|
ermm .. awak nk citer lak ttg KUAK, SAUK ngan KATI ehehe
org dulu2 .... kuak2 air, sauk dpt ikan ... smp kati, gi timbang. ehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Ipoh tu diperolehi dari seorang macha berbangsa India yang menghalau lalat...
Ada lalat dok kerumun dia (maybe pasal air sirih dia berbau harum kot), so dia pun kibas-kibas lalat tu sambil menyebut "Eeeee...poh!" (terjemah dalam Bahasa Melayu, "lalat, pergi!")..
So, datang la nama Ipoh tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Semanggol plak diperolehi sebab penduduk kampung menjumpai mayat orang Semang yang mati di atas tunggul... |
|
|
|
|
|
|
|
Pasir Salak - (tempat lahirnya semangat nasionalisme Melayu)
Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah , kulitnya berwarna cokelat, isi agak putih dan pokoknya seperti pokok nipah.
Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak , mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.
Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh . Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.
<keme copy paste dr porem lain
hik hik hik> |
|
|
|
|
|
|
|
Gerik
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad).
Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.
Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan, nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’, kemudian menjadi `Gerik’ seperti yang digunakan sekarang.
<ni pun copy n paste> |
|
|
|
|
|
|
|
Taiping
Bandar Taiping merupakan pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama . Sebelum 1937 , Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang Negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang bergitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, TAIPING telah dipilih untuk nama baru bagi bandar di daerah Larut.
<copy n paste lagi lahhh> |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 AnBulisia's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 AnBulisia's post
betui sgt le tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 harmerz01's post
font kome pyh nk bace.berkerut dahi keme. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 spitfire007's post
kg senduk? kat area mane tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 Gemukkkkkkk's post
puchong?ade ke kawsn kt perak name ni?bkn kt selangor je ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 juwaini's post
lawok le kome nih. eee...poh!!!chit! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|