|
Isu: Pencemaran Alam Sekitar - Raise Awareness To Save Environment -
[Copy link]
|
|
Reply #9 Dunhill.'s post
lol,
May be they are trying to fertilize the land to make it more productive, lol rotfl |
|
|
|
|
|
|
|
setiap kilang pengeluaran mestilah diwajibkan memiliki sistem pengurusan sisa pepejal /air tersendiri..dengan mengasingkan sisa domestic, hazardous waste,waste water...apa yg kita lihat mereka xde sistem langsung..domestic+hazardou+ water pakai bantai je campur2 masuk landfill..depa ingat janji buang...dah la tak de kolam rawatan pakai buang je kat sungai...depa nak untung je...
hazardous waste kena hantar ke landfill yg sepatutnya ..begitu juga lain2 jenis waste...
tong sistem kitar semula pun aku x penah nampak kat taman aku...
kalau tgk sisa yg terhasil dari klinik2..hospital.. sekolah2 yg melibatkan bahan kimia cthnya di sekolah2 ada pembantu makmal ni mempersoalkan tiada guidline oleh kementerian pelajaran yg perlu diikuti utk melupuskan bahan kimia yg expired@ telah digunakan...last2 buang (berbotol2 asid sulfurik/bahan kimia pepejal dll) dlm jamban..kalau byk sekolah buat cam tu?..waste water kumbahan berubah kpd lebih toksik...
sungai2/hutan2 sepatutnya dipantau oleh pihak berkenaan memastikan tida pencerobohan...kalau x cukup kakitangan tambah le, byk yg menganggur...@ kakitangan malas turun site?@ rasuah?
anjing2/burung gagak suka sampah jadi ikat@ tutup sampah anda elok2
bila sampah bertimbun..landfill dah penuh..tapak landfill baru susah nak cari.. ada cadangan buat inicerator...tapi byk bantahan..dioxin la.. pelepasan gas la...pencemaran udara bla2..
treatment waste water kumbahan ok lagi..cuma kolam pox taruk oksigen, filter dll...tetapi kalau water waste dah campur dgn sampah (leacathe)+hazardous waste water..susah nak rawat..arang + karbon bla2...byk oksigen nak bagi..kalaulah banjir besar spt haritu..banjit+waste water +sampah + bla2 mendatangkan penyakit..
aku fikir isu pencemaran ni sampai kiamat pun x selesai jua...selagi manusia buat sampah dan membuang sampah ke tempat x sepatutnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Minah Komando's post
aku stuju! aku org perak, ada 2 je sgai utama kat perak, 1.sg perak n 2. sg kinta. lokasinya mak oii jauhnya dari selangor,,,,tak caya cuba tnya org tg.malim or bagan datoh.... tu area2 sempadan perak-sgor.. |
|
|
|
|
|
|
|
IWK penyebab utama pencemaran sungai di Selangor
Oleh: ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 31 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling tak tahan pencemaran udara----->asap rokok!
rase nak ter tiap kali terbau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 embunpagi2309's post
sama la dengan saya -
kita yang dekat dengan perokok tu
pun lagi teruk kena tempias dia -
dengan baju yang berbau -- not to mention
the air is filthy - |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by dexa at 1-4-2007 06:00 AM
IWK penyebab utama pencemaran sungai di Selangor
Oleh: ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 31 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
Isu krisis alam ni disebabkan krisis manusia... macam buat pun tak jalan sebab ada manusia mementingkan diri dan pengotor... kena berbalik kepada agama juga kalau nak isu ni selesai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 ct_og's post
setuju tu --
tu tanggungjawab bersama --
memang ada company yang memang bersalah
macam gardenia tu --
or even iwk --
but on top of that - individual juga -- perlu
ada responsibilities untuk menjaga kebersihan alam sekitar
dan jangan mencemarkan sungai, udara, bunyi (dengan tekan
honk yang kuat kuat sampai bingit telinga - or construction workers
yang bekerja tengah malam buta orang tak leh tidur dengar
bunyi tractor) etc - |
|
|
|
|
|
|
|
Khir Toyo: Selangor giat bersihkan kawasan hilir sungai
31-03-2007
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan sungai di negeri ini bagi mempertingkatkan kualiti kebersihan sungai yang terjejas akibat pencemaran, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata kerja-kerja pembersihan akan ditumpukan di hulu sungai yang menjadi pintu masuk air sungai ke loji rawatan air kerana ia akan dapat membersihkan sepenuhnya sungai yang didapati tercemar.
