|
Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!
[Copy link]
|
|
jahat sungguh org yahudi nih...
pantang nmpk org palestin sume nk ditibai... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika Arab Saudi menurut langkah Iran dan Venezuela ...melakukan dagangan minyak bukan dalam dollar...time 2 US akan jadi lebih miskin dari Republik Gabon. |
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi cuba ceroboh Masjidil Aqsa
POLIS sempadan Israel membuat kawalan ketika
penduduk Yahudi mengunjungi Tembok Al-Buraq,
berhampiran Masjidil Aqsa, baru-baru ini.
Pendatang haram minum arak, zina di laman masjid
BAITULMAQDIS:Beratus-ratus penduduk Palestin di Baitulmaqdis bertindak pantas menghalang sekumpulan pendatang radikal Yahudi yang cuba menceroboh dan mencemari Masjidil Aqsa, kelmarin.
Satu laman perkhidmatan berita Arab melaporkan semalam,penduduk Palestin dari setiap peringkat termasuk ulama dan pemimpin,berkumpul di laman masjid berkenaan sejak awal pagi bagi mengawal kawasan berkenaan daripada sebarang kemungkinan serangan pendatang haram Yahudi berkenaan.
Kumpulan pelampau Yahudi itu tiba dan cuba menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa menerusi pintu Al-Silsila, tetapi kehadiran rama ipenduduk Palestin menyebabkan polis Israel campur tangan dan meminta pendatang haram itu beredar.
Minggu lalu, pergerakan Hamas memberi amaran melancarkan intifada Palestin jika Israel terus mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.
Pemimpin Hamas di Gaza, Dr Ismael Redwan membuat kenyataan itu sebagai mengulas kekejaman terbaru Israel dan penganut Yahudi di laman masjid berkenaan, termasuk minum arak dan berzina.
Pihak berkuasa Israel merancang mendirikan rumah ibadat terbesar dunia sehingga menghampiri laman Masjid Al-Aqsa selain mahu menukarkan Tembok Al-Buraq, Masjid Kubah Emas berhampiran al-Aqsa. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
OMG...berani drg ni minum arak dan berzina kt tempat suci begini...kalau turun bala baru sedar diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasrallah selamat cubaan bunuh
Hassan Nasrallah
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah terselamat dalam cubaan terbaru membunuhnya apabila beliau diracun pihak disyaki Israel,sehinggakan berada dalam keadaan kritikal selama beberapa hari, minggu lalu.
Laman web akhbar Arab Almalaf memetik sumber diplomatik di ibu negara Lubnan itu melaporkan, pemimpin Hizbullah itu dapat diselamatkan selepas sekumpulan doktor Iran dipanggil untuk merawatnya.
Media itu yang memetik sumber enggan dikenali sebagai berkata sejenis bahan kimia beracun digunakan dalam cubaan bunuh terbaru terhadap Nasrallah.
Pasukan perubatan Iran itu tiba di Beirut pada jam 11 malam waktu tempatan Ahad lalu, dengan menaiki pesawat khas. Tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan Nasrallah.
"Pegawai Hizbullah turut menimbang menghantar Nasrallah ke Iran bagi rawatan lanjut," lapor Almalaf.
Namun, kumpulan Hizbullah sebaliknya menafikan laporan itu biarpun ia mendapat liputan meluas media.
"Memang benar saya tidak bertemunya selama seminggu, tetapi beliau dilaporkan sihat," kata ahli Parlimen Lubnan, Al-Hajj Hassan.
Pada September 1997, sekumpulan anggota Mossad - pasukan perisikan Israel, pernah cuba membunuh pemimpin politik Hamas, Khaled Meshal dengan menitiskan cecair beracun dalam telinganya.
Cubaan bunuh itu bagaimanapun gagal dan dua ejen Mossad dapat ditangkap, manakala yang lain menyembunyikan diri di kedutaan Israel di Amman, Jordan.
