|
Reply #37 mclaren's post
Ini applicable utk satu nama ke 2 nama?
Macam kes aku, umah ni atas 2 nama.
So kalu MRTA setel, still the house not belong to me ka?
Have to sell the house and give haf to whoever necessary ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sarahmirza at 27-11-2007 12:11 PM 
Gue je ke yang tak letak nama suami sebagai penama dalam KWSP & Life Insurance? Rumahs & penama KWSP dia dah tukar ke nama gue tapi macam tak nak pulak tukar apa yang gue ada ke nama dia. Saving ...
gue pun tak letak nama suami sebg penama kwsp.tp nama gue ada dlm penama kwsp suami
kesian? tak payah lah kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sitisbp at 28-11-2007 01:14 PM 
Ini applicable utk satu nama ke 2 nama?
Macam kes aku, umah ni atas 2 nama.
So kalu MRTA setel, still the house not belong to me ka?
Have to sell the house and give haf to whoever necessary ka?
it depends on camne coverage MRTA tu, like covers both of you fully ke, and berapa % coverage, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cienoet at 28-11-2007 01:52 PM 
gue pun tak letak nama suami sebg penama kwsp.tp nama gue ada dlm penama kwsp suami
kesian? tak payah lah kesian...
penama tu bukannya dia yang akan warisi all the money bila pemegang akaun kwsp tu mati.
kalau macam tu, memang best.
tapi bila seseorang tu mati, penama kat akaun kwsp dia tu wajib melaksanakan tugas utk agihkan harta dia ikut hukum faraid bagi yang beragama islam.
so bila kita dinamakan as 'penama' in someone's EPF account, it means kita ni ada tanggung jawab besar utk dipikul, bukannya bermaksud kita ni akan dapat all of his or her money if dia mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mclaren at 28-11-2007 02:07 PM 
penama tu bukannya dia yang akan warisi all the money bila pemegang akaun kwsp tu mati.
kalau macam tu, memang best.
tapi bila seseorang tu mati, penama kat akaun kwsp dia tu wajib melaks ...
thats why kita nak tau ni
kita tak da anak lelaki
KWSP hubby under nama爇ita
If anything happens to hubby
I nak everything goes to my kids
FYI I am a homemaker
so kalau buat hibah
harta tu n lain2 harta jika ada
akan dpt kat sesapa yg hubby
hibahkan shj ke
Pls...sesapa yg arif
beri penjelasan...
how to do 'hibah'
sapa nak contact?
how much to pay? tq...
牋 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 whiteDhahlia's post
lipton, even if you have a son pun, bukan 100% of the harta will go to you & your children.
ada sikit akan dapat kat your husband's parents, kalau merekan hidup lagi.
cuma kalau parents husband dah tak ada, then baru lah semua dibahagi among you & children if you have a son.
cuba lipton guna faraid calculator yang saya pasted the link above tu... from there boleh tengok siapa yang dapat how much.
tu lah, so far, i heard EPF memang tak boleh hibah, sebab duit tu belum pun hak kita. also the reason why we are not obligated to keluarkan zakat from our EPF, atas alasan duit tu belum jadi hak kita yet.
kalau yang ada chance in laws akan berlaku tak adil later on, and EPF suami pulak now dah beratus ribu... tak tau lah camne... memang ramai menunggu habuan kalaulah suami kita dijemput allah before he reaches 55 yrs old.
else, kalau dia dah 55 yrs old, boleh lah dihibahkan siap2. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya lagi ni ya.. (maaf banyak tanya sbb baru nak set up life kat Msia pastu sellau pulak baca cerita2 kat sini abt hubby and wifey tak live happily ever after)..
Apa pendapat korang ttg joint acct suami isteri? my friend ada kata letak duit banyak2 dlm joint acct utk tujuan one of u emergency ke apa? Ie if spouse tiba2 meninggal dan u dont know their password kad dia simpan gaji dia, u akan susah sbb gaji dah tinggal satu je ( yelah nak ambil duit spouse tak tahu pword)... so monthly budget akan huru hara... At least if ada acct bersama yang masuk secara direct debit from gaji, u r still ok until dpt uruskan harta2 spouse yang lain ( utk tujuan anak2lah ni ya)
Satu lagi soalanku, kalau spouse mati dan dlm ASB dan bank2 acct dia yang lain ada duit berjuta2 lemon... kemanakah akan pergi duit2 tu... pastu saving spouse kita ni dikira harta sepencarian juga ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 mclaren's post
sorry....tak sempat nak bacalah....dok layan benda lain
OK nie ikut ilmu lapuk i dululah yea dgn pengalaman kawan2 yg ada ibu mertuaku cam kassim selamat...
