CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: buiscasey

TALENTIME [ARAHAN JASMIN AHMAD]

[Copy link]
Post time 9-7-2008 03:43 PM | Show all posts
Jac dalam Talentime

Jaclyn teruja diganding dengan remaja kacak

Rap
JIKA sebelum ini peminat penyanyi Jaclyn Victorkecewa apabila penyanyi Gemilang itu tidak jadi berlakon filem Estet,jangan bimbang kerana SS dengar ada pengarah lain sudah mengintainyaberlakon dalam filem terbaru arahannya.

SS dengar, Jaclyn akan membintangi filem terbaru Yasmin Ahmad,Talentime. Malah Jaclyn juga dikatakan sudah pun memberi persetujuanuntuk membintangi filem itu.

Lebih menarik apabila dalam filemitu turut dijayakan ramai pelakon berbakat seperti Shafiee, AzeanIrdawaty, Adibah Noor dan Harith Iskandar. Turut berlakon, pendatangbaru, Mahesh Kishor.

SS difahamkan, Jaclyn berharap kali initidak ada pihak yang cuba menjadikan ia isu dan melaga-lagakan dirinyadengan pengarah filem Estet, Mamat Khalid.

Menurut Jac, sewaktuMamat Khalid melamarnya berlakon dalam Estet, dia masih sibuk denganpelbagai aktiviti nya nyian. Bagaimanapun filem Talentime pula katanya,tawaran datang pada saat dia mempunyai masa terluang.

Lebihmenggembirakan Jac apabila dia turut berpeluang mempelajari selok-belokdunia lakonan apabila Yasmin ber janji mahu mengajarnya dan memberikanlatihan selama beberapa minggu sebelum penggambaran dimulakan. Talentime akan memulakan penggambaran di Ipoh, Perak pada 17 Ogos ini.

Apa yang penting, SS dengar Jac teruja untuk membintangi filem iniapabila ramai pihak mengatakan Mahesh Kishor, 17, yang bakal memegangwatak adiknya amat kacak orangnya.

Tapi SS difahamkan sehinggasekarang Jac belum lagi bertemu dengan Mahesh. Tapi menerusiperbincangan dan perbualan dengan mereka yang bakal membabitkan diridalam filem Talentime mengatakan bintang muda itu amat kacak dan sangatsesuai bergandingan dengan Jac.

Bagaimanapun SS tidak fikir Jacakan jatuh cinta dengan Mahesh apatah lagi dia jauh lebih muda daripadapenyanyi itu. Watak dilakonkan juga hubungan kakak dan adik. Mustahilakan timbul perasaan cinta. Nanti apa pula kata tunang tersayang. Tidakbegitu Jac?

:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by ladydolph at 24-6-2008 10:49 AM
pamela mmg kurang cantik dibanding ngan kakaknya....muka dier mmg vince versi perempuan la....but she's the tougher one compared to the sister.....the sister tu sweet n shy sket...


  klon vince...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:06 PM | Show all posts
i mesti tgk cite nie...i pasti this movie will be box office..peminat die ramai k,the chongs sister..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #43 kentutmanis's post

aku salah sorang lah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:57 PM | Show all posts
gimane la muka mahesh kishor tu yerk

-edit-

found his photo in yasmin's blog


[ Last edited by  kalchi at 14-7-2008 06:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 12:36 PM | Show all posts
Tuah wajah kacukan



Oleh HARYATI KARIM
[email protected],my







Itulah yang diluahkannya saat pertama kali bertemu dengannya di lokasi penggambaran filem itu di Perak baru-baru ini.

Dia yang kelihatan ayu mengenakan baju kurung tanpa solekan tebal, hanya tersenyum manis dan ramah menjawab soalan demi soalan yang diajukan kepadanya tanpa sebarang keluhan.

"Sebenarnya saya tidak menyangka yang saya akan berlakon filem sebab peluang itu tidak pernah muncul sebelum ini. Dulu saya cuma berangan saja tetapi sekarang ia jadi kenyataan dan sampai sekarang saya masih tidak percaya saya jadi pelakon (ketawa).

