|
BAJU DALAM SELAMATKAN WANITA
ST PETERSBURG (Florida): Seorang wanita ternyata bernasib baik apabila baju dalam yang dipakainya menyelamatkannya daripada terkena peluru sesat yang hinggap di bahu kirinya.
Cik Debbie Bingham, 46 tahun, berkata baju dalam bersalut emas memperlahankan peluru berkenaan dalam kejadian semasa menyambut ketibaan Tahun Baru.
Kecederaan mungkin parah sekiranya tidak dihalang tali baju dalam yang dipakainya, kata jurucakap jabatan polis St Petersburg, Encik George Kajtsa.
Cik Bingham bersama anak lelaki dan perempuannya keluar meraikan tahun baru dan menyaksikan pertunjukan bunga api apabila secara tiba-tiba merasakan sakit di bahu kirinya sekitar 11.40 malam.
'Kami duduk di meja dan mendengar muzik ketika tiba-tiba ibu saya mengadu kesakitan,' kata anak perempuannya, Cik Solanda Bingham, yang menyedari ibunya terkena peluru.
Peluru itu separuh memasuki baju dalam Cik Bingham dan mengenai kulitnya.
Menurut polis, ada orang melepaskan tembakan ke udara. Peluru itu jatuh ke bumi dan mengenai Cik Bingham.
Beliau menerima lima jahitan selepas doktor mengeluarkan peluru berkenaan. - Agensi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 8-1-2007 08:29 AM
'JOHOR KELIRU ISU KERETA PLAT MERAH'
Menteri Pelancongan Malaysia alu-alu warga S'pura
Oleh
Suryani Omar
Dari Kuala Lumpur
BEBERAPA insiden saman yang dikenakan ke atas pemandu keret ... apa yg dorang keliru?.... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
the NKF wayang show begins............... |
|
|
|
|
|
|
|
DERMA JANTUNG, GINJAL DAN HATI ANAK Korban nahas jalan dipercayai orang Islam pertama derma lebih daripada satu organ Oleh
Suryani Omar
HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Bagi Allahyarhamha Syahida Said, 15 tahun, pemergiannya bukan sahaja mencatatkan sejarah apabila ibu bapanya, Encik Said Wodi, 49 tahun, dan Cik Sartinah Abdul Rahim, 42 tahun, memutuskan untuk mendermakan jantung, hati dan buah pinggang anak mereka itu.
Bahkan, ia turut memberi harapan baru kepada empat pesakit yang memerlukan.
Allahyarhamha dipercayai orang Islam pertama di Singapura yang mendermakan melebihi satu organ.
Allahyarhamha meninggal dunia selepas empat hari terbaring dalam keadaan koma di Hospital Besar Changi akibat kemalangan jalan raya bulan lalu.
Kemalangan itu berlaku dekat Singapore Expo pada 13 Disember lalu apabila motosikal yang dibonceng Allahyarhamha berlanggar dengan sebuah lori.
Pelajar Sekolah Menengah Tampines itu bakal menduduki Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N' akhir tahun ini.
Ketika dihubungi, Cik Sartinah berkata beliau dan suaminya memutuskan untuk mendermakan organ organ anak mereka itu kerana berpendapat ia dapat membantu pesakit lain meneruskan kehidupan.
'Penyelaras di hospital bertanya saya jika saya hendak mendermakan organ anak saya, jadi saya terfikir, mengapa tidak jika ia dapat membantu orang lain.
'Yang saya harapkan, penerimanya akan melakukan kebajikan dan amalan,' kata Cik Sartinah, 42 tahun, pekerja pengeluaran.
Beliau berkata organ anaknya didermakan kepada empat pesakit, dengan kedua-dua penerima ginjal merupakan Melayu/Islam.
'Saya tak kisah bangsa atau agama apa, kita hendak menolong dan mesti ikhlas,' tambah ibu tiga anak itu yang sendiri sudah mengikrarkan ginjalnya.
Mereka sekeluarga tinggal di Pasir Ris.
Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (Persatuan MKAC), Encik Ameerali Abdeali, mengesahkan Allahyarhamha Syahida merupakan orang Islam pertama di sini yang mendermakan lebih daripada satu organ.
