|
ok ..mod Dini
ini karangan aku...tapi kalau tak menepati piawaian tak per ekk
...........................................................................................................
Pertama kali saya berjumpa dengan artis pujaan saya Diddy , atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi bin Muhid ialah pada awal 2007. Tarikh sebenarnya saya dah lupa...maaf. Al maklumlah, byte memori sudah berkurangan sebab aku ni geng makcik felda
Diddy menjadi artis pujaan saya sejak pertama kali menatap wajahnya yang kacak masa press conference AF4 sebelum Konsert Prelude lagi. Nampak outstanding , sebab dia hensem dan tinggi. Itu sebelum dia buka mulut lagi. Bila dengar Diddy menyanyikan lagu Mimpi Yang Tak Sudah semasa Prelude.... fuyooo...best nya suara dia. Tone nya unik, suara jantan yang dimiliki jarang terdapat pada penyanyi se usia dengan nya. Setiap persembahan nya tidak mengecewakan, dia telah menunjukkan kebolehan menyanyi berbagai genre lagu semasa di Akademi. Walaupun terkeluar awal, saya dapat merasakan, dia akan menjadi artis popular satu hari nanti.
Selepas Diddy terkeluar dari AF, saya mengikuti perkembangannya melalui blog Badrul After 6, iaitu manager Diddy. Salah satu projek nya ialah membuat kalender Diddy untuk tahun 2007. Apa lagi, saya pun tak melepaskan peluang untuk memesan kalender tersebut. Siap pesan dua, supaya tak gaduh dengan anak saya. Nanti kalau dia nak tengok gambar bulan Januari, saya nak tengok bulan July ....berebut pula.
( wei ...boring lah tulis bahasa skema. Tak pe kan kalau tulis biasa biasa? Bukan karangan SPM pun...he he. Jangan marah mod )
Kalender Diddy memang berbaloi, gambar gambarnya HOT !!! wa cakap lu. Bad manager yang very the prihatin, siap call tanya dah dapat tak kalender sebab aku suruh dia post kan. Pastu Bad menghantar SMS mengatakan yang Diddy akan ada di kedai Bookbinders di Bangsar Shopping Centre pada hari Ahad ( tak ingat haribulan) dalam pukul 3 petang untuk sain kalender dan beramah mesra dengan peminat . So ...apa lagi ...ini peluang yang tak boleh di lepaskan.
Pada hari yang ditetapkan, aku dengan keluarga pergi makan tengahari kat Bangsar Baru dan lepak di sana sementara menunggu pukul 3. Tiba tiba , dalam pukul 2, kawan aku Rahimah call. Apahal pula? Dia terjerit jerit macam orang histeria
" I nampak Diddy kat BSC...wooo... so hensem, so cute.. so tall... so blah blah blah".
Alamak , apahal ni? Kenapa awal sangat? Aku pun makan cepat cepat sebab takut terlepas peluang nak berjumpa Diddy. Sampai saja di BSC , aku dan anak aku pun terus ke Tingkat Dua. Semasa dalam perjalanan , adalah kumpulan kumpulan awek yang nampak excited semacam. Agaknya baru jumpa Diddy kot.
Bila sampai dekat kedai Bookbinders, aku nampak Bad, Sultanmuzaffar dan dua tiga orang lagi di luar. Diddy ada kat dalam kedai... fuyooo, memang hensem. Diddy kalau tengok face to face jauh lagi hensem dari dalam gambar. Anak aku punyalah gabra ..bila dah sampai malu pula nak masuk. Kuat sungguh aura Diddy! Aku kena tarik dia ... ekceli sebab aku malu masuk sorang..wakkakakakak! Pastu aku pun cakaplah kat Bad, aku ni tett tett yang beli kalender. Bila jumpa Diddy, aku tak tahu nak cakap apa... serius.
So aku cakap " Anak akak tadi malu nak masuk"
Diddy kata " A'ah...saya nampak" Ha ..ha ..ha
Then baru aku sedar, aku tak bawa kalender.... a yo yo. Nak suruh Diddy sain camner? So , aku ambil gambar anak aku dengan Diddy jer lah sambil borak borak sikit. Entah apa aku cakap pun aku dah tak ingat. Tapi Diddy memang bersopan santun dan humble, sampai sekarang pun dia tak berubah.
Sorrylah gambar aku dengan Diddy hari itu nggak ada so takleh paste kat sini. Itu sajalah pengalaman pertama berjumpa dengan Diddy. Diddy memang best.... Gud luck in your career!
gambo aku dengan gambo Diddy - gambar togeder geder takde
[ Last edited by Incanto at 12-5-2008 03:00 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|