MRTA nie hanya dtg dgn islamic loan...btok tak?...jadi apa2 pun properti yg korang beli kalo ada mrta nie..akan bebas drp membayar htg lepas ketiadaan sipembeli...
ke-2, kena gak paham cara akad membeli dlm islam.....bila akad diselesaikan dlm membeli, maknanya properti tu dah sah menjadi milik sipembeli w/pun dia blom habis membayar....yg jadi milik bank jika kita buat konvensional loan dgn mana2 bank yg bukan berteraskan islam....
ke-3, bila dah properti tu sah jadi milik sipembeli...ianya sah utk dihibahkan mengikut kemahuan sipembeli w/pun dia blom habis bayar dgn bank...(nak lagi paham, kena baca perbankan islam...cara utk melindungi pembeli)...
EPF nie, mengikut pengalaman kawan2lah yea...i pun tak terbuat lagi sampai sekarang....benefeciary boleh dinamakan atas sesapa saja, tapi dia cuma pemegang amanah...dan pembahagaian masih mengikut hukum faraid jika takde wasiat dan dihibahkan...wasiat nie kena dihibahkan(perlu diayar dlm rm yg tinggi gak)..baru sah wasiat tersebut...tapi pada mana2 pemegang amanah yg ada anak lelaki....pembahagian pd anak lelaki nie biasanya besar(tolong cek presentage...)jadi tak perlu risau sgt, cuma pemegang amanah kena tunggu sampai anak lelaki tu cukup umur lah...baru boleh keluarkan...
jadi tugas para siteri sekarang nie, pujuk suami buat wasiat dan hibahkan....satu proses yg panjang sebenarnya dan dapatkan maklumat drp mereka yg bertauliah dululah....
p/s..sesapa yg nak tambah dan nak btolkan amatlah digalakkan, i pun lama gak nak faham benda nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 mclaren's post
takde masalah...tu yg ramai sugar daddy beli rumah kat g/f dia...rumah atas nama g/f tapi loan sugar daddy yg bayar...kelasss gituk
err...cek balik ekk dgn yg arif...but i do have sumthing under my name, and hubby bayar...ok aje
[ Last edited by my-alja at 28-11-2007 08:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Teman letak je atas nama laki teman malas nak pk banyak..........harta dunia nantaklah kalau dah mati takkan nak bawak pulak...........kalau bercerai dia bagilah aper yg patut takkan dia nak tengok anak dan bekas bini hidup melarat..........tengok muka laki teman bukan jenis kejam punya org  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mata_bulat at 28-11-2007 07:46 AM 
Teman letak je atas nama laki teman malas nak pk banyak..........harta dunia nantaklah kalau dah mati takkan nak bawak pulak...........kalau bercerai dia bagilah aper yg patut takkan dia nak teng ...
sama kita, masa jadi laki bini, laki
me pun dah habis semua hutang hutang kereta apa jualah ..
cuma me tau insurance nyawa dia, nama me dan nama sepupu dia sebagai pewaris,
cam pencen tu pun nama me, dia kata kalau ajal dia
sampai dulu, apa dia ada semua me dapat...
dan cam mimie, andai kami berpisah sebab dia curang
atau benda yang menyakitkan hati.. me keluar @ angkut
anak anak aje... apa barang tinggal aje, lepas tu beli
baru semua, bill hantar kat dia, ok tak  |
|
|
|
|
|
|
|
baca dan hadamkan...heheheh
SOALAN YANG KERAP DITANYA ( FREQUENTLY ASKED QUESTIONS ) ISU DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.
Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.
Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.
Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.
Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.
Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.
Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI.
Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?
Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita percayai dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka
serta menjalankan arahan-arahan
lain di dalam dokumen wasiat. Di Wasiyyah Shoppe kami sentiasa mencadangkan agar AMANAH RAYA BERHAD dilantik sebagai wasi di dalam dokumen wasiat pelanggan kami.
Soalan : Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?
Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh kami sediakan di dalam masa 3 minit sahaja !
Soalan : Secepat itu ?