Orang kanan Nasrallah, Imad Mughniyah pula maut dalam letupan bom di Damsyik, Februari lalu. Hizbullah menuduh Israel bertanggungjawab di atas letupan itu biarpun negara Yahudi itu menafikannya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Israel usir keluarga Palestin
WARGA Palestin menunaikan solat berhampiran rumah ahli keluarga Palestin yang diusir oleh pihak berkuasa Israel di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis yang didominasi penduduk Arab.
- AFP
BAITULMAQDIS 9 Nov. - Polis Israel mengambil tindakan mengejut apabila mengusir sebuah keluarga Palestin dari rumah mereka di timur Baitulmaqdis, awal hari.
Tindakan itu diambil ketika perbicaraan sedang berlangsung berhubung perebutan dengan pendatang Yahudi yang mahu mengambil rumah tersebut.
Satu kontinjen polis telah mengepung rumah tersebut semasa operasi pengusiran dijalankan.
Mereka mengusir keluarga itu selepas dua hari pihak Majlis Perbandaran menangguhkan satu pilihan raya bagi merebut jawatan Datuk Bandar.
Lapan anggota aktivis prorakyat Palestin dari Kanada, Britain, Sweden dan Amerika Syarikat yang mendirikan sebuah khemah untuk memprotes pengusiran keluarga Palestin itu, turut ditahan polis, lapor Gerakan Perpaduan Antarabangsa.
Pihak polis tidak memberikan sebarang komen mengenai kejadian tersebut.
Selama 52 tahun keluarga Al-Kurd telah menetap di rumah di Kejiranan Sheikh Jarrah itu, yang kemudiannya menjadi simbol penentangan rakyat Palestin terhadap tekanan pendatang Yahudi yang mahu menguasai lebih banyak penempatan di timur Baitulmaqdis.
Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Israel telah memutuskan untuk memihak kepada pendatang Yahudi itu, yang telahpun merampas sebahagian rumah itu dan menuntut supaya seluruh keluarga Al- Kurd diusir.
Perebutan itu bermula sejak pembentukan negara Israel pada tahun 1948.
Ini apabila keluarga Al-Kurd berhijrah ke Israel dan menetap di timur Baitulmaqdis, yang kemudiannya di letak di bawah pengawasan Jordan.
Lapan tahun kemudian, keluarga ini dan 27 lagi keluarga lain diberikan rumah oleh sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA), di situ.
Akan tetapi pada tahun 1967, Israel berjaya menawan bahagian timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari.
Selepas perang, pertubuhan Zionis mendaftarkan hak terhadap tanah seluas tiga hektar termasuk rumah milik keluarga Al-Kurd di atas nama mereka.
Namun, keluarga itu mendakwa dokumen abad ke-19 yang dikeluarkan pada zaman Pemerintahan Uthmaniah itu adalah palsu.
Sejak 10 tahun lalu, pertubuhan pendatang Yahudi mengemukakan semula hak ke atas tanah tersebut dan 10 keluarga Yahudi kemudiannya berpindah ke kawasan kejiranan itu.
Di Baitulmaqdis, dua calon utama yang merebut jawatan Datuk Bandar, iaitu Meir Porush dan Nir Barkat, berkempen memihak kepada pendatang Israel di timur Baitulmaqdis itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Askar-askar Israel bertempur
SEORANG wanita Palestin memeriksa kerosakan di rumahnya
selepas serangan tentera Israel dekat Khan Younis semalam.
BANDAR GAZA - Askar-askar Israel dan sekumpulan pejuang Palestin bertempur dengan menggunakan peluru berpandu dan roket di sepanjang sempadan wilayah Gaza-Israel semalam.
Pertempuran itu mencetuskan kebimbangan baru bahawa perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada lima bulan lalu tidak dapat bertahan.
Empat pejuang Hamas terbunuh selepas mereka berbalas-balas tembakan dengan sejumlah askar Israel dalam pertempuran tersebut manakala sayap bersenjata Hamas menyatakan ia akan melancarkan serangan balas.
Insiden terbaru itu berlaku pada hari ketujuh penutupan sempadan di Gaza oleh tentera Israel.