Beliau berharap langkah itu dapat menggalakkan lebih ramai orang Islam me ngikrarkan organ mereka.
'Saya amat menghormati keluarganya, dan keputusan ini sangat mulia.
'Inilah yang ingin digalakkan Persatuan MKAC. Tindakan seperti ini bukan sahaja dibenarkan (dalam Islam), bahkan digalakkan Islam,' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
PEMANDU PECAHKAN KAMERA YANG 'TANGKAP' AKSI PECUT AKIBAT tidak puas hati kerana 'ditangkap' memecut ketika memandu teksinya oleh sebuah kamera Polis Trafik di sepanjang Bukit Timah Road, seorang lelaki memutuskan untuk membalas dendam.
Dengan memakai topeng ski dan sarung tangan basikal, Ng Ko Sen, 43 tahun, (gambar) membaling dua ketul batu ke arah kamera berkenaan sekitar 1.15 pagi pada 24 Julai lalu - sehari selepas gambarnya dipetik.
Untuk merahsiakan identiti nya, nombor plat teksinya juga dibalut dengan pelekat.
Di mahkamah semalam, Ng dihukum dipenjara tiga bulan dan rotan sebanyak tiga kali kerana merosakkan kamera tersebut.
Dia juga diarah mahkamah membayar denda $3,600 bagi kerosakan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
PATUT MENGUBAT, TAPI MELIWAT HARAPKAN pagar, pagar makan padi.
Begitulah nasib yang dihadapi seorang pelajar berusia 14 tahun selepas dihantar ibunya awal tahun lalu untuk berubat dengan seorang lelaki tua yang bergelar bomoh.
Namun, bukan rawatan yang diterima pelajar itu, malah sebaliknya dia diliwat bomoh tersebut.
Ibu pelajar berkenaan telah menghantarnya untuk berubat dengan Saini Abdul Rahaman, 61 tahun, bagi menghilangkan perlakuan anaknya yang keperempuanan.
Mahkamah diberitahu sedang Saini mengurut punggung pelajar berkenaan, dia telah bertindak melampaui batas dengan mencucuk jarinya ke dalam dubur pelajar itu.
Kesalahan itu telah dilakukan Saini di rumahnya di Tao Ching Road antara 31 Januari dengan 1 Februari tahun lalu.
Nama mangsa Saini tidak boleh disiarkan demi melindungi identitinya kerana masih di bawah umur.
Semalam, Saini dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan bagi perbuatannya itu.
Dia juga dikenakan hukuman penjara tambahan selama dua minggu bagi kesalahan memiliki filem-filem lucah. |
|
|
|
|
|
|
|
SELUAR DIKEBAS WAKTU 'MELEPAS' SEORANG lelaki kehilangan seluar dan barangan peribadi semasa membuang air besar di tandas tingkat 1, pusat beli-belah IMM kelmarin.
Lelaki berusia 30-an itu ke situ bersama anak lelakinya kira-kira 1 petang, menanggalkan seluar dan meletaknya di belakang semasa membuang air. Selepas selesai, beliau mendapati seluarnya hilang.
Menurut polis, bekas tapak kasut pencuri dilihat di kubikel sebelah.
Beliau kehilangan dompet mengandungi wang tunai $90, kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan kunci kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
GIGITAN 'SERANGGA' BAWA MAUT
KUALA SELANGOR: Mulanya ia disangka hanya gigitan 'serangga' biasa.
Namun, gigitan 'serangga' pada kemaluan Cik Azlina Saian, yang kebetulan sedang mengandung tujuh bulan, itu menjadi semakin teruk hingga meragut nyawanya kelmarin semasa beliau dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah - seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34 - selepas mengalami pendarahan dan koma tiga hari.
Menceritakan kejadian itu, suaminya, Encik Abdul Rahman Samad, berkata isterinya mengadu digigit serangga pada kemaluannya pada malam 29 Disember lalu ketika beliau sedang menonton televisyen di rumah mereka di Kampung Tanjung Siam Baru, dekat sini.
