CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ashnitra

MAWI DI SEKSYEN 7 PADA 16/3/2007

[Copy link]
Post time 13-3-2007 11:59 AM | Show all posts
errr...klu nak duk kat kusi vip tu blh kerr...kna byr 100...

khas utk vip jer...atau org awam leh gak duk..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #41 kajol77's post

hai kajol77

kerusi vip tu orang awam pun boleh duduk .. kalau berminat call segera di 012-9359895
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by ashnitra at 13-3-2007 12:55 PM
hai kajol77

kerusi vip tu orang awam pun boleh duduk .. kalau berminat call segera di 012-9359895


kol now! kol now! kol now! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 09:16 AM | Show all posts
mana citer konsert ni?   kasi update lar...tak sabau den...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 04:31 PM | Show all posts
ni diA BERITA tentang konsert tersebut dari MawiFC.


assalamualaikum..ello world!!!

alhamdulillah..kOnsert semlm berjaya mencapai sasaran dan Objektifnya...terima kasih kpd sume yg terlibat scr langsung/tidak langsung...yang paling bermakna, kehadiran mawifrenz yang menghangatkan dewan yg begitu sejuk semlm... betul kate opah anne, mmg mcm family day...xde rigid sgt dgn pelbgai protokol..itu yg kami hendakkan, santai bersama!!!

pd mawifrenz yg tegOr fry mlm tue..terima kasih berbyk..semoga perkenalan kita terus ke hayat..mcm nurul n frenz..hehe... buat pinky,ladybird n fiza79, sorry la fry xberapa cam muka2 dak mawifrenz..sib bek korang tego fry..hehe...dan pd yg lelain yg fry terlupa sebut namenye, trimas ye tego fry..hehe..mcm artis le plak kite ni, org tego amek gambo...hehe.. pd mawifrenz len, trima kasih atas segalanya... sokongan anda kpd pelaksanaan event pertama kami berjalan lancar amatlah dihargai..tapi apa yg penting, SOKONGAN BERTERUSAN KEPADA SAHABAT KITA, MAWI!!!

terima kasih juga pd media yg sudi hadir sperti kak shana (HAI), rashidi n frenz(jurugambar sempoi), kosmo, utusan, bharian, mstar & beberapa lagi wartawan senior n thanx pd nurul AF2yg sudi hadir sebgi penonton mlm tu yg sama2 menjayakan program semlm also kpd sume sponsor yg sudi menaja program amal ini dan tak lupa selamat berjaya kpd pendaki2 everest yg akan memulakan xpdc 25 mac ini!!!THANX PD MAWI (wpon demam & selsema kene hujan ms kenduri d kulai..fry pon sama daa..selsema kene hujan di kulai) also pd ELIZA & NORA serta MAESTRO!! nti kite wat lg ye next event!!!...

MAWI DULU, KINI & SELAMANYA!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 10:59 PM | Show all posts
Konsert Mawi and Frenz gagal pikat penonton?
20-03-2007 04:28:41 PM
Radin Sri Ghazali
Selama ini apa jua konsert mahupun persembahan yang membariskan nama Juara Akademi Fantasia 4, Mawi sudah semestinya mengundang ribuan peminat untuk menyaksikan penyanyi nombor satu negara itu.
Namun baru-baru ini ketika konsert 'Farewell Nite Merdeka Everest bersama Mawi and Frenz' bertempat di Dewan Belia dan Kebudayaan Shah Alam baru-baru ini untuk pertama kalinya hanya suku daripada kapasiti dewan itu dipenuhi dengan peminat-peminat Mawi.
Yang menghairankan pihak penganjur iaitu Keluarga E-Amal pernah menguar-uarkan bahawa seramai 3000 orang akan membanjiri dewan tersebut.
Entah di mana silapnya?
"Pihak kami terpaksa mengakui bahawa penganjuran konsert secara last minute ini mungkin merupakan antara sebab utama kenapa konsert ini kurang mendapat sambutan.


Mawi ketika konsert 'Farewell Nite Merdeka Everest bersama Mawi and Frenz' baru-baru ini (Foto The Star oleh TK Lim)
"Konsert ini dirancang dua minggu yang lalu jadi kesemua persiapan yang dibuat agak terburu-buru," ujar Arshad Rahman selaku Ketua Program Keluarga E-Amal Sdn Bhd mengenai sambutan dingin yang julung-julung kali dapat dilihat pada konsert yang daya penariknya ada nama sebesar Mawi.
Pihaknya turut mengakui bahawa kekurangan promosi membawa impak dan membuatkan ramai pihak tidak tahu akan kewujudan konsert tersebut.
Malah pihaknya turut meletakkan harga yang murah pada tiket-tiket tersebut iaitu RM30 serta percuma untuk kemasukan kanak-kanak bagi menarik pengunjung ke konsert tersebut.
"Kami turut memberi fokus kepada pelajar-pelajar UITM Shah Alam untuk berkunjung ke konsert ini kerana ada pembabitan rakan mereka ke Everest nanti.
"Namun, sayangnya ramai di antara mereka yang tidak datang,"ujarnya lagi.
Malah, kekurangan peminat ke konsert itu juga secara langsung melenyapkan niat murni pihak penganjur untuk membiayai kos logistik menerusi konsert tersebut yang telah gagal mencapai matlamatnya.
Dengan penjualan tiket yang lemah, pihak penganjur tidak dapat sebarang pulangan daripada segi kewangan.
"Kos logistik untuk pendaki-pendaki persatuan Kembara Negara ke Everest adalah RM30,000.00.