Sebuah agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa ia mungkin terpaksa menghentikan operasi pengagihan makanan kepada beratus-ratus ribu penduduk Gaza pada minggu ini kerana tidak mendapat bekalan baru akibat penutupan sempadan itu.
Menurut Israel, pertempuran itu tercetus apabila seorang anggota tenteranya terserempak dengan sekumpulan pejuang menghampiri pagar sempadan berhampiran bandar Khan Younis, selatan Gaza.
Tentera Israel mendakwa pejuang-pejuang tersebut cuba menanam bahan letupan berhampiran pagar itu. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
750,000 penduduk Gaza di ambang kebuluran
SEBUAH kereta kuda melintas pejabat bantuan makanan PBB yang ditutup setelah kehabisan bekalan di Gaza semalam.GENTING GAZA - Para penduduk Gaza yang mengharapkan bantuan makanan terpaksa pulang dengan perut dan tangan yang kosong semalam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menutup pusat bantuan kerana kehabisan bekalan makanan.
Ia berikutan tindakkan Israel menutup sepenuhnya lintasan sempadan di Gaza sejak dua minggu lalu dalam pusingan terbaru peperangan menentang pergerakan Hamas yang menguasai wilayah itu.
Rejim Zionis mendakwa Hamas melancar roket ke wilayahnya tetapi ia dibalas dengan bedilan pesawat pejuang sekali gus menghakis harapan terhadap perjanjian damai Israel-Palestin.
Di kem pelarian Shati, beratus-ratus penduduk pulang hampa setelah membaca notis bahawa bekalan makanan akan tertangguh sehingga 13 Disember ini.
Secara keseluruhan, PBB mengedar bekalan makanan terhadap 750,000 penduduk Gaza iaitu separuh daripada populasi kawasan yang dikepung tembok konkrit itu.
Para penduduk akan menerima bungkusan beras, tepung, gula dan minyak untuk setiap tiga bulan namun dalam kejadian semalam PBB menolak permohonan 20,000 penduduk Gaza, kata seorang pegawai bantuan PBB.
Sebuah agensi PBB yang lain memberi bantuan kepada 130,000 penduduk menyatakan pihaknya mempunyai cukup bekalan makanan untuk tempoh empat minggu lagi.
Semua 1.4 juta penduduk Gaza kini hidup dalam kesusahan melampau berikutan Israel dan Mesir menutup sempadan masing-masing setelah Hamas berkuasa di wilayah itu pada Julai tahun lalu. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Ki-Moon desak Israel benar PBB masuki Gaza
NEW YORK 19 Nov. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam melahirkan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan di Gaza dan menggesa Israel membenarkan petugas bantuan PBB memasuki wilayah berkenaan.
"Setiausaha Agung telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi kemanusiaan yang semakin genting di Gaza.
"Beliau menggesa Perdana Menteri tersebut memudahkan pergerakan bantuan agensi kemanusiaan ke wilayah berkenaan," jelas pejabat media badan dunia itu dalam satu kenyataan semalam.
Olmert sebelum ini mengecam serangan roket berterusan oleh pejuang Palestin ke wilayah Israel.
Bagaimanapun kelmarin, rejim Zionis itu membenarkan kemasukan 33 buah trak membawa bantuan makanan ke Gaza.
Malah, Olmert dilaporkan memberitahu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bahawa beliau tidak akan membenarkan krisis kemanusiaan berlaku di Gaza.
Israel telah menyekat kemasukan Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi membantu kira-kira 750,000 pelarian di Gaza sejak 4 November lalu.
Sekatan itu dibuat ekoran pertempuran berterusan di wilayah itu yang mengorbankan berpuluh-puluh pejuang Palestin.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, sekatan akan dikekalkan "berikutan serangan roket yang berterusan ke atas wilayah Israel".
- Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Israel langgar hak asasi secara sistematik
GENEVA 5 Dis. - Israel mendapat kritikan keras ketika berlangsungnya forum anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila jiran-jirannya menuduh negara Yahudi itu melakukan pelanggaran hak asasi secara sistematik terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Delegasi dari Syria, Mesir dan Iran menyuarakan kebimbangan mengenai tembok keselamatan Israel, penahanan pemuda-pemuda Palestin dan kawasan penempatan haram Yahudi semasa ulasan rutin Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Negara Barat seperti Australia, Britain, Kanada, Perancis dan Jerman mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Genting Gaza yang dikawal Hamas kerana ia memburukkan lagi situasi kemanusiaan di sana.
