CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: burung_pungguk

Arkib Dayang

[Copy link]
Post time 30-8-2006 01:23 PM | Show all posts

utusan online 19/07/2006

Dayang Nurfaizah bapa restu kariernya
Oleh ABD. AZIZ ITAR



Pada persembahan itu Dayang Nurfaizah juga diraikan sempena hari lahirnya yang ke-26 yang akan jatuh pada 20 Julai ini (esok).
--------------------------------------------------------------------------------

TAHUN ini merupakan tahun yang ketujuh Dayang Nurfaizah menjadikan bidang nyanyian sebagai kariernya. Sepanjang tempoh itu, anak kelahiran Sarawak ini gigih berusaha menempatkan namanya dalam bidang yang diminatinya itu.

Justeru, Dayang menyifatkan perjalanan seninya sebagai satu perjalanan yang penuh liku dan memerlukan kesabaran.

?erjalanan seni bukannya senang dan ia bermula macam highway (lebuhraya), banyak sangat persinggahan.

?alaupun banyak stop (berhenti), exit (keluar) tetapi hari ini saya masih di sini. Saya mahu buat satu perkara sahaja.

?aya mahu berkongsi (bakat) dengan para peminat saya. Asalkan ada sokongan anda. Insya-Allah,? katanya pada persembahan Dayang After 7 di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Persembahan itu diadakan sempena tujuh tahun penyanyi yang popular dengan lagu Mana Mungkin itu bergelar penyanyi.

Namun, itu bukanlah kali pertama Dayang mengadakan persembahan di pusat hiburan terkemuka itu, sebaliknya sudah lebih empat kali.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun ini gembira kerana persembahannya pada petang itu disaksikan oleh bapanya, Awang Dowty A. Fauzi, 57, dan ibunya, Nona Nahrawi, 55.

?epanjang mengadakan persembahan di Planet Hollywood, ini adalah kali pertama bapa saya tengok persembahan saya di sini.

?emasa berada di sini, bapa saya selalu mahu tengok persembahan saya tetapi tidak kesampaian,? ujarnya dalam nada ceria.

Awang Dowty ketika ditemui sewaktu persembahan itu tidak menafikan berasa gembira kerana menyaksikan persembahan anaknya itu.

Menurut bekas kakitangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ini, dia menyaksikan persembahan itu kerana kebetulan bercuti dari Kuching.

?aya sudah dua bulan berada di sini. Saya datang sini pun kerana mahu meraikan hari lahirnya yang akan jatuh pada 20 Julai ini.

?aya, isteri dan anak-anak serta menantu saya pun datang sekali pada petang ini untuk memberi support (sokongan) kepadanya,? ujarnya.

Jelas Awang Dowty, dia memberi restu dan sokongan padu kepada karier yang menjadi pilihan anaknya itu.

?aya beri sokongan itu sebab saya menghormati keputusannya. Saya pun tidak mahu pandang negetif atas bidang nyanyian yang diceburinya itu.

?salkan dia pandai bawa diri dan tidak menyalahi undang-undang, saya gembira dengan apa juga karier yang diceburinya,? katanya.

Pada persembahan hampir dua jam dan mengenakan harga tiket RM30 itu, Dayang sempat menyanyikan 22 buah lagu.

Lagu-lagu itu antaranya berjudul Kembalilah Sayang, Hujan Lagi Hati Ini, Dayang Sayang Kamu, Erti Hidup, Terluka, Biar Akhirnya Di Sini dan Pintaku Yang Terakhir.

Malah, Dayang juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Once (Dewa) berjudul Dealova atas permintaan para peminatnya.

?aya juga tidak akan lupa menyanyikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta kerana lagu inilah yang memperkenalkan nama saya.

?udah tujuh tahun saya jadi penyanyi tetapi lagu ini masih mendapat permintaan daripada para peminat saya,? jelas Dayang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 01:25 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 04/08/2006

One In A Million siapa terpilih Top 9 malam ini?
Oleh WANDA IDRIS



SIAPA tersingkir malam ini? Peserta Top 10 yang akan bersaing untuk merebut kedudukan dalam program One In A Million.
--------------------------------------------------------------------------------

SIAPA bakal tersingkir daripada pertandingan realiti One In A Million malam ini?. Dan siapa pula bakal meneruskan persaingan untuk merebut hadiah lumayan bernilai RM1 juta?

Pastinya tiga peserta yang berada pada kedudukan lima tercorot Top 10 minggu lalu - Azfar, Aliya dan Farah - akan berusaha keras memastikan undian terus memihak kepada mereka agar mampu meneruskan perjuangan di Top 9 minggu ini.

Sementara para peserta yang berada dalam kedudukan selesa pada minggu lalu tetap merasakan debarannya kerana apa sahaja boleh berlaku dengan sistem undian yang keputusannya adalah seratus peratus di tangan penonton dan peminat.

Dengan konsep persembahan minggu ini - lagu pembuka tirai persembahan - setiap peserta tentu sudah bersedia memberikan persembahan hebat dalam usaha untuk merebut kedudukan terbaik program realiti yang menawarkan ganjaran lumayan terbitan 8TV itu.

