|
Reply #40 miftahuljamilah's post
bukan senang nak dapat merasai ciri2 diatas,kadang2 dah rasa tapi ia boleh hilang tiba2..ada pasang surut..istiqamah itu yg paling susah..Moga2 hidayah ini akan berkekalan dalam diri kita ... |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana cermin biasa iaitu bukan cemin sakti dibuat... sila buat kajian tanpa berahsia... 
[ Last edited by ninja9 at 12-2-2008 03:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 highlander07's post
Isy tak paham aku ...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 disclaimer's post
ni kes naik lif tekan sendiri la ni! ...
cermin yang bersih dan berkilau akan kata :
"Allah lah yang paling cantik dari segala kecantikan..." |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan kami belum lagi dpt dijawab dgn tepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa terlalu hina disisiNya..... Aku amat merinduiNya...Jiwaku kosong tanpaNYa...aku sedih...apa yg aku ada masih tak mncukupi......
aku perlukan rahmatMu.......... |
|
|
|
|
|
|
|
apabila pejam mata kita boleh nampak wajah kita dengan sejelas-jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 11-2-2008 02:30 PM 
Mengikut pengalaman saya yang cetek ini saya telah mencuba mencuci dgn pelbagai cara iaitu:
1. Jalan tariqat iaitu zikrullah dgn tertib mengikut jenis tariqat iaitu semua bhgn zahir dan b ...
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik.
Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya.
Di antara cara-cara memimpin hati ialah:
Pertama :
Ada ilmu tentang hati atau roh.
Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Kedua :
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli - mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi. Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu.
Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. (Riwayat Al Baihaqi)
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu.
Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
Maksudnya: Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya. (Al Jasiyah: 23)
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat- Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
Maksudnya: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.
Bila para Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu?
Baginda berkata: Peperangan melawan nafsu. (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.
Untuk lebih jelas, biar saya senaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia. Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat, begitu juga nafsu. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan mengikut aturan tingkatannya:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Orang yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada di taraf yang kedua iaitu nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga ia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima, nafsu mutmainnah. Nafsu mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada seksaan Neraka.
Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya:
Maksudnya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba- Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr: 27-30) |
|
|
|
|
|
|
|
golongan ahli syurga itu terdiri dari org2 yg keimanannya bermakam2 dalam darjah nafsu dan makrifat. Oleh itu ahli syurga adalah mengikut makam2 seperti
makan berlian
makam intan
makam emas spuluh
makam emas sembilan
makan emas lapan
makan emas tujuh
makam suasa
makam perak
hikmat Allah adalah sgt rahsia......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 intanterpilih's post
terima kasih atas huraian panjang lebar..susahnya nak mendiidik nafsu ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 highlander07's post
saya mmasih lagi kurang jelas sebenarnya..persoalan2 tentang cermin ini bermula dari soalan yg ketujuh tu sehingga seterusnya..
7. adakah Aku sekarang berada dl cermin atau diluar atau kedua2nya
8. Hidup tanpa cermin?
9. Adakah perlu hidup luar cermin atau kedua-duanya
10. Alam zahir/batin/akhirat adakah masih dlm cermin?
11. contoh cermin2 yg terbaik/sempurna
12. Apakah bukti cermin dah berkilau/sempurna?
ada sesiapa boleh membantu?saya rasa mungkin persoalan ini yg tuan rumah nak kita jawab..saya masih keliru..anybody please.. |
|
|
|
|
|
|
|
mutmainnah..
Maksudnya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba- Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr: 27-30)
ulasan :
Mengikut ilmu sufi nafs al-mutmainnah ini adalah satu makam di mana hati/qalb tkidak lagi berbolak balik di mana perbuatan dosa2 yg kecil pun ditinggalkan..
Dalam ilmu makrifat dikatakan ini makam pertama pembukaan makrifat dlm bentuk kasyaf peringkat pertama.
Pada peringkat ini imej 'diri dalam pkgt 1' mula terzahir dlm pandangan iaitu rupa kita sendiri berwarna silver serta bertanda kalimah Allah di dahinya..pada ketika pembukaan diri ini kenikmatan yg amat sangat ( mencapai sekurang-kurang 70x klimax bersetubuh) dan mengikut pada peringkat ini dilindungi Allah SWT dari godaan syaitan dan nafsu prgkt rendah ..
Ramai yg mengikuti jalan tasawuf mendapat beberapa keistimewaan spt meraga sukma, tembus pandangan (scan) dan bertemu dgn makhluk/wali alam ghaib..Namun jika masih tidak bertemu diri silver bertanda tiada makna langsung kebolehan2 tadi..(ramai yg tertipu dgn ilusi ini) |
|
|
|
|
|
|
| |
|