CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: baina

seni dalam pendidikan

[Copy link]
Post time 16-7-2007 10:36 PM | Show all posts
Secara umumnya, SDP merangkumi bidang2 spt muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dsb.

Ia memberi penekanan kpd kandungan asas dlm bidang Seni Visual, Muzik & Pergerakan

irama dlm muzik
warna dlm seni visual
ruang dlm pergerakan

Kefahaman dlm konsep irama, warna & ruang boleh dicapai dlm aktiviti penerokaan, memperoleh pengalaman n ekspresi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 10:44 PM | Show all posts
Dlm tempoh 20 thn kebelakang ini, ahli2 psikologi kognitif n ahli teori konstruktivisme yg mengkaji bagaimana manusia belajar... menetapkan bhw knk2 tidak memperolehi pengetahuan secara pasif.

Mereka membina (construct) pengetahuan secara aktif.

Pembelajaran secara aktif n interaksi sosial digalakkan dlm persekitaran yg selamat n kondusif.

Pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen n mengolah objek/ bahan.

Teori konstruktivisme berkait rapat dgn perkembangan pemikiran kreatif n keperluan utk melibatkan diri secara aktif.

Seni membolehkan anda meluahkan idea secara bebas n kreatif.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:54 PM | Show all posts

Kompetensi Dalam Seni Visual

Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Senilukis dan Senireka.  Ini termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni yang direka.  Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak, mencetak, mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku, membatik, membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua demensi dan tiga dimensi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:54 PM | Show all posts
Antara kegiatan dalam menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:54 PM | Show all posts
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:55 PM | Show all posts
Antara kegiatan dalam membuat corak dan rekaan ialah pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2007 10:55 PM | Show all posts
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:55 PM | Show all posts
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 10:58 PM | Show all posts

Kompetensi Dalam Seni Audio

Seni Audio berfokus kepada elemen pengetahuan dan kemahiran muzik dan nyanyian. Di samping itu, elemen nilai turut diterapkan sama ada secara eksplisit atau secara implisit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:58 PM | Show all posts
Elemen pengetahuan ini memberi tumpuan kepada kebolehan seseorang itu untuk  mengetahui dan memahami konsep muzik yang berasaskan komponen irama, melodi, dan ekspresi.  Manakala elemen kemahiran muzik  memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran seseorang dalam perkara mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan menulis muzik, menyanyi dan menghasilkan muzik instrumental.  Antara nilai yang diterap adalah seperti nilai murni, nilai budaya dan patriotisme.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:59 PM | Show all posts
Oleh kerana seni audio merupakan medium bagi meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi, bidang ini sangat berperanan dalam usaha membina kreativiti seseorang itu. Mereka yang melibatkan diri dengan cara mendengar, memerhati, melakukan, mencipta dan membuat refleksi sama ada secara individu atau berkumpulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:59 PM | Show all posts

Kompetensi Dalam Seni Pergerakan

Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama  dan  puisi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 11:00 PM | Show all posts
Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan.  Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi.  Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 11:01 PM | Show all posts
Dalam Seni Pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif berunsur budaya masyarakat Malaysia. Mereka mengenali dan bermain permainan tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 11:02 PM | Show all posts
The dramatic instinct, the desire to act
The artistic instinct, the desire to draw, paint and model
The musical instinct, the desire to dance and sing
The constructive instinct, the desire to make things

                                                       Dewey dan Holmes (1970)
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 11:03 PM | Show all posts
These aspects of education are aspects of one process, and
cannot be departmentalized without harm to one another.
          厖厖 a drama, the unfolding drama of creation and discovery,
a drama called growth, and it involved craft, design and
dance as necessary co-operative activities.

                                                        Herbert Read (1970:224)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 11:03 PM | Show all posts
揚erformance has been a way of appealing directly to a large public,
                 as well as shocking audiences into reassessing their own notions of
                 art and its relation to culture厖 The work may be presented solo
                 or with a group, with lighting, music or visuals made by the performance
                 artist him or herself, or in collaboration, and performed in places
                 ranging from an art gallery or museum to an 揳lternative space

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 11:28 PM | Show all posts
Kesedaran terhadap kepentingan  seni terutamanya seni tampak amatlah mengecewakan......

persekitaran yg tidak menyokong....menggagalkan misi Seni dalam Pendidikan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 09:00 AM | Show all posts

Reply #58 dododol's post

Harap para penulis, media, guru-guru n artis dpt lebih giat memberi kesedaran kpd masyarakat umum ttg kepentingan Seni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:49 AM | Show all posts

Utk information mengenai tajuk2 dlm SDP

Tajuk: Konsep dan latar belakang Seni dalam   
           Pendidikan

1.1 Konsep
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.156705 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list