Duta Palestin ke PBB di Geneva, Ibrahim Mohammad Khraisi, menuntut Israel menghentikan penjajahan ke atas tanah Palestin, menghentikan sekatan Gaza dan tidak lagi menjalankan "hukuman kolektif" ke atas penduduk Palestin.
Duta Iran, Ali Reza Moaiyeri pula menyatakan, perdebatan tidak memberi tumpuan kepada "pelanggaran hak asasi sistematik dan menjijikkan yang digunakan" termasuk pembunuhan, penyeksaan dan pemusnahan kediaman serta amalan perkauman dan diskriminasi.
Namun Duta Israel, Aharon Leshno Yaar dalam sesi Tinjauan Berkala Menyeluruh (UPR) berkata, terdapat "satu nilai kebanggaan dalam budaya hak asasi manusia yang terbentuk sejak enam dekad penubuhan negara kami."
"Rekod kami tidak sempurna namun kelebihan amalan demokrasi adalah pelbagai mekanisme wujud untuk dialog kritikal dan pengawasan. UPR adalah salah satu mekanisme tersebut," katanya lagi.
- Reuters
mcm ler worang2 islam tak tau benda nih... berjaman dah israel zionist ni melanggar hak asasi weyyy !!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Hamas isytihar gencatan senjata di Gaza tamat
GAZA: Pergerakan Hamas semalam mengisytiharkan gencatan senjata enam bulannya dengan Israel di Gaza, yang ditaja Mesir, tamat dan menyebabkan kemungkinan tercetus pertempuran baru antara dua pihak berbalah berkenaan.
Stesen Aljazeera melaporkan, keputusan Hamas dicapai hasil perbincangan dengan kumpulan pejuang Palestin yang lain. Ia memberi alasan gencatan senjata yang berakhir hari ini tidak dapat dilanjutkan akibat tindak tanduk dan kekejaman berterusan Israel, termasuk kepungan di Gaza yang menjejaskan kehidupan penduduk Palestin di wilayah itu.
“Gencatan senjata yang diraih hasil tajaan Mesir mulai 19 Jun hingga 19 Disember ini, sudah pun berakhir disebabkan tindak tanduk Israel sendiri yang mencabulinya,” kata pegawai Hamas, Ayman Taha yang turut mewakili pergerakan itu dalam perbincangan dengan kumpulan lain Palestin.
Terdahulu, seorang lagi jurucakap Hamas, Fawzi Barhum berkata, Hamas sememangnya tidak berhasrat melanjutkan tempoh gencatan senjata yang dikatakan menjadi antara alasan utama keadaan terkawal di Semenanjung Gaza.
“Memang tiada peluang gencatan itu dapat disambung. Israel yang memusnahkannya kerana terus mencabuli apa yang sudah dipersetujui sebagai syarat gencatan.
“Berikutan itu, Hamas kini berhak menyerang balas sebarang tindakan ganas Israel ke atas penduduk Palestin. Ini tanggungjawab kami,” katanya. - Reuters/Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Israel gempur Gaza
| Penduduk Palestin mengusung jenazah Falak Okel yang terbunuh dalam serangan tentera Yahudi ke atas kem pelarian Beit Lahya di Gaza, semalam.
- AFP
|
GENTING GAZA 18 Dis. - Seorang rakyat Palestin terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara ke arah bandar ini, semalam.
Falak Okel, 47, terbunuh manakala anak lelaki dan perempuannya cedera setelah serangan roket yang dilancarkan tentera Israel mengenai rumah mereka di Beit Lahya, utara Genting Gaza.
Menurut saksi, Falak tidak menganggotai mana-mana kumpulan pejuang Palestin.
