CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chikli

Tayar Keta

[Copy link]
Post time 5-1-2008 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 5-1-2008 10:50 PM
myvi pakai 16" sudah cun n praktikal..
kalau nak masuk autosaloon, kasik masuk lerr 17"




hmm..autosaloon tu cmne?? 17' ni leceh la..mahai satu hal...pastu susa lak nk cari ....
tu la ak ingt nk pasang 16' ... macam mana yg dimaksudkn praktikal??? cube jelaskn sket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2008 03:58 AM | Show all posts
Originally posted by cik_isaac at 5-1-2008 11:59 PM




hmm..autosaloon tu cmne?? 17' ni leceh la..mahai satu hal...pastu susa lak nk cari ....
tu la ak ingt nk pasang 16' ... macam mana yg dimaksudkn praktikal??? cube jelaskn sket..


autosaloon tuh cam nak masukk show kete laa
btw myvi standard brapa inci? tapi kalo 17 tuh rase mmng laa tak pratikall..beratkan kete jekkk..engine pon CC bukan besar sgt..kalo berattt..minyak pon makin bertambahh..tayar mahalll...nak menjaganya rim satu hall...lubang skitt kang da bengkok..unless pakai tayar teball skit kee..comfort plak..kalo 17 tuh mmng totally tak comfort unless pakaii masuk tebal 50 siries ke..tapi muat ke masalahnyee ...
nak nampak garangg buh jee laa 17 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 08:16 PM | Show all posts
aku pakai yokohama utk 4x4 aku...mmg grip giler bawak laju pun mmg takde rasa apa mcm rasa slow ajer walaupun cecah kat 200km/j...masa hujan pun masih leh grip lagi...and lagi satu susah nak botak   coz yokohama guna technology hydroplaning..of course mahal sikit tetapi baik sygkan nyawa drpd tayar...so main belasah ajer beli tayar tuh... kalo pk nak murah beli dunlop laa kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by mrsakit at 6-1-2008 08:16 PM
aku pakai yokohama utk 4x4 aku...mmg grip giler bawak laju pun mmg takde rasa apa mcm rasa slow ajer walaupun cecah kat 200km/j...masa hujan pun masih leh grip lagi...and lagi satu susah nak bota ...

haku memang hardcore yokohama.. semua kete haku guna tayar yoko jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:32 AM | Show all posts
nak tanya sikit..since ini thread psl tayar kan.

pagi td aku g pam angin tayar kete aku (1st time utk kete nih)...aku baca kat meter tuh.....cc 1600.....max 32. aku pun set 32.....pam ler 4 tayar tuh. bila smpai 32....dia akan auto bunyik kan.....tetapi tayar belah kanan belakang.....smpai terlebih2 tak berbunyik pon.....aku picit tayar..keras giler. panik aku kejab. aku buang balik angin.....aku pam smbil tgk kat meter tuh......smpai 32 pun tak bunyik..aku stop ajek sendiri.

soklan aku:

1) ada apa2 masalah ker dgn tayar belah belakang kanan tuh??
2) aku mention ngan budak opis...dorang ckp 32 tuh tinggi sgt. patut nya dlm 30 jek.

tima kacih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 7-1-2008 11:32 AM
nak tanya sikit..since ini thread psl tayar kan.

pagi td aku g pam angin tayar kete aku (1st time utk kete nih)...aku baca kat meter tuh.....cc 1600.....max 32. aku pun set 32.....pam ler 4 ta ...

pam tayar bukan ikut cc kete, tapi ikut saiz tayar, ikut berat kenderaan, dan ikut jenis body

haku jarang guna ukuran nieh, haku guna yg ratus-ratus tu, aper ntah panggey, PSI kot, luper.. biasanya urang guna antara 200 - 230 jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2008 12:18 PM | Show all posts

Reply #45 Jelita's post

32psi tu keras sangat ler.. melantun keter nanti..
letak 25-28 should be ok..

yg tak berbunyik tu,
pam tayar tu tak calibrate..jgn perchayaa.
therefore better beli pengukur angin harga kurang rm5 tu comfim tayar pressure.
kawtim...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 7-1-2008 12:18 PM
32psi tu keras sangat ler.. melantun keter nanti..
letak 25-28 should be ok..

yg tak berbunyik tu,
pam tayar tu tak calibrate..jgn perchayaa.
therefore better beli pengukur angin harga kura ...

haku suka guna yg digital punya tu.. kalau dah set pressure, klau tayar over pressure, mesin pam tu bleh sedut balik angin, takyah nak manually buang guna tangan..

lagi satu, sebab dier bleh bagi tau pressure asal tayar sebelum di pam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 12:49 PM | Show all posts
thx u all

kena kuar kan angin sikit la jab lagik nih....hehe

nak beli pengukur angin tuh kat mana ekkk?? kedai basikal ada tak

kumi...dulu aku pkai atoz.....cina tayar letak 28 psi.....sekrg nissan sentra nismo...kena letak 25-28 gak ker??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:01 PM | Show all posts

