CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ahmad_dhani91

sejauh manakah kemampuan hujan???

[Copy link]
Post time 25-5-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #1 ahmad_dhani91's post

gossip ke ni??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 05:43 PM | Show all posts
lagu catchy tapi kalau dengar betul2 vokal tak sedap mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 07:30 PM | Show all posts
HUJAN? perosak industri muzik malaysia.... for real!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 07:33 PM | Show all posts
HUJAN??? .. fak off en daiiiiiiiiiiiiiiii:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by idazz at 25-5-2008 10:59 AM
dlm berita minggu hr ni kata hujan bodoh sombong...diaorg minta royalti sbb toi nyanyi lagu diaorg dlm konsert AF...diaorg tak tau ker ek kalu setakat nyanyi mn bleh minta royalti..lainla kalu to ...


Sebenarnya statement tu salah. Mmg sepatutnya dibayar royalty kalau lagu tu dinyanyikan oleh Toi. Bukan hanya bila dirakam semula. Muzik is not free. Lagu tu belong pada Noh, kalau dia tak bagi permission mmg takleh pakai pun. Noh knows his rights.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 01:05 AM | Show all posts
tadi hujan ada buat persembahan kat MIRI ramai gak yg nengok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2008 07:45 PM | Show all posts
yaaaa betooooooolllllllllll.....
smalam aku gi nengok hujan kat MIRI. out of 10, aku bagi 8 for entertaining the crowd. sempoi je...aku respect sebab still tak lupe nak cakap sarawak. camtu ke sombong? aku x paham!  
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:26 AM | Show all posts
lagu ok, attitude bad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 09:52 AM | Show all posts
aku minat lagu dia ja. attitude tolak tepi. dia bukan sedara aku pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 03:34 PM | Show all posts
mungkin hujan akan menjadi lebat dan
kadangkala berhenti sekejap sekejap
bergantung kepada angin la hujan ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:49 AM | Show all posts
Ok..pe band HUJAN ni...mrk ni ada pendirian sendiri, x suka hipokrit,  org lain yg  x paham prinsip mrk. nk wat camne.  wartawan malaysia besa lah sajer   wat spekulasi....nk bg laku citer mrk
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:11 PM | Show all posts

Balas #51 khoirulfatihin\ catat

HIP 'Siapalah Hujan untuk lawan Astro?'
Oleh Farihad Shalla Mahmud
LEBIH TERBUKA: Hujan anggap gosip adalah sebahagian daripada cabaran buat mereka apabila mengambil keputusan untuk menyertai dunia muzik arus perdana.
Noh, vokalis Hujan yang semakin popular, bangkit buat penjelasan
TENTUNYA ramai yang menggelengkan kepala apabila membaca cerita kononnya kumpulan Hujan sekarang ini semakin demanding dan banyak songeh. Terbaru, khabarnya Astro naik angin dengan kumpulan yang begitu popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada ini apabila mereka dikatakan meminta bayaran ketika stesen televisyen terbabit ingin menggunakan lagu mereka untuk program Akademi Fantasia.
Malah Hujan menerusi vokalisnya Noh juga enggan menerima undangan Astro yang memerlukan khidmatnya untuk menyanyi bersama salah seorang peserta program itu, Toi yang juga sebagai salah satu kejutan untuk program itu. Ekoran kejadian itu, nama Hujan menjadi panas apabila cerita sensasi itu menjadi bahan paparan media.
Apakah Hujan tidak pernah serik dan tidak menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran. Bukan sekali dua Hujan buat hal malah berkali-kali kerana sebelum ini pun banyak cerita di belakang tabir yang mengatakan mereka sudah besar kepala, perasan bagus serta bermulut celupar.
Pun begitu, tidak adil andai tidak mendengar sendiri cerita dari mulut si empunya diri. Ketika dihubungi Hip dan diajukan persoalan mengenai kontroversi yang berlaku itu, Noh bersedia menjawab setiap pertanyaan tanpa sebarang reaksi negatif. Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai salah faham, Noh berharap kontroversi itu akan segera diselesaikan dengan aman tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Hip: Khabarnya Astro tidak puas hati dengan Hujan. Boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku antara Hujan dan mereka?

