CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naiza

[MERGED] -- HEADACHES AND MIGRAIN

[Copy link]
Post time 21-7-2005 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 17-7-2005 02:06 AM:


...what i think ek???...:hmm:

...eerr...tak tau apa nak cakap...P...kalau dah taksub sangat ngan satu2 perkara tu...korang bentangkan all the facts pon dia tetap  ...


ff:
thats the problem wif our ppl nowadays. too taksub.
i dont want to condemn alternative medicines, coz i myself has experience the benefits in certain areas that modern medicine cant tackle. i wont elaborate on what aspect though

tapi kene la jugak pk scara rasional...jgn amik membabi buta. sbb if modern medicine, satu2 drug tu nak kuar, mmg dah ada clinical studies and trial dibuat. berjuta2 habih depa wat trial sblum kuar market. so the effect,side effect, mode of action sume depa tahu..

i tgk satu perkembangan dak sihat lately. banyak sangat produk yang claim boleh buat tu, buat ni...ada tu haku pernah nampak  produk yang claim leh cure AIDS, cancer. ada produk tu sampai 100 penyakit depa list leh cure.
kalau pk2 balik, takyah le susah2 drug company ni kuorkan banyak2 jenis ubat utk satu penyakit. sbb dah ada satu ubat utk sumer conditions..
:nerd:

jgn bom haku lak...
just mi 2 cents :lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2005 11:06 AM | Show all posts

__Siapa Berisiko Mendapat Migrain__

Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

MIGRAIN ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.


Serangan migrain
Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.


Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.


Gejala lain migrain

? Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

? Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

? Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

? Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

? Badan berpeluh.

? Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

? Kepala terasa pening.

? Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

? Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.


Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.


Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.


Sumber:
Profesor Dr Raymond Azman Ali

(petikan daripada buku Kesihatan Keluarga oleh Raihanah Abdullah)
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 12:20 PM | Show all posts
Thanks for the info ct....
I ada mengalami gejala2 seperti yg disenaraikan dalam artikel tu... pergi klinik dr. bagi ponstant (betul ke ejaan ni)... hilang la sekejap pastu sakit balik kepala...
Reply

Use magic Report

astika This user has been deleted
Post time 11-8-2005 11:17 PM | Show all posts

Urut Guasa

Saya mengidap Penyakit migrain ini semenjak 18 tahun yg lalu ...kalau kata panadol tu saya kunyah aje.. sbb tak tahan pening yg amat sgt , ponstan tu kira biasa la..
Bagi diri saya Migrain ni bermula dr mata...saya tak tahan bila kena panas sikit.. mulalah mata saya rasa bengkak lepas tu datang pening sehingga migrain.. kalau dah kena migrain.. makan pun tak lalu sampai la kena gastrik lak..
Kalau lambat makan pun perut msk angin so kena migrain jugak..
Migrain ni tak blh hilang sampai la kena muntah baru la lega.. Pernah ketika the whole day kena migrain sampai la mlm .. paksa minum susu nak bg muntah..
Angin masa tu tak usah cakaplah.. nak buang angin pun tak boleh..
Kalau ada sesiapa yg kena migrain ni dia tau la...

Sampai satu ketika doktor nasihat stop taking the medicine because it'll effect yr health.. so saya pun cuba cara tradisional, mcm2 cara saya try ..ubatan tradisional ni namun tidak mahu juga sembuh...
&
Lastly ada kawan saya seorg cikgu perkenalkan Terapy Guasa ni, alhamdulillah slp mengamalkannya selama 2~3bln migrain dah 97% hilang..
so la ni saya tak perlu lg risau jln tgh panas... jadi saya ambil kesempatan untuk berkongsi dgn anda semua saya blh ajarkan cara terapi ini...

Urutan Terapi Guasa ini bkn saja utk migrain bahkan utk semua penyakit dlm badan ..InsyaALLAH dgn cara segala penyakit dlm badan blh sembuh & kesannya amat menakjubkan... pernah ketika Chinese New Year Feb 2005 lps ....saya demam panas yg amat sgt bacaannya 40 darjah C sehinggakan bgn pagi tak blh buka mata sbb taik mata hijau keluar sehinggakan mata melekat disebabkan panas dlm yg amat sgt, namun saya berusaha utk tdk mengambil ubat klinikal.. lalu saya menyuruh isteri saya mengurut dgn terapi ini..
alhamdulillah dlm masa yg singkat 2 hari berturut-turut ..demam saya kebah dan sihat spt biasa...