Reply #49 Jelita's post

opss.. lupa lak.. ko pakai keter power rangers erkk..
okies.. utk nissan sentra nismo...kena letak 28 rear tire ; 30 front tire.
jgn lupa pakai digital pam (stesen minyak baru) tayar cam tok fast cakap...

gauge angin tu boley beli kat hypermarket dan aksesori keter.

kawtimmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:42 PM | Show all posts
TIPS SEMASA MEMBELI TAYAR KERETA




Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar.
Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.
Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut.
Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya).
Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi.
Sekiranya haus di bahgian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

good info aku dapt drp mail. Aku tolong tepekkan jer..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:51 PM | Show all posts

Reply #50 takumi86's post

lain2 ekkkkk.

wokeyyy...mekacihhhhhhh

jemput mkn mcd sumeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 04:47 PM | Show all posts

Reply #51 pseudo_kl's post

mak oii... pnjgnya khutbah ko. penat aku nk baca. BTW TQ.

B4 raya cina ni gak aku nk 2kr tayar. Botak dh ma......
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by pseudo_kl at 7-1-2008 01:42 PM

good info aku dapt drp mail. Aku tolong tepekkan jer


urang lain pong ramai dah tepek sebelum nieh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 7-1-2008 01:01 PM
gauge angin tu boley beli kat hypermarket dan aksesori keter


kat keramat ader satu kedai hardware jual benda nieh, haku tanya, ini pun lu mau jual ka..

apek tu jawab, kita berniaga musti mau diversified maa... kalau ada urang mau, kita ader provide maa ini barang.. tak payah pergi itu eksesori punya kedai

perghh.. tu dier otak cina berniaga.. miahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 05:45 PM | Show all posts
Tyre Pressure Gauge...

jangan beli yang murah nyer...sbb tak accurate...dah cepat rosak...
beli yg mahal skit baru accurate...kaloo tak nak beli...guna yg digital nye pump kat stesen minyak dah cukup...

Tyre Pressure Gauge tu boleh beli kat mane2 kedai tayar...harga taksalah tak lebih RM40...tak bape ingat harga...


P/S : Aku nyer jenama Goodyear...

Pressure tayar depends...tgk ketebalan tayar dan jenis tayar serta tujuan pemanduan...

Pressure yg sesuai...adalah 30 psi / 210 kPa (normal driving) ...sbb pernah buat yg kedai rekemenkan 200kpa...tp tayar nampak kembang lg...maybe sbb tayar bkn performance kot...plus tayar standard wira...tayar tebal...soo naikkan skit pressure baru best...

Nak layan corner 33psi / 230 kPa (tgk pada jenis tayar, mark tayar dgn kapur laaa nk tau ngam ke tak ngam)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 7-1-2008 12:49 PM
thx u all

kena kuar kan angin sikit la jab lagik nih....hehe

nak beli pengukur angin tuh kat mana ekkk?? kedai basikal ada tak

kumi...dulu aku pkai atoz.....cina tayar letak ...


rasanya, kat pintu kereta sebelah pemandu ada ditampal stiker berapa had angin tayar yang diperlukan. cuba la check
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 02:05 AM | Show all posts
alooo...
aku punya tayar lepas kena paku, aku tampung kat kedai rm5 jerr...

aku nak tanya pada yg pro pasal tyre nie...
soalan aku ialah...

1) adakah menampung tayar adalah mengikut specifikasi kehendak pengeluar syarikat tayar?
maksud aku tampung tayar nie dibenarkan ke tidak?

2) kalau kat negeri amerika, jepon, italy, kalau tayar diorg kena paku diorg tampung tayar jugak ke macam
kat malaysia?

errr itu jer... ade sape leh jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 7-1-2008 06:12 PM


rasanya, kat pintu kereta sebelah pemandu ada ditampal stiker berapa had angin tayar yang diperlukan. cuba la check

utk utk saiz tayar OEM, kalau dah tukar rim atau series tayar, dah tak beberapa accurate..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by lady_nF at 8-1-2008 02:05 AM
1) adakah menampung tayar adalah mengikut specifikasi kehendak pengeluar syarikat tayar?
maksud aku tampung tayar nie dibenarkan ke tidak?[quote]
ler naper plak tak dibenarkan, bleh lar.. cuma dier tak akan tahan sehingga maximum speed rating tayar tersebut akibat heat & pressure. contohnya kalau ko guna tayar speed rating "Z" dimana tayar nie tahan sehingga ko bawak dengan speed 320km/h, lepas tampal, mungkin ketahanan dier cuma bleh cecah sehingga 260 jer akibat radialm ply yg dah terjejas. tanya diri sendiri, nak bawak lebih 260km/h atau tidak. kalau tidak, bawak jer, gerenti selamat, kalau rasa selalu bawak lingkungan 300km/h tu, silalah tukar tayar. haku yg guna tayar speed rating "V", (maksimum speed 240km/h) pong jarang belasah sehingga 200km/h, nie kan plak speed rating "Z"

2) kalau kat negeri amerika, jepon, italy, kalau tayar diorg kena paku diorg tampung tayar jugak ke macam
kat malaysia?

aper plak takdenya. ingat malaysia ke yg mula-mula buat teknik menampal nie, kita pong ikut dier worang lar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061619 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list