Originally posted by dwbh163 at 17-12-2007 09:32 AM
tak sangka Singapore pon ada raja sms.
aku rasa keputusan yg bergantung kpd jumlah sms lebih berdasarkan emosi.
kalo ikut bakat, pemenang sepatutnya Philippines atau Malaysia.
anyway aku pon a ...
Nak kata berdasarkan emosi tak jugak la. For me I voted for him coz it was the right thing to do, out of loyalty as a fellow Singaporean. And the good thing about a mandatory 2nd vote is you get to choose someone else who is as deserving. For me it was Jac of M'sia. It's quite straightforward if you ask me
Just to add in.. suara Hady kalo u all dgr betul2 .. mcm suara Zainal Abidin.He's the junior of Zainal Abidin & actually he deserves to win.. he's very unique!!.Congrats Hady.. we all will support you
Originally posted by SweetCandy at 18-12-2007 05:40 AM
Just to add in.. suara Hady kalo u all dgr betul2 .. mcm suara Zainal Abidin.He's the junior of Zainal Abidin & actually he deserves to win.. he's very unique!!.Congrats Hady.. we all will suppo ...
Dah dgr betol2. Tak pun!!!!
Tapi kalau suara dia Zainal, mungkin dia tu.... err....
KEINDAHAN HADY
Strategi Ken agar Idola S'pura menyerlah
Oleh
Haryani Ismail
DAYA tarikan seorang penghibur dan keupayaannya 'berhubung' dengan peminat melalui lagu-lagunya adalah faktor penyebab kejayaan Hady Mirza.
Tidak mengapa jika suaranya tidak semerdu, senyaring atau sehebat idola-idola lain yang mewarnai pentas Asian Idol hujung minggu lalu.
Berbanding 'jana kuasa suara' seperti Mau Marcelo dari Filipina, Jaclyn Victor dari Malaysia, Mike Mohede dari Indonesia dan Phuong Vy dari Vietnam, Hady Mirza tetap ada kelebihan.
Begitulah pengakuan bos Hady, Ken Lim, yang juga pengarah Hype Records dan pengadil Asian Idol. Beliau, ketika dihubungi Ekstra, jelas bangga dan gembira dengan pencapaian anak buahnya.
'Empat idola lain semua bertanding dan bersaing di pentas adu bakat. Masing-masing hendak membuktikan suara mereka lunak dan bertenaga. Payah untuk buat keputusan siapa lebih baik.
'Tetapi kalau anda melihat Hady, akan terbetik perasaan sedemikian di hati: Eh... dia ni tidak kelihatan seperti bertanding. Dia macam buat show-nya sendiri, seperti yang anda maklumi. Dia relaks, dia terhibur, dia tersenyum. Dia adalah dirinya sendiri.
'Bukankah dia lain daripada lain? Itulah daya tarikan Hady. Itulah juga strategi kami. Pada akhir pertandingan, betul tak kata saya?
'Hady berdiri teguh dan kelihatan seperti seorang pemenang,' ujar Ken dengan keceriaan yang jauh berbeza daripada komen 'pedas' tetapi bernas yang sering diutarakannya di kaca televisyen.
Adakah Ken sengaja memilih lagu rok U2, Beautiful Day, yang juga merupakan lagu pencetus kemenangan juara World Idol, Kurt Nilsen, tiga tahun lalu?
'Sebenarnya tidak. Saya hanya tahu itulah lagu yang didendangkan Idola Sedunia itu selepas mengirimkan penyertaan Hady!
'Hady memberitahu saya lagu nyanyian Kurt bertajuk Pride. Jadi, saya pun tak sangka. Nilah... si budak Hady! Kirakan, kami tersilap dan secara kebetulan, itulah lagu bertuah.
'Lagu santai-santai ini menceritakan tentang keseronokan meniti hari demi hari dengan seribu pengharapan,' ujar Ken.
Mengulas tentang pemilihan lagu ciptaan Taufik Batisah, Berserah, Ken tidak ragu-ragu memuji usaha Taufik.
'Lagu itu mempunyai melodi yang mudah dialunkan. Ia datang tulus daripada hati seorang warga Singapura.
'Terima kasih kepada Taufik kerana mencipta irama yang sungguh indah. Ia menambah daya tarikan Hady selaku penyampainya yang mampu menjiwai aura lagu itu dengan begitu baik,' kata Ken.
Adakah Ken terkesan dengan kata pengadil Malaysian Idol, Paul Moss? Mulanya, dikatanya Hady seakan terkapai-kapai menyanyikan lagu Berserah.
Hady kemudian disifatkan sebagai terlalu tampan untuk membawakan lagu rok atau kurang bertenaga mendendangkan Beautiful Day dengan baik.
Ken tertawa, lantas menambah: 'Tiada orang yang patut dikatakan terlalu cantik untuk mendendangkan sebuah lagu. Cantik tak cantik bukan soalnya. Hady ke Asian Idol bukan untuk meniru mana-mana penyanyi.
'Kejayaannya amat bermakna bagi Singapura. Ia bukan soal undiannya melambung kerana beliau adalah pilihan kedua warga negara lain kerana ketetapan undian Asian Idol yang memerlukan pilihan dua idola.
'Ini soal daya tarikannya dan keupayaan bakatnya untuk dipasarkan di peringkat serantau. Saya berharap dengan kejayaan Hady, ia akan mengubah perspektif ramai terhadap bakat setempat dan menggalakkan warga Singapura lebih aktif menyokong artis tanah air.'
Apa rancangan Ken untuk Hady?
'Kami akan memberikan tumpuan pada usaha mengembangkan potensinya. Tentunya ia bukan reaksi semata-mata kerana beliau sudah bergelar Idola Asia. Ia merupakan rancangan terperinci bagi masa depan Hady,' katanya.
Bagaimana pula dengan Taufik?
'Kami juga tidak melupakan Taufik. Antara mereka berdua, usah dibandingkan. Taufik sendiri penghibur yang mantap dan telah mencipta namanya. Sebut sahaja mana-mana persembahan gah, Taufik pasti ada, seperti Live & Loud di Kuala Lumpur,' jelas Ken