Nora turut membuat persembahan menerusi beberapa buah lagu (Foto The Star oleh TK Lim)
"Manakala kami hanya memperolehi 70% daripada RM40,000.00 kos pengelolaan konsert ini daripada pihak penaja," ujar Arshad lagi.
Namun syarikat logistik tempatan ANC Global Logistic Sdn Bhd sanggup membiayai kos logistik pendaki-pendaki ke Everest walaupun tanpa menerima bayaran penuh daripada pihak penganjur.
"Kami akan cuba mengumpul wang sebelum pendaki-pendaki kita pulang ke tanahair untuk membayar kos logistik mereka dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang lain," ujarnya lagi.
Bagi penyanyi popular dewasa ini Mawi, kehadiran kira-kira kurang daripada 500 orang ke konsert Mawi and Frenz sedikitpun tidak mematahkan semangatnya.
"Saya di sini bertujuan untuk menghiburkan mereka yang datang. Lagipun, niat sebenarnya adalah untuk mengumpul dana bagi pendaki-pendaki kita ke Gunung  Everest - satu niat yang sangat murni dan harus diberi pujian.
"Saya tidak kisah berapa orang yang hadir kerana ini adalah untuk sesuatu yang baik," ujar Mawi ketika ditanya mengenai jumlah penonton yang sedikit memenuhi dewan yang besar itu.
"Saya sudah bersetuju untuk mengadakan persembahan hari ini dan saya sudah melunaskan janji saya," tegas pemuda yang berusia 26 tahun itu lagi.
Mawi tetap bertenaga walaupun sakit
Konsert yang bermula pada jam 9 malam itu dimulakan dengan persembahan bekas pelajar AF2, Eliza menerusi single pertamanya 'Mari Berpesta' yang diiringi para penari.

Mawi bersama Datuk Khalid Yunus (Foto The Star oleh TK Lim)

Irama rancak dari single pertamanya itu kemudian berubah apabila Eliza menyanyikan sebuah lagu lama, 'Tunggu Sekejap' dengan baik sekali.
Selain daripada Eliza, bekas pelajar AF4, Nora  turut ditampilkan dengan beberapa buah lagu 'Sayang Disayang', 'Malam Pesta Muda Mudi' dan 'Asmara'.
Tepat pada jam 10 malam, Mawi muncul dengan bertenaga sekali menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh sifunya M.Nasir iaitu, 'Mentera Semerah Padi' untuk memanaskan mood peminat-peminatnya yang hadir pada malam tersebut.
Walaupun Mawi tidak berapa sihat kerana selsema akibat hujan sewaktu majlis doa selamat di  Johor, Mawi tetap profesional untuk melunaskan tugasnya demi peminat-peminatnya yang hadir dan juga menyokong pendaki-pendaki negara ke Gunung Everest.
Sejurus sahaja selepas beramah mesra bersama-sama peminat, Mawi menjemput Nora untuk berduet bersamanya menerusi lagu evergreen, 'Sandarkan Pada Kenangan'.
Majlis itu melabuh tirainya dengan persembahan bertenaga menerusi lagu 'Kian' daripada Mawi yang turut melihat ratusan peminat yang hadir menyanyi bersama-samanya.
Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut diselit dengan cabutan bertuah untuk pembeli-pembeli tiket yang hadir.
Konsert yang diadakan pada malam itu bertujuan untuk meraikan pemergian  pendaki-pendaki Malaysia serta mengumpul dana untuk membiayai kos logistik mereka ke Gunung Everest  pada 25 Mac nanti.
Ramai juga VIP yang hadir menyaksikan konsert tersebut seperti Dato Haji Khalid Yunus, Idris Said, Ahmad Reduan Rozali, Muhamad Fauzan Haji Hassan, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad dan Mohd Rafi Kori.
Ekspedisi keempat rakyat Malaysia ke gunung tertinggi di dunia ini dijangka akan berakhir pada 1 Jun nanti.  


[ Last edited by  kekekek at 20-3-2007 11:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2007 11:01 PM | Show all posts
Salah satu lagu yg disampaikan

Sandarkan Pada Kenangan - Mawi and Nora AF4---> http://www.youtube.com/watch?v=YaKtK0bChrQ

enjoy...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 11:02 PM | Show all posts
Apsal ramai sangat reputz cakap Mawi Juara AF4...? :stp:
Bukan sorang dua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 11:11 PM | Show all posts

Reply #48 kekekek's post

ye la ... dah byk kali
lupa kot sape juara AF4
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 09:33 AM | Show all posts
baca kat mfc cam meriah jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.992568 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list