Apa yang pasti, sembilan peserta yang meneruskan cabaran Top 9 minggu ini (apabila seorang tersingkir setelah pengumuman dibuat di awal rancangan) akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk menempatkan diri pada kedudukan terbaik untuk Top 8 minggu depan.

Disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada pukul 9.30 malam, minggu lalu dua peserta, Anny dan Mimi masing-masing menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti itu.

Sementara satu-satunya peserta Cina, Low Sook Yee atau Suki, 17, menjadi pilihan orang ramai apabila berjaya mencatat undian tertinggi sehingga melayakkannya menerima imuniti.

Justeru, dia tentunya tidak begitu terganggu dengan kedudukannya kerana dengan imuniti yang berada digenggaman, peserta yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tidak akan diundi keluar minggu ini.

Malah Suki sendiri dengan lagu You Outto Know (Alanis Morrisette) telah memberikan persembahan memberansangkan.

Namun mampukah dia mengekalkan kedudukan undian tertinggi minggu ini? Atau apakah kedudukan itu bakal dikuasai pula oleh peserta lain?

Minggu lalu menyaksikan Dayang Nurfaizah memberikan persembahan terbaiknya dan menguasai konsert dengan lagu Survivor.

Walaupun lagu pilihan daripada Destiny? Child dianggap terlalu klise dengan gadis Sarawak itu namun berbekalkan pengalaman sebagai artis, Dayang berjaya menonjolkan kehebatan dirinya.

Tidak pernah menyampaikan lagu itu namun ia tetap dianggap pemberi semangat kepada penyanyi itu dalam usaha untuk membuka ruang yang luas kepadanya meraih kedudukan undian tertinggi pada minggu ini.

Sebenarnya tidak sahaja Dayang yang dianggap ?intang? pada malam itu yang memberikan persembahan terbaiknya.

Secara keseluruhan, berbanding minggu sebelumnya, persembahan para peserta Top 10 minggu lalu yang menyampaikan lagu-lagu pilihan juri nyata semakin berkeyakinan.

Ia terlihat melalui pujian juri tetapnya, Syafinaz Selamat dan Paul Moss serta juri undangan Zainal Alam Kadir yang menilai persembahan peserta.

Bekas anggota kumpulan Mirwana, Faizal yang diberikan tanggungjawab mempersembahkan lagu With A Little Help From A Friend (Joe Cocker) antara peserta yang turut menerima pujian daripada juri.

Zai yang mendapat lagu kegemarannya, I Don? Wanna Miss A Thing (Aerosmith) juga merupakan antara peserta berpotensi. Walaupun sakit tekak, persembahannya tidak menghampakan.

Begitu juga dengan Lokman yang diberikan lagu Generasiku (OAG); Ameen (Hatiku Luka Lagi/Black Dog Bone) dan Alif (Mama Tolonglah Percaya/Exist).

Bagaimanapun Farah, Aliya dan Azfar terpaksa akur bahawa kedudukan sebagai artis bukanlah jaminan bagi mereka untuk menjadi pilihan penonton apabila mereka menjadi peserta yang mendapat undian terendah minggu lalu.

?tu hakikat yang perlu diterima,? kata Azfar yang mendendangkan lagu Manis (Zainal Abidin) minggu lalu manakala Aliya dan Farah masing-masing dengan lagu Tentang Dia (Melly Goeslow) dan Total Eclipse of the Heart (Bonnie Tyler).

Pada persaingan Top 9 malam ini, promoter terkenal, Ali Bakar akan bertindak sebagai juri undangan bersama Syafinaz dan Paul Moss.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:27 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 06/08/06

Syafinaz bukan celupar
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Mulut laser? Celupar? Bias? Aha, apa lagi? Tak jadi kudis kepadanya. Janji Syafinaz, dia akan tetap menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan.

Paling penting dia mahu berkongsi segala ilmu dan kebolehan dengan mereka yang bakal menjadi ?enghias? dunia hiburan dalam negara masa depan.

Besar cita-cita Syafinaz Selamat, individu yang diletakkan antara penyanyi bervokal hebat dalam negara ini. Sesuai benar dengan tugas hakikinya sebagai pensyarah vokal di institusi pengajian tinggi.

Bercakap soal vokal, soal industri dan soal yang bersangkutan dengan dunia seni memang mengujakan dirinya. Pengkritik tetap rancangan One In A Million ini mengakui bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang termasuk penerbit, penonton dan peserta sekalipun sesudah dia membuat kritikan berunsur ?edas?.

?uat apa saja tentu tak akan dapat memuaskan hati semua orang. Ada juga yang akan mengkritik atau menuding macam-macam hal yang mereka tak puas hati.

?etapi saya juga mempunyai pendirian saya dalam memberikan komen-komen. Yang penting pada saya ialah tanpa sebarang pengaruh peribadi.

?aya buat apa saja untuk mencungkil bakat permata-permata baru yang bakal menyinar di laman seni kita.