Terapi ini juga blh menjaga kecantikan wajah tanpa kesan sampingan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2005 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by astika at 8/11/05 11:17 PM:
Saya mengidap Penyakit migrain ini semenjak 18 tahun yg lalu ...kalau kata panadol tu saya kunyah aje.. sbb tak tahan pening yg amat sgt , ponstan tu kira biasa la..
Bagi diri saya Migrain ni ber ...

astika, terapi guasa tu macamana, nk tau jugak, cerita awak lebih kurang sama saje ngan saya, saya dh tak mampu nk makan painkiller lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by astika at 11-8-2005 11:17 PM
Saya mengidap Penyakit migrain ini semenjak 18 tahun yg lalu ...kalau kata panadol tu saya kunyah aje.. sbb tak tahan pening yg amat sgt , ponstan tu kira biasa la..
Bagi diri saya Migrain ni ber ...


aku setuju ngan ko dan aku gak setuju ngan petikan daripada buku Kesihatan Keluarga oleh Raihanah Abdullah diatas...

but for me lah (since i am also suffering from migraine) there are no magic or one solution only with regard to migraine..

same jugak macam sape pernah buat reflexology? urut kaki...aku pernah urut kaki, demam aku baik serta merta..jugak aku pernah urut kaki jugak but different person buat, tak de kesan apa apa...member aku lagi teruk..ururt kaki, lepas kena urut, tak bule jalan dua tiga hari...

the point is what is triggering my/your migraine? macam aku ni, migraine aku dah lama cuma tak tau je kita ade migraine..lepas tu migraine datang sekali sekala..tak tentu, depend on conditions but baru baru ni, aku kena tiap tiap hari..makan ubat Visograin hilang sekejap lepas tu datang balik..the cause is still mystery to me and i still trying to find out..

cuma aku ni kaki melantak tak bule perot kosong..nanti migraine datang..

dulu aku tak bule kena panas matahari, lima minit je naik asap kat kepala..skrg ni tak ada apa apa plak dok pi tengah panas pung ok je..

yg aku tak pernah/ jarang buat..tak merokok, tak minum coke/kopi/bir, jarang makan nasi lemak/teh tarik etc..

tak pernah exercise kalo exercise, hangat hangat taik ayam je..

tak pernah/jarang dengar music kuat cuma bengang kalo anak aku kuat melalak:mll:

pada aku migraine aku ni mungkin sebab aku jarang kluar rumah/kluar office..tapi tak pasti..mungkin jugak food toxic..sebab perut aku ni jenis tak tahan bahan bahan seperti makanan yg banyak lengkuas, ato tom yam misalnya ato yau ta fu..tu semua jenis makanan bagi perut aku memulas..

aku makan jenis sayur hidup..cam kacang apekenbende tu, timun, tomato hidup,,kalo bule sayor bendi pung aku nak bedal cara hidup gak

TETAPI aku tetap migraine...mungkin migraine sebab work load kot..tapi aku pi kerja rilex je workload makin berkurang ade..

cuma aku ni jenis addict tengok TV/Astro..dan tengok TUT TUT TUT dalam komputer..

jadi, apa masalah aku:gila: kena sembahyang tak tinggal kot..insyaalah..

lupa plak lagik satu nak tambah

aku ni suka mancing ikan kat laut...biasanya pegi tidur kat atas bot...kalo pi mancin ikan kat laut, member aku tengok aku pung fenin kepala.. oleh sebab tak cukup tidur dan dilaut waktu tengahari terlalu panas, maka migraine aku ni macam nak meletup la..cara aku selesai masalah aku adalah selain telan pil visograin tu, aku ambir air, yng telah di 'cold storage' kan dan mandi, even tengah malam pung kadang kadang aku mandi air laut pukui 2 pagi hehehe..

