangi empat pingat emas dalam kategori instrumental (duo) iaitu menerusi persembahan sitar dan tabla.

Samuel kemudian meraih tiga emas dan satu pingat perak lagi dalam kategori instrumental (solo).

"Pencapaian kita sangat membanggakan kerana kita hadir dengan lapan peserta saja, berbanding negara lain secara purata menghantar lebih 100 peserta," ujar Deja Moss.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:59 PM | Show all posts
wooi....tak sangka aku dia ni nak masuk sekali lagi pertandingan ini...kan dia dah 33 tahun....bila lagi nak buat album kat hollywood...

kang tahun depan tak berjaya baru dia tahu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 07:23 PM | Show all posts
Deja Moss mahu buka sekolah muzik
Oleh MUZLINA ABU BAKAR

SEJAK pakaiannya yang tidak sesuai ketika muncul dalam Konsert Sure Heboh pada 2004 menjadi percakapan para peminatnya, Deja Moss, 33, mengambil sikap mendiamkan diri.

Sana sini para peminatnya bercakap mengenai pakaiannya yang dikatakan tidak sesuai bagi seseorang yang baru kembali menunaikan haji, Deja Moss atau Sharifah Hadijah Wan Moss tidak menjawab walau sepatah pun.

Deja bukan sahaja berdiam diri malah seboleh mungkin anak kelahiran Sarawak ini cuba menjauhkan diri daripada wartawan.

Lama juga Deja membawa diri, entahkan merajuk entahkan marah, tidak siapa yang tahu.

Bagaimanapun setelah sekian lama menyepi diri, akhirnya Deja muncul juga tetapi tidak langsung mahu menyentuh mengenai isu berkenaan.

Namun dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, Deja ketika ditanya mengenai sikapnya yang lama menyepikan diri gara-gara isu itu tidak keberatan memberi komen.

揗emang saya dah silap nak buat macam mana. Kalau jawab pun memang dah salah, jadi buat apa nak kecoh-kecoh.

揝ebagai manusia kita sentiasa membuat silap, jadi saya mengambil iktibar daripada kesilapan itu. Saya tidak marah bila pakaian saya yang tidak sesuai itu menjadi isu sebaliknya saya belajar daripadanya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2006 04:34 PM | Show all posts
Deja jawab 慽su
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 06:33 PM | Show all posts
Deja ada kalah ngan Norish Karman kan utk satu kategori vokal..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-11-2006 05:15 PM



org2 yang pergi haji kan... dosa dorg dah di'reset'.. jadi deja ni dosa dia lebih rendah dari kita... jadi ok lah dia pakai cegini... huhuhuh....

pada aku, aku x kisah pakaian seseorang artis.. asalkan dia berbakat dan menghiburkan... biarlah dia nak pakai apa... kita x berhak cadangkan apa seseorang itu harus pakai. kita pon ada kesilapan sendiri... tu je.. sekian... :cak:

[ Last edited by  itikganas at 22-11-2006 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:44 PM | Show all posts
Artis & statement bodoh dia org

Bukan nak menyesal sbb pakai pakaian mcm tu...tp menyesal sbb org edarkan gambar.  Kalau awak tak naik hj, mungkin org tak kesah sgt...awak tu dah hjh..buat le mcm dah hjh....

Tak bertanggungjwbnye le org yg edarkan tu.hahahahha....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 11:44 PM | Show all posts
ehehhe
tak per lah

bukan semua org pegi tanah suci tu.. dpt gelaran HAJI / HAJJAH tu
ada yang beriya2 pergi.,.tapi HAJI/HAJJAH dia tak laku
org kat sini aje ingat dia tu hajjah
lalallalaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 07:21 AM | Show all posts
揝aya minta maaf拻
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 10:49 PM | Show all posts
kl deja tak g aji.. tak jadi kecoh gini.. rasenyer/... tuh lah deja... apesal g aji awal2
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:55 AM | Show all posts


DEJA MOSS THE CLASSEST!!!!!!!!!!!!!! :kant:

geliiii dgn makcik ni.. igtkan dah insaf ler.. :muntah:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:57 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 12:59 AM | Show all posts
Mcm mana dia berfikir agaknya eh?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:12 AM | Show all posts

Reply #34 freekey's post

takpelah freekey oii....nasib baik deja moss tak wat gimrama kat stage tuu :
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:15 AM | Show all posts
"Ada peserta yang menang banyak pingat, tapi dia langsung tidak mendapat sebarang peluang untuk bertemu ejen-ejen ini. Sebab itu, saya tetap bersyukur bila mendapat peluang dan tawaran merakamkan album di sana.

"Cuma, seperti yang saya katakan tadi, saya ada sebab kukuh mengapa saya terpaksa tolak tawaran itu. Saya ingin kembali sertai WCOPA dan jika ada rezeki lagi, Insyallah saya mungkin akan terima tawaran yang sama lagi," kata Deja.

:jeling: tolak konon..tah2 tadapat
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 11-12-2006 01:12 AM
takpelah freekey oii....nasib baik deja moss tak wat gimrama kat stage tuu :

ketet raseb mcm tu mana sesuai buat gimrama!!!

kalau siti & nora lain ler.. :love: :love: :love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057224 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list