Serangan roket oleh tentera Israel itu dikatakan dilancar setelah pejuang Palestin melancarkan roket terhadap wilayah mereka.
Tentera Israel mengesahkan serangan ini dan mereka mendakwa tindakan ini dilakukan sebagai serangan balas.
Menurut mereka, pejuang Palestin telah melancarkan 19 serangan roket di selatan Israel dan telah mencederakan dua warga mereka.
"Serangan ini memerlukan tindakan balas dan kami telah melakukannya," kata Perdana Menteri sementara Israel, Ehud Olmert. |
|
|
|
|
|
|
|
Israel ancam serang Gaza
SEKUMPULAN askar Israel bersiap sedia menduduki
kawasan strategik di sempadan Genting Gaza semalam.
BAITULMAQDIS - Kerajaan Israel semalam mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran di Genting Gaza yang dikuasai Hamas.
Keganasan di wilayah tersebut dijangka tercetus pada bila-bila masa selepas satu gencatan senjata antara Hamas dan rejim Zionis tamat.
Para pegawai Israel berkata, negara itu kini sedang menyediakan satu tindak balas terhadap serangan roket Palestin yang dilancarkan dari Genting Gaza.
"Kami sedang menyediakan satu tindak balas terhadap ancaman daripada Hamas," kata seorang penasihat Setiausaha Pertahanan Israel, Amos Gilad.
Gilad memberitahu sebuah radio di Israel selepas menteri-menteri berbalah sama ada mahu melancarkan satu serangan besar-besaran ke atas Gaza atau tidak.
"Kami melakukan persediaan berhubung serangan itu dengan berhati-hati dan ia umpama satu prosedur pembedahan," ujarnya.
Seorang pegawai kanan pertahanan Israel pula berkata, satu operasi ketenteraan besar-besaran tidak dapat dielakkan selepas pejuang Palestin masih melancarkan serangan roket ke atas Israel.
"Sangat jelas bahawa kami menuju ke Gaza kerana situasi kini tidak dapat dielakkan lagi," katanya. - AFP
cilanat betui puak zionist kejam nih.... mmg kena laknat ler!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Pejuang Gaza bedil selatan Israel
BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan semula serangan roket dan peluru mortar ke selatan Israel semalam, sebagai membalas dendam pembunuhan tiga rakan mereka oleh rejim Zionis, lewat kelmarin.
Meskipun tindakan itu menyukarkan lagi usaha diplomatik untuk menyambung proses damai, pergerakan Hamas berkata, serangan itu dilakukan selepas tiga pejuangnya maut dalam pertempuran dengan tentera Israel, Selasa lalu.
Israel mendakwa, pejuang memasang bahan letupan di sepanjang pagar sempadan di utara Gaza.
Tentera Israel berkata, selatan Israel lewat kelmarin hingga awal semalam menghadapi 10 serangan mortar dan tiga bedilan roket. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan yang dilakukan dua kumpulan pejuang Hamas itu.
Sebelum serangan bermula, Israel bersetuju membuka sempadannya dengan Gaza semalam bagi membolehkan sejumlah kecil makanan, ubat dan bahan api dari Mesir dibawa masuk.
Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner berkata laluan itu terus ditutup berikutan serangan berkenaan.
Israel terus mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata mula goyah enam minggu lalu dan hanya membenarkan sejumlah kecil keperluan asas dibawa masuk.
Mesir turut melakukan tindakan sama dengan menutup sempadannya dengan Gaza.
Sekatan menyebabkan keadaan semakin buruk di Gaza yang menempatkan 1.4 juta penduduk Palestin. - AP
kasik bedil kaw kaw sama dia!! cissssss |
|
|
|
|
|
|
|
Israel opens Gaza crossings, easing tensions
By Nidal al-Mughrabi
GAZA (Reuters) - Israel reopened border crossings with the Gaza Strip on Friday, easing tensions a day after Prime Minister Ehud Olmert issued a "last-minute" warning to Hamas militants to stop firing rockets or pay a heavy price.
| An Israeli soldier walks near tanks in an army base near Kibbutz Kissufim, just outside the central Gaza Strip December 25, 2008. (REUTERS/Baz Ratner)
| Israeli Defence Minister Ehud Barak said he ordered the crossings opened for "essential humanitarian" supplies, in response to numerous requests from the international community.