'Saya katakan kepadanya, sapulah minyak kerana biasanya kesan gigitan serangga tidak bahaya,' kata beliau kelmarin.
Beberapa jam kemudian, Encik Abdul Rahman, 37 tahun, melihat perubahan pada arwah isterinya itu apabila muka dan badannya membengkak dan badannya panas.
Encik Abdul Rahman ada ternampak seekor lipan pada bantal tidur arwah isterinya itu tetapi ketika itu tidak mengesyaki apa-apa.
Apabila keadaan isterinya semakin teruk dua hari selepas itu, Encik Abdul Rahman pun bergegas menghantarnya ke hospital kerana arwah isterinya khuatir bayi dalam kndungannya itu akan gugur.
Kebimbangan mereka ternyata benar apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandu ngan itu mati dan keadaan isterinya bertambah buruk. - NST, Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
2 PELAJAR MENGAKU BUAT 'BOM' DARI BUNGA API
Oleh
Nadzri Eunos
DUA pelajar lelaki kedua-duanya berusia 17 tahun semalam menjadi orang pertama didakwa membuat bom sendiri dengan menggunakan bunga api.
Muhammad Firdaus Mahat dan Wesley Meow Guang Xiong mengaku bersalah membuat dan kemudian meledakkan sebutir bom paip di sebuah padang di Woodgrove Avenue dekat Woodlands Avenue 1 sekitar 12.55 tengah hari, pada 27 Ogos lalu.
Satu lagi tuduhan meletupkan tiga butir bom jenis 'Molotov Cocktail' ke atas Firdaus diambil dalam pertimbangan.
Mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua nyanya telah ke kawasan padang berhampiran kondominium Casablanca, untuk meledakkan bom paip yang mereka buat beberapa hari lalu selepas sekolah.
Setibanya di sana, Firdaus mula membakar bom itu sementara Meow merakamkan aksi rakan sekolahnya itu dengan kamera digital.
Bunyi letupan yang kuat yang 'mengeluarkan asap berbentuk cendawan ke udara' telah menarik perhatian para penduduk berdekatan. Seorang pengawal keselamatan di kondominium itu segera menghubungi polis.
Tiada sesiapa cedera atau harta benda yang rosak akibat letupan itu.
Polis menemui serpihan paip dan dua lagi bom paip di tempat kejadian.
Analisis oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mendapati bahan letupan yang digunakan serupa dengan yang digunakan dalam bunga api.
Kedua-duanya boleh menghadapi hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda $1,000 atau kedua-duanya.
Kes mereka akan didengar lagi Jumaat ini.
Dalam kenyataannya semalam, polis mendedahkan sebanyak 32 kes letupan melibatkan penggunakan bunga api atau serbuknya dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Polis memberi amaran adalah menjadi satu kesalahan menggunakan bunga api untuk membuat dan meletupkan bom buatan sendiri atau IED terutamanya dalam suasana keselamatan sekarang.
'Ini kerana perbuatan itu boleh sebabkan kecemasan yang tidak diperlukan dan menyibukkan sumber (polis), yang diperlukan untuk menangani insiden-insiden tulen. Ia juga boleh mencederakan dan merosakkan harta benda,' jelas polis.
Polis menekankan meskipun pengimport dan penjualan bunga api dibenarkan di Singapura, ia sepatutnya digunakan mengikut arahan pembuat.
Menurut polis, dua lagi belia berusia 15 dan 16 tahun kini sedang membantu dalam siasatan berkaitan satu kes berasingan pada 17 Disember lalu.
Dalam kes itu, kedua-dua belia berkenaan dipercayai telah membakar seikat 72 bunga api dekat Blok 339, Woodlands Avenue 1. |
|
|
|
|
|
|
|
Durai nye kes dah start eh..
Penipu besar sey deytu, delete2 data kat komputer, then orang dia sendiri hantar surat kat sokkabar nye porum cam ghost writers gitu...
Cam siot...
[quote]
Hot News // Tuesday, January 9, 2007 | | | | | | | | |
Durai Episode II in court | He deleted evidence from computer, didn't reveal settlement offer
Ansley Ng
[email protected]
IT WAS July 13, 2005, the night before T T Durai was to step down as the chief of the National Kidney Foundation. Still, the man reputed to be a workaholic, was busy in his office at the charity's Kim Keat headquarters. .