?adi, sudah tentu dalam komen yang diberikan saya perlu berlaku jujur dan tidak membohongi sesiapa juga kalau hanya sekadar untuk menjaga hati mereka,? katanya tegas.

Syafinaz mungkin lebih dikenali sebagai pengkritik daripada tugas awalnya, menyanyi. Apatah lagi keberaniannya memberikan hujah membina, komen pedas tetapi berlapik dalam One In A Million menjadikan ada kalanya kemunculannya lebih banyak dinanti dibandingkan dengan peserta pertandingan itu sendiri sendiri.

Selepas berbelas tahun dalam dunia seni, tuah lebih menyebelahi Syafinaz pada tahun-tahun kebelakangan ini apabila namanya mendadak naik dan orang kembali menghargai kedudukan dirinya.

Popular semula?

Semenjak rancangan televisyen realiti naik daun di negara ini, nampaknya bukan sahaja nama seperti Mawi, Jaclyn Victor dan Adam sahaja meraih popularitinya.

Syafinaz, Roslan Aziz dan Adlin Aman Ramli juga antara nama yang turut berpaut di dahan rancangan berkenaan untuk menebalkan lagi pengaruh dan populariti mereka.

Tetapi jangan mudah bersangka buruk kerana bukan itu yang dicari. Populariti itu datang sendiri setelah mereka terlibat dalam rancangan popular itu, bukan kerana kehendak peribadi mereka.

?lhamdulillah, kalau meningkat. Baguslah. Kalau tak, tak apalah. Saya tak kisahlah. Ini adalah saya. ?katanya.

Mengenalinya semenjak bertahun lalu itulah Syafinaz. Tidak pernah sekalipun dia berusaha untuk mengejar populariti, jauh sekali mencari kontroversi.

Maaf cakap, kalau hendak kejar populariti, banyak lagi cara lain dia boleh buat. Dia dari dulu sampai sekarang tak pandai cari publisiti.

?etapi kalau orang kata melalui tugas mengkritik ini populariti saya bertambah, syukur Alhamdulillah. Ia tak sengaja datang,? katanya.

Kata Syafinaz, dia tidak pernah merasakan diri terlebih popular semenjak bergelar juri rancangan televisyen realiti bermula dengan Malaysian Idol dua tahun lalu sehinggalah hari ini.

?alau betul saya makin popular ,ia adalah kerana rancangan itu. Bukan saya yang mencari populariti itu, janganlah disalah sangka,? katanya.

Populariti datang sendiri sementelah hampir saban hari atau minggu wajahnya dipaparkan di kaca televisyen. Tetapi yang lebih penting ialah masyarakat menghargai segala ilmu dan pandangan yang dikongsi dengan bakat-bakat baru itu.

?opulariti untuk diri saya sendiri sudah tidak menjadi sesuatu yang penting lagi. Sebaliknya pada saya, apa yang lebih penting ialah melahirkan seberapa ramai mungkin bakat-bakat baru dalam bidang seni suara.

?ukan mudah jadi pengkritik, kerana kalau kita salah memilih hasilnya memberi kesan yang sangat besar kepada industri,? katanya lagi.

Celupar ke?

Komen membina yang diberi adakalanya disalah tafsir pula. Lumrah alam, tak semua yang senang dalam apa juga yang kita lakukan.

Bagaimana Syafinaz menerima komen beberapa kerat individu yang mengatakan dia agak celupar dalam tugasannya?

?ak tahulah kalau ada yang anggap macam itu. Wartawan punya ada datang jumpa saya bagi tau mereka suka apa yang saya buat setakat ni.

?acam inilah, pada saya lain orang lain penerimaannya. Saya tak celupar, tapi kalau ada yang anggap macam itu saya tak boleh buat apalah,? katanya.

Ditanya apakah dia terluka dengan tanggapan seperti itu, kata Syafinaz, sebesar zarah sekalipun dia tidak berprasangka sebegitu.

?aya langsung tak ambil hati. Cakaplah apa saja saya anggap sebagai kritikan membina.

?aya percaya ia adalah pentas untuk saya bercakap benda yang sepatutnya saya cakap. Dan saya dipanggil, disuruh melakukannya kerana apa yang ada dalam diri saya.

?agipun takkan saya hendak cakap yang baik saja. Adakalanya kita kena cakap benar, walaupun melukakan sikit. Orang kita biasa dipuji saja, tak boleh terima kritikan. Saya menjadi jujur, dan cuba sedaya upaya saya untuk tidak memasukkan sebarang unsur perasaan atau pandangan peribadi dalam komen saya,? katanya lagi.

Bias kepada Dayang?

Penyanyi Dayang Nurfaizah ialah antara calon yang paling hampir menggapai gelaran juara One In A Million.

Kebolehan penyanyi itu menyampaikan setiap lagu sebagai tugasannya dengan baik mendorong adanya andaian itu.

Secara kebetulan pula, Syafinaz dan Dayang adalah sahabat baik yang seringkali bertemu di pentas persembahan sebelum ini.

Tetapi Syafinaz tegaskan , walaupun mereka baik, langsung tak ada unsur bias dalam kritikannya.