Palestinian workers at the crossings said fuel had arrived for Gaza's main power plant and trucks loaded with grain had crossed into the impoverished enclave, which has been under a tight Israeli blockade since Hamas took control in 2007.
Raed Fattouh, coordinator of supplies, said about 90 trucks loaded with grain, humanitarian aid and goods for the private sector were due to come in to Gaza during the day.
The deliveries may ease tensions that Israeli media said would inevitably end in significant military action to end rocket attacks.
Tension has mounted since a six-month truce expired last week and exchanges of fire increased. At least six militants have been killed by Israeli air strikes. On Wednesday over 80 rockets and mortar shells were fired from Gaza into Israel.
TV APPEAL
Israeli Foreign Minister Tzipi Livni discussed the crisis on Thursday with President Hosni Mubarak of Egypt, which borders Gaza to the west and which brokered the truce in June. Mubarak urged restraint on both sides.
At the same time, Olmert appeared on a widely-watched Arabic television channel, urging Gazans in an interview to reject their Islamist rulers and stop the rocket menace.
He said it was a last-minute appeal and warned he would not hesitate to use Israel's military might if they did not. About two dozen rockets and mortars were fired on Thursday, and later in the evening Barak announced the crossings would be opened.
Workers on the Gaza side of the Nahal Oz fuel depot said a delivery had arrived for the main power plant in Gaza, where shortages mean periodic blackouts for many of the 1.5 million residents, about half of whom also rely on food aid.
Despite the movement of aid, the shooting did not cease entirely. An Israeli military spokesman said the Erez border crossing, the main passage for people between Israel and Gaza, was closed after two mortar bombs fell in the area.
At least 10 rockets and mortars were fired at Israel from Gaza on Friday, he said.
Israel withdrew its forces and settlers from Gaza in 2005, and Olmert said it had no wish to re-occupy the coastal strip.
Israeli reports said no decision had been made on a major offensive which could involve ground combat likely to result in high casualties. But a phased, incremental response was likely if the rocket fire continued. |
|
|
|
|
|
|
|
192 mati dibedil Israel
ORANG ramai berhimpun di luar pejabat Hamas yang
musnah setelah beberapa kawasan di Rafah, Gaza
dibedil pesawat pejuang milik Israel semalam.
BANDAR GAZA - Sekurang-kurangnya 192 penduduk Gaza terbunuh apabila tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin semalam.
Serangan membabitkan kawasan yang padat dengan penduduk itu turut mengakibatkan 310 orang cedera dan ia dilakukan sewaktu ramai pelajar dalam perjalanan balik selepas waktu sekolah.
Para petugas perubatan menyatakan serangan udara itu mencetuskan panik setelah penduduk melihat asap hitam berkepul-kepul ke udara.
Satu bedilan yang mengenai pejabat Hamas menyebabkan berpuluh pegawai keselamatan mati bergelimpangan.
Ia menyebabkan para pemimpin Hamas berikrar melancarkan serangan balas terhadap negara Yahudi itu.
Israel dalam reaksi segera turut mengarahkan rakyatnya yang menduduki kawasan kediaman di sempadan Gaza supaya berjaga-jaga.
Mesir membuka pintu sempadan ke Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan dihantar termasuk 20 unit ambulans.
Para pegawai Hamas berkata, semua kawasan keselamatan musnah manakala sebuah stesen radio tentera Israel menyatakan serangan dilancarkan terhadap 10 kawasan.
Pasukan tentera Israel mengesahkan serangan itu tetapi tidak mendedahkan butir-butir terperinci.
"Hamas akan terus mempertahankan diri sehingga ke titisan darah terakhir," kata jurucakapnya, Fawzi Barhoum.
Stesen televisyen menunjukkan beberapa hospital di Gaza sesak dengan orang ramai yang menghantar mangsa dengan menggunakan kereta, van dan ambulans.