But this was no ordinary evening. .
Amid the rumblings that were gathering pace across the island over his handsome remuneration and the shadow of the investigation that was to follow, Durai was cleaning up traces of "a fraud that he perpetrated". .
"He sat through the night deleting items from his computer and destroying documents in the office," Senior Counsel K Shanmugam said on the opening day of a civil suit. .
The NKF hopes to recover some $12 million allegedly wasted on benefits, salaries and failed contracts from Durai and several Board members. .
Others dragged into the case are former chairman Richard Yong, former treasurer Loo Say San and Mr Durai's enigmatic friend and business associate Pharis Aboobacker. .
"They were going out of their way to hide it, including deleting items from their computers," said Mr Shanmugam, who is representing the NKF. .
He painted the picture of one man manipulating an organisation along with his "cronies" on the board |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 9-1-2007 08:52 AM
Durai nye kes dah start eh..
Penipu besar sey deytu, delete2 data kat komputer, then orang dia sendiri hantar surat kat sokkabar nye porum cam ghost writers gitu...
Cam siot... monyet suka makan peanuts
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 9-1-2007 08:30 AM
PATUT MENGUBAT, TAPI MELIWAT HARAPKAN pagar, pagar makan padi.
Begitulah nasib yang dihadapi seorang pelajar berusia 14 tahun selepas dihantar ibunya awal tahun lalu untuk berubat dengan seor ...
bagus..
percaya sangat bomoh... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
ada ghost writer lagi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 9-1-2007 09:16 AM
monyet suka makan peanuts
aku rasa semua tunggu, perkataan peanuts keluar tak kat court hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 9-1-2007 09:17 AM
bagus..
percaya sangat bomoh...
anak dia tu a bit feminine eh? ntah eh, yang ada orang memang soft spoken, lembut2 tapi bukan dia nak jadi pompuan atau what. nengok BJ kadir tu....alrite je, pegi semayang jemaat bawak anak dia smua aku pernah nampak, tapi kat tv, cam m daud kilau lak, terlentok2
yang ada muscle2 pun, gay jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 9-1-2007 09:26 AM
ada ghost writer lagi..........
mesti durai kalah nye.....happy nye aku!!!!!!!!
salah guna duit rakyat tak selamat |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
what do we learnt from this
absolute power corrupts |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 9-1-2007 10:19 AM
anak dia tu a bit feminine eh? ntah eh, yang ada orang memang soft spoken, lembut2 tapi bukan dia nak jadi pompuan atau what. nengok BJ kadir tu....alrite je, pegi semayang jemaat bawak ... kalau anak lelaki tu ada sikit terpeleot.. bawak lah jumpa yg pakar dlm hal ni.. counselling ke.. dengar isi hati dia..
bawak gi bomoh apa yg bomoh boleh buat.. try test bontot budak tu lagi ada.. patut liwat sekali mak dia.. untung untung dia insap, tak pergi bomoh lagi |
|
|
|
|
|
|
guvnor This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 9-1-2007 10:24 AM
kalau anak lelaki tu ada sikit terpeleot.. bawak lah jumpa yg pakar dlm hal ni.. counselling ke.. dengar isi hati dia..
bawak gi bomoh apa yg bomoh boleh buat.. try test bontot budak tu lagi ...
bomoh dah kasi turun ilmu kat anak dia melalui saluran najes~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
siot eh tu durai..
sokkabar omputeh nari ceta smua2 sey, smalam baru pes day kat court dah macam2 lagi dah keluar pasal dia...
korang tau tak? dia suruh orang2 dia karang2 surat kasi sokong pendapat NKF, dorang sengaja kasi grammar error jadi nampak genuine, lepas tu suruh pesakit2 ginjal NKF sign, dah tu post kat porum2 sokkabar
jadi semua ingat orang sokong dorang...
dan macam2 lagi la....... giler sey... aku rasa ular2 kat ceta Snake on The Plane pun tak ular cam dekni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|