|
ak rasa ank si yusop tu xkemana la....sbb ak rasa dia tu syok sndiri sgt la
aku rasa la...dia mcm syok sndiri
pas2 blaja pun xhabis..dia blaja kat tv3 kan? bidang apa ntah..bukan directing la
patutnya kalau mmg cita2 nk jadi director..guna la duit bapak dia yg kaya raya tu blaja kat skolah filem yg femes2..kat new york ke..paling koman ASK..tapi x
patutnya dia tahu2 sndiri la..nk jadi director bkan stakat tahu 1,2 camera angle ataupn cara nk mengrah org
bnyk lagi tech stuff kena tahu supaya filem tu berkualiti..ishh ntah ke mana la mamat ni
ak ingt org kaya semua moden2..dpt enjoy mcm2 xmcam org xkaya..patutnya kepala tu kasi bukak la kalau dah rasa semua kseronokan kat dunia ni..duit ada kalau nk beli apa2..ntah apa maslah nya..ciss...nyampeh :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ak rasa poster cite ni kna dibaiki la...nmpk cam buatan amatur je
ak rasa cite ni mesti best..pierre n fasha dua2 mmg ak minat sgt..tapi sbnrnya ak lebih menghrpkan si farid kamil yg pegang watak kogi tu..coz i like him too n rasa dah lama dia xkuar pilem..haha
takpe2 pierre pun ok..ada hikmah la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by smurfet at 10-4-2007 01:38 PM
tamparan wanita.... penampor bugis... dan segala tampar yang sewaktu dengannya. especially untuk Prof Razak. btw, mana datang title prof tu kalau mengarah cerita yang aku nak muntah, tapi ta ...
prof madya ni layak dpanggil 'doc' bkan proffsor
lagpun kalau dia dpt tittle tu pun..ia dsebabkan teori dan teori sahja tidak cukup
serata dunia,kbnykan director xada degree dlm bidang ni (slalu sbb maslh ekonomi) tp mereka berbakat dan kerja keras
sanggup buat kerja rendah2 asalkan ddk bawh director yg bagus semata2 nk blaja..pastu direct filem indie n menang anugerah
slalu nya mcm tu la pengrh bergerak..(mcm pngrh saw) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 dewiratna's post
itu teaser poster saja, utk launch filem...
poster betul nanti mestilah diorang gunting gambar2 muka pelakon 5, 6 keping dan tampal kat mana2 yg patut. gambar kepala fasha dan pierre pastilah yg lebih besar berbanding pelakon lain pada poster. dah faham sgt dah template dia. |
|
|
|
|
|
|
Baby_LasVegas This user has been deleted
|
Reply #41 khys's post
bule..apa salahnyer... |
|
|
|
|
|
|
|
ooww.... pleaseeeeeeeeeee..... fasha??? not again!!!! dia ni tiap kali keluar movie baru dia, tiap kali tu jugak kuar gossip dia dgn pelakon or pengarah yg terlibat dlm tiap movie dia. publisiti murahan tul!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku bc aritu kat mana ntah..cite ni inspirasi ala2 cm cite korea. mcm awek ganas2, bf plak cm lembik2 hopeless (mcm My Sassy Girl, Windstruck mcm tu). Ade skali aku terbukak page gambo friendster si pierre ni ade gambo My Sassy Girl. tu agaknye die wat movie cmtu kot..
tp... kenapa lah Fasha..?? sah2 aku pinjam vcd kawan aku je kang kalo aku nk tgk cite neh |
|
|
|
|
|
|
|
Pierre impi 'box-office' untuk 9 September
05-06-2007 01:17:57 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
SETELAH melihat kejayaan yang diperoleh menerusi filem Jangan Pandang Belakang yang berjaya mencatat kutipan filem paling box-office di Malaysia, Pierre Andre yang merupakan penulis skrip filem seram tersebut turut mengharapkan agar kejayaan yang sama dapat diulangi pada filem pertama arahannya pula, 9 September.
Impian yang sungguh besar untuk seorang pengarah muda yang dilihat masih 'mentah' dan belum mempunyai pengalaman yang secukupnya di dalam industri perfileman, namun bagi jejaka berusia 22 tahun ini, itu tidak menjadi satu halangan untuk dirinya menanam harapan setinggi itu.
"Saya akui, setelah lihat kejayaan JPB, saya jadi ghairah untuk jadikan 9 September box-office juga. Tetapi, saya sedar saya masih baru dan banyak perkara yang saya perlu pelajari.
