CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unnamed

7 Things You Should Know About A True Johorean

[Copy link]
Post time 9-5-2005 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by nyunyiE at 03/01/2005 12:59:



hehehehe..... pkataan sangap nih, bagi kite maksudnye menguap....pada memembe haku kat perak nih, derang punye maksud sangap tuh lain.... (gersang).......................

cthnye, aritu hak ...

ooOO..baru arini aku taw sangap tu ade makne lainn...jauh no peginya yekk...bahye2....:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2005 04:03 PM | Show all posts
^^^^

tu lah pasal... skrang nih kalu cakap kene bjage2.. takot membawe kpd maksud yang laen... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 04:06 PM | Show all posts
Ekekekeekekee...

Sakit perut aku baca ape yg korang tulis... Semua tu mmg betul. Masa memula dtg KL dulu, aku pakai "taram (hentam)'" jer bahasa johor. Kalau member tak paham.. lantak korang lah.. pandai2lah nak memahamkan...

Ramai jugak yg kata org Johor jenis peramah and kuat melawak... ntahlah mmg dah nature mcm tu, nak buat cam mana ekk?

Pasal stesen TV tu.. hehehee... mana penah nak tgk TV malaysia. Singapore sajer... Yg paling aku ingat masa kecik2 dulu chiter "Aksi Mat Yoyo"... Ape nama main character tu ekk? Cheh, tak ingatlah...

Satu lagi.. esp kalau oghang muor lah... banyak guna "ng" kat awal perkataan. Cthnyer..
1) "Nak ngantor budak gi sekolah." ngantor = hantar
2) "Tolong nengok-nengok kan ayam itik aku." nengok = tengok
3) "Malas aku nak nguasakan tanah tu.." nguasakan = kuasakan = kerjakan

Betul tak korang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 09:59 AM | Show all posts
aku baca apa yang kat sini aku gelak sensorang.....:lol
sorang-sorang atau sensorang..?:stp: merujuk pada seorang diri...

"ko kalo malas blaja..mak 'kenen' kan ko dgn anak Pak Mat tuuu..."
mak aku suka cakap macam tu..:lol masa aku belasan tahun dulu.

kenen=jodohkan...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by prebetsapuharam at 2005-4-19 03:18 PM:
best best...mmg best...aku dah lupa gula tarik tuh....siot
aku dulu panggil karipap = tepung bawang..
korang tau berlengas tak?

aku duduk kl sejak tahun 1987...sellau kena kutuk pasal isu bah ...



mase aku sekolah rendah kat muo dulu slalu gak makan gula tarik nih..
skang ni cam dah pupus je gula tarik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by prebetsapuharam at 2005-4-29 08:20 AM:
jalan pengkor org johor sebut ker?korang tau ker?rase kecik2 member aku semua sebut nih..(selalu kalau tayar basikal bengkok..diaorang sebut pengkor nih)

mata mat jarah @ mak jarah??ape maksud dia?



mak jarah tu atok aku....
hahahha..
nama dia jaharah..
orang kampung panggil mak jarah @ usu jarah

lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2005 11:22 AM | Show all posts
satu lagi perkataan orang johor yang aku ingat dan buat aku ase tak bleh blah ngan perkataan nih..

palang(bukan palang basikal tau) - maksudnya tak payah la.

contoh ayat :
palang le ko pegi sana tu..bukan ade apa pun
Reply

Use magic Report

puteri81 This user has been deleted
Post time 10-5-2005 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by budakcikangcute at 2005-5-10 11:22 AM:
satu lagi perkataan orang johor yang aku ingat dan buat aku ase tak bleh blah ngan perkataan nih..

palang(bukan palang basikal tau) - maksudnya tak paya ...



palang?! hehe...teringat aku ngan polong..:lol :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2005 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by budakcikangcute at 10-5-2005 11:22 AM:
satu lagi perkataan orang johor yang aku ingat dan buat aku ase tak bleh blah ngan perkataan nih..

palang(bukan palang basikal tau) - maksudnya tak paya ...


Kita ingat kita sorang jer gunakan perkataan "palang" tu!
Bila gunakan perkataan "palang" orang akan tanya semula kat kita, palang apa?:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by red_october at 03/01/2005 16:06:
Ekekekeekekee...

Sakit perut aku baca ape yg korang tulis... Semua tu mmg betul. Masa memula dtg KL dulu, aku pakai "taram (hentam)'" jer bahasa johor. Kalau member tak pa ...

betol2!! ko ngingatkan aku pd atok aku kat muor nun...slalu dengo ayat dia..

>>Ape name ngentamnye tueeeeeeeee?? hehehe...gindu atok aku siot!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by budakcikangcute at 10-5-2005 11:22 AM:
satu lagi perkataan orang johor yang aku ingat dan buat aku ase tak bleh blah ngan perkataan nih..

palang(bukan palang basikal tau) - maksudnya tak paya ...


Setuju, setuju sesangat. Palang tu mmg oghang johor je guna.  Pelik kalau oghang lain dengor..

Ade lagi nih... arwah tok aku selalu guna... GAMEN@GAMIN.
Hospital gamen, air gamen.. Gamen = Government = Kerajaan..

Org2 dulu nak sebut government tak berapa nak reti, tapi nak jugak cakap org putih.. Ekekekeekee
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2005 03:24 PM | Show all posts
Ni aku punya seposen worth.

