|
Originally posted by Maideen_jr at 27-2-2008 10:49 AM 
masa ana jahil, ana hanya fikir hidup anak dan kesejahteraan ana kat atas muka dunia
bila ana ambik masa berfikir sejenak, ana sedar yang apa jua ana buat atas dunia ada sambungannya di akhirat
...
Alhamdulillah.... akhirnya ente bisa menggunakan akal yg Allah telah kurniakan...
Ana turut bersyukur atas kesedaran ente... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maideen_jr at 27-2-2008 03:04 PM 
patungcomel ni nak kena study mendalam sikit
sebenarnya kebenaran itu tidak perlu di study terlalu mendalam... dah banyak dah yg Allah cuba tunjukkan pd kita.. samada kita mahu berfikir atau tidak shj... Kalau tanak fikir.. terima shj lah ape yg ada di depan mata... |
|
|
|
|
|
|
|
ouch..
dulu ana kagum betul dengan tok det
ana tolak tepi walaupun dia banyak remark yang bercanggah dengan islam
sekarang ana rasa lemau dengan paklah
slogan bukan main lagi Islamnya
tp perlaksanaan taraf sampah
bengang betul ana
lama-lama boleh tergadai negara kalao dibiarkan
paling tak patut bila banyak projek kerajaan (ana ambik contoh di TRG) termasuk buat MASJID pun diberinya pada orang Kafir, Patrick LIM
giler ke haper, bagi projek buat masjid kepada org kafir?
marah betul ana
betul-betul berpatah arang dengan BN sekarang
diorang cakap senang lah
makcik2 dekat kampung tu bukan ada info pun
kena tipu hidup2
yang cerdik pandai pulak malas nak menyelidik
pun kena tipu hidup-hidup
kata yuran sekolah dimansuhkan
rupanya yang mansuh cuma yang RM4 hinggit tu aje
yang lagi 40 hinggit tu kena jugak bayar
poracit betul  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Ratu75's post
bila kita selidik sendiri, kesedaran serta pemahaman akan membuatkan keyakinan lebih mantap
bukan ikut-ikutan |
|
|
|
|
|
|
|
lama-lama boleh tergadai negara kalao dibiarkan
huhuuhuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 Maideen_jr's post
bila maideen jr mula berceramah.. heh heh
maideen jr, apa pendapat ente bila org kata, paklah patut diberi lebih byk masa utk menunjukkan kepimpinan nye.. mungkin masa terlalu singkat utk kita men'judge' dia?
ana bukan penyokong BN, cuma nak kaji bape lama agaknye masa diperlukan oleh seseorg PM/presiden utk menunjukkan kewibawaannye..
btw, anak ana punye yuran skolah bukan 40 inggit la.. 80 inggit.. tp disebabkan hanya setahun, ana terima.. cume ana paham utk masyarakat luar bandar, ianya amat membebankan terutama skali kalau ramai yg masuk skolah bersama2..  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by patungcomel at 27-2-2008 02:25 PM 
memang betul semua yg terjadi ditentukan oleh Allah S.W.T...
itu yg paling x blh dinafikan....
tp kte sebaik umat-Nya perlu belajar bersyukur dgn kejadian
dan kehendak-Nya...
minta maaf lau sy nak tanya pandangan maza...
kte setiap umat manusia dijadikan menpunyai kelebihan
dan kekurangan masing2 kan???
kenapa mereka tidak bersyukur dgn apa yg ada skrg???
adakah mereka pernah terfikir sekiranyer bkan BN yg memerintah ada
ke mereka dpt apa yg mereka dpt skrg??
dapat ke org melayu hidup bebas di tanah air nyer sendiri????
perlu ke kte menukar apa yg ada skrg????
Terima kasih kerana membawa isu bersyukur itu....
Maaflah maza tidak boleh berdiri tanpa agama, dan agama boleh berdiri tanpa maza...