"Mana tidaknya, seingat saya, saya hanya menemani ibu, Susan Ann Chong untuk berjumpa dengan Yasmin.Oleh sebab terlalu teruja untuk jumpa Yasmin saya pun ikut sekalilah. Yasmin pun ada meminta saya untuk mencari mana-mana gadis yang ada darah kacukan.

"Kemudian dia tanya berapa umur saya dan meminta saya untuk hadir ke uji bakat tetapi saya tidak pergi. Tidak lama selepas itu saya dapat panggilan daripadanya dan mengatakan dia memilih saya untuk memegang watak Melor. Semuanya bermula daripada situlah," ujarnya tanpa berselindung.

Jelasnya lagi, selepas mendapat panggilan secara mengejut itu, dia seakan-akan berada di dunia khayalan kerana tidak mempercayai tuah yang datang kepadanya.

"Perasaan saya ketika itu bercampur-campur. Gembira, terkejut dan macam-macam lagi. Sampai ke hari latihan bacaan skrip baru saya perlahan-lahan mula mempercayai yang saya akan berlakon," tuturnya sambil diiringi gelak tawa.





FILEM Malaysia. Menampilkan pelbagai kaum, Talentime dijangka menyuntik elemen baru dan segar terhadap wajah filem Melayu.




Tambahnya, selain berlakon di bawah arahan pengarah idamannya, dia juga berpeluang bergandingan bersama ibunya dalam filem ini.

"Emak saya sudah lama mahu berlakon sejak dari dulu lagi cuma dia tidak berani saja. Macam saya jugalah. Walaupun sudah berumur tetapi dia tetap ingin berlakon dan saya rasa macam saya ini pewaris hasratnya.

"Dalam filem ini emak akan menjadi nenek saya. Mula-mula pelik sikit. Sudahlah kali pertama berlakon, dengan ibu pula tu, perasaan itu sukar untuk saya gambarkan. Apa pun saya bangga dengannya kerana dia tetap melaksanakan impiannya," kata adik kepada juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince ini.

Namun, tidakkah terlalu lewat untuknya mengejar impian sebagai pelakon sedangkan usianya sudah pun mencapai angka 24 dan sebelum ini dia telah pun memiliki profesion sebagai kareografer tarian?

Menjawab persoalan itu, gadis berkulit putih ini terdiam sejenak lalu berkata: "Saya contohi ibu saya, tidak kiralah berapa pun usia kita ataupun betapa selesa kerjaya saya sebelum ini, selagi saya tidak mencapai impian, selagi itu saya akan berusaha untuk mengejarnya.

"Saya adalah seorang yang berfikiran terbuka, saya rasa seronok apabila menari, saya rasa lebih yakin selepas masuk Amazing Race Asia bersama kakak saya Venessa. Sekarang saya mencari lebih kepuasan dan lihat kepada peluang yang datang."



Bercakap seorang diri


Beralih kepada filem pertama lakonannya ini, perbualan yang agak perlahan tiba-tiba bertukar rancak apabila dia tanpa henti menghuraikan peranannya dalam filem ini.

Memegang watak sebagai Melor, seorang gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris, dia akan berlakon di samping watak-watak seperti Melati dan Mawar yang menjadi adik-adiknya.

"Dalam filem ini saya lebih berpeluang untuk mendalami budaya masyarakat Melayu, walaupun saya adalah Cina-Inggeris tetapi dalam filem ini saya jadi Melayu.

"Bagi saya watak Melor tidak berapa sukar kerana saya sendiri lahir dalam keluarga campuran. Ada bahagian yang lebih kurang sama dan ada yang tidak, jadi saya lebih banyak buat kajian dan tanya kawan-kawan Melayu sebelum penggambaran bermula," katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut Pamela kesukaran untuknya adalah ketika berdialog kerana dia yang lebih senang berbahasa Inggeris terpaksa menukar lenggok bahasanya untuk menjadi seorang gadis Melayu yang tulen.