Noh: Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham antara pihak kami dan juga Astro. Apabila saya baca saja cerita ini di surat khabar memang tidak dinafikan saya terkejut dan rasa terkilan yang amat sangat apabila mereka meletakkan kesalahan itu di bahu Hujan sepenuhnya. Ingin saya jelaskan di sini bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah berpunca daripada orang yang menghubungi saya dari awal lagi. Orang yang menelefon dan mengundang kami itu nyata tidak profesional. Sudahlah tidak memperkenalkan diri, tiba-tiba saja menuduh Hujan tidak mahu memberikan kerjasama dan kononnya meminta bayaran jika mahu menggunakan lagu kami. Dia sepatutnya memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan sebenar dari awal perbualan. Ini tidak, saya ingat dia telefon sekadar untuk mengajak saya buat persembahan gig kerana dari nada perbualannya menunjukkan sedemikian. Mengenai soal bayaran, kami boleh bertolak ansur asalkan dia menyatakan tujuan asalnya menelefon saya. Ini tidak, apabila saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu tiba-tiba muncul cerita di akhbar kononnya Hujan sudah mula buat perangai. Paling membuatkan saya marah adalah apabila mereka turut membabitkan soal royalti dan mendakwa kami tidak mendaftar dengan MACP. Sebagai artis saya tahu tanggungjawab kami dan kami memang berdaftar dengan badan itu.
Hip: Kenapa Hujan menolak permintaan mereka?
Noh: Noh menolak permintaan kerana mereka mahukan Noh seorang saja yang beraksi bersama-sama Toi sedangkan pada hakikatnya Noh tidak biasa membuat persembahan tanpa anggota kumpulan lain. Malangnya orang yang menelefon saya itu tidak mahu mendengar alasan saya. Lalu berlakulah salah faham dan membuatkan nama Hujan naik sebagai kumpulan yang banyak songeh dan berlagak menurut pandangan mereka.
Hip: Takkan tidak ada jalan penyelesaian untuk meleraikan masalah ini?
Noh: Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berlanjutan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk kedua-dua pihak. Cuma apa yang menyebabkan saya kecewa adalah mereka tidak menelefon saya dan bertanyakan perkara sebenar. Sebaliknya mereka lebih rela menggunakan media sebagai tempat untuk meluahkan segala-galanya. Lebih membuatkan kami bengang apabila orang yang tidak tahu menahu perkara sebenar tampil membuat kenyataan melulu. Sudahnya, nama Hujan juga yang mendapat tempiasnya. Terkilan juga hati apabila tidak mendapat ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. Tapi tak mengapa. Sejak menceburi industri muzik arus perdana ini kami memang sudah bersedia dengan pelbagai gosip yang ada kala melukakan hati kami. Mahu atau tidak, inilah jalan yang kami pilih dan kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Berbalik kepada soal mencari jalan penyelesaian, sejujurnya itulah yang kami harapkan. Kami tidak mahu salahkan sesiapa dalam soal ini. Mungkin dalam hal ini kami ada juga membuat kesilapan. Sebelum ini pun Astro ada memanggil kami untuk bersemuka cuma tak tahu bila pertemuan itu akan berlangsung.
Hip: Hujan tidak takut digam Astro gara-gara kontroversi itu?
Noh: Bagi Hujan rezeki ada di mana-mana. Kalau betul mereka hendak gam kami atas kesalahan itu, kami tak boleh buat apa-apa dan berserah saja. Siapalah Hujan untuk melawan mereka?
Hip: Sejak dulu hingga kini, nama Hujan tidak pernah lekang dari kontroversi. Pun begitu, ramai yang mengatakan kontroversi yang berlaku semuanya kerana Noh. Komen sikit?
Noh: Tidak dinafikan sebagai vokalis kumpulan Hujan dan juga frontman, pastinya saya yang akan menjadi sasaran jika berlakunya kontroversi membabitkan Hujan. Jadi sebagai jurucakap dan juga merangkap ketua kumpulan sudah pasti jika ada yang cuba menjatuhkan nama kumpulan kami, saya akan cuba mempertahankannya kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya. Mungkin sebab itu mereka lihat asyik Noh saja yang dikaitkan dengan macam-macam masalah. Cuma apa yang saya nak tambah di sini adalah, mungkin ramai yang mendakwa sedemikian kerana mereka tidak mengenali diri saya yang sebenar. Kalau mereka kenal saya sedalam-dalamnya tentu mereka tahu yang saya tidaklah seburuk yang disangkakan. Bagaimanapun, seperti yang saya tegaskan tadi, inilah cabaran yang harus saya tempuhi apabila mengambil keputusan untuk memasuki dunia arus perdana. Saya harus bersedia menghadapinya.
Hip: Pengaruh Hujan dalam arus perdana semakin hari semakin kuat. Apakah Hujan masih memerlukan gig seperti zaman sebelum dikenali dulu?
Noh: Buat masa ini kami perlahankan dulu aktiviti gig ini kerana kami lebih pentingkan soal keselamatan. Seperti yang ramai sedia maklum, kalau show gig biasanya soal keselamatan tidak diambil kira. Jadi Hujan lebih senang menumpukan persembahan biasa kerana ia lebih teratur dari segi pengurusannya terutama soal keselamatan artis yang membuat persembahan. Jika sebelum ini ada yang mempertikaikan tindakan Hujan kerana enggan terikat dengan mana-mana label, di sini saya ingin memaklumkan bahawa Hujan sudah pun menandatangani kontrak pengedaran album dengan syarikat rakaman FMC. Kami sudah pun selesai merakamkan album kami yang ketiga dan tunggu masa untuk diedarkan. Paling lewat pun pada penghujung bulan ini. Kami hanya menandatangani dari segi pengedaran saja. Album ini pula diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Noh Phrofiles Enterprise. Dalam album ini ia turut mengandungi lagu dari album pertama dan kedua kami. Jadi mana-mana yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan album itu bolehlah mendengarnya menerusi album ketiga kami ini.