Pendek kata maza tidak boleh bersendirian tanpa Tuhan atau abaikannya, dan Tuhan tidak perlukan maza utk Ia berdiri..... (Fahamilah konsep ini -utk memahaminya perlukan pemikiran dan guru yang baik)
Setelah mengenangi salah satu jalan daripada konsep tersebut - perhatikan pula konsep "Ikhlas" nak dipendekan kesimpulan lihatlah pada surahtul "Al Ikhlas"
Manusia yang BERSYUKUR - bukan boleh bermain2 dgn perkataan ini... Bahkan nabi sendiri yang maksum itu masih hendak menjadi manusia bersyukur..Dlm sirah ada menceritakan bhw Rasulullah SAW pernah solat tgh malam hinggakan tumitnya bengkak dan sakit2 badan. Datanglah sesorg berkata, "Kenapalah tuan bersussah payah, walhal tuan sudah maksum, sudah mendapat jaminan syurga dari Allah".. Jawab Rasulullah SAW.., "Salahkah aku menjadi makhluk yang BERSYUKUR"...
Konsep manusia bersyukur itu sendiri hingga membawa kepada setiap kali kita dengar azan kita akan baca doa...di dalam doa tersebut memohon agar jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai makhluk yg bersyukur yg dgnnya meletakkan baginda di tempat yg mulia (mendapat wasilah sbgimana Allah SWT janjikan).......
Inikan kita hendak bandingkan dgn semangat kepartian yg hanya dedebu bagi pandangan Allah SWT... Walhal kita sendiri pun tak reti Bersyukur dgn kehendak ALLAH SWT (paling utama) inikan pula sesama manusia yg banyak kepincangannya...
Eloklah kita belajar erti Bersyukud dgn Allah SWT dahulu , barulah kita belajar bersyukur sesama makhluk.....(sila kembali kepada posting maza terdahulu)
Fahamkan sifat2 ALLAH SWT di atas nama Asmaul Husna-Nya yg tidak terbilang.....Lebih tepat lagi, sifat Wujud, Qidam, Qudrah, Iradah, Kiamuhu Taala Binafsihih, Wahdaniah, Mukhalafa tuhualahi...
Perhatikan kisah ini..
Pada suatu hari sendang Musa AS berhadapanan dgn umatnya (bani Israel) lalu ditanyailah salah sorg drpdnya.. "Wahai Musa! siapakah orang yang paling pandai di dalam dunia ini selain"... Musa AS diamkan diri seketika membuat kira-kira. Lalu di jawabnya, "Tiadalah orang lain yang lebih bijak kecuali aku".
Sementelah itu, wahyu dari Allah SWT pun sampai menegur sikap Nabi Musa AS (Sorg Rasul tu!) kerana tidak mengembalikan hal-hal seperti itu kepada Allah SWT, kerana ALlah SWT lebih Tahu dan Maha Banyak Rahmat-Nya... Patutnya Musa AS bersyukur apa yg ada..
Lantaran itu, Allah SWT mengarahkan Musa AS utk mengembara kerana Musa AS ingin sangat mengetahui siapakah org yg lebih handal dan bijak darinya. Seterusnya jadilah pertemuan Nabi Allah Musa AS dan Nabi Khaidir AS...
Lihat! Nabi Musa AS itupun agak terkeliru, sedikit terkeluar riaknya hingga lupa rahmat Allah SWT.. mendapat teguran terus dari Allah SWT.. kerana terlupakan " Penyerahan diri" sebulatnya kepada Allah SWT; Allah MAHA SEMPURNA...hingga hampir2 terkeluar drpd menjadi manusia yg Bersyukur....inikan pula anda dan saya dan org ramai lainnya yg tidak mahu fikir dan hanya tahu kesenangan palsu?!
INGAT manusia yg bersyukur adalah manusia yg "Submitted himself only to Allah SWT not other than that".. bahasa Melayunya - Hanya Menyerah Diri Kepada Allah SWT....
Secara ringkas ada 3 perkara syarat menjadi sorg insan yg benar2 bersyukur (hakikat)
1. Dia sadar dan mengakui
2. kemudian dia menyerah diri
3. kemudian dia taat (amal makruf nahi mungkar)
Barulah terjadinya kesimpulan tali Allah yg lengkap iaitiu kalimah Laillaha Ilallah, dan kita mengetahuinya melalui penyampai 'berita' gembira dan amaran iaitu "Muhammadur Rasulullah"
Justeru, mereka yg sedar akan dapat mengukur diri, samada mereka itu muslim sejati yang dikatakan Melayu itu Islam, atau hanya bangsa Melayu yg lupa diri (a.k.a Tak BERSYUKUR) kepada Pemberi Sebenar Rahmat itu (Ar Rahmaan)....