[ Last edited by zuas at 5-1-2006 05:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2006 11:39 AM | Show all posts

[MERGED] -- MIGRAIN

assalamualaikum, dekyah nak tanya macammana nak hilang kan sakit kepala kekadang sebelah kadang keselurohan kepala selagi x muntah selagi tu dekyah akan menanggu sakit nya, yang jadi masaalah nya setiap hujung minggu

[ Last edited by DARSITA at 27-3-2006 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by dekyah at 11-2-2006 11:39 AM
assalamualaikum, dekyah nak tanya macammana nak hilang kan sakit kepala kekadang sebelah kadang keselurohan kepala selagi x muntah selagi tu dekyah akan menanggu sakit nya, yang jadi masaalah nya s ...


kalo dh terlalu sakit - baik g jumpa doktor je.... takut nnti melarat pulak...

in the meantime, maybe u can try rhis method (traditional way) : lumurkan kepala ngan air asam jawa.... (asam jawa tu perahkan ngan sikit air -biar pekat sikit), pas tu lumur kan kepala. air asam jawa nie 'sejuk'.... insya-allh bole kurangkan sakit kepala tu.... buat camtu dlm 1/2 jam - 1 jam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2006 08:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 09:18 AM | Show all posts

migrain?????

bulat demam dah 3 hari tapi hr nih demam dah ok...
yg tak ok nyer sakit kepala....
dia main kat area mata lak tu....
sakit nyerrrr,,,,,

migrain ker ha???

tak pernah bulat kena migrain nih...
apesal yer????
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 11:15 AM | Show all posts
eon pn slalu kena ms study dl.. xleh stress sgt..

skt palo sblh kiri je.. xleh kena panas terik dl pakai sunglases.. area mata , kening semua rs skt.. loya2..

tp skrg dh pch.. kalu kena pns mula laa baring x bgn2..


adik eon lagi teruk.. lelaki..

dia kena ms darjafh 1 lagi.. rambut dia xleh pjg ckit.. mesti skt palo, muntah2.. dl ms sek.. tghari mesti cikgu anta dia blk..

tp skrg ok ckit.. tp rambut mmg xleh pjg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 11:32 AM | Show all posts
xper ke kalu kite migrain n selalu mkn ponstan, xde effect ke..
sahira bile start mkn pil perancang mkn kuat migrain..
dulu kalu stress n kena panas je migrain dtg, serang kat bhg mata...
ponstan tuh mmg spare dlm handbag coz migrain dtg xikut masa..
kalu xtelan mmg xleh buat keje..
rase cam nak pecah kepala nih..
Reply

Use magic Report

kokleong1 This user has been deleted
Post time 30-3-2006 07:06 AM | Show all posts
jangan fikir apa2 benda bila migrain attack. boleh lebih cepat hilangkan kesan sakit kepala.
Reply

Use magic Report

kokleong1 This user has been deleted
Post time 30-3-2006 07:08 AM | Show all posts
adakah naiza mengalami masalah bila buang air besar? kawan2 yang migrain kebanyakan mengalami masalah buang air besar. boleh pvt untuk hal ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 02:13 PM | Show all posts
betul ke orang kata, kalau migrane..tak yah makan ubat...juz minum air 100 plus je?
Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
Post time 19-6-2006 05:28 PM | Show all posts
Just my 2 cents worth. A friend of mine has chronic migraines has been prescribed medciation by a specialist. Cant remember the name though. Kena makan 2 pill sehari, costs SGD$11.00 dollars per pill. His migraine is super super chronic and the tablet can stop the pain for 8 hours only. So he spends $22.00 per day taking it.

Well he started on TF 1 1/2 year ago and the migraine disappeared within 3 days and has never come back. He is a changed man. The condition runs in his whole family lah. Very bad.

How it worked, migraine is associated with Auto-Immune problem, and TF does not boost your Immune System but rather educates it to stop attacking your won body. Thats why our success rate with psoriasis and Multiple Sclerosis is 100%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2006 12:16 PM | Show all posts
mcm bagus je baca TF ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 10:34 AM | Show all posts
ayah urda dah 3 bulan migrain x baik2... pegi hospital (kerajaan) pon doktor x leh kesan apa penyakit yg sebenarnya...

minggu lepas ayah p hospital pakar kat sungai petani...

n baru tau otak sebelah kiri ayah kena jangkitan kuman...
n dr tu ckp kalau lambat kesan (lam dua bulan lagi) menda tu akan bernanah n kena wat operation...
sedey n takut sgt mende2 tak baik berlaku...

tadi urda call mak... ubat yg dr bg tu dah abih,n sakit x baik2 jugak... makin teruk... lusa kena pegi lagi hospital tu... risaunye tuhan je yg tahu...

Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
Post time 22-6-2006 10:55 AM | Show all posts
kami akan doakan Ayah Urda sembuh seperti sediakala. Insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:27 AM | Show all posts
thanks chippo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.175065 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list