?uba imbas balik komen-komen saya terhadap Dayang sebelum ini, saya melayan dia sama seperti peserta lain juga. Justeru kalau ada yang kata saya bias atau tanggapan yang macam itu, ia tidak benar sama sekali,? katanya membela diri.

Apa yang penting, kata Syafinaz, apabila duduk di kerusi pengkritik, dia cuba untuk membuang segala soal peribadi.

Sama seperti yang dilakukannya di bilik kuliah, demikian dia berperasaan pada ketika mahu menyampaikan komen.

?ebagai pensyarah, saya kena bagi tau pelajar kebenaran tentang apa yang mereka sampaikan. Saya tak kata saya perlu kelihatan lebih bijak dari mereka, tetapi saya kena tahu apa yang sepatutnya saya inginkan dari mereka bila menyanyi.

?aya tahu apa yang sepatutnya pelajar saya berikan. Jadi, tak adalah sebarang perasaan memihak kepada mana-mana pelajar atau peserta,? katanya lagi.

Album? Tunggu lagilah

Kesibukan yang bertali arus menjadikan hasrat Syafinaz untuk muncul dengan album baru dalam masa terdekat ini tidak kesampaian.

Lalu buat seketika, katanya dia membuat keputusan untuk menangguhkan buat kesekian kalinya kelahiran album terbaru itu.

?syik tangguh, tangguh dan tangguh. Tetapi saya sendiri masih ada semangat yang kuat untuk buat album, cuma masanya saja yang belum sesuai, ?katanya yang kali terakhir muncul dengan album rakaman terbaru pada tahun 2002, hampir empat tahun lalu.

Bagaimanapun penantian itu tidak pernah sama sekali melelahkan. Meskipun dia terpaksa terus menanti untuk beberapa tahun lagi, bukan satu masalah yang besar kepada dirinya.

?aya menyimpan cita-cita melahirkan sebuah album yang bakal menggubah landskap dunia seni dan muzik kita. Percayalah,? katanya dengan azam yang kental sebelum menutup bicara antara kami.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:29 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 07/08/06

One In A Million berikan nasib berbeza kepada peserta
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

MALAM Jumaat lalu, hasrat Ameen, 16, iaitu peserta termuda pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) terbitan 8TV untuk beraksi pada peringkat Top 9 tidak kesampaian.

Walaupun sudah membuat persediaan selama seminggu, Ameen atau Shahmeen Shah Halim Shah terpaksa menerima hakikat bahawa dia tersingkir dan menamatkan perjuangannya pada peringkat Top 10 sahaja.

Berbeza dengan format program realiti lain yang mengumumkan penyingkiran selepas akhir persembahan, One In A Million berlaku pada permulaan rancangan berdasarkan persembahan minggu sebelumnya.

Justeru, sembilan peserta lain yang terselamat pasti menarik nafas lega dan dapat menumpukan persembahan dengan perasaan tenang pada malam itu.

Namun nasib mereka iaitu Dayang, Suki, Alif, Azfar, Zai, Aliya, Faizal, Lokman dan Farah akan diketahui pada malam Jumaat ini untuk meneruskan perjuangan di Top 8 bagi memburu hadiah RM1 juta.

Pada peringkat Top 10 pada 29 Julai lalu, persembahan Ameen menerusi lagu Hatiku Luka Lagi nyanyian asal kumpulan Black Dog Bone mendapat pujian juri tetapi masih gagal menarik perhatian penonton.

Penyingkiran peserta yang berasal dari Johor Bahru itu diumumkan pengacara Awal Ashaari dan Marion Caunter. Dia sekali gus menjadi peserta ketiga disingkirkan selepas Mimi, 21, dan Anny, 26.

Selain Ameen, tiga peserta lain iaitu Aliya, 27, Zai, 23, dan Lokman, 19, turut berada pada tahap undian paling rendah pada peringkat Top 9.

Ameen yang ditemui pada sidang akhbar berkata, dia sudah dapat mengagak akan meninggalkan OIAM apabila namanya dan Aliya dipanggil pada kedudukan dua undian peserta paling rendah.

?aya terima keputusan ini dengan hati terbuka. Namun saya akan teruskan kerjaya saya dalam bidang seni. Bagi saya rezeki ada di mana-mana dan saya yakin dengan bakat yang ada pada diri saya,? katanya yang cuba menyembunyikan kesedihannya.

Peringkat Top 9 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada pukul 9.30 malam turut mengejutkan penonton apabila Dayang Nurfaizah Awang Dawty (Dayang), 25, menerima undian keluar paling tinggi.

Bagaimanapun, Dayang terselamat kerana turut menerima undian masuk paling tinggi mengatasi undian keluar.

Pada peringkat Top 8, Dayang akan menerima imuniti dan dia tidak boleh diundi keluar minggu depan.


Pada persembahan itu, Faizal, 28, memulakan persembahan dengan bertenaga menerusi lagu popular Jets, Are You Gonna Be My Girl diikuti Aliya (Sway/Michael Buble), Azfar, 21, (Kasihnya Laila/Jinbara) dan Zai (Hit Them Up Style/Blu Cantrell).