"Untuk pulihkan sungai bukan sehari saja...perlukan masa lama tetapi kerajaan negeri berusaha keras ke arah itu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pencemaran sungai yang sebelum ini mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan setiap kerajaan negeri mengambil langkah tegas mengatasi masalah itu supaya tidak menjejaskan sumber bekalan air bersih kepada rakyat.
Dr Mohamad Khir yang turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap punca pencemaran yang menjejaskan sumber air di negeri ini, berkata punca utama pencemaran sungai adalah syarikat Indah Water Konsortium (IWK) dan kedua pembangunan serta kilang industri.
"Sebab itu kalau kita nak kurangkan (pencemaran) kita harapkan kementerian berkaitan lihat semula penswastaan IWK ini yang saya lihat gagal dan perlu ditangani dengan segera," katanya.
Beliau berkata untuk mengurangkan pencemaran sungai akibat pembangunan pula kerajaan negeri telah mewajibkan setiap kawasan pembangunan menyediakan kolam takungan.
"Sebab itu sekarang ini kalau tak buat kolam kita kena denda mereka," katanya.
-----------------------------------------------------------------------
baguslah kalau mb selangor ambil initiative ini
but then pencemaran tu - bukan sungai di selangor aje -
sungai perak, pahang, kelantan dan banyak lagi
di malaysia ni- pun patut diambil kira dan dibersihkan
juga ---- so, harap kerajaan negeri lain juga ambil
panduan tu -- |
|
|
|
|
|
|
|
IWK penyebab utama pencemaran
IWK penyebab utama pencemaran sungai di SelangorOleh: ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 31 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: harap berlaku seperti yang dirancang... |
|
|
|
|
|
|
|
ye la pikir..
mula2 negeri sebelah2..
pastu IWK
pasni apa plakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini nak melepaskan diri lah ni tak habis2 nak tuduh pihak lain yang bertanggungjawab pasal kes banjir
PBT & kerajaan negeri yang patut di persalahkan kerana perancangan yang tak betul, sikap tak bertanggungjawab pihak yang berkenaan yang bersikap lepas tangan serta karenah birokrasi yang menjengkelkan sampai mengakibatkan banjir & bukan menunding jari ke pihak lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 2 isu disini yg saya nampak;
1. penswastaan IWK gagal - benarkah?
2. Penguatkuasaan undang2 gagal - IWK tak didakwa wpn ada bukti kukuh mencemarkan sungai. Mengapa?
:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Selangor cabul hutan simpan
Penduduk bantah kerajaan Selangor cabul, teroka hutan simpan
Intan Abdullah
Tue | Apr 03, 07 | 01:23:05 PM
KOTA DAMANSARA, 3 April (Hrkh) - Penduduk di sekitar kawasan pembinaan tanah perkuburan semalam membantah langkah pemusnahan kawasan hutan di Seksyen 8 dan 9 Taman Rimba Riang, Kota Damansara kerana dibimbangi ia akan mengancam pelbagai spesis flora dan fauna yang hampir pupus.
Jurucakap persatuan penduduk, Noor Lelawati Khalid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily petang semalam memberitahu, para penduduk mempertikaikan aktiviti menggondolkan bukit yang dijalankan oleh kontraktor untuk pembinaan tanah perkuburan yang tidak digazetkan di situ.
Dakwanya berdasarkan maklumat yang disahkan oleh Adun Petaling, Dato' Mokhtar Dahlan kelmarin dalam satu pertemuan bersama penduduk kawasan bukit di situ tidak digazetkan untuk tanah perkuburan.
Kata Noor Lelawati lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Adun semalam, tanah perkuburan ini akan digunakan oleh seluruh penduduk sekitar Damansara dan Daerah Petaling.
Beliau berkata Daerah Petaling merupakan daerah yang besar dan ia telah mempunyai tanah yang telah digazetkan untuk dijadikan tanah perkuburan tapi dikatakan tidak sesuai untuk dibuat tanah perkuburan kerana ia berbatu.
"Dengan teknologi canggih yang dimiliki negara kini, kami yakin tiada masalah untuk pecahkan tanah berbatu untuk menjadikannya tanah perkuburan iaitu di tepi jalan NKVE (gazetted)," jelas beliau.
Beliau turut menyuarakan bahawa masih banyak lagi tapak tanah lain yang sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan tetapi ia bukan sepatutnya tanah hutan untuk tujuan yang baik ini, dan mereka tidak membantah pembinaan kawasan perkuburan itu melainkan untuk menyimpan hutan tersebut sebagai khazanah alam untuk kebaikan anak cucu mereka di masa akan datang.