Lantaran itu, segala apa yg dinikmati ini adalah datangnya dari Allah SWT padanya sahajalah kita patut sebenar2nya bersyukur....Hat yg lain hanyalah Alat, hanya penyebab atau Asbab...
Parti yg dinyatakan itu hanyalah berbetulan shj, bersesuian dgn masa, doa, dan tawakal pd zamannya...
Komponen Parti itu sendiri terdiri drpd manusia2 yg bersifat lemah - insan.. dan yg melaksanakan, menjalankan Parti adalah angota2 parti atau pemimpinnya, atau mereka yg ada pengaruh yg hebat..Sekiranya anggota parti dulu nya betul tapi setelah diganti dgn anggota baru (sbb sifat makhluk itu tidak kekal dan hanya Allah SWT shj yg Kekal dan Abadi - eternity) makanya perlaksanaan dan kaedah jalanan parti sudah pun berbeza mengikut zaman, doa, tawakal dan sbginya...
Kalaulah Parti itu dulunya baik dan skrg ini rosak dan menzalimi - haruskah kita perlu kenangkan dan menjadi makhluk bodoh berimamkan benda2 yg tidak kekal dan berubah2 ini?! Sudah tidak adakah pilihan utk kembali ke jalan Allah SWT.. Atau kita mahu bersetongkol dgn mrk yg dulunya mengamalkan dgn kesedaran konsep syukur kemudian dirahmati dgn pelbagai pembangunan itu - lalu terpesong dek pemikiran perjuangan bangsa, kemudian merosakan akidah, pentingkan diri, saling menzalimi;- masih perluhkah kita berkiblatkan pada mereka dengan sekonyong menyokong mereka lagi?! Lantaran itu memberi signal merestui segala kecurangan yg boleh mengundang kemurkaan-Nya lalu di curse oleh Allah SWT...
Maka jika masih menggangguk2kan kepala, dan masih mengiya2kan segala onar yg berlaku di dlm parti atau gerombolan manusia itu - sudah barangpasti, kita tidak jauhnya berbeza dgn apa yg didakwa: MANUSIA TIDAK TAHU BERSYUKUR yg dibawa oleh pihak tuan ke atas nikmat Allah SWT;- menolak jalan Allah SWT bermaksud menolak Rahmat Allah SWT.
Benda yg baik perlu dikenangkan. Tapi hakikatnya ianya datang dari Allah SWT, dan kita bersyukur..
Bukannya bertuhankan kpd Parti. Menghalalkan segala apa yg dilakukan!!!
Mana kata, syukur kpd Tuhan tiada hadnya, syukur pd makhluk ada hadnya.....
Kemudian jika tuan ada masa, marilah kita mengaji ttg "Makna Keseimbangan " atau dlm perkataan dlm lain "Keadilan Sejagat" iaitu ia mengandungi 2 perkara;
1. Right - hak2
2. Limits - Batasan.
Cubalah kita fahami kemudian amalkan insyallah maja jadilah kita ini antara golongan yg dikatakan gol. bertaqwa yg apabila diserukan nama Tuhannya mereka akan berkata dan melakukannya, "Wa samik na Wa atakna" (Ya Allah! Kami dengar dan kami taaat)...
Dan manusia mana lagi yg berbahagia kalau bukan manusia yg mendapat rahmat Allah SWT, dan kalau bukan manusia/umat yg bertaqwa?!
Tuan, saya terpaksa akur dgn saranan abg Maideen Junior.....bhw kita kena kembali ke bangku sekolah, lihatlah alam, dgn mata pedoman sebenar (Al Quran, Sunnah dan Al Hadis) sebaik kita bercerita ttg hidup terutama "SYUKUR"
Mudah2an tuan dpt petunjuk drpd Allah SWT, dan kemudian menujukkan kami pula ke jalan-Nya.
walahualam lilsaawab...
  
[ Last edited by maza at 27-2-2008 06:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sokong Tun Mahathir tetapi bukan orang2 di bawahnya apa lagi yang bernama Abdullah Badawi.