Tidak ketinggalan Dayang (Crazy For Love/Beyonce), Suki, 17, (Behind These Hazel Eyes/Kelly Clarkson), Lokman (Bad Day/Daniel Powter), Alif, 16, (Lonely No More/Rob Thomas) dan Farah, 27, (Bilang Saja/Agnes Monica).

Sementara itu, tokoh penting dalam industri hiburan tanah air, Ali Bakar dijemput menjadi juri undangan bersama-sama juri tetap, Syafinaz Selamat dan Paul Moss.

Pada peringkat Top 9 itu, para peserta menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka sendiri yang dijadikan lagu pembukaan untuk dipersembahkan pada konsert mereka kelak.

Pemilihan juara One In A Million ditentukan 100 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton sama ada mengundi masuk atau keluar peserta.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:31 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 18/08/06

Lagu Negaraku ntv7 siar versi acapella
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN


Dari kiri, Reshmonu, Dayang Nurfaizah, Hazami, Syafinaz, Ning Baizura dan Vince. Mereka merupakan penyanyi yang merakamkan lagu Negaraku versi acapella yang disiarkan oleh ntv7.
--------------------------------------------------------------------------------

Bermacam-macam cara diadakan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan sepanjang Ogos ini. Selain meningkatkan semangat patriotik ia juga bertujuan membantu khalayak agar lebih menjiwai erti kemerdekaan.

ntv7 juga tidak mahu terkecuali bagi menjayakannya. Dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), stesen TV itu telah menerbitkan tiga versi lagu kebangsaan Negaraku yang disiarkan di saluran berkenaan.

Kempen Penerbitan ketiga-tiga versi lagu itu merupakan salah satu kempen sambutan kemerdekaan ke-49.

Rakaman lagu-lagu itu dijayakan oleh enam artis terbaik tanah air iaitu Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Syafinaz, Vince, Hazami dan Reshmonu bersama Ketua Konduktor MPO dan Penasihat Artistik terkenal, Matthias Bamert. Usaha tersebut dilihat sebagai satu usaha terbaik ntv7 bagi menarik minat penontonnya yang rata-rata terdiri daripada golongan urban bagi menghayati lagu kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Amrin Awaluddin berkata, ?ujuan penerbitan lagu itu adalah untuk menaikkan semangat bulan kemerdekaan. Selain itu, ia juga satu tanggungjawab sosial yang patut diberi penekanan,? katanya pada sidang akhbar pelancaran I Am Malaysia, Negaraku yang diadakan di Dewan Filharmonik, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Versi pertama lagu Negaraku, dinyanyikan secara acapella oleh keenam-enam penyanyi tersebut. Ia mula disiarkan di saluran ntv7 sejak 1 Ogos lalu. Manakala versi kedua yang menampilkan nyanyian acapella daripada keenam-enam

penyanyi tersebut dengan diiringi oleh koir kebangsaan, telah disiarkan sejak 15 Ogos lalu.

Persembahan versi ketiga pula, memperlihatkan nyanyian acapella oleh keenam-enam penyanyi tersebut. Kali ini bersama-sama koir kebangsaan dan diiringi muzik orkestra MPO. Persembahan ini akan disiarkan pada 30 Ogos ini. Pada hari yang sama pukul 8.30 malam, ntv7 juga akan siarkan

rancangan di sebalik pembikinan rakaman ketiga-tiga versi lagu tersebut.

Kesemua versi lagu tersebut masih mengekalkan keaslian tempo asal lagu kebangsaan. Malahan temponya sedikit pun tidak diolah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:32 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 21/08/06

Top 7 OIAM makin meyakinkan
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Minggu lalu pada pusingan Top 8, kesemua peserta One In A Million (OIAM), ditegur tidak serius dan nampak main-main serta dikatakan tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi RM 1 juta.

Mungkin teguran daripada juri tetap, Syafinaz Selamat itu, telah menyedarkan mereka bahawa peluang keemasan yang terbentang di depan mata hanya datang sekali.

Akibat teguran itu, rata-rata persembahan daripada ketujuh-tujuh peserta OIAM Sabtu lalu, pada pusingan Top 7, sedikit sebanyak memberi impak kepada penonton yang menyaksikannya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan persembahan Farah nampak paling menyerlah pada pusingan Top 7. Kelantangan vokalnya ketika mendendangkan lagu Anytime You Need A Friend nyanyian asal Mariah Carey turut mendapat pujian daripada pengkritik tetap OIAM.

Lagu yang didedikasikan khas kepada adik-beradiknya itu juga telah membuatkan Farah menitiskan airmata ketika membuat persembahan.

Peserta favourite Faizal dan Dayang Nurfaizah tidak perlu dipertikaikan lagi persembahan mereka. Faizal (Warisan Wanita Terakhir) dan Dayang (Because You Loved Me) berjaya membuatkan penonton terpaku menyaksikan nyanyian mereka.