Dalam pada itu, beliau juga mempertikaikan 'banner' yang terdapat di hadapan tapak penarahan yang sedang dikerjakan terdapat banner yang berbunyi 'setelah 10 tahun...', menurutnya mengapakah mengambil masa sehingga 10 tahun barulah mereka bertindak untuk menyediakan sebuah tapak perkuburan?
Selain itu, turut menimbulkan persoalan adalah mengenai bendera Umno yang terpacak pada sisi kiri dan kanan 'banner' tersebut yang direntangkan di hadapan pagar yang menghadang jalan keluar masuk lori yang menjalankan penggondolan bukit itu.
Menurut beliau sejak tahun 1998, mereka telah mula membela tanah hutan ini,dan ini bukan kali pertama mereka berusaha meneruskan hasrat untuk memusnahkan hutan malah ia merupakan kali keempat.
Sebelum ini para penduduk telah mengemukakan pertanyaan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), tetapi mereka hanya mendiamkan diri pada awal bulan Januari yang lalu.
"Mereka jawab kepada pengerusi persatuan penduduk secara lisan tentang hal yang lain, tetapi mengenai persoalan tentang kubur itu mereka tidak memberi apa-apa respon," jelas beliau.
Penduduk juga dimaklumkan Adun semalam, bahawa di peringkat permulaan mereka ambil tanah itu untuk dijadikan tanah perkuburan, kemudian mereka mempunyai perancangan untuk membuat taman-taman yang tertentu di atas.
"Sebelum ini kerajaan negeri memiliki tanah hutan kira-kira 3000 lebih hektar, kemudian ia telah menjadi 1000 hektar lebih, dan kini ia telah tinggal 400 hektar pun mereka ingin ambil lagi...jadi apa yang tinggal?" persoal Noor Lelawati.
"Kerajaan negeri memiliki tanah hutan kira-kira 400 hektar, yang di peringkat permulaan digazetkan untuk dijadikan tanah tinggi, jadi sekarang mereka mahu ambil semuanya," tambah beliau dengan panjang lebar.
Beliau menjelaskan bahawa kesan aktiviti ini kepada alam sekitar dalam jangka masa akan datang ialah peningkatan suhu dan yang terkini ialah banjir, seperti yang sedang berlaku sekarang di seksyen 6, Kota Damansara.
"Kita akan mengalami banjir kilat, dan kami tidak mahu menerima nasib yang sama dengan penduduk di Shah Alam yang mengalami banjir selama dua hari selepas hujan lebat selama empat jam, akibat pemusnahan ekosistem yang semakin berleluasa," katanya tegas.
Tambah beliau sebagai rakyat malaysia, mereka prihatin akan perkara ini kerana ini merupakan isu nasional bukan hanya isu masyarakat setempat.
Sementara itu seorang penduduk, J. Ponudurai, kerajaan negeri memulakan projek dengan membina kawasan perkuburan untuk membentuk sentimen Melayu yang kuat, supaya penduduk Melayu Islam tidak menghalang usaha dan rancangan yang mereka sedang lakukan, tetapi setelah itu, 'grand plan' mereka yang sebenarnya adalah untuk bina township, kompleks sukan, quaters MPPJ walhal tapak asal untuk pembinaan semua perancangan itu adalah hutan simpan.
Manakala Noor Lelawati menambah, para penduduk juga tidak berpuas hati setelah dimaklumkan bahawa mereka tidak mendapat makluman awal tentang projek ini walaupun Adun mengatakan bahawa mereka telah mengumumkan di semua surau-surau kawasan yang terbabit.
Malah dalam akhbar Malay Mail baru-baru ini Dato' Mokhtar ada berkata bahawa mereka tidak perlu memaklumkan tentang pembinaan tanah perkuburan tersebut kepada penduduk bukan muslim.
"Ini tidak adil kepada mereka kerana mereka juga adalah penduduk yang menghuni kawasan tersebut dan berhak untuk mengetahui apa yang berlaku, kira-kira 104 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, sebilangan besar lagi yang tinggal di kawasan sebelah belakang bukit yang ditarah sekarang tidak menyedari akan keadaan yang berlaku, bukan tak mahu tanah perkuburan, tetapi kami tak mahu mereka memusnahkan keseluruhan kawasan tanah perkuburan,"jelasnya. - mks. |
|
|
|
|
|
|
|
...apa bendera ameno buat di tempat kejadian???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freebird at 3-4-2007 09:02 PM
...apa bendera ameno ...
mungkin umno pun turut membantah. |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO tak nak tubuhkan badan bertindak ka?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|