Selain bertindak sebagai pengarah dan juga penulis skrip, 9 September juga menyaksikan Pierre sebagai pelakon utama filem itu sendiri (Foto Metrowealth)
"Saya sudah bersedia untuk sebarang kritikan terhadap filem pertama arahan saya ini sebab saya memang perlukannya untuk saya ketahui sendiri di mana tahap saya berada sekarang," ujar Pierre ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena tamatnya penggambaran filem bercorak romantik komedi itu.
Selain bertindak sebagai pengarah dan juga penulis skrip, 9 September juga menyaksikan Pierre sebagai pelakon utama filem itu sendiri, bergandingan bersama Fasha Sandha.
Mengulas lanjut tentang pengalamannya buat pertama kali sebagai pengarah filem, anak kepada pelakon Khatijah Tan ini berkata, dia tidak mengalami masalah yang besar ketika mengendalikan filem yang menelan belanja kira-kira RM1.2 juta ini.
Malah, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth David Teo itu kepadanya telah digunakan oleh Pierre sebaik mungkin untuk mendalami dengan lebih lagi tentang selok-belok di dalam ini.
9 September saksikan gandingan Pierre dan Fasha buat pertama kalinya (Foto Metrowealth)
"Saya sangat puas hati dengan filem ini. Ini adalah skrip saya dan sebagai pengarah, saya sudah pun tentukan shot yang bagaimana saya perlukan kepada penolong pengarah. Jadi, ketika di lokasi saya boleh beri perhatian yang lebih kepada lakonan saya.
"Saya berterima kasih juga kepada Ahmad Idham selaku penasihat produksi ini kerana dia banyak beri tunjuk ajar apa yang perlu seorang pengarah lakukan. Tetapi, apa yang saya kagumi cara Idham, dia tidak langsung kacau cara kerja saya.
"Dia hanya beri nasihat dan terpulang kepada saya untuk ikut cara dia atau cara saya sendiri.
Tetapi, terus-terang saya katakan, kebanyakannya saya banyak ikut cara dia memandangkan dia lebih berpengalaman," kata Pierre yang mula berjinak-jinak dengan pembikinan filem pendek sejak berusia 14 tahun lagi.
Bercerita tentang skrip yang dihasilkannya ini, Pierre berkata, 9 September adalah sebuah jalan cerita yang ringan tetapi masih mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik perhatian penonton.
"Ini adalah skrip yang sudah lama saya simpan. Malah, skrip ini siapkan sebelum saya buat untuk Jangan Pandang Belakang lagi.
"Pada mulanya, tajuk skrip ini ialah September Akhir, tetapi setelah perbincangan dibuat dengan David Teo, kita putuskan untuk tukar kepada 9 September. Tentang pemilihan tajuk 9 September itu, kenalah tonton sendiri nanti kerana pada tarikh tersebut, ada sesuatu yang akan berlaku di dalam filem tersebut," ujarnya tersenyum.
9 September mengisahkan bagaimana Nia (lakonan Fasha), perempuan yang berpewatakan kasar dan ganas ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak itu, dia menyimpan dendam terhadap lelaki.
Mangsanya adalah Kogi (Pierre), seorang lelaki yang baik dan jujur yang sering dibuli oleh Nia. Lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik di dalam diri masing-masing sehinggalah kekasih lama Nia kembali ke pangkuannya.
Menurut Pierre lagi, dia yakin genre romantik komedi ini mampu menarik perhatian ramai untuk menyaksikan filem tersebut yang dijangka bakal ditayangkan pada Hari Raya nanti.
"Filem ini mudah difahami kerana ia adalah single-plot. Hanya satu jalan cerita dan saya hanya kembangkan cerita ini mengikut cara saya sendiri. Saya sendiri turut ambil risiko untuk berlakon komedi kali ini
"Saya juga percaya, Fasha ada pengikutnya tersendiri dan dalam filem ini, saya lihat dia berjaya bawakan wataknya dengan baik. Memang senang bekerja dengan dia," kata Pierre.
Hak Cipta 2005-2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 aramella's post
setuju setuju setuju...ape dah..name org pun jadi isu ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
CITE NIH POSTER DA KUAR KAN.. TADI AKU NAMPAK MASE NK NGOK MUVI...
[ Last edited by shanew3stgalz at 14-6-2007 08:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uwweekkk... nak muntah dgn dua ekor nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 blue_april's post
TANX...
KLAKO LEW AKU NGOK SI FASHA.. LARI DR DIRI DIE YG KUNUN 'LEMBUT'.. AHAKSS... RS2 NIH LE KARAKTER DIE YG SBENORNYE KOT..
CAM MY SASSY GIRL LAK |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..nampak mcm best
cant wait
trailer dia cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|