Tambah lagi Faizal secara terang-terangan, menyatakan lagu yang didendangkan olehnya khas untuk isteri tersayang (Siti Raihanim Noran) dan Dayang pula kepada kedua ibubapanya.


Walau bagaimanapun, persembahan Azfar, Suki, Alif dan Lokman tidak banyak perubahan hanya setakat membuat persembahan sebagai memenuhi syarat sebagai salah seorang Top 7.

Biarpun Suki memenangi empat kali imuniti (tidak akan diundi keluar pada minggu depan), persembahan yang dipamerkannya tidak sehebat mana. Menyanyikan lagu Inside Your Heaven, jelas mempamerkan bakat Suki yang sederhana dan ia tidak mampu membantu Suki untuk dipuji oleh Syafinaz dan Paul Moss.

Malah pengkritik tetap itu sendiri memberi komen persembahannya tidak ada apa yang istimewa.

Hinggakan ramai membuat andaian, taktik murahan Suki dengan menangis antara formula terbaik agar dia terus menerus bertahan dalam pertandingan tersebut!

Manakala Azfar (Dealova), Alif (Feeling Good) dan Lokman (Terbaik) masih perlu memperbaiki persembahan mereka jika mahu terus bertahan dalam OIAM, itu teguran daripada pengkritik tetap.

Sementara itu, peserta yang mendapat undian terendah iaitu Zai terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada OIAM.

Terpaksa berpuas hati dengan hanya mampu bertahan sehingga pusingan Top 7, Zai tidak berkesempatan mengadakan persembahan pada malam tersebut, setelah namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir di awal pertandingan Top 7.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2006 01:34 PM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 28/08/06

One In A Million - Lokman tidak sangka terkeluar
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

PENYINGKIRAN Lokman (tengah) diumumkan oleh pengacara Awal Ashaari dan Marion Caunter (kanan).
--------------------------------------------------------------------------------

?aya tidak sangka akan terkeluar pada minggu ini. Kalau ditanya perasaan saya sejujurnya, memang saya sedih.

?udah bukan rezeki saya... dan saya percaya Tuhan akan membuka peluang yang lebih besar kepada saya di luar sana.?

Begitulah luahan Lokman, 19, peserta keenam pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) yang diumumkan tersingkir pada Jumaat lalu.

Keputusan itu dibuat hasil penilaian persembahannya pada 19 Ogos lalu pada persaingan peringkat Top 7 pertandingan itu.

Lokman, anak kelahiran Masai, Johor, pada minggu itu mempersembahkan lagu Terbaik nyanyian asal Ello dari Indonesia.

Lima peserta lain yang terlebih dulu tersingkir ialah Zai, Ameen, Aliya, Anny dan Mimi.

Penyingkiran Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Lokman Aslam Abdul Mutalib memusnahkan impiannya memburu ganjaran wang tunai bernilai RM1 juta sebagai juara OIAM musim pertama.

Sementara itu, pada Jumaat lalu, enam peserta OIAM meneruskan persaingan dengan menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dan sebuah lagi pilihan juri undangan Aubrey Suwito.

Program itu disiarkan secara langsung oleh 8TV dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 9.30 malam.

Namun hanya tiga peserta favourite iaitu Faizal, Suki dan Dayang Nurfaizah menampilkan persembahan memberangsangkan dan berjaya membuat penonton bersorak menyaksikan nyanyian mereka.
Faizal, 28, seperti biasa memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Superstation nyanyian Stevie Wonder dan Elevation (U2) sementara Suki, 17, ceria menyampaikan lagi popular Pudar (Rossa) sebelum membuaikan perasaan penonton dengan lagu When It Falls Apart (Veronica).

[b]Tidak ketinggalan juga Dayang, 25, yang memberikan persembahan profesional melalui dua lagu Inggeris yang menjadi pertaruhannya iaitu Fever oleh Beyonce dan Be Without You nyanyian Mary J. Blige.
Manakala Farah, Azfar dan Alif yang mendapat undian ketiga tertinggi pada peringkat Top 7 pula memberikan persembahan yang kurang meyakinkan juri tetap iaitu Syafinaz dan Paul Moss.

Malah Farah, 27, telah diberi amaran oleh Syafinaz kerana berada pada kedudukan paling rapuh selepas menamatkan persembahannya.

Farah menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu nyanyi Elyana dan Takkan Ada Cinta Yang Lain dendangan Dewa.

Azfar, 21, pula muncul dengan dua lagu berirama universal iaitu Inayah (Zainal Abidin) dan Andalusia (M. Nasir) manakala peserta paling muda Alif, 16, menyampaikan lagu Tak Bisakah oleh Peter Pan dan Harder To Breath (Maroon 5).

Komposer terkenal Aubrey Suwito yang menjadi juri undangan turut memikul tanggungjawab memantau susunan lagu dan prestasi peserta OIAM.

Jumaat ini OIAM akan menemui penontonnya sekali lagi. Penyingkiran salah seorang daripada enam peserta itu akan diumumkan pada awal rancangan sebelum lima peserta lain beraksi membuat persembahan pada peringkat Top 5.