BANGSA bukan halangan. Pamela di samping gandingan dalam Talentime, Mahesh.


"Setakat ini, itulah yang susah untuk saya, sebab skrip sudah cukup baik tetapi saya pula mempunyai pelat yang agak susah untuk saya buang kerana orang Cina bertutur berbeza sedikit daripada orang Melayu.

"Penyelesaiannya saya akan tanya rakan Melayu bagaimana mereka cakap sesuatu perkataan itu, dan banyak berlatih di rumah bersama keluarga saya. Sampaikan adik-adik saya pula yang naik bosan tengok saya cakap seorang diri (ketawa)," bicara graduan dari Universiti Lim Kok Wing ini lagi.

Menurutnya lagi, Yasmin selaku pengarah sangat bijak dalam memandu arah pelakon ke tahap yang dikehendakinya.

Ini kerana walaupun Pamela tiada pengalaman berlakon selain pementasan sewaktu zaman persekolahan, menurutnya, dia merasa selesa di bawah tunjuk ajar pengarah ini.

Manakala, saat berada di set penggambaran selama 15 hari merupakan satu yang pengalaman yang cukup menyeronokkan, apatah lagi mereka seumpama satu keluarga yang besar dan rapat.

"Saya pasti akan rasa rindu pada semua yang terlibat dalam filem ini, mungkin kerana itu tidak sukar untuk kami beraksi di hadapan kamera sebagai adik-beradik dan rakan," tuturnya.


Mula terokai peluang

Nampaknya, rezeki Pamela tidak terhad pada bidang lakonan saja. Ini kerana setelah tamat Amazing Race Asia musim kedua tahun lalu, dia mula dilimpahi tawaran untuk menjadi pengacara beberapa program TV pula.

"Saya mengaku memang kerana Amazing Race Asia saya diberi lebih banyak peluang dan saya bersyukur sangat-sangat kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran yang saya perolehi seperti hari ini.

"Oleh sebab itu, saya kini lebih fokus kepada dunia baru saya daripada bidang tarian, tetapi tidak bermakna saya lupakan terus tarian kerana tarian perkara pertama yang saya cinta," terangnya.

Sebelum menamatkan bicara petang itu, sempat ditanya impian yang ingin dilaksanakan setelah bergelar pelakon, pantas kata Pamela: "Menari dalam filem iaitu berlakon dan juga menari, dua pekerjaan yang saya suka lakukan.





KEMUNCULAN sulung di layar perak menerusi watak orang Melayu bernama Melor, Pamela Chong turut bergandingan dengan ibunya, Susan yang juga buat pertama kali berlakon.


"Ini bermakna saya tidak akan ketepikan mana-mana minat saya. Kalau ada peluang saya harap dapat lakukannya dalam sebuah filem muzikal."

Selain Pamela dan ibunya, Talentime yang menampilkan buat pertama kali Jaclyn Victor di layar perak itu turut memperkenalkan Amelia Thripura Henderson dan Mahesh Kishor.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2008 02:32 PM | Show all posts
hensem hero ...aku bc blog yasmin dulu nak cr hero ni...muka ala2 theo walcott, player arsenal tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 07:14 AM | Show all posts
a'ah ensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 03:54 PM | Show all posts
heheh, karya Yasmin ni semua aku tgk ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 03:32 PM | Show all posts
mcm besh aje
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 04:01 PM | Show all posts

Reply #46 HangPC2's post

dh kuar gambo sumer pelakon Talentime ngan YA ni, baru la btol
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 07:49 PM | Show all posts
mcm best je...bile nak kuar?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:21 PM | Show all posts
are the chong sisters still single?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 04:20 PM | Show all posts

Reply #53 shahid1's post

yes they are, I believe.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 06:09 PM | Show all posts
wahh...xsabar nye nk tgk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 05:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060972 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list