Elok kiranya Tun menubuhkan parti baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maza at 27-2-2008 06:01 PM 
opss ini tidak bermakna aku cenderung mana2 parti....
aku hanya sentuh beberapa isu shj drpd jutaan isu2 yg timbul...
tambahan pula parti bukanlah penentu syurga ku, bahagiaku....
hehehh ...
tq maza atas pandangan dan penerangan anda....
memang betul apa yg maza ckp....
walaupun kte semua masuk parti BN,tp sy x fanatik sampai taksub sgt...
mungkin kte boleh mendengar pandangan org lain...
yg paling sokong parti bukan penentu syurga dan kebahagian dr kte....
tq maza... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alinas at 27-2-2008 06:04 PM 
Saya sokong Tun Mahathir tetapi bukan orang2 di bawahnya apa lagi yang bernama Abdullah Badawi.
Elok kiranya Tun menubuhkan parti baru.
jangan nak suruh Tun Mahathir jd mcm anuar ibrahim...
menubuhkan parti baru kerana tidak berpuas ati dgn apa yg dia hadapi....
i2 akan menyebabkan org2 melayu lagi berpecah belah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by patungcomel at 27-2-2008 06:25 PM 
jangan nak suruh Tun Mahathir jd mcm anuar ibrahim...
menubuhkan parti baru kerana tidak berpuas ati dgn apa yg dia hadapi....
i2 akan menyebabkan org2 melayu lagi berpecah belah....
tertarik dengan adik patungcomel punya pandangan mengenai Perpaduan
kekadang melayu ni menggunakan islam dengan skop yang sempit
sedangkan berlainan mazhab boleh bersatu
inikan pula berlainan politik
yang lucunya politik sesama melayu yang ekstrim caci sesama melayu hanya kerana berlainan pahaman
sepatutnya jika kita berlainan pahaman politik, kita patutnya respect pandangan sesama kita kerana kita berkulit melayu
bukannya meludah menuding nuding jari
segalanya tidak betul
aku nak lari skop politik dan agama
aku try bawak isu kemanusiaan di sini
apabila kita menghentam sesuatu dengan teruknya
tidak mustahil perkara yang kita dok benci itu terkena balik pada kita
jadi.. sesuatu itu berlaku ada hikmahnya kembali semula kepada Tuhan
aku masuk konsep ketuhanan di sini
Tuhan buat semua ini supaya kita semua dapat rujuk kepadaNya semula
bukan kita menilai dan memberi hukuman kepada politik semasa kepada Pemimpin haluan kiri mahupun kanan..
tetapi jika kita sesama insan bergaduh hanya kerana memasing menunjukkan fakta untuk menang ianya akan membuatkan kita berasa (bersikap permusuhan) sesama kita dan terjadinya puak-puak, perang mulut perang segala galanya akhirnya perang betul ini yang dikatakan menang sorak kampung tergadai.. (harap tidak terjadilah hendaknya)
ini amatlah merugikan kita sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 patungcomel's post
mintak maaf cik comel yea..
Bukan maksud maza nak memburukan sesiapa......cuma lontaran pendapat....
Bagi maza bab Anuar kita itu menubuhkan parti politik baru itu tidak menjadi masalah langsung. Kerana ia merupakan hak yg termaktub di dalam perlembagaan.
Beruntung juga dia hanya buka parti baru, kira2 memeriahkan lagi option yg ada..... .. daripada dia pegi assassinates someone....lagi teruk....hehehhe kira betul lah tu cara dia nak lontarkan ketidak puasannya....
bagi maza, dlm erti keadilan yg dinyatakan dlm Al Kitab kita...."apabila kamu menghukum maka hukumlah dengan adil" Pendek kata bila menghukum maka balasan itu juga mesti setimpal dgn perbuatan tersebut....
Kalau bunuh balas bunuh, jadinya kes Anuar ini adalah kes politik maka balasannya adalah politk juga...
Kita perlu ingat maksud politik itu sendiri..iaitu siasah......yg membawa maksud 'jalan' atau 'kaedah' dlm pembawaan diri... dlm maksud yg mudah adalah 'cara sesuatu itu dilakukan'..
Oleh itu, jika terdapat banyak politik....membawa maksud semakin banyak cara atau method penyelesaian yg boleh kita dapat....
Melihat keadaan ini, maza merasakan ianya adalah satu pilihan dalam pentadbiran melaksanakan rahmat dan sumber2 yg ada.....terutama sumber2 negara....Secara lebih detailnya, barangkali sesebuah parti itu memilih cara orthodoks, fascist, racist, atau mengikut kaedah theology...