Pemilihan juara One In A Million akan ditentukan 100 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 12:35 AM | Show all posts
colorful betul
ahagahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 06:37 PM | Show all posts
Malay Mail 04/09/2006

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:44 PM | Show all posts

Majalah Media Hiburan

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 12:34 AM | Show all posts
TQ BH
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:26 PM | Show all posts
kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 10:47 AM | Show all posts

UTUSAN ONLINE 12/09/2006

Top 4 OIAM serlahkan peluang Dayang Nurfaizah
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

PERSAINGAN empat peserta One In A Million (OIAM) terbitan 8TV semakin sengit. Tidak dapat dinafikan dalam banyak-banyak persembahan, pusingan Top 4 minggu lalu adalah antara persembahan yang menghiburkan.

Tambahan pula minggu lalu para peserta berpeluang berduet dengan artis undangan mendendangkan lagu kedua masing-masing.

Dayang Nurfaizah, Faizal, Aliff dan Suki masing-masing memberikan persembahan terbaik demi menempatkan diri ke peringkat akhir.

Malah komen yang diberi oleh para juri terutama Paul Moss pada minggu lalu dilihat agak sopan dan baik sedikit berbanding komen-komennya dalam pusingan sebelum itu.

Pusingan Top 4 dimulakan dengan persembahan penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah.

Dayang membuktikan kebolehannya beraksi hebat bukan sahaja ketika menyanyikan lagu-lagu Beyonce, tetapi dia berjaya memukau para pengundi pada malam tersebut dengan menyanyikan lagu Buttons (shit*cat Dolls) untuk memastikan dirinya melangkah ke peringkat akhir. Tambahan pula keyakinan diri Dayang serta gaya persembahannya semakin dipuji oleh para juri.

Biarpun pada awal persembahan nama Dayang disebut dalam kumpulan tiga terendah bersama Farah dan Aliff, ia sedikit pun tidak mencacatkan konsentrasinya ketika mengadakan persembahan.

Menyanyikan lagu My Boo bersama V.E, ternyata kolaborasi mereka menjadi.

Mungkin kerana terlalu selesa dengan komen daripada para juri pada minggu lepas menyebabkan Suki sekali lagi menyanyikan dua buah lagu dalam bahasa Melayu.

Menyanyikan lagu Mimpi Pun Sama secara solo dan Permata Pemotong Permata bersama Ella, persembahan Suki dilihat biasa saja.

Tidak keterlaluan jika dikatakan gabungannya bersama Ella lebih banyak menyelamatkan persembahannya.

Ini kerana khalayak yang hadir lebih teruja melihat Ella berbanding diri Suki sendiri. Hinggakan Syafinaz berkata, ?wak kena lebih hati-hati sebab lepas habis menyanyi saja orang sebut nama Ella.?

Aliff pula seperti yang dijangka sangat sesuai membawakan lagu-lagu rancak. Ini sedikit sebanyak membantunya dipuji oleh para juri.

Mendendangkan lagu Footloose (Kenny Loggins), persembahan Aliff tidak mengecewakan para pengundinya.

Aliff menggunakan sepenuh tenaga mudanya bagi menguasai pentas sebaik mungkin. Kolaborasinya bersama Reshmonu menyanyikan lagu Pretty Young Thing (Michael Jackson) turut memperlihatkan kelincahannya.

Pusingan Top 4 kali ini memperlihatkan persembahan Faizal yang agak mengecewakan penonton dan juri.

Masih dengan imej Superman, Faizal menyanyikan lagu rock Have A Nice Day (Bon Jovi) dan Bohemian Rhapsody (Queen) dengan berduet bersama Deja Voo. Faizal memberi alasan susunan muzik yang berubah pada saat-saat akhir dan sakit suara sebagai punca persembahannya tidak begitu menjadi.

Sementara itu, Farah terpaksa akur apabila tersingkir pada minggu lepas. Sekadar bertahan sehingga pusingan Top 5, Farah tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengundinya.

?aya memang sudah menjangka keputusan ini dan bersedia dari segi mental. Sebab itu saya boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

?ebelum ini pun saya pernah berada dalam kumpulan tiga terbawah, jadi saya sudah bersedia,? katanya yang sedang merakamkan album solonya yang sudah 80 peratus siap terbitan Nature Records.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 10:23 PM | Show all posts
caya la dayang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 02:54 AM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 7-9-2006 02:53 AM



ahahahaa...aku tau dyg beli kat mane kipas kecik tu......:pmuka:

:nerd::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 06:13 PM | Show all posts
Santai
PERSONALITI
Oleh HARYANI ISMAIL
Dayang gemilang

Penyanyi R&B tidak canggung dendangkan lagu asli


DIMINTA mendendangkan lagu-lagu asli, penyanyi R&B bersuara lantang, Dayang Nurfaizah, terima saja dengan kesediaan menyahut cabaran.

Lagipun, sewaktu usianya mencecah 15 tahun, Dayang memang pernah menjuarai peraduan lagu-lagu asli peringkat sekolah.

Antara lagu-lagu forte atau kebiasaannya termasuk Sri Mersing dan Cenderawasih.

