CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: timeoutzone

ISRAEL : Update; senjata baru Israel

[Copy link]
Post time 14-3-2008 03:45 AM | Show all posts
Originally posted by gilermakeup at 11-9-2007 09:57 PM
Hey..

1. You pun bukan bagus because u suka kutuk orang..Agama you ajar ke you kutuk2 agama orang lain? If you blame muslim because some of them tak ikut ajaran islam yang sebenar, means i pun ...


hahaha betui tuh..
gila la mamat tuh pepandai jer salahkan org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 06:00 PM | Show all posts

Reply #40 gilermakeup's post

hye abatar gilermakeup.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 04:50 AM | Show all posts

yahudi rai 60 tahun kemerdekaan!!

Yahudi rai kegembiraan takluk Baitulmaqdis

PERCIKAN bunga api sempena sambutan pembentukan
Israel jelas kelihatan dari arah kompleks Masjid Al-Aqsa
di Baitulmaqdis semalam.

BAITULMAQDIS - Israel meraikan ulang tahun ke-60 kemerdekaan semalam dengan percikan bunga api, perarakan tentera dan perasaan bangga oleh seluruh rakyat negara berkenaan.

Bagaimanapun, masa depan negara Yahudi tersebut masih samar serta diselubungi oleh keraguan berhubung prospek perjanjian damai dengan Palestin.

Rakyat Israel mengambil kesempatan cuti umum untuk berkelah di belakang rumah dan taman-taman awam sambil menyaksikan pertunjukkan udara.

Selepas enam dekad Israel kini menghadapi krisis identiti dan juga masih dihantui oleh ancaman dari luar.

Keadaan itu berpunca daripada negara Yahudi itu sendiri yang ditubuhkan dengan merampas tanah-tanah Arab Palestin sekali gus terus mendapat kutukan antarabangsa.

"Hari kemerdekaan ini adalah perayaan bagi sesuatu yang mustahil dicapai," kata seorang penulis di Israel, Yossi Klein Halevi.

Di Tebing Barat dan Gaza, penduduk Palestin menganjurkan bantahan untuk mengingatkan dunia terhadap malapetaka 1948 yang menyaksikan kekejaman rejim Zionis menyebabkan lebih 4.5 rakyat Palestin menjadi pelarian. - AP



kejam zionis ni... aku harap kita sumer doakan agar org2 palestin selamat dari kekejaman zionis nih!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 07:46 PM | Show all posts
Aku harap org Palestin dpt tanah air mereka..jd kerajaan berdaulat...beranak byk2 pastu undi keluar parti zionist .samala cam tumpas apartheid di south africa.

aku ada rasa kagum jugak dgn israel...nak kene rogol 6 negara arab beberapa kali..tetap menang..skang dah hi tech...Intel Centrino dan Core 2 Duo sampai dihasilkan di Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 08:55 AM | Show all posts

senjata baru israel!!

Senjata baru Israel

ASKAR-ASKAR Israel melepaskan tembakan cecair busuk ke arah penunjuk
perasaan di Bilin, Tebing Barat pada Jumaat lalu.

TEBING BARAT - Tentera Israel kini menggunakan sejenis cecair yang berbau busuk bagi menggantikan penggunaan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan oleh penduduk Palestin.

Cecair itu yang dikenali sebagai skunk oleh pihak polis Israel pertama kali digunakan untuk menyuraikan satu tunjuk perasaan perkampungan Bilin, Tebing Barat pada awal bulan ini.

Sebuah lori yang membawa meriam air menyemburkan cecair itu kepada berpuluh-puluh penduduk Palestin, aktivis dari luar negara serta dari Israel.
Senjata terbaru itu berjaya membuatkan kumpulan penunjuk perasaan itu melarikan diri dan mereka juga membuka baju kerana tidak tahan dengan bau yang busuk.

Pihak polis Israel berkata, senjata terbaru itu lebih berkesan untuk menyuraikan tunjuk perasaan daripada penggunaan gas pemedih mata atau peluru getah yang boleh membunuh.

"Ia merupakan satu perubahan taktik ketika mahu mengawal sekumpulan orang dan menyuraikan tunjuk perasaan dan keganasan," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld. - AFP





siyesly aku cakap  zionist ni memang moron!! :@  tak habis2 nak menyeksa puak palestine walhal depa yg patutnya merempat tarak negara.... dasar bangsa yg kejam dan dilaknat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 09:01 AM | Show all posts
kat mesia air busuk ni byk stok............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2008 09:42 AM | Show all posts
tutup je idung.. setellll
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 10:03 AM | Show all posts
huhuhu.... mcm best jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2008 10:12 AM | Show all posts
ler setakat air busuk buat aper   mau dier letak air najis babi :@
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by pengayau at 20-8-2008 10:12 AM
ler setakat air busuk buat aper   mau dier letak air najis babi :@



mmg campur air najis babi ler tu.... tu yang busuk nak mampush tu.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 07:25 AM | Show all posts
PM Israel serah surat letak jawatan

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijangka meletak jawatannya hari ini selepas Menteri Luar, Tzipi Livni dipilih menerajui Parti Kadima, kata seorang jurucakap semalam.


Beliau yang diselubungi pelbagai skandal tidak mempertahankan jawatannya.

Olmert berhasrat untuk mengumumkan keputusannya pada mesyuarat kabinet mingguan sebelum menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden Shimon Peres.

Beliau akan terus memegang jawatan tersebut sehingga kerajaan baru dibentuk yang mungkin mengambil masa sehingga berminggu-minggu. – AFP


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


well - dengarnya perempuan pula yang akan jadi PM israel ni
no matter whom, negara Zionist ni patut ditentang habis habisan

*mod zed boleh update topic - ada saya pm kan -
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 08:30 PM | Show all posts
PM Israel letak jawatan
21/09/2008


BAITULMAQDIS 21 Sept. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini, namun ketidakpastian politik yang menyelubungi Israel mungkin terus berlanjutan selama beberapa bulan.

Keadaan ini mengancam rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dilancarkan semula November lalu bertujuan menamatkan konflik selama berdekad-dekad di wilayah itu, pada awal tahun depan.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Olmert menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah “sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik.”

Tidak dipastikan bila Olmert akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Shimon Peres, namun selepas berbuat demikian beliau akan menjadi pemangku Perdana Menteri sehingga kerajaan baru dibentuk atau pilihan raya umum diadakan. - Agensi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


mod zed - update nanti ye -
thanks -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.447710 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list