Jawapan
: Ya. Kerana di Wasiyyah Shoppe kami mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang kami panggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan kami menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !
Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?
Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan
di dalam dokumen wasiat.
Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.
Soalan : Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.
Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?
Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara otomatik , Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.
|
|
|
|
|
|
|
|
DOKUMEN PENGISYTIHARAN HIBAH.
Soalan : Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya mewariskan harta sekiranya dokumen wasiat itu boleh dicabar ?
Jawapan : Sebenarnya, instrumen terbaik untuk mewariskan harta ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan.
Soalan : Apakah maksud Hibah ?
Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.
Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?
Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.
Soalan : Jika saya sudah menghibahkan sesuatu harta kepada waris saya, bolehkan hibah itu ditarikbalik ?
Jawapan : Hibah yang boleh ditarikbalik hanya melibatkan hibah yang diberi oleh seorang ayah / ibu kepada anaknya atau datuk / nenek kepada cucunya. Selain daripada hubungan itu, hubungan di dalam bentuk yang lain tidak boleh ditarikbalik. Contohnya jika seorang suami menghibahkan rumah kepada isterinya, hibah itu tidak boleh ditarikbalik. Begitu juga dengan hibah yang diberikan oleh seorang ayah angkat kepada anak angkatnya, juga tidak boleh ditarikbalik.
Soalan : Jadi, Hibah ialah dokumen terbaik yang perlu disediakan sekiranya saya ingin mewariskan sesuatu harta itu kepada waris saya ?
Jawapan : Ya, kerana apabila telah cukup segala syarat dan rukunnya, dokumen hibah tidak boleh dicabar oleh waris-waris yang lain. Contohnya sekiranya seorang suami itu menghibahkan rumahnya kepada isterinya, selepas kematiannya, rumah tersebut akan menjadi milik mutlak isterinya tanpa boleh dituntut oleh waris suami yang lain.
Soalan : Apakah jenis harta yang boleh dihibahkan dan bolehkah rumah yang masih mempunyai tanggungan pinjaman institusi kewangan boleh dihibahkan ?
Jawapan : Secara prinsipnya, semua jenis harta yang merupakan MILIK SEMPURNA pemiliknya boleh dihibahkan. Antaranya ialah rumah, tanah, bangunan, akaun simpanan tetap dan sebagainya. Namun di Wasiyyah Shoppe setakat ini kami cuma menyediakan Hibah hartanah sahaja. Rumah yang masih mempunyai pinjaman bank boleh dihibahkan dengan syarat pinjaman tersebut mempunyai insuran / takaful MRTA ke atasnya. Ini kerana bagi rumah yang mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi aset tetapi jika rumah tersebut tidak mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi liability.
|
|
|
|
|
|
|
|
ISU AKAUN KWSP.
Soalan : KWSP pun perlu diagihkan kepada waris-waris yang lain ?
Jawapan : Ya. KWSP telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai harta pusaka bagi orang Islam. Ini bermakna, penama di dalam Akaun KWSP tersebut adalah bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah sahaja. Walaupun
pembayaran akan dibuat kepada mereka, wang tersebut perlu diagihkan semula kepada semua waris yang sah dan layak mengikut Hukum Faraid.
Soalan : Saya meletakkan isteri saya sebagai penama di dalam akaun KWSP saya dan selepas kematian saya, dia mendapat wang KWSP tersebut. Apa akan berlaku sekiranya dia enggan menyerahkan wang tersebut kepada waris-waris saya yang lain seperti ibu dan bapa saya ?
Jawapan : Secara prinsipnya, wang KWSP itu adalah harta pusaka tuan seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan isteri tuan mempunyai tanggungjawab untuk mengagihkan semula wang tersebut kepada waris-waris yang lain. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, maka waris-waris yang lain seperti ibu dan bapa tuan ada hak untuk menuntut bahagian mereka ke atas wang KWSP itu seperti bahagian yang diperuntukkan kepada mereka menurut Hukum Faraid.
|
|
|
|
|
|
|
|
perssoalannya sekarang....berapa byk harta kita boleh dihibahkan?... |
|
|
|
|
|
|
|
dah dapat jawapan....
kita boleh hibahkan ikut berapa yg kita suka...semuanya pun boleh, yg nie my fren buat nie... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ku bermimpi dapat harta....penangan thread nie agaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|