"Kami merawat pesakit di atas lantai atau di laluan pejalan kaki (kerana tidak cukup ruang). Kami tidak tahu identiti mereka tetapi apa yang penting ialah untuk memberikan rawatan segera," kata seorang doktor.
Sementara itu di Tebing Barat, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan mengutuk tindakan ganas Israel.
Israel berundur dari Gaza pada 2005 setelah menakluk kawasan itu selama 38 tahun tetapi pengunduran itu disusuli tindakan kejam rejim Zionis.
Palestin kini terpecah dua dengan Hamas menguasai Gaza setelah berjaya mengusir kerajaan Fatah pimpinan Mahmoud yang berfahaman sekular pada Julai 2007. - AP
mmg kejam sekejam nyer zionist ni... moga tuhan laknat depa!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
PENDUDUK membantu seorang wanita yang
cedera kerana serangan udara Israel menaiki
kenderaan untuk dihantar ke pusat rawatan.
A Palestinian man reacts over the body of a member of the security
forces of Hamas at the site of an Israeli missile strike at the security
headquarters in Gaza City on Saturday.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Gaza dibom tentera udara Israel
GAZA: Israel mendakwa tentera udaranya berjaya mengebom sebuah masjid di Bandar Gaza semalam selepas kononnya dikenal pasti dijadikan sarang aktiviti pengganas.
Pasukan perubatan Palestin berkata, dua rakyat tempatan terbunuh dalam serangan udara itu, sebahagian siri serangan udara oleh Israel ke atas Gaza yang mengorbankan 227 penduduk Palestin dalam tempoh 12 jam semalam.
Jurujucakap tentera Israel pula berkata, Israel sebenarnya mengelak daripada menyerang institusi keagamaan tetapi "sesiapa yang menyerang Israel tidak akan menemui sebarang pengganas di dalam kemudahan awamnya."
Beliau berkata, masjid yang dobom itu terletak di sebuah bandar di daerah Rimal.
Beliau juga mendakwa, roket Hamas semalam mengenai rumah ibadat Israel. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Israel terus serang Gaza pada hari kedua
GAZA: Israel melancarkan serangan udara pada hari kedua, hari ini untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan 229 terbunuh pada serangan berterusan 24 jam ke atas Palestin dalam konflik yang berlarutan selama 60 tahun itu.
" Palestin tidak akan berdiam diri diperkotak-katikkan sebegini," ikrar pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bahawa kumpulan Islam yang menguasai wilayah pesisir pantai sejak Jun 2007 lalu akan membalas dendam termasuk mengadakan serangan bom berani mati ke atas kafe dan jalan raya Israel.
Israel menempatkan kereta kebal dan tentera infantri di sepanjang sempadan Gaza dan jurucakap tenteranya berkata: "Operasi ketenteraan akan berterusan dan kini sedang bersiap sedia."
Negara Yahudi itu mendakwa mereka bertindak balas selepas militan Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara intensif selepas Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama enam bulan, minggu lalu.
Serangan militan itu menyebabkan kecederaan dan pemimpin Israel dikatakan menerima tekanan dalam persiapan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari nanti.
Tinjauan umum mendapati kumpulan sayap kanan pembangkang negara itu, Likud diramal akan menang.
Israel berkata, pesawat pejuangnya melancarkan kira-kira 100 serangan pada Sabtu manakala militan Palestin membalas 70 serangan roket ke arahnya, mengorbankan seorang penduduk Israel.
"Ada masanya kita berdiam dan ada masa untuk bertindak balas," kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada siaran televisyen.
He kemudian berkata, sebarang perjanjian dengan Hamas tidak boleh dipercayai lagi.
Asap tebal hitam boleh dilihat di sekitar bandar Gaza selepas Israel mengebom lebih 40 kawasan keselamatan dengan mayat bergelimpangan serta mangsa yang cedera di sebuah majlis graduasi tentera baru Hamas. - Reuters
tak tau ler berapa lama lagi nak perang ni... dah masuk hari ke 2.... lagi dah masuk tahun baru.. lagi banyak perang2 kat doniya nih!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|