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


Skang ni aku punya ekk dah hilang sebab asek kena tegur dengan kengkawan aku.
Rasa sayang pulak sebab itulah salah satu id orang Johor.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


Ni aku still guna.
Kalau nak balik Muo aku cakap nak balik Muo tapi kalau nak balik JB aku cakap nak balik Johor walaupun masa tu aku tinggal kat Terengganu dulu.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


No comment sebab memang betullah tu.


5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


Kalau tak pandai NGORAT macam mana nak ada ENDUT?


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok.... Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


Cerita tu aku tak tahu, yang aku tahu selain dari makanan yang aku suka kat atas tu, aku suka jugak makan MEE SIPUT.
Tak kiralah dengan sambal kacang atau GARAM LADA.


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

Sebab suka sangat makan telur pindang ni aku tengah belajo nak buat telur ni.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


Kengkadang aku tido atas LEMBEK.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


Haah.. siap pasang booster lagi nak bagi terang.
Dah naik GEMENG pala aku ni macam-macam lah korang ni.


Tapi orang Johor (the statelah) kalau latah, suka cakap OPOCOT atau OPOLOP.

Lagi satu kalau kerdil dipanggil KETOT (kaytot).

[ Last edited by pacey on 10-5-2005 at 03:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by pacey at 10-5-2005 03:24 PM:

yang aku tahu selain dari makanan yang aku suka kat atas tu, aku suka jugak makan MEE SIPUT.
Tak kiralah dengan sambal kacang atau GARAM LADA.

...


ni pun makanan peberet aku nih kalo balik Muo.. memang tak jumpa la kat tempat lain mee siput nih.. aku suka makan dgn sambal tumis.. last time ada jual kat tanjung, 50 sen.. sedap giler.. 1 lagi cara lepas goreng pecah2kan bagi kecik pas tu sira mcm sira kerepek ubi pedas.. nak lagi sedap + kacang tanah + ikan bilis.. terangkat!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by cluben at 27-4-2005 06:35 PM:
lama aku tak jenguk kat board ni

pasal arial tinggi tu kawan aku dak ganu yg tegur, dia kata napa org johor arial tinggi?

satu  gi org johor ni ckp terbalik.. (inipun aku perasan pasal kawan2 ...


Betul... betul.. aku dulu selalu gak cakap terbalik.
Sekarang ni dah tak ingat camana nak cakap terbalik lagi.

Yang aku ingat kalau cakap sangat cantik..
Selalu cakap cantik noo.. cantik benar.
Kena ejek dengan kengkawan.. cantik yeslah..

Cakap terbalik ni reminds me of YODA (Starwars character) punya style cakap.
Try you must.
Give up you must not.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by Airis at 11-5-2005 08:38 AM:


ni pun makanan peberet aku nih kalo balik Muo.. memang tak jumpa la kat tempat lain mee siput nih.. aku suka makan dgn sambal tumis.. last time ada jual kat tanjung, 50 sen.. sedap giler.. 1 la ...



Ko citer ni buat aku lapo lah...
Manalah nak cari mee siput kat sini.
Aku pun selalu tumbuk mee siput tu kecik-kecik, pastu ngap, sedap no..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by karynn at 26-4-2005 10:03 AM:
korang sebut roti canai ke roti prata?

ROTI PRATA!!

aritu mak aku dtg kl.. dia order kat mamak.. roti prata 5 keping..... mamak tu kompius sket... pastu baru dia kata 'oooohhh....'
hehhe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2005 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by pacey at 11-5-2005 10:26 AM:



Ko citer ni buat aku lapo lah...
Manalah nak cari mee siput kat sini.
Aku pun selalu tumbuk mee siput tu kecik-kecik, pastu ngap, sedap no..


memang ko takkan jumpa pacey, dah jenuh aku survey kat sini... kena balik Muo gak lah.. mee siput yg mentah tu pun takde, stok dia tak sampai sini la aku rasa.. utk pasaran johor je kot! kalo malas nak buat sendiri ko try carik kat Tanjung Emas.. kat tepi sungai tu dulu ada org naik moto jual..
Reply

Use magic Report

asrulrantau This user has been deleted
Post time 12-5-2005 10:29 AM | Show all posts

aku setuju ...dan gula2 tarik masih ada kat kg aku di benut...

Originally posted by cluben at 27-4-2005 06:35 PM:
lama aku tak jenguk kat board ni

pasal arial tinggi tu kawan aku dak ganu yg tegur, dia kata napa org johor arial tinggi?

satu  gi org johor ni ckp terbalik.. (inipun aku perasan pasal kawan2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2005 10:35 AM | Show all posts
Lagi satu kalau kerdil dipanggil KETOT (kaytot).

:nana::nana::nana:
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2005 04:56 PM | Show all posts
Satu lagi yang famous pasal Johor nie ialah Toll. :cak:

Kalau kahwin byk giler toll. Kat depan rumah ade toll, kat pintu rumah ade toll, kat pelamin ade toll, mak andam pun nak jugak toll.

Member yg non-johorean nie, bila dah nak kahwin and dapat lak orang johor... mesti tanya aku, "Eh kalau kat johor, kahwin ade toll kan? Toll tu mcm mana?"

Kalau nak buat dajal... cakap aje kena sediakan RM 10 utk setiap org, mahu bengkok pengantin lelaki kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.382383 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list