P/S : apa2 jelah HUJAN .  MRK X PAHAM KORANG TP AKU PAHAM:victory: :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:36 PM | Show all posts
ble nyanyi live mcm tak best jeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 01:59 PM | Show all posts
alaaa dorang nih sebenarnyer bakat nyanyi tuh taraf2 budak2 gangstarz ngan akademi fantasia jerr...   tengok arrr rich tuhhh power sangat kew vokal dier??   nyanyi dalam konsert sureheboh ponggg pancittt cuma dorang nih labelkan diri tuh indie tuh yang mahal tuhhh pakai nama indie
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 10:58 AM | Show all posts
Syabas Hujan ! jangan jadi macam artis takde telor !  jangan bagi muka kat media arus perdana yg dah lama korup! tunjukan 'kuang ajar' skit !

baguss bro ! gua caya lu !
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 09:01 AM | Show all posts
aku sgt suker kumpulan hujan.. best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 01:58 AM | Show all posts
bagi aku kump ni unik

sbb dia unik la org leh except depa org

cuma dorg slack sbb tak jage mulut

mulut mang taap cipan busuk

kalau dorg ok,aku sure dorg mang akan tahan lama dan maken bekepok2 peminat

papepun,aku still layan lagu dorg although mulut dorg lancang

aku tak kesah perangai dorg sbb ape yg aku nk dgr adelah muzik dorg
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 02:38 AM | Show all posts
dua perkara membuatkan aku tidur petang... 1st hari hujan 2nd terdengar lagu hujan kat radio
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:15 PM | Show all posts
aku lyn jer hujan nie....sbb aku lyn indie...
lagu hujan yg plg aku ske LUKA MANA...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071352 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list