Bagaimanapun, tatkala dipelawa Najip Ali untuk menjayakan program infohiburan, Gemilang, yang bertujuan membangkitkan semula tradisi orang Melayu dahulukala dengan menyuntik kesegaran pada proses menghayati nya, Dayang terasa begitu ghairah sekali.

Ketika ditemui di studio Me diaCorp sebelum rakaman Gemilang dibuat, Dayang yang ditemani pengurus dan sahabat karibnya, Liza, menjelaskan:

'Dayang sebenarnya rasa berbesar hati kerana Dayang bukan saja dapat mencuba lagu-lagu tradisional yang Dayang sendiri tak sangka dapat bawakan iaitu Serampang Laut.

'Dayang juga dah lama tak jumpa peminat di Singapura. Inilah masa untuk mengubat rindu sebab kali terakhir bertemu ialah awal tahun ketika Anugerah Planet Muzik (APM) diadakan.

'Lebih dari itu, Dayang dicabar menyanyikan Serampang Laut, yang mencabar patah lagunya, bersama pasangan yang sebelum ini hanya dikenali menyanyikan lagu-lagu Tamil! Orangnya memang champion. Dengarnya, dia ni juara adubakat Vasantham Star, Mohammed Shabir. Kagum juga Dayang dengan bakatnya.'

Penulis sendiri bersetuju betapa hebatnya percubaan Dayang dan Mohammed Shabir.

Selepas melihat persembahan pasangan yang tidak menduga mereka akan dipasangkan untuk ujian terbesar itu, rasanya tiada yang mustahil bagi mereka untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Sebagaimana yang Dayang akui dengan penuh merendah diri:

'Lagu tradisional memang cubaan terbesar bagi ramai. Kalau tersilap lenggok atau patah lagunya saja, dah jadi lain. Sebelum ini, Dayang pernah cuba lagu Pak Ngah Balik. Sama juga... bimbang takut suara tak sampai.

'Tetapi, Alhamdulillah. Kalau dah boleh bawa lagu-lagu tradisional yang kaya dengan pantun dulu-dulu dan lirik berulangnya, Insya-Allah, menyanyi lagu-lagu lain, lebih mudah.'

Menurut Dayang yang bakatnya dicungkil selepas menjuarai adubakat Golden Teen Search, lirik lagu Serampang Laut itu diamati dan dihafal hanya semalam sebelum rakaman dijalankan kerana kesibukannya.

Penulis tabik hormat kesungguhannya mencuba dan sifatnya yang sentiasa merendah diri dan 'tidak plastik' apabila berdepan dengan media.

Itulah antara sebab mengapa Dayang begitu berani bertanding dalam program nyanyian realiti bersama penyanyi amatur, One in A Million, meskipun ada yang menyoal langkahnya seakan menurunkan taraf profesionalnya selaku penyanyi mapan.

Meskipun diusik Najip Ali dan Fid, selaku pengacara selamba yang membuat ramai tidak kering gusi, Dayang tidak gentar menyertai Gemilang.

'Dari zaman Asia Bagus lagi, Najip memang kelakar. Gayanya menghiburkan. Jadi, saya amat berbesar hati diundang ke programnya yang kreatif,' jelasnya.

Gemilang masih mengekalkan jenaka pedas (tetapi lebih beralas) dan berbaur suasana 80-an Gerek (juga program kendalian Najip), sebagai teras daya pemikat.

Bagaimanapun, faktor X program ini juga terletak pada dua peraduan yang dikendalikan dan rata-rata disertai bakat-bakat muda - kelompok yang biasanya digolongkan dalam kumpulan belia yang tidak peka soal tradisi.

Segmen Ratu Kebaya, misalnya, menampilkan gadis-gadis dengan fesyen kebaya unik - baik tradisi atau moden. Seperti peserta Ratu Dunia, mereka perlu menampilkan intelek mereka dalam menyampaikan pandangan tentang sesuatu topik yang ada kena-mengenanya dengan isu ratu kebaya.

Manakala itu, mereka yang ingin cuba-cuba uji sejauh mana kelakarnya pelawak muda amatur, dengar dan tatapi wajah mereka yang dibimbing tiga pelawak mapan, Yusoff Maruwi, Ahmad Stokin dan Hussin Saaban.

Nota: Saksikan 'Gemilang' pada 8.30 malam ini di saluran Suria, MediaCorp TV12.



--------------------------------------------------------------------------------

DAYANG BOLEH HIDUP TANPA...



Tauge dan tauhu - entahlah tak boleh telan!

Telefon bimbit - sebab dah beberapa kali hilang, jadi dah serik!

Kaca mata "shades' - tidak biasa menggunakannya.

Topi - biar orang lihat rambut Dayang yang kemas, rapi dan anggun.

Rambut palsu - Lagi baik, gunakan yang asli.



--------------------------------------------------------------------------------

Copyright © 2005 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.
Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:38 PM | Show all posts
mm...xde can la org sini nak tgk ek...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 11:40 PM | Show all posts
rambut..guna yg asli lagi baik..ahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.391567 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list