Persoalannya ialah cara permainan politik itu utk meraih sokongan ramai agar dasar2 atau kaedah2 yg dirancang (siasah) dapat dilaksanakan, atau ditegakkan....
Maknanya di sini menuntut kematangan dan kebijaksanaan setiap individu dlm memilih 'jalan' yg ditawarkan oleh setiap parti politk itu...Dari itu ia memerlukan kebijaksanaan si rakyat sendiri, individu melayu sendiri dlm memilih jalan hidup mereka..
Pendek kata, jika si Melayu ini memilih jalan duniawi maka dia akan pilih politik yg boleh membawanya jalan kekayaan dan kemakmuran, dan kalau si Melayu ini terdidik dgn asuhan dunia dan akhirat, makannya cik comel lebih maklum.....vis versa..
Lantaran itu, apa yg perlu kita risaukan ialah pemikiran majoriti Melayu ini.... Melayu itu sendiri yg membentuk arah tuju hidup masing2..parti hanya alat pengikat sahaja....
"Tubuhlah seribu sekalipun parti, kalau Melayu ini sedar apa yg dicari, maka mereka tetap akan bersatu bahkan bergabung tenaga, tali bertali antara satu sama lain utk menegakkan jalan yg dipilih itu..."
Jadi, siapakah yg mampu mengasuh, mendidik, dan mengajak kepada jalan yg satu ini?! Jawabannya ia bermula drpd pendidikan dan akidah dan pemikiran....
Siapa pembentuknya?! -lantaran itu masing2 perlukan mainkan peranan dgn penuh sedar (lagi sekali melibatkan akidah)...
dan SIAPA ITU MELAYU?! |
|
|
|
|
|
|
|
ini politik and keluarga ke, atau dah menjurus politik totally?  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maza at 27-2-2008 07:02 PM 
Rasanya kita perlu utk memisahkan definasi antara apa itu: -
1) politik
2) attitude (sikap)
3) attribute (sifat)
4) behavior (gelagat)
Barulah kita sedar sejauhmana kita faham tentang po ...
let say dalam keluarga also ada politik
Institusi kekeluargaan itu sendiri mempunyai kuasa politik
suami / ayah -ketua keluarga
isteri / ibu - perdana menteri
anak - rakyat jelata
dalam badan korporat juga terdapat politik
dan attitude , attribute and behavior yang u katakan tadi menjurus kepada Pemimpin
dalam diri kita sendiri pun ada politik dan 3 perkara yang u minta definasikan itu
ada dalam diri kita sendiri (pemimpin kepada diri sendiri)
" Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."
Hadith Riwayat Tirmidzi |
|
|
|
|
|
|
|
Ok rakan2 forumer sekalian, mari kita kembali ke topik asal " Pilihanraya dan Keluarga Anda ".
Sebelum tragedi DSAI, my parents rasanya sokong BN/UMNO. They all pun jarang2 nak diskus pasal politik. But post-DSAI tragedy, nampaknya they all memang kuat ke arah PAS dan dah suka diskus pasal politik.
My parents in law memang dulu-kini-selamanya orang kuat UMNO. Last pilihanraya siap jadi perayu undi dan berkempen. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HelangMerah at 28-2-2008 01:13 AM 
Ok rakan2 forumer sekalian, mari kita kembali ke topik asal " Pilihanraya dan Keluarga Anda ".
Sebelum tragedi DSAI, my parents rasanya sokong BN/UMNO. They all pun jarang2 nak diskus pasal p ...
Insya'allah, ada hikmah di sebalik kesusahan/kedukaan yg menimpa...
Kebanyakan dr kita tak suka nak ambil tahu hal politik. Which is wrong... walau siapa pun kita, samada surirumah, peniaga warong hatta pekebun pun kena ambil tahu hal politik nih. Tak perlu aktif pun tk apa... tp MESTI ambik tahu... Sbb politik ni lah yg menentu undang2 dan polisi yg akan dilaksanakan di negara kita. Jangan nanti, bila harga barang naik, baru le nak mengamuk... sape suruh tak mengundi dengan bijak???
p/s: teringat dulu minda Ratu pernah di provoke oleh pensyarah sosiology... "Kenapa anda menganut agama Islam? Sekadar hanya mewarisi agama orang tua kamu atau memang kamu benar-benar yakin Islam itu agama yang terbaik?" |
|